Thursday, February 24, 2011

96. artis majalah - bakat tak sepadan publisiti

dulu artis majalah tapi sekarang pelakon hebat!
gelaran 'artis majalah' yang diberikan kepada artis2 suam kuku di malaysia kini sebenarnya dah lama wujud. sejak zaman kjee jadi wartawan lagi. sejak tahun 80-an. korang tahu apa dia artis majalah? hah nak explain kat sini supaya korang tahu lepas tu boleh buat andaian sendiri.

artis majalah itu sama suku sakatnya dengan mereka yang bakat tak seberapa. hanya harap muka dan 'kehebatannya' meleser dengan wartawan untuk mendapat tempat di akhbar ataupun majalah. selalunya wartawan akhbar tak bagi can 'species' artis majalah ni. tapi nama pun artis majalah, so dia orang ni kena buat baik dengan wartawan majalah, kalau tidak habislah peluang nak kekal lama dalam industri ini.

lakonan biase jer - foto perondajacketbiru74.blogspot
tapi korang jangan nak salah sangka. ada juga 'artis majalah' yang sekarang dah buktikan bakat mereka dalam bidang lakonan. walaupun tak ramai tapi antara yang boleh dianggap hebat setelah bertahun menjadi 'artis majalah' ialah Umie Aida.

dulu (pertengahan tahun 90-an), kalau selak jer majalah, mesti ada muka Umie. dia dan geng2 dia tak pernahlah dikecualikan kalau ada photo shoot untuk hari raya dan sebagainya. setiap majlis artis, akan beraraklah umie dan geng dia. tak salahkan umie and gang sebab orangnya cantik, pandai bergaya, fesyen rambut dan segalanya up to date. mahu takknya wartawan berkejar nak amik gambar dia kan?

tapi sekarang Umie dah buktikan. usaha dia selama ini berhasil. lakonannya mantap. cuma kesianlah erma fatima. tiap kali amik Umie berlakon, ada suara2 sumbang kata kronisma lah...dan macam2 lagi. habis tu, kalau adik sendiri dah ada bakat, kenapa tak leh ketengahkan adik, betul tak?

sorang lagi artis majalah yang dapat perhatian wartawan ialah rozita chek wan. acting taklah hebat mana. ramai lagi pelakon yang bakat lebih besar. tapi si rozita ni pandailah susun atur langkah dia. tiap dua minggu sekali adalah cerita panas pasal dia ni.

yang buat kjee maleh nak layan ialah apabila cerita dia nak bersara disiarkan. setahu kjee, orang yang selalu hebahkan cerita nak bersara ini sebenarnya nak bagi gempak jer. sebaik sahaja pengumuman persaraan dibuat, dia dapat berduyun2 offer. pastu kata pulak takkan nak tolak rezeki.

aduh dailog cam tu dah klise sangat. samalah macam cerita budak dengan serigala. kalau dah selalu sangat membohong, nanti bila serigala betul2 muncul, tak kuasa dah orang nak layan.

lagi satu, kalau nak bagi statement kat reporter, hati2lah kedudukan awak sebagai ibu kepada anak2 yang dah remaja. kjee terkedu baca cerita dia kata kenapa asyik label dia suka 'anak ikan'? kenapa tak kata ramai anak muda tergila2 kan dia. aduh...tak manis tu. kesian kat anak2 yang masih bersekolah. pasti ditertawakan rakan2 satu sekolah.

samalah dengan Fasha Sanda. cerita yang keluar mengenainya tidak pernah pasal kehebatan lakonannya. semuanya pasal peribadi. kekadang kjee rasa penat sangat bila selak jer akhbar hujung minggu, tengok muka dia. kalau tak muka dia muka rozita chek wan!

tapi kjee rasa artis majalah ni wujud sebab peranan dia orang penting untuk bagi wartawan majalah terus ada bahan dan gambar untuk muatkan dalam majalah mereka. korang bayangkanlah kalau tak ada artis majalah ni...semua majalah dah jadi macam akhbar. cerita2nya sama dan boring.

bakat biasa tapi  banyak sensasi lor - foto nuryazni.com
bukan sahaja artis pompuan yang masuk dalam species artis majalah tau. artis lelaki juga ada yang masuk dalam species ni. topping the list is seorang penyanyi ni yang ala ala klon sudirman. nama kjee tak ingat tapi kehebatannya mendapat tempat di akhbar dan majalah, kjee puji. suara dia tu taklah hebat mana. tapi setiap tahun hari jadi ditaja dan dibuat besar2an mengalahkan artis top.

apapun, artis2 majalah ini ada jugak sumbangan kepada industri hiburan. kalau bakat tak berapa inci, sekurangnya bolehlah jadikan dia orang model oleh butik2 yang sekarang bercambah macam cendawan lepas hujan. jangan pulak nanti lepas pinjam baju kat butik untuk sessi foto kat majalah, tak reti2 nak pulangkan balik. itu jugak salah satu tabiat buruk segelintir artis kita. bukan artis majalah saja tau, artis top pun ada yang perangai cam tu.

harap2 lebih ramailah artis majalah buktikan yang kjee salah apabila kata mereka tidak ada bakat. buktikan. bila orang bagi peluang berlakon, buat homework. usaha lebih gigih. usah harapkan dengan berpeleseren dengan  pengarah akan terterusan dapat job.



jangan kata artis yang top pun ada buat begitu. alahai dia dah top. buat apa pun dia tetap diterima. korang yang baru nak meniti hidup sebagai anak seni, fikirlah. industri hiburan menjanjikan pulangan yang cukup lumayan kepada mereka yang benar2 hebat. kalau dah hebat tak payahlah harap VVIP jer nak datang lamar tau. korang boleh hidup mewah atas hasil titik peluh sendiri yang halal! insya allah.

8 comments:

  1. True Kak Jee... bosan giler tengok muka artis majalah esp si FS tu.... kontroversi je lebih... bakat hampeh!... No like!

    ReplyDelete
  2. taklah kak jee, FAS the best & very entertaining... si FS tu, eeee meluat n muak!

    ReplyDelete
  3. artis majalah dulu2 yg tebukti kehebatnnye ogy ahmad daud..skrg ni saye tak nampk lak artis majalah yg hebat2..klu ade pon mcm anak amy serch c nabila..

    ReplyDelete
  4. nabila tu bukan artis majalah. dia memang seorang pelakon yang hebat!

    ReplyDelete
  5. bulu mata Rozita Che Wan je yang aku nampak yang lain dari dia aku tak nampak, berlakon pun bukan best sangat biasa2 je.

    ReplyDelete
  6. k.jee mmg betul nabila pelakon hebat....xsia2 amy search ada ank mcm nabila even nabila bkn seorang penyanyi spt dia....ssh skang nk cari artis2 yg betul2 brbakat kdg2 top pun belum tentu brbakat tapi hanya tempelan...tapi bila time menyanyi atau brlakon hasilnyer ala kadar jer....bkn hebat sgt...yg xbestnyer skrip/drama dh mmg hebat bagus lg kalu diamati tapi bila jatuh kat some1 yg top tapi xbrbakat cerita jd hambar...syg betul laa k.jee

    ReplyDelete
  7. Itu ler kak.jee awok pun setuju yg FS & RCW tu tak hebat tera mana pun. RCW tu scene sedih ker, happy ker, murung ker .riak muka tetap sama...buhsann.

    ReplyDelete