Wednesday, February 16, 2011

74. kami tiga beranak hantu kucing!!

mokmok ngan adik dia baby masak kecik. baby pun dah hilang
kalau yang dah lama jadi fren kjee kat facebook tentu tahu kjee ni manusia yang terlalu sayangkan kucing. boleh menangis berhari hari kalau kucing kesayangan kjee hilang atau mati. hmm bukan kjee jer, nasib baik penghuni lain umah kjee iaitu nadia dan unclepali juga hantu kucing.

kami tak minat kucing baka baik yang banyak bulu tu. kjee suka kucing malaysia. dulu, pantang nampak kucing mesti dikutip balik ke rumah. tak kisahlah keadaan dia macam mana sekali pun. kalau sakit antar ke klinik.

ada sekali itu, populasi kucing dalam rumah kami berjumlah 18 ekor semuanya. kami terpaksa beli makanan kucing dalam guni. masa itu ada pasaraya Makro. dapatlah beli murah sikit. ketika ada makro, sekali beli 2 guni sebab takut tak sempat pergi beli, kucing di rumah kelaparan!

manjanya mokmok. nadia jadi bibik mokmok hehehe
kami bertiga ada tugas masing2 dalam bab membela kucing. unclepali tukang bagi makan. siang bagi mereka makan biskut dan malam, makanan dalam tin. kucing kami berlagak. tak reti makan nasi. dan nadia bab bersih membersih. kjee? kjee bab peluk dan belai kucing. hehehe.

tetapi dalam kami bertiga, kucing2 tu amat sayang pada nadia. kjee dan unclepali tengok je dari hujung mata, jeles sebab kucing tu semua suka sangat dengan nadia. dia petik jari dan panggil jer, semua kucing berlari pada nadia. ntah apa ilmu si nadia guna.

banyaklah juga kjee berhabis antar kucing ke klinik bila sakit. pastu bila tiba usia 3 atau 4 bulan, nak kena neuter atau mandulkan. semua itu kerja nadia sebab dia ni memang penyabar sikit bab2 antar kucing gi kelinik dan gi klinik untuk mandul.

macam2lah nama kucing kami..tutu, alex, chichi, snowy, coco, milo, tambi, bobby, bilie jean, cumi jeli manis, yuni sarah, mok mok, bobo, manja, anjelina joey, papai, abang nik, bird, fly, tuah, jebat...aduh banyaklah lagi. ada satu ketika tu dah tak der nama langsung kami bagi nama blick, black dan bluk pada tiga ekor kucing yang datang sekali gus ke rumah. ada juga kucing nama abang besar sebab dia besar. masa tu betul2 dah tak de nama. buntu sangat tak tahu nak bagi nama apa.

snowy ngan best fren dia cumi jeli manis
kucing pertama kami nama dixie pastu tukar panggil chici. kucing ni kacukan malaysia dengan kucing birman. lawa giler. oleh kerana masa tu baru seekor jer kucing, kami pun belilah makanan paling mahal. dia punyalah kuat makan sampai berat badan dia mencecah 5 kilo! kawan2 datang rumah tanya anak anjing ke kucing.

bila tiba malam jer chichi ajak pergi jalan2 naik kereta. dia tunggu jer depan pintu dalam rumah sebagai signal nak pergi jalan. siang hari dia tak suka jalan agaknya terang benderang. atau bila malam dia suka tengok lampu. tapi satu hari chichi hilang. sedihnya kami. kjee dan nadia janji tak nak amik kucing lain lagi.

tapi bila kahwin dengan unclepali, kami mula kumpul kucing balik sebab unclepali ini lagi gila bila nampak kucing. dia boleh kutip kucing kurap bawak balik rumah. tapi selepas kami bawak pergi doktor, semua kucing yang tak sihat jadi lawa. dan bila lawa, ada gak orang yang sampai hati curi.
ini snowy masa kecik.

sedihnya sejak duduk di taman melawati (dah dekat 3 tahun), berpuluh ekor kucing kjee lesap. ntah hilang, kena langgar atau orang curi. sedih ya amat2. mana tidaknya...malam2 kucing tidur dengan kami. dalam bilik kjee dan unclepali jer, paling sikit pun 3 ekor. dalam bilik nadia, ntah berapa dia bawak masuk.

sekarang kami hampir2 sudah tidak ada kucing. bagi kami kalau tiga atau empat ekor tu maknanya tak der lah. yang ada sekarang snowy, papai dan manja. yang si combee nama jer kucing kami. baru ni dia beranak dalam umah entah berapa ekor tapi jangan harap nak bagi kami sentuh dia. dia makan dan tidur dalam umah sama anak2 dia tapi bila kita nak peluk dia, terus lari lintang pukang.

nadia dah malas nak tambah populasi kucing dalam rumah kami. dia kata mama asyik menangis jer bila kucing hilang. so kita bela jer apa yang ada. tak payah nak tambah. ya lah tu. dia lupa dia pernah bawak kucing balik rumah masa sekolah menengah dulu. dia masukkan dalam beg sekolah dan bawak balik naik motor. pastu sanggup nak tipu kata dia jumpa kucing tu depan rumah. akhirnya baru dia menagku kucing naik motor dengan dia. hehehe.






ini ladybird. lawa dan manja. ada orang cilok kot.

mokmok...kini tinggal kenangan. kubur dia depan rumah.


 kjee paling sayang mok mok. dia ni warna oren. lawa sangat. tapi tiga bulan yang lepas, mokmok mati kena langgar. kjee bela dia dari kecik. tiap malam dia tidur atas tapak tangan kjee. hmmm maleh nak cerita pasal mok mok, nanti menangis lagi.

korang yang tak suka kucing tu, janganlah aniaya mereka. halau jer elok2. janganlah simbah air panas atau baling dengan periuk belanga. kesian....kucing adalah haiwan kesayangan nabi muhammad saw. kat mekah ke madinah, ada mesjid kucing tau!!!

21 comments:

  1. tak mau dah bela kucing......nanti kena curi lagi

    ReplyDelete
  2. baiknya kak jee anak beranak...saya x sanggup bela kucing sbb tak tahan bau air kencing kucing...kepala saya terus migrain...

    ReplyDelete
  3. itu jugak perasaan kjee. tapi bila tengok anak2 kucing yang berkeliaran kesian sangat2. esp kalau musim hujan. mana agaknya kucing2 tu tido yer.

    ReplyDelete
  4. cikgu: kucing saya semua buat 'bisnes' dalam bilik air. sudah disediakan bekas pasir yang besar. sebab itulah kena mandullkan kucing esp kucing jantan. bila dia dah besar, dia suka pancut sana sini. kalau mandulkan, taklah dia buat cam tu. ewah mak kucing bagi penerangan...mak kucing takper jangan mak ayam hehehehe

    ReplyDelete
  5. kita sama jee, suka kucing...klu x de kucing dlm umah rasa mcm x lengkap jer...mana2 kucing yg dtg kt umah mesti bg mkn..yg dukdlm umah lg lh special mkn nyer..ade 10 ekor yg dtg mkn umah akak 2 x sari..betul kata fauziah 2, x suka kucing tp jgn kianat kt dia..halau btl2..akak cukup sedih pd org yg suka mendera binatang..klu ade kes dera2 binatang kt page sape2..mmkg akak x tgk dh page 2 sampai lh bila kita bkn wall dia 2, akak x npk dh kes 2.

    ReplyDelete
  6. comel2 kucing kjee....ini kes mcm anak saya hantu kucing..xkira la kurap ke apa ker..semua dia peluk...baru smlm ambik sekor,yg lama dah hilang xbalik2 agak nya dia dah sapu myk tanah kot,lgsg xnk blik...menangis brp hari anak saya tu sbb kucing xnkblik rmh.

    ReplyDelete
  7. sya pun suke kucing...,dulu zaman sya remaja selalu bawa balik kucing yg saya jumpa dlm longkang,tepi jln pun ade...,ade gak kucing2 saya yg mati kena langgar,kena simbah ngan air panas pun ade..,anak2 kucing yg kena mkn ngan bapak kucing pon ade..,sekarang dah x bela sbb anak ade yg asma..,tp kalo jumpa kucing mmg geram..

    ReplyDelete
  8. sejak kjee pelihara kucing, tak pernah putus duit untuk beli makanan mereka ataupun bawak gi klinik. klinik haiwan bukannya murah. sekali pergi kalau kena cucuk, terbang rm50. mengalahkan bil klinik kami pulak. kucing kjee pulak, kalau seekor sakit, yang lain2 pun ikut sakit. demamlah selsema lah. kalau satu kena kudis kat telinga, esok lusa yang lain kena. itu tak termasuk yang kena bisul. aduh...sabar jer lah.

    ReplyDelete
  9. sy ada 13 ekor kuching Kjee...11 ekor dah disnip..hehee...yg 2 ekor tu masih baby lagi...tp mmg betul apa yg Kjee tulis ni, rezeki utk beli makanan dorang mmg tak pernah putus, tau2 ada je w/pun kdg2 rasa sesak jugak tp so far tak pernah lagi putus bekalan makanan...dorang ni ada hari2 special gak..adakalanya kami belanja beli ikan fresh, pastu rebus & bagi dorang makan, yg bestnya bila dah makan ikan fresh tu seronok tgk dorang tidur seharian ...kenyang katakan...barulah aman sikit dalam rumah, kalau tak berkejaran smp terlanggar barang2 kat rumah ni Kjee..

    ReplyDelete
  10. rumah saya suka didatangi kucing2, burung2, arnab yang sakit. setelah dirawat, dipelihara beberapa hari berpulanglah mereka ke rahmatullah. seolahnya makhluk2 ini mencari rumah saya untuk dijadikan tempat persemadian abadi mereka. Subhanallah!

    ReplyDelete
  11. alhamdullilah...hanya allah swt sahaja yang dapat membalas jasa mereka yang menyayangi haiwan2 yang tidak berdaya!

    ReplyDelete
  12. kucing? aduh tak boleh nak cakap apa sbb memang tak boleh bela, aku dan afiq ada asthma dan siafiq pun alergic dgn kucing kalau dia pegang lama2 badan dia naik gegata tapi dia sayang dan suka kucing. kekadang ada kucing sesat kat rumah aku bagi makan kat luar je.

    ReplyDelete
  13. ubat kurap utk kucing, x pyh perabis duit beli kt kedai.sapu kn dgn minyak yg dh d guna kn lps goring 2..3 kali sapu 1x sari mmg blh sembuh dh..

    ReplyDelete
  14. terima kasih kak saerah. nanti saya cuba. memang kami banyak habiskan duit antar kucing gi klinik haiwan. hari tu snowy kene kurap kat telinga dia...dengan cucuk dan ubat rm50. tapi empat lima hari dah baik. saya ada dengar orang cerita pasal guna minyak gorengan ni tapi takut nak cuba. insya allah kali ni nak cuba.

    ReplyDelete
  15. kucing kak jee yg nama mokmok tu sebiji mcm kucing saya yg hilang 2bln lps namanya amon anak saya menangis melalak2 bila dspt tahu amon hilang. kat tmn saya ni ada org yg suka curi kucing kmdn dia jual kat kedai lagi satu ad org kata org myanmar ni mkn kucingdsah 3 ekor hlng mcm serik dah nak bela kucing ni

    ReplyDelete
  16. saya ade 2 ekor kucing kacuk maine coon.tgh cari birman tapiiiiii...mahal gilos birman ni...waaa..nak birman..

    ReplyDelete
  17. Kjee, saya baru aje kehilangan kucing kesayangan, hadiah dari suami bernama Ipon. Dah 8 tahun saya bela dia (baka "ragdoll"). Hari-hari saya menangis bila teringatkan dia dan setiap kali lepas sembahyang, saya berdoa supaya dia dikembalilkan ke pangkuan kami sekeluarga dengan segera.

    Risau yang teramat sangat tentang kesihatan dan keselamatannya. Kucing-kucing yang lagi 5 ekor manja dengan kami sekeluarga tapi Ipon adalah kucing kesayangan saya. Rindu yang teramat sangat kat dia.

    ReplyDelete
  18. Bila baca column kjee ni tang kucing..teringat arwah mak..dan abah yg syg sgt2 dgn kucing..smpaikan reban ayam yg dh kosong,org tua sya tu jadikan rumah kucing..oleh kerana duduk dikaw kg,x jadi masalah dgn kucing2 yg byk tu..kjee nk tau,kira2 smpai 50 ekor kucing tu membiak..smpailah satu masa seekor demi seekor mati kerana penyakit kucing yg berjangkit..pas tu,org tua sya dh x bela kucing lg..dan hanya ada beberapa ekor kucing saja yg dibenarkan masuk dan tido dlm rumah..

    ReplyDelete
  19. Kak Jee, sye nk tanya mcmane kak jee latih kucing kak jee buuat bisnes d bilik air? Bekas pasir tu tetap kena isi pasir ye, Saye duk d aprtment, rmh brbau dgn najis kucing, tu nak ajr buat bisnes dlm bilik air, pasir kena pakai berterusan jugak ye, ingat nak berhenti guna pasir, biar dia bisnnes dlm bekas kosong sahaja. Boleh ke gitu?

    ReplyDelete
  20. kalau citer pasal kucing teringat waktu sye kecil,kucing sye makan arnab yang jiran bela,then diorang tangkap kucing sye diorang buang..sedey sangat..nama kucing tu benson..adik dia nama hedges..cute sangat..then ada jugak kucing sye mati sebab anak jiran buang dalam parit..nama dia cun..kakak dia cin meninggal sebab kena patuk ular..huhu...sedey..sye semadikan dia dan sedekah al-fatihah..

    ReplyDelete
  21. saya pun gemar membela kucing, selepas satu demi satu hilang.. malas dah nak bela kucing, seperti kak jee juga sedih dengan kehilangannya.

    ReplyDelete