Tuesday, February 15, 2011

71. 'kak...boleh ajar saya tulis skrip?'...aduh susahlah nak jawab

kenangan berlakon bersama m rajoli
memang betul...ini soalan paling susah kjee nak jawab. bila tengok jer ada orang message kat kjee, mulalah pening kepala. nak jawab macam mana ni hah?

terus terang kjee beritahu yang kjee tak pernah belajr buat skrip. tapi kata unclepali, bagitaulah mereka yang berminat itu. beritahu masalah awak. hmm memang masalah.

menulis skrip drama untuk tv tidak sama seperti menulis cerpen ataupun puisi. mungkin sudah berpuluh cerpen dan puisi korang pernah disiar dalam ahkbar. mula2 kjee layanlah jugak apabila orang message nak belajar. kjee emailkan sinopsis dan juga contoh skrip kjee yang pernah disiarkan di tv. balasan yang kjee terima, semuanya angkat tangan surrender. payahlah  kjee. tak perlah biar dia tumpukan perhatian buat cerpen dan pusi untuk akhbar.

kjee sendiri tak tau macam mana kjee boleh terbabit dalam bidang ini. mungkin kjee ada asas sedikit dalam bidang penulisan. dan selain itu, kjee telah terdedah kepada skrip drama sejak mula berlakon. hampir 30 tahun dah kjee berlakon. dari zaman TV masih hitam putih.

jadi kata orang kalau setiap hari kita mengadap skrip dan berlakon, secara tidak langsung minat untuk menulis itu ada. apatah lagi kalau ada asas dalam bidang penulisan. tapi bukan semua pelakon yang ada, mempunyai bakat dalam bidang penulisan skrip. ada yang malas dan hanya harapkan rezeki dalam bidang lakonan.

ada juga orang tanya kjee, kenapa tak cuba jadi pengarah. berlakon sudah, menulis skrip pun sudah. isyhh itu satu bidang yang kjee langsung tak minat. ingat senang ker nak jadi pengarah. biarlah orang yang pakar dalam bidang itu buat. jangan ingat kita pernah berlakon dan menulis skrip maka bidang pengarahan datang secara automatik. sebab itu ramai yang jadi pengarah mi segera ni kecundang. tapi ada jugak yang berjaya. ikut nasib2 lah.

berbalik kepada penulisan skrip, kjee rasa mereka yang ada asas dalam bidang penulisan dan pernah berlakon, lebih senang menulis skrip. kjee menulis ikut suka kjee. kjee mula dengan sinopsis. lepas itu terus buat skrip penuh. cara yang sebenar ialah selepas menulis sinopsis, buat treatment dulu kemudian barulah isikan dailog.
berlakon dalam rumah kedai

treatment ada rangka sesbuah skrip. selepas siap treatment barulah masukkan dailog. tapi berpuluh tahun kjee menulis kjee tak buat treatment. hanya baru2 ni jer kjee buat treatment kerana produser itu mintak kjee salinan treatment.

berpeluh jugak kena buat treatment. mana tidaknya, kjee dah biasa buat skrip cerekarama/telemovie dalam masa 5 hari. kalau buat treatment kena habiskan kira2 tiga hari lagi. tapi orang kata alah bisa, tegal biasa. bila dah mula buat treatment rasa seronok pulak walaupun terpaksa menghabiskan masa yang lebih lama.

begitulah juga dengan kerja seorang pengarah. kjee pernah jumpa pengarah yang buat 'story board' sebelum mengarah. dia lukis atau lakarkan setiap scene yang dia hendak buat. ini termasuk lakaran untuk kamera angle dan sebagainya. memang senang kerja kalau ada story board. tapi tak semua pengarah buat macam itu. actually semuanya mengikut kreativiti masing2.

balik lagi kepad penulisan skrip. kalau kjee tak belajar, tak tahu teknik sebenar penulis, macam mana kjee nak turunkan ilmu kjee? kjee tak tahu macam mana nak mulakan mengajar. jadi daripada kjee pening kepala memikirkannya, elok jangan ajar langsung.



berlakon bersama hajah wan chik
bagi mereka yang berminat, pergilah ke Finas. tanya mereka. finas sentiasa ada kelas2 untuk penulisan skrip, pengarahan, penyuntingan dan juga berlakon. kalau nak jadikan bidang seni satu sumber pendapatan yang serius, belajarlah. insya allah pendapatannya cukup berbaloi.

jangan jadi macam kjee. buat kerja ikut suka dan ikut naluri. mujurlah kjee ada lah sikit nama dalam bidang penulisan masa menjadi wartawan. kalau tidak ada 'nama', dan tidak mempelajari selok belok penulisan skrip drama dengan betul, produser tidak akan yakin kepada kita.

pokoknya, tidak ada jalan mudah untuk mencapai sesuatu. species seperti kjee memang kurang di dunia ini. jadi, janganlah jadi species cam kita. hehehe

15 comments:

  1. Kjee, kalau kita ada cerita yg best2, kita relate kat Kjee, Kjee tulis skrip dia boleh tak? Lepas tu Kjee hantarla kat production mana2. At least boleh share idea dgn org ramai dan apa yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan. Idea banyak tapi tak pandai tulis skrip...

    ReplyDelete
  2. of course kjee memang alu2kan sesapa yang nak bagi idea. kalau skrip siap dan dapat duit, kjee akan bagi habuan. dah lama kjee war war kan kat FB.

    ReplyDelete
  3. Kjee... sebenarnya nak menulis ni pun kena ada daya kreatif.. dan bakat... kalau tak.. tak menjadi jugak...hehehe

    ReplyDelete
  4. OMG.....kak jee jg seorg pelakon?
    Betullah tekaan sy bl kali pertama baca blog & tgk gmbr kjee serupa mcm pelakon drama yg sy suka dulu tapi dh jrg tgk mukanya berlakon....rupa2nya org itu ialah kjee... sy fkrkan pelanduk 2 serupa!
    Sy plg suka dgn satu drama yg kjee berlakon jadi kakak yg down sindrom tu tapi dh lupa tajuknya dh lama dah.

    ReplyDelete
  5. betul kata jee, perlu establishedkan nama di media dahulu dengan menulis. bila nama sudah gah barulah tulis skrip drama tv @ film yang mudah mendapat sambutan produser. saya pernah mendapat contoh skrip drama tv drpd jee tapi tetap tidak pandai hendak mengolah skrip baru walau meneilitinya berulang-ulang kali. pengalaman berada di lokasi memang perlu untuk memantapkan skrip dengan jayanya...penyokong jee je.

    ReplyDelete
  6. ct noarizah: ingat lagi awak drama tu yer. kjee dah lupa jdulnya. aziz satar pengarahnya. kalau tak silap kjee, yang berlakon jadi adik kjee dalam drama tu ialah harun hashim. kjee ingat lagi adegan kjee jatuh bukit dan mati. dia orang bubuh darah palsu kat kepala. kjee tak sedar darah palsu (madu, kopi dan warna merah) mengalir masuk dalam telinga. sampai sekarang kjee ada masalah dengan telinga kjee.

    ReplyDelete
  7. hahaha jee budak2 ni ingat senang buat skrip, kalau setakat nak main2 tak payahlah. benda ni perlukan bakat dan kreativiti bukan main hentam je.

    ReplyDelete
  8. Ya betul kjee... drama tu waktu sy bdk lagi.. kesian sgt sy tgk akk lakonkan watak tu.... kata org jika pelakon tu berjaya buat penonton terasa dgn wataknya dia dah berjaya menjiwai wataknya.. memang kje pandai berlakon sy suka tgk semua lakonan akk..:)

    ReplyDelete
  9. yang ni nor cuba buat tapi tak boli juga....nanti nak cuba juga kjee jgn ketawa kuat2..norasmah

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan kjee..yana minat gak nk tulis skrip drama tv ni tp tak pernah tgk contoh gaya penulisan skrip drama tv. Yana ada gak tulis skrip drama utk radio, skg tgh tgu dorang trima ke x skrip tu..duk berdebar2 lagi hehe..harap kjee dpt send kat yana contoh skrip drama..InsyaAllah yana tak surrender hehee..n_ilyana_s@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. salam kakjee

    memang benarkata kak jee, menulis skrip drama tak semudah menulis cerpen dan novel serta puisi
    Ia amat berlainan dan saya akui memang susah
    Namun kerana minat dan kesabaran yang mendalam.. saya teruskan usaha.. menulis kerana passion

    ReplyDelete
  12. salam Jee: saya mmg dah lama minat & nak kenal Jee,masa tu Jee jadi wartawan ...tetiba hari ni ketika menyusuri jalur kemudahan teknologi ini, terjumpalah blog Jee..saya tgh cuba2 nak antar sipnosis drama TV ...akan tetapi blur tak tahu nak tulis sipnosis...blurr...nak yg ringkas akan tetapi terperinci,itulah yg tgh tergaru2 ni..

    ReplyDelete
  13. Sy da dok belek2 cr nk wat skrip nie. Cita cerpen dah siap tulis. Kjee ponya fb apa ye. Nti nak ad. Blog kjee baca pastu bleh kjee wat skrip.. Tjuk dia CINTA SEJATI Kenangan Terindah

    ReplyDelete
  14. Nice share dude:) btw, great blog, I like it.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak jee....saya sangat tertarik dengan penerangan dari kakjee tentang penulisan skrip drama...saya amat berminat..tapi saya tak ada asas(tak belajar),tapi bila saya baca apa yang kakjee jelaskan,saya rasa saya boleh buat macamana orang lain buat,..ikhlas saya katakan..apa yang kakjee terangkan tu telah mencabar saya untuk mencuba...terima kasih kakjee.

    ReplyDelete