Friday, October 21, 2011

ANTARA KITA DENGAN ANAK2 TIADA TALAK MEMISAHKAN...

Kjee terpanggil memberi sepatah dua pandangan eh macam nak buat ucapan lak  pasal kisah Aishah yang kononnya menjadi lebih rapat dengan  anak2nya selepas bercerai. Sebenarnya, Kjee dah teringat nak tulis jugak kisah rapat dengan anak2 selepas bercerai hidup ataupun mati.










Hari tu Kjee berbual dengan adik ipar Kjee, Haji Amir yang kini menjaga sendiri anak2nya setelah pemergian adik Kjee, 4 bulan lepas. Esok genap 4 bulan. Kjee tanya dia, bagaimana kehidupannya kini setelah tiada isteri di sisi setelah hidup bersama lebih kurang 25 tahun.

Haji Amir dan keluarganya bersama arwah adik Kjee



Kata Haji Amir, memang susah tiada isteri yang berkongsi segala2nya di sisi tetapi beliau amat bersyukur kerana anak2nya lebih dekat dengannya. Dulu, anak2 memang terlalu dekat dengan arwah ibu mereka. Dan kini tanpa ibu, sudah pastinya ayah menjadi tempat untuk mengadu, bermanja dan sebagainya.

Berbalik kepada kisah Aishah. Kjee juga pernah menjadi ibu tunggal dan kini sudah 11 tahun hidup bersama Unclepali. Selasa depan genap 11 tahun. Unclepali sebenarnya tak suka Kjee ingatkan tarikh anniversary. Tetapi kita orang perempuan memang suka sangat ingat tarikh2 macam tu.

Apabila Kjee berkahwin dengan Unclepali setelah hampir 4 tahun menjanda, Kjee pastikan hubungan Unclepali dengan Nadia rapat. Kjee tak nak Nadia merasa tersisih semata2 kerana Kjee bersuami baru dan muda. Yang muda Unclepali lah. Nadia berusia 12 tahun ketika Kjee berkahwin dengan Unclepali. 


Kemana sahaja kami pergi, Nadia akan ikut sama. Malah sejak dia dilahirkan, Kjee tak pernah keluar seorang. Sampaikan apabila Nadia sudah masuk sekolah dan tak boleh ikut, semua yang terserempak dengan Kjee tanya mana Nadia?

Kjee ingatkan lagi masa nak pergi nikah, Nadia tak boleh ikut sebab dia sekolah. Ketika kami berlepas, Unclepali mengalirkan airmata kerana kesian Nadia tak dapat ikut.

Dan selepas bernikah, tidak pernah sekali pun kami berpecah kalau keluar melainkan bila Nadia dah masuk Uni, banyak kali dia tak boleh ikut Kjee kerana tugasan dia.

Jadi, hubungan antara kami tiga beranak cukup erat. Malah, Nadia bagitau semua kengkawan dia Unclepali adalah papa dia. Tak ramai yang tahu Unclepali hanya bapak tiri. Kjee tahu Unclepali cukup sayang Nadia. Malah kalau Kjee marah2 Nadia, dia mesti marah Kjee balik. Sampaikan satu ketika Kjee kena warning dia jangan campur kalau Kjee nasihatkan Nadia. Sebabnya, Nadia besar kepala kalau papa dia asyik backing dia!

So Kjee heran macam mana Aishah kata dia kini makin rapat kepada anak2 setelah kembali solo. (Kes haji amir lain sebab dia ayah) Seelok2nya kalau kita bersuami baru, kita harus dekatkan anak2 dengan kita dan suami baru. Jangan kita asyik melayan suami baru sampaikan anak2 rasa tersisih.

Banyak kes anak2 yang tersisih, menjadi liar, berkawan dengan kawan2 yang tidak elok moralnya, terbabit dalam gejala maksiat...buang anak. Nauzubillah!

Itu cara Kjee. Maaf kalau Kjee silap. Tetapi ingatlah...anak2 dengan kita tiada talak yang boleh memisahkan. Harap korang faham.



14 comments:

  1. nadia bertuah ada papa yang menyayanginya.
    tak semua yg bertuah spt dia.
    sbb itu ada pompuan x nak kawen lain sbb sukar cari suami yg betul2 ikhlas menyayangi anak2 tiri

    ReplyDelete
  2. betul irfa. maaf cakaplah. Masa kahwin baru, Kjee pun risau. Takut sebab dah banyak berlaku bende yang tak diingini. Tapi alhamdullilah setakat ini okay.

    ReplyDelete
  3. salam,

    sesapa nak jadikan Kjee bonda angkat, kakak angkat atau apa2lah yang sewaktu dengannya, silakan. tapi larat ke nak angkat. kahkahkah

    ReplyDelete
  4. salam kjee, liza terpanggil utk memberi sedikit komen. sebenarnya kita ibu bapa kena merapatkan diri ngan anak2 ni, baru mereka rasa disayangi. liza ada 7org anak, 5 lelaki 2 perempuan. yg sulung dh 22thn, kemana kami pergi mesti bersama, mcm satu rombongan pulak. klu sorg takde, rasa mcm tak lengkap je....kita kena anggap anak2 ni sbg kawan, barulah senang utk berbincang dan bercerita.

    ReplyDelete
  5. Betoi apa yang kak jee tulis tuu...menitis air mata bila baca tulisan kak jee. Bertuah kak jee dapat suami yang menyayangi anak kak jee seperti anak sendiri..

    ReplyDelete
  6. As salam Kjee..pertama2nya Nora nak ucapkan alhamdulilah kerana seronok tgk kebahagiaan Kjee di kala ini, terutama dikurniakan suami dan anak yang begitu saling sayang menyayangi sesama sendiri..harap2 Nora juga akan memperolehi kebahagiaan ini di samping suami dan anak2 Nora..buat masa ni, alhamdulilah..takut di masa masa kan datang..namun Nora sentiasa berdoa yang terbaik untuk keluarga Nora agar kami sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah dan diberi kekuatan dan iman ketika di ujiNya...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. macam itulah yg sebaik²nye.. dan seelok²nya kan... sampai bile²... moga berkekalan hingga keakhir hayat bersama..... Amin

    ReplyDelete
  8. bertuah nadia dpt papa yg sayangkan dia x berbelah bg dan juga dpt ibu yg sentiasa memastikan nadia x tersisih .. suka sgt entry ni ;-D

    ReplyDelete
  9. begitulah hendaknyer tiada apa yang memisahkan kita dengan anak2 gitu gak kalau dah kita tiadapun doa dari anak yang soleh adalah penghubung..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah wlaupun deena dan anak2 berjauhan,hubungan kami anak beranak makin rapat. tiap kali cuti sekolah anak2 akan bersama deena dan babah baru :) Syukur suami menerima dan melayan anak2 deena seperti anak sendiri....

    ReplyDelete
  11. Semoga Kak Jee sekeluarga sentiasa berbahagia sehingga ke akhir hayat. Insya Allah. *Kak Jee, nak minta pos entry makan-makan ye.
    Z.

    ReplyDelete
  12. Yup,unclepali memang bapa tiri yang baik, teringat aku masa jadi mak pengantin kau asyik risaukan Nadia jer sebab tu nak cepat2 balik.

    ReplyDelete
  13. setuju dgn kakjee.. penceraian bkn alasan utk salah sorang (ibu bapa) putus hubungan dgn anak. Alhamdulillahh kakjee dpt suami yg dpt sygkan Nadia sepenuh hati.. ada setengah org bila berkahwin dgn ibu tunggal dia nak mak je.. anak dia taknak. konon beban. pernah jd pd kawan sy.. lelaki tu bg syarat kalau nak kawen anak2 suruh bg pd bapak budak2 tu sbb dia x nk jaga..

    ReplyDelete