Ogy dan Salih ...foto kaopehkaobu.com |
Kjee dulu minat sangat tengok rancangan Oprah. Oprah tak lawa tapi rancangan dia hebat. Pengisian dia cukup bermutu. Kekadang kjee boleh mengalirkan airmata melihat isu2 yang dibawa oprah. Kita memang kena fahamlah yang Oprah yang menerbitkan sendiri program itu sebab itulah dia ada kuasa kontrol pengisiannya.
Kat Malaysia pulak, pengisian nombor dua. Yang pertama hos/pengacara mesti lawa dan terkenal. Sempit dan kolot sangatlah pemikiran mereka kat stesyen tv kita. Yang lawa dan terkenal tu tak semestinya hebat jadi hos. Mereka mungkin hanya bagus dalam bidang yang mereka pelopori. Maaflah, anak seni kita yang versatile, boleh dikira dengan jari jer.
Kjee rasa tak adil lah kjee nak bagi komen pasal rancangan SITI yang sekarang baru jer masuk minggu ketiga. Kjee tengok pun sekali imbas hari tu sebab nak tengok Anugerah Seri Angkasa. Namun apabila kjee pilih ASA yang bukan hebat pun sangat, mesti ada sebabnya kan? Sebab rancangan yang dihoskan Siti itu, boringlah.
Kita dah biasa tengok Dato Siti dengan liuk lengguk yang comel berserta lontaran suaranya yang cukup merdu. Tapi bila dia duduk je tercongok kat depan kamera, nampak sangat ‘kekayuan’nya. Eh betul lah ejaan tu. Kekayuan bukan keayuan tau!
adibah noor ...foto allbynose.blogspot.com |
Jangan ingat kat negara kita tak ada anak seni yang boleh jadi hos rancangan yang hebat. Kalau kjee sebut nama Abby Fana, macam mana…ada yang setuju tak? Selain Abby, Adibah Noor dan juga jangan lupa…yes jangan sesekali lupa Ogy Ahmad Daud kita.
Tapi sedihnya, pihak stesyen tak nak bagi mereka peluang. Abby Fana bukan seorang jelitawan dan dah masuk kesenjaan. Begitu juga Adibah Noor yang penuh frame TV. Tapi ramai tidak tahu kehebatan Adibah sebab tak ada stesyen yang berani terai test dia. Ala mentang2 bodi dia macam tu. Jangan pandang dia part tu jer, pandang pada bakat dia!! Cuba bayangkan Adibah hos rancangan Nona. Kjee rasa mesti ramai yang tengok sebab ada perubahan yang cukup drastik !!!
Dan kak Ogy kita? Ohhh Ogy pun tak masuk buku dia orang…sebab…eh sebab apa hah Ogy tak jadi pilihan dia orang. Eee nyampah you! Adakah kerana dia dah bertudung? Hey ini negara Malaysia tau, bukan Amerika atau Perancis yang tak suka pompuan Islam pakai tudung!!!
Astro pulak pergi pilih Anita Sarawak untuk buat rancangan ala Oprah yang kjee rasa satu pilihan paling hampeh! Mula2 dulu, kalau kita tengok cara Anita berinteraksi, kjee jadi blur. Memanglah kita kena faham Anita itu menghabiskan banyak masanya di luar negara. Maka itu penguasaan BM nya kureng. So kalau stesyen tv tahu ‘kekurangan’ tu, kenapa lah amik risiko? Bayar mesti mahal kan? Kjee pernah cuba nak guna makcik itu dalam satu produksi kjee. Manager dia mintak bayaran in USD tau!!
So kenapa kuman di seberang lautan orang nampak, gajah depan mata…buat2 tak nampak!!
Bakat Ogy untuk mengendalikan rancangan bual bicara semasa amat besar. Dia punya ramai peminat dari yang muda hingga ke tua. Lagaknya selamba. Tak buat2. So bila lagi nak gunakan bakat dia dengan sepenuhnya? Nak tunggu Ogy dah mati barulah orang stesyen tv start bukak mata ker ?
Buatlah rancangan cam Oprah. Kalau tak nak guna satu pengacara, selang selikan antara Ogy, Abby dan Adibah. Hah lepas tu tengok rating. Yang dapat rating paling tinggi, orang tulah dipilih terus. Susah ke nak fikir cam tu? Aduhai!!!
Abby punya daya fikir yang spontan. Omputih kata she’s very spontaneous. Kjee cuba ikut seberapa banyak rancangan radio beliau. Hebat sekali. Tiada idea yang berulang2. every day is a new day for Abby! Kalau orang stesyen TV kata Abby tak lawa ataupun dah senja, siap ko! Yang makcik duduk Amerika tu…opppsss.
Nak cari lawa macam mana kalau muka lawa tapi ‘kekayuan’ terserlah!! Macam itu elok pakaikan baju lawa2 kat pokok kayu dan letak depan kamera. Sekurang2nya kita taklah nak pertikaikan ‘kekayuannya’ kan?
Kjee rasa cam nak buat proposal kat stesyen tv untuk ambil Abby jadi hos rancangan ala Oprah. Opppsss habislah idea aku kena curik ni!!!
abby fana ..asiaone.com |
Kalau nak buat rancangan hiburan yang santai pulak, hanya Ogy Ahmad Daud dan Salih Yaacob adalah dua hos yang kjee fikir boleh ‘pakai’. Dulu RTM ada buat rancangan yang gandingkan mereka berdua. Tapi dek kerana pengisian program yang tak umpphh, maka rancangan itu gagal.
Bawaklah Ogy dan Salih bersama dalam perbincangan. Pastinya mereka ada idea mereka yang boleh diambil kira. Bagi kjee kedua-dua anak seni ini cukup bijak..very intelligent. Agaknya kalau mereka kaya cam Oprah, dia orang dah buat dah rancangan mengikut citarasa mereka.
Tapi…..oh sedih lah nak sambung....
Saya sokong 100% KJee.... Kalau setakat lawa, takde aper, orang boring gak... Mula2 je tgk, tapi biler asyik samaaa je, isik tadak, orang tukar channel gak. Kalau K Dibah n K Abby definitely I melekat dpn tv tak alih2... Hihihi...
ReplyDeleteSetuju 100% tak di nafikan kehebatan mereka terutama Ogy dan Adibah ada aura tersendiri, saya pasti show tu rankingnya tinggi dan ianya dalam ketogori wajib tonton
ReplyDeleteSaya sangat2 sokong kak jee
ReplyDeleteRancangan Ogy dan Salih dulu ok tapi sikap RTM yang sering tukar waktu siaran menjadikan penonton lari.
ReplyDeleteAbby pulak, setuju kalau dia ni jadi pengacara talk show sebab dia mampu berbahasa malaysia dan inggeris dgn baik.
agreed kjee...sy tgk program SITI alamak...sedihhh.....bkn nk kutuk tp knyataan...kalo Abby n Adibah mmg terbaekk...spontan & selamba....n xder la ke"kayu"an...hehe....
ReplyDeletenor sokong kjee.....ogy bila di buat sesuatu dia study dulu....abby dia vesertile...dibahnor ada kelas..siti dia lembut tak sesuai untuk rancangan bualbicara...mokcik amerika tu terlalu banyak guna perkataan sayang kekadang tak sesuai langsung..cuba ambil aris yg belum ada nama yg tak top gilap mesti berkilau baru betol ni yg dah pupular mual le overacting...steroetaip lama2 industri ni bagi senang kat orang tg dah memang senang tapi tak de klas...norasmah
ReplyDeletekjee dapat info dari fren Fendi Aman, FB di spore. dia kata adibah sekarang tgh hos rancangan jangan betulkan tv anda di suria tv spore. kelakar giler kata fendi. hah dalam bab ini artis malaysia duduk jer lah bawah tempurung sampai pihak luar amik awak semua. nak harapkan bakat anda di kembangkan di sini, ah tak payahhhh lahhhh. kan betul kjee kata adibah noor memang bagus. kalau tak bagus, tak ler dia seberang tambak!!!
ReplyDeletekjee betul tu kjee saya sokong klu abby @ adibah noor jd pengacara...mereka pandai berbahasa malaysia dan fasih berbahasa inggeris..besttt..sure x boring.tpi cemanalah si siti tu bole tercalon...meluat betul saya......betul tu kjee cam kayu je nk control pandai jer. berbahasa inggeris pun hampeh.....beli kot siaran tu..sbb dh kureng nk nyanyi..takut populariti jatuh..opppppssss maaf kena saman lak kang....x der duit nk byr....
ReplyDeleteSiti bab nyanyi2 ni memang tak boleh di nafikan meremang bulu roma kalau tengok show dia tapi bila tengok talk show dia alamak rasa macam dia letak diri dia kebelakang sngt. rasanya dia tak stand up ... malap je
ReplyDeleteHahaha Kelakar entry kak jee.. Apa yg kak jee luahkan itu adalah benar belaka.. Kak Ogy & Kak Adibah Noor mmg best.. Apaaa...? Pakaikan baju lawa-lawa kat pokok kayu n letak depan kamera?? Ahahahaha.. Tergelak-gelak saya sensorang depan komputer ni haa.. :)
ReplyDeleteeh betullah 'indun. kalau nak hos kayu, tak payah susah2. pokok banyak kat sekitar kita. dress them up jer. pakaikan mekap, trim sikit dedaun dia. mesti boleh jadi pengacara yang 'kayu'. tak payah bayar mahal2 pun. duit tukang potong pokok dan abang lori jer untuk bawak ke studio kan?!! hehehe
ReplyDeletePengacara yang penting boleh berbahasa Malaysia & Inggeris dengan baik ok..bukan broken2 cm rancangan SITI tu..bila la diorang nk ubah konsep itu Kak Jee..setakat rupe tu bleh di adjust dgn solekan..small matter..ABBY, ADIBAH NOOR, OGY AHMAD DAUD antara yang terbaik!!!!
ReplyDeletesaye pon gelak je bace kajee kata pokok kayu ..bab siti tu..saye tgok sekali je pogram dia..klu ogy..aduhaii..saye fanatik dia smpai le sekarg ni..lakonan, pegacaraan dn arahan dia memang mantap dn sukar nak tandingi..
ReplyDeleteKesian siti kan?
ReplyDeleteTapi nk buat camana...
Klu bgus ttu org kata bagus...
Kalau x dh tentu diri sendiri pun tau...
Masalahnya siti mcm x tau je kan...dia x best dlm prog tu???
Kesian siti...
setuju ngan kak jee...saya peminat fanatik ogy n saleh yakob satu ketika dulu...walaupun dah kesenjaan yakni dah maghrib pun..depa ttp mantop.....ini mungkin birokrasi/kroni..
ReplyDeletesian siti kan...nk buat lagu mana..kurang lawak..kita mau yg lawak2 dan berisi saja...takmo nyanyi2 sgt kalo program talk show..sb bukan nk tgk cita nyanyi2...kt chanel lain byk nyanyi2 ni..
Agreed 100% kak jee.... Kak Ogy, Abby & Adibah mmg gd hos...
ReplyDeleteKak Jee.. fyi Adibah Noor now jadi hos rancangan JANGAN BETULKAN TV ANDA di TV Suria, Singapura... bersama personaliti fofular Suria, Suhaimi Yusof... sebuah rancangan variety show... ala2 Ogy & Salih gitu... dah 2 minggu ke udara... antara guestnya termasuk Bront Palare & etc... very kelakar & gd.
ReplyDeletei pun agreed that Abby Fana mmg best & versatile laupun she tak selincah Ogy... she very spontan, tersendiri n funny... Dulu masa she kat THR.FM suka dgr dia, now she dah kat sinar, tapi dah jarang dgr radio plak, hehehe... Nway, now on TV Suria, s'pore, every sun, 5pm, ada tayangkan (import) program Hati Lelaki, hos Abby Fana.... she's very gd as hos laupun topik very serius pasal lelaki.... v gd hos!
k.jee....sya dh trguling2 gelak baca n3 k.jee....kayu semgnyer utk org tuss...sya smpat tgk 1st rancangan siti pastu xder dh tu pun sya tgk sekerat jer...iiissshhhh talk show ker nyanyi show dia wat tuss k.jee....lebih baik laa sya tgk oprah lg bagus....tyra bank show pun lebih baik dr rancangan dia k.jee....sya mmg setuju ngan sume org2 kat cni sokong adibah noor,ogy ngan abby fana jd pengacara...sbb skang ni hanya mrk ni jer yg the best host among the best
ReplyDeletesaya setuju adibah noor berbakat sebagai pengacara. Serba boleh dan lawaknya tak kasar dan mengada-ngada. Ogy selalu OVER ... manakala Aby Fana pula .. cakap kalut dan mengilai semacam. Mececeh memanjang.Lepas tu .. suka buat gurauan yang membosankan. Saya tak pernah tengok rancangan SITI sebab tak ada ASTRO tapi betul ... siti tak sesuai sebagai pengacara.Terlalu prim and proper. Kalau nyanyi memang class lerrr ...
ReplyDeletekjee..setuju sgt2 dgn apa yg kjee tuliskan..especially tang abby..sya suka sgt dgn dia..lg2 bila dengar celoteh dia dlm radio..dan yg sya frust sgt tu,rasanya dia x pernah lg menang anugerah penyampai radio paling popularkan..padahal,dgn celoteh dia sorg2 je dh riuh rendah jadinya..sepatutnya anugerah tu lebih layak diberikan kpd sesiapa penyampai radio yg mengendalikan segmennya secara berseorgan..ini tidak,2~3 thn ni yg menang adalah penyampai yg menyampaikan segmennya secara berduet..cuba klu letak dia sorg2 dlm segmen tu..tntu agaknya x seceria sprt berduet..mklumlah,bila berduet tu tntulah byk idea sbb ada backing antara satu sama lain...dan lgpn,yg mengundi ni pn ramai anak2 muda..tntulah,pilihan diorg, penyampai yg muda2 lg..
ReplyDeletekak jee..
ReplyDeletenasib baik laa saya ni kat jb.. rancangan singapore memang clear.. dapat tengok adibah noor jadi hos..
memang mantapp kak jee..
best...
~nana~
abby fana antara DJ wanita yang saya rasa amat memualkan bila mengendalikan rancangan di radio. Gaya percakapannya membosankan. Dia ni species macam HALIM OTHMAN. Kalau di letakkan secara berpasangan, baru ' kena buku dengan ruas ' ! he heh .. Tapi saya rasa tak ramai yang cita rasanya sama macam saya .. he he .. Adibah Noor ok !!!
ReplyDeleteFew years back Singapura buat program tv dengan Ziana Zain sbg hos, penyanyi, pelakon dan pelawak. Ratings meletup. Kemudian mereka buat similar program dengan CT. Teruk kena complain. Jawapan TV station, CT tak se versatile Ziana. Exactly. CT should stick to singing...
ReplyDelete