Tuesday, October 11, 2011

CEPATLAH NIKAH JOEY-WATIE

ehsan cik google
Kjee ingin mengucapkan tahniah kepada Joey kerana membuat keputusan untuk mengahwini Watie, Januari tahun depan. Sebelum ini kedua2nya sudahpun membuat ikrar di semua akhbar dan majalah yang mereka sepasang kekasih. Tak ada sorok2 atau guna ayat klise, masih mahu mengenali hati budi masing2.

Dalam pada itu, tup2 Watie yang tertekan dengan pelbagai tohmahan dari bekas isteri Joey, membuat keputusan menarik diri. Maknanya, Watie tak jadi menerima Joey sebagai suaminya kerana tidak sanggup lagi berdepan dengan kontroversi demi kontroversi.

Pada Kjee, sebilangan besar hidup Watie sebagai anak seni bukan berkisar kepada bakatnya. Ia lebih menjurus kepada gossip dan kontroversi yang melanda hidupnya. Berkahwin, bercerai, anaknya meninggal dunia, kemudian bekahwin lagi kemudian cerai lagi. Tak cukup dengan itu, tiba2 muncul cerita anak gadisnya daripada perkahwinan pertama membuat pengakuan yang benar2 menguris perasaan Watie.

Kjee rasa Watie ni bukan calang2 wanita. Semuanya dia tempuh tanpa pedulikan orang sekeliling. So kalau sudah itu yang dilakukan selama ini, kenapa mesti tarik diri daripada menjadi isteri Joey?

Kalau tengok gaya dan lagak mereka yang begitu intim di majlis2 terbuka, memang sahlah, mereka ini sudah ditakdirkan untuk bersama. Mudah2an hingga ke akhir hayat.

Dan Kjee yakin, hasrat Joey untuk memperisterikan wanita akan jadi kenyataan, dengan izinNya. Banyak2lah berdoa. Kalau Watie masih was2 kerana bimbang dicemuh oleh mereka yang tidak senang dengan hubungannya dengan joey, buatlah solat istiqharah. Mintak petunjuk daripadaNya!

Mudah2an Joey akan mengkotakan janjinya untuk menamatkan segala kontroversi dengan menikahi Watie. Semua niat yang baik itu, Insya Allah akan diberkati.

Kjee dah lama kenal Joey. Dia cukup telus. Harap2 segeralah menikah. Buat jer yang afdal. Tak payah buat majlis besar2an yang menjurus kepada pembaziran. Gunakan duit itu untuk kehidupan baru yang bakal dibina!

Jangan peduli apa orang lain nak kata. Janji korang bahagia!!

3 comments:

  1. salam auntie...terima kasih sbb sudi jenguk blog sy...ni ade entry special utk auntie...;)

    http://angelazilla.blogspot.com/2011/10/dari-dapur-kak-jee-fauziah-abdul-samad.html

    ReplyDelete
  2. Alahai Watie kawin jelah, pekak kan teliga Dan ikut kata hati bak kata kau jee semua benda dia dah lalui.

    ReplyDelete