kjee terima banyak komen2 perihal entry kjee berkaitan adik adik semalam. rumusan kjee, ramai rupa2nya yang bersimpati dengan nasib yang menimpa adik adik. dan kjee tahu ada segelintir yang bagi komen itu, ada naluri adik adik dalam diri mereka. bak kata orang sekilas ikan di air, kjee kenal... dah lama hidup kjee bersama mereka, mustahil kjee tak dapat hidu, walaupun menerusi gaya mereka komen kan?
apapun, don't worry. itu bukan citer yang kjee nak bawak pagi ni sebelum kjee dan nadia keluar gi makan tengah hari jap lagi. unclepali dah sampai ke bentong untuk menyaksikan pernikahan anak sedara lelakinya, kemal padli.
kaum adik adik ni adalah kelompok yang cukup bangga dengan apa yang mereka 'miliki' walaupun ada yang bukan secara tulen (ada menerusi pembedahan). dalam pada itu, jangan ingat semua berani mengubah demi ikut kawan2. ramai juga yang masih waras dan tahu hukum hakam.
justru tidak hairanlah kalau ada adik adik yang nekad tinggalkan dunia 'penuh fantasi' itu dan berkahwin walaupun dengan hati yang berat. dan mereka berjaya jugak memiliki waris. tak payahlah sebut siapa, tapi kjee rasa ramai yang tahu kewujudan insan2 ini yang telah berkahwin di kalangan artis dan selebriti tahahair!
semalam ada orang komen yang adik adik sekarang sudah melangkah lebih jauh dengan menjadi golongan profesyenal dalam pelbagai bidang. tidak lagi mereka menjadi 'pondan lorong' ataupun 'pondan antarabangsa'. itu zaman adik adik di era kjee.
jangan terkejut kjee guna istilah 'pondan lorong' dan 'pondan antarabangsa'. kjee hanya ketahui istilah ini ketika bekerja di akhbar Mingguan Utara (MU) kira2 15 tahun yang lalu. ketika itu, pengarang MU meminta Haszrul Mohamed (kini bekerja di Utusan malaysia) untuk mendapatkan cerita mengenai mak nyah. kjee duduk di satu sudut pejabat dan dengar sahaja arahan itu. dalam hati kjee, kenapalah dia tak suruh aku. aku rasa aku lebih tahu banyak bab ni.
apapun, Hasz pun pergilah mencari berita itu atas arahan pengarang dengan jurugambar. esoknya dia kembali ke pejabat dengan tangan kosong. kjee senyum jer dan tawar diri untuk bantu. malam itu, kjee, haszrul, jurufoto dan anak kjee si nadia, ikut sekali dalam 'operasi menjejak mak nyah'.
sampai je lorong haji taib, bersebelahan Chow Kit, kami berhentikan kereta. kami nampak ramai mak nyah. haszrul risau apabila kjee kata nak turun jumpa mereka. jurufoto Che Meh pun cuba menghalang. kjee senyum dan kata ok lalu keluar. sebaik sahaja kjee berdiri di sisi kereta, mak nyah2 yang ada disitu pandang kjee. kjee tahu apa mereka fikir..."eh apa ker hal pompuan ni kat sini? musuh ni!!"
lama mereka pandang. kjee senyum. lepas tu, seorang mak nyah menerpa ke arah kjee sampil hulur tangan. "kak Fauziah samad yer. laa kenapa datang sini? nak jumpa siapa?" lepas sorang sorang datang dekat dan semua bersalaman. ada yang pegang2 lengan kjee macam tak percaya. terus terang cakap, kjee tak kenal sorang pun.
haszrul dan che meh senyum lega dalam kereta. namun mereka tak berani turun. nadia pun selamba jer sebab dia dah biasa ngan situasi seperti itu. kjee beritahu tujuan kjee. mak nyah itu enggan benarkan kjee mengambil gambar mereka di situ. sebab? mereka kata mereka sanggup posing kat tempat lain...di bangunan berhampiran yang gah (dulu bangunan amanahraya). dia orang tidak mahu maruah tercemar bergambar di jalan raja laut.
kjee turutkan kehendak mereka. berbual dan interview sikit lebih kurang. lepas itu kjee ke belakang kowloon. khabarnya mereka sudah berpindah ke belakang lorong gelap bangunan kwsp di jalan raja laut. kjee ke sana dan jumpa ramai lagi mak nyah. bila kjee cerita baru jer balik dari lorong haji taib, mereka merengus. oh kjee jumpa pondan lorong ker? kami pondan antarabangsa. ohhh pondan pun ada gred rupa2nya.
salah seorang pondan anatarabangsa ajak kjee ke rumahnya di kampung baru, keesokkan hari. di sana sudah menunggu beberapa mak nyah. siap dengan jurumekap mak nyah sekali. sebab mereka kata kalau nak masuk paper, penampilan mereka harus kelas.
maka lengkaplah cerita kjee di muka depan akhbar MU dibawah heading ..lelaki, jantan dan dot dot dot, keluar jer cerita, pondan lorong mengamuk. kononnya mereka telah 'dihina' oleh 'pondan antarabangsa'. kecut jugak kjee dengar. tapi kjee dah lupa cara mereka menyelesaikan masalah itu. akhirnya, isu itu terus terpadam.
kjee juga pernah bersama julie dahlan, dan bahyah mahmud jadi pengadil pertandingan ratu mak nyah. masa tu kjee wartawan berita harian. tapi kjee bukan didundang atas tiket wartawan berita harian..nak mampus ke kalau opis tahu...mesti kene buang kerja!! majlis itu diadakan di hotel puduraya. tahun kjee lupa.
dewan hotel itu dipenuh pelbagai rupa adik adik. yang muda yang tua dan dari seluruh pelusuk tahahair. calon2 yang bertanding semuanya hebat2 belaka. pengadil memilih seorang maknyah dari sarawak yang wajah mirip rahimah rahim. saling tak tumpah siap dengan senyuman yang memukau lagi!!
bila 'rahimah' menang, pondan2 semua mengamuk!! kjee, kak julie dahlan dan kak bahyah lari lintang pukang ke lift. mereka kata kami pengadil chow kit!! tak nampak ke 'rahimah' guna rambut palsu. rupa-rupanya kalau nak jadi Ratu, seorang maknyah itu harus ada rambut ori. bukan rambut palsu walaupun 'bahagian2 lain' palsu!
alkisahnya. banyak lagi kenangan kjee bersama adik adik ni. ada seorang adik adik ni kjee jumpa di tepi padang kelab selangor. kjee ingatkan bohsia. kjee ajak balik rumah. dalam kereta abaru tau dia adik adik!! cerita itu tunggulah yer. itupun kalau ada mood nak buat bahagian ke-3!
Friday, February 4, 2011
Home »
» 40. aku dan adik adik..pondan lorong dan antarabangsa part 2
Tuu diaa, bila fauziah abdul samad mula menulis...:-)
ReplyDeletehehehe CMG. kjee jugak suka your writing style. kelasss gitu!!!
ReplyDeleteouuucchhhhh! Panasssssssssssssssssss.....sangat bersetuju dengan Mat Gebu..hehehehehe
ReplyDeleteooohhh..yg lain palsu boleh... rmbut plsu pulak x blh...hahaha...mcm2.... sya yg ska golongn adik2 ni..diaorg pramah n blh dngr problm kta... sya syg mreka..dlu2 msa skolh pnah rpat ngan glongn mcmni...mreka sngat lawak n klakar... pnah kna mrah ngan gru bsar skolh ugma sbb rpat ngan mreka...sbb wlaupn diaorg mcmtu tpi dia ttap llki...n bkn muhrim... tpi dia baik sngt.... bayangknlh klau dia nk ajk sya jln n dah trlmbat..dia blh gosokkn bju n tudung sya sbb nk cpat..hahaha... skrng smua tinggl knangan...
ReplyDeletekelakar pun ada citer k.jee...tapi apa yg pasti mmg betul k.jee golongan adik2 skang ni byk yg dh brjaya&brkerjaya dh x mcm dulu2...contoh paling dkt geng sekelas sya golongan adik2 masa study lu...ada yg msih smbung study peringkat phd...dan setengah dr mrk sudah brgelar business woman/man(sori xtau nk letk mana satu utk mrk...hehheee)...so org2 normal mcm kite ni jgn pandang dorg xder mata yer...
ReplyDeletesetuju sangat atie. dia orang sebenarnya bukan bodoh tapi saja nakal. adik adik dulu hanya fikir keseronokkan jer. yang sekarang mungkin dah nampak kesilapan 'senior' mereka. lagipun, mereka terpaksa berusaha keras untuk mendapat tempat disisi masyarakat. so muncullah ahli2 profesyenal di kalangan mereka, dewasa ini. alhamdullilah. yg pompuan tulen tu pulak, bilalah nk tinggalkan kerja kupu2 malam.
ReplyDeleteMacam-macam diorang ni ye Kjee.. Kalau nak marah, terus serbu aje. Tak ada la nak control sikit. Laser aje mulut diorang. Kita pun ada kekawan dari golongan adik-adik ni tapi mereka ni professionals - lecturers, lawyers etc.
ReplyDeletek.jee...xder citer atau pengalaman pompuan tulen jd kupu2 mlm ker k.jee...sya benarnye xnk ckp byk ler pesal pompuan kupu2 mlm ni tapi sya bleh gerenti 100% yg kite xleh nk salahkn mrk laa k.jee....mrk jd gitu sbb desakan hidup&sbb takut mrk&keluarga mrk diapa2kn bapa ayam/ibu ayam...sebebnarnye apa yg k.jee nmpak tuss mrk bkn brseorangan tau...tapi gerak geri mrk slalu dperhatikn....sbb sya ada bbrapa kwn yg kupu2 mlm ni...byk yg dorg luahkn pd sya....rata2 mrk dtg dr kg&trjerat dgn org2 yg bwk mrk kedunia kupu2 mlm k.jee...mrk xminta jd sedemikian...sya kdg2 kasihan tgk nasib mrk
ReplyDeleteatie: bila awak tanya cam tu, kjee ada satu story pasal kupu2 malam ni. baru jer kjee dapat cerita ni. ingat nak buat skrip drama atau filem. dh antar sinopsis gi stesyen. tapi kjee rasa tak lulus. nantilah kjee tulis dalam blog bagi awak semua baca. kesian sangat pompuan ni tau!!!
ReplyDelete