Saturday, February 5, 2011

44. kjee sakit? sakit apa?

wheelchair kesayangaku
ramai yang heran dan jugak apabila kjee kata kjee OKU (orang kurang upaya dan orang kuat usaha). eh betullah. ramai yang dah tengok kjee naik kerusi roda disorong oleh unclepali atau nadia. selalunya kalau gi shopping compleks. maklumlah, kjee hanya boleh jalan 10 atau 20 tapak jer, lepas tu, nak rebah.



unclepali tak bagi kjee tulis dalam blog. tak payahlah dia kata. tapi kjee rasa apa salahnya nak tulis kan? biarlah orang tak tanya lagi. terutama sekali kengkawan yang baru kenal kjee kat facebook atau blog.


 masalah kjee ni, sebenarnya masalah ramai wanita yang badan cam kjee ni. omputih kata obese. ala orang melayu kata kegemukan yang berlebihan lah. apa lak nak malu kan? memang betul.

oleh kerana badan terlalu berat maka tulang lutut kjee tidak dapat menampung berat badan. tulang kaki dan tulang lutut bergeseran antara satu lama lain dan terus 'haus'. faham tak? kalau dua bende bergeseran lama2 ia 'haus' lah. isyhh susahlah kjee nak explain. harap korang faham ler.

kjee tahu semua ini setelah nampak x-ray yang dibuat tahun lepas. tulang yang haus tadi dah jadi senget so bila kjee jalan, sakitlah yang amat2. kjee sakit selama dua tahun sampaikan masa meniaga dulu, tak tahanlah. sambil masak sambil mengalirkan airmata. sebab itulah nadia cuti setahun daripada pengajian dia untuk ambil alih tugas memasak.

kjee pun pergi jumpa doktor pakar kat spital ampang. dia kata kjee kena buat total knee replacement (TKR) iaitu bedah tukar tulang lutut dengan besi. tapi tak boleh buat sekarang. kena tunggu umur 60 tahun. giler ke nak tunggu lama cam tu. kalau tak nak, kjee kena ringan badan atau kuruskan lah badan. senang cakap.

kjee bersama deena (kanan) di jeti kuah, langkawi
sebelum jumpa doktor pakar ni, dah beribu ringgit kjee dan unclepali habiskan untuk berubat. ubat melayu, ubat cina, ubat jawa...semua kjee dah usaha. masa tu asal orang sebut ada jer ubat, kjee beli. semuanya hampeh. abang angkat kjee pengamal ubat tradisional. bukan bomoh. tapi pandailah jampi sikit lebih kurang kalau kena hantu dan lain2. dia cakap ini sakit kena gi spital bukan mainan manusia. faham2 jer lah kan. kjee kan dulu meniaga!

kjee turut pergi sinseh, cucuk sini cucuk sana (acupuncture) dan bekam cara chinese traditional medicine. semuanya menghabiskan duit jer. beribu jugaklah habis kat sinseh ni. sekali pergi kena rm250.  nadia turut sumbang duit simpanan dia semata2 nak tengok mama dia sihat. cian dia. tapi tak jugak sihat.

kemudian bila last2 pergi doktor spital (tak tahu kenapa last2 baru pergi. kan dah bingai), bila tengok x-ray barulah tahu. tiada ubat melainkan operate kaedah TKR atau kuruskan badan. dengan kuasa allah swt, setelah kjee bertahan lebih dua tahun guna kerusi roda dan tongkat, akhirnya kjee sekarang guna detox patch yang buang toksid. kjee dapat tahu melalui iklan kat FB.

sejak guna detox patch tu, yang dikatakan boleh ringankan sedikit berat badan, alhamdullilah syukur kjee apabila sekarang dah bolehlah jalan lebih daripada 20 tapak. tapi kena slow2. tak boleh lasak2. tapi kalau gi tempat awam yang luas kena naik kerusi roda.

terima kasih sahabat kjee (beliau seorang penyanyi popular lewat 80-an mintak namanya dirahsiakan) yang menghulurkan kerusi roda kepada kjee. terima kasih ya amat2. dulu kjee ingatkan dunia kjee hanya di rumah dan duduk dalam kereta sahaja bila unclepali atau nadia ajak jalan2. dengan kerusi roda itu, kjee dah sampai ke seluruh pelusuk tahahair. eh bukanlah kjee naik kerusi roda keliling malaysia. kerusi tu duk dalam kereta. sampai ke tempat2 yang perlu kjee naik, unclepali keluarkanlah.



kjee sakit ker? taklah kjee tak sakit. badan kjee sihat alhamdullilah. cuma kalau berjalan, lutut rasa sakit. masa tidur pun kekadang masalah sikit.



naik kerusi roda gi karaoke ngan frens FB yg datang dari spore
terima kasih kerana semua yang ambil berat kesihatan kjee. syorkan macam2 ubat. kjee dah puas berubat, dah banyak habis wang ringgit. jadi sekarang kjee ikhtiar ikut naluri. kalau guna foot detox patch tu elok, kjee teruskan. dah tak nak lagi cuba ubat2an baru.

selebihnya  kjee berserah kepada allah swt. insya allah.

18 comments:

  1. salam..
    sakit tu tanda Allah sayang..Yg penting kakjee masih boleh menulis dan terus beribadat. Sabar selalu kak!

    ReplyDelete
  2. kesian kjee kan...xpe itu dugaan allah...itupun alhamdulilah kjee sihat kan..and blh beribadat kepada allah....amin..(khadijah(ejah)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kjee.... Bagi Mona semangat Kjee memang tiada tolok bandingnya. The way you perceive life is sooo positive. That's good. Keep it up, kak. You are so lively, jovial, cheerful, and charming to everyone nearly everyday as though nothing bothers you in life. Itu yang membuatkan akak so special di hati ramai orang. I did not know about your condition, until I read through your blog entry above. Mona doakan agar Allah SWT akan sentiasa kurniakan akak dan orang2 yang akak sayangi dengan kesihatan yang baik serta kabahagiaan di dunia dan di akhirat. Akak sungguh bertuah kerana dikurniakan Allah SWT seorg suami yang bertanggungjwb dan penyayang serta seorg anak yang ringan tulang dan tidak jemu menemani akak. Alhamdulillah.... mereka senantiasa di sisi akak dalam apa jua keadaan dan menjadi pembakar semangat akak selama ini. Take care, kak.

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua.
    tak tahu nak kata apa...cuma bersyukur ke hadrat yang maha esa atas segala2Nya. never once kjee kesal dengan ujianNya.

    ReplyDelete
  5. kjee nor pun sakit macam kjee gak ..badan besar lutut sakit yg teramat sangat tapi nor kuatkan juga ....norasmah

    ReplyDelete
  6. betul! betul! betul! respectlah pd ketabahan k.gee dan syukur kerana diberikan suami dan anak yang penyayang! May ALLAH always bless you ;)

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum..kak kjee maaflaj kiranya izan menganggu masa kak kjee..sebenarnya izan ni juga alami masalah yg sama seperti kak kjee..masalah lutut..izan juga berbadan besar dan pernah mengalami accident teruk...umur izan 44 dan dah pun menjalani TKR pd 29/12/2010 dan dlm proses penyembuhan skrg ni. Hairan jugak knp Dr di Ampang tu kata akak hanya boleh lakukan TKR bila beumur 60 thn...nasihat izan akak jumpa Mr Jasmeet (ortho surgeon) di hptl putrajaya utk pemeriksaan lanjutan but bfore tht akak kena ada referral letter dr klinik luar dahulu..Mr jasmeet did my TKR n i'm now dah ok dan tak sakit mcm bfore..i dah boleh jln2 ke alamanda tanpa berhenti...kalau ada apa2 nak tahu pasal TKR or pengalaman saya..pls email me at izansyed@gmail.com

    ReplyDelete
  8. terima kasih banyak2 izan. kjee sekarang dibawah pengawasan pakar orthopaedik di hospital ampang. mungkin dia orang merasakan lebih elok diringankan badan daripada operate, kan?

    ReplyDelete
  9. asslamualaium kjee....kagum dgn semangat kjee,sentiasa positif dan ceria selalu... buat sy insaf sbb kdg2 terleka dgn nikmat tuhan..kjee take care ok, oh btw, selamat 'bercuti' hehehe....

    ReplyDelete
  10. salam kjee, kalau kjee x cite, saya x tau pun kjee ada masaaalah lutut. keceriaan dan keikhlasan kjee bila menulis, rise above all (kata omputih). bersyukurlah akak ada suami dan anak di sisi memberi semangat dan sokongan. saya doakan agar kjee dapat berjalan semula (sampai x ingat nak balik..)satu hari nanti! zumaira

    ReplyDelete
  11. alhamdullilah. suami kjee serta anak dara kjee, has been my pillar of strength. biarlah kjee yanag sakit sebab kalau dia orang yang sakit, sapa lak nak jaga kan? terima kasih ats keperihatinan semua. kjee sangat2 terharu.

    ReplyDelete
  12. always take care of whatever you eat and drink kak gee..that's all....Insya Allah, Allah akan mempermudahkan pergerakan kak gee...insya allah

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah,,,, smoga kak jee cepat sembuh n sihat sentiasa.. Bgs kak jee pakai detox 2,, sy n keluarga pun pakai.. Mak sy sblm ni lemah bdn2,smp kdg2 nak bgn pun kena ad org yg pegang.. tapi lps guna detox 2,, alhamdulillah dah smakin sihat, dah boleh btepuk tampar dah dgn sy..

    ReplyDelete
  14. Penawar bgi kjee adalh unclepali & nadia...kjee don wory walaupun kjee slalu kata yg kjee ni oku dimata orang lain tp prcayalah kjee mmbawa cahaya dlm kehidupan followers kjee kalo x caya tnya diaorang..muackkss luv u kjee..

    ReplyDelete
  15. Segala yg berlaku ada byk hikmah yg tersembunyi..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...lagipun org2 yg diuji Allah ini..hanya buat mereka yg sabar dan terpilih sahaja...saya tau K jee n famili kuat n tabah hadapi segalanya...terukan dan berdoa..Amin...

    ReplyDelete
  16. Seday jgk cite kjee nie, tp nmpk dr luaran kjee cukup kuat..tp hati kjee siapa lh yg tahukn. Kakjee yang sangat kuat, unclepali sgt bersabo orgnye dan penyanyang susah nk cari suami yg sanggup mcm tu dan bersabo ngan penyakit si isteri. Moga ada keajaibaan berlaku pada kakjee, harap2 kjee trus kuatkan semangat. TP walau kjee duk atas kerui tu x nmpk langsung mcm org x larat..kerana kjee sentiasa tersenyum.....nadia sikit xde terbeban langsung..moga unclepali n nadia sentisa bergitu. amin

    ReplyDelete
  17. salam kak gee

    saya tahu macam mana rasa sakit lutut...mmg sakit sbb saya pn pernah mengalaminya....tapi bukan sakit TKR....hanya Allah shj yg tahu betapa sakitnyer sampaikan saya kata dlm hati, tak bolehke saya jadi mcm manusia normal yg lain?? tapi kini alhamdulillah....Allah maha besar...Dia yg beri kita sakit dan Dia yg menghilangkan sakit kita....Dia menguji kita samada kita bersabar atau tidak....saya harap kak gee dpt menempuhnya dgn sabar .....insyaallah....dengan kuasanya, sakit kak gee ni akan sembuh....semangat yg penting....:)

    ReplyDelete