Tuesday, February 22, 2011
89. fresh mushroom soup
FRESH MUSHROOM SOUP
korang boleh gunakan apa jua jenis cendawan untuk mushroom soup. janji cendawan yang fresh. Tadi anak Kjee hanya dapat cari cendawan tiram (shitake) dan yang jenis panjang2. ada orang panggil cendawan Jepun. tak kisahlah janji cendawan. soup ni sedap kalau dimakan bersama roti. tak kisahlah roti perancis ke jerman ke jawa ker. boleh buat garlic bread atau bakar biase jer. tadi masa makan nadia kata kalau bubuh sotong, udang atau ikan yang dipotong kecik2 boleh jadi seafood chowder. hmmm bagus gak. lain kali nak buat seafood chowder lak. seafood chowder sejenis sup pekat orang barat. sedap gak makan ngan roti.
BAHAN2 UNTUK DUA ATAU TIGA MANGKUK:
2 mangkuk cendawan (yang telah dicincang)
2 biji bawang sederhana besar
1 sudu besar butter
2 sudu besar minyak zaiton (atau apa juga minyak)
1 kiub ayam knorrs/maggie
setengah cawan air
susu segar
1 sudu besar tepung gandum
lada hitam
CARA MEMBUATNYA:
Cendawan dicincang halus. bawang besar juga dicincang halus. panaskan kuali/sauce pan dan letakkan butter dan minyak. bila butter dah cair, masukkan bawang dan goreng kira2 lima minit. kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi sampai rata. taburkan tepung dan kacau pantas dan biarkan tepung masak seketika. kemudian bubuh air setengah cawan dan sambung masak. masukkan kiub ayam yang telah dipecah2kan ke dalam kuali tadi. kacau sampai rata pastu masukkan susu segar mengikut kepekatan yang dikehendaki. bubuh lada hitam dan kacau. rasa dulu sebelum bubuh garam lagi kerana kiub ayam agak masin. biarkan mendidih diatas api yang perlahan sehingga dirasakan cendawan sudah betul2 masak. kepekatan sup ikut citarasa masing2. kalau terlalu pekat, boleh tambah air ataupun susu lagi. itu jer. senang kan. hah lepas ni tak payah beli yang dalam tin lagi sbb pastinya ada bahan pengawet.
Oh ye, kalau ada sesapa nak buat chicken mushroom soup, boleh gak guna resipi ni. rebus ayam. airnya boleh masukkan dalam soup gantikan air biasa. carik2 ayam dan masukkan bersama cendawan. hah dah jadi chicken mushroom soup.
Salam Kjee..nak tanya bawang tu bawang besar kuning tu ker bawang jenis cmner?
ReplyDeletebawang apa2 pun boleh. resipi ni tak cerewet.
ReplyDeletesalam kak jie...saya datang amik resepi mushroom sup ye....kegemaran anak2.
ReplyDeleteterime kasih bebanyk kak jie.. sy mmg tgh mencari resepi ni.. maklum jerlah ari2 ade g bbq ngan kengkwn dia buat sup cendawan ni sdp sgt.... nnt nak cubelah.... nak tanye dia.. dia bz sampai lupe nak tanye huhuhuhuhu......
ReplyDeletetqsm Jee
ReplyDeletenak try lay...tenkiu kak jee
ReplyDeleteTq kak jee..nanti nk try😍😍
ReplyDelete