Thursday, October 13, 2011
Home »
kisah2 close to my heart
» DAMIA SUDAH KEMBALI KE RUMAHNYA!
DAMIA SUDAH KEMBALI KE RUMAHNYA!
Alhamdullilah syukur! Damia sudah keluar dari hospital dan kembali ke rumahnya di Kangkar Tebrau, Johor Baru petang tadi. Kjee dapat panggilan telefon kira2 jam 11.30 malam tadi dari Fija yang menangis sebab terlalu syukur ke Hadrat Ilahi, anaknya sudah beransur pulih.
Ketika Damia dimasukkan ke hospital tiga bulan lalu, Fija hanya boleh berdoa agar Damia dapat pulang ke rumah dengan selamatnya setelah menjalani pembedahan yang boleh dikira merbahaya dan berisiko tinggi.
Segala kekuatan dalaman Fija difokuskan kepada doa untuk Damia. Selama tiga bulan Fija menjadi penghuni hospital, menemani anaknya tanpa menghiraukan penyakitnya sendiri. Dan dia bersyukur tubuhnya kuat melawan segala penyakit sekelilingnya. Faham2 sahajalah, Fija pesakit kanser tahap 4, seelok2nya tidak didedahkan dengan mereka yang mempunyai penyakit walaupun mereka yang demam selsema. Penyakit itu mudah menjangkit kepadanya kerana imuniti badannya cukup rendah.
Tetapi Allah swt telah sekali lagi membuktikan kebesaranNya. Fija telah dilindungi. Dan tidak sekali pun sepanjang 3 bulan dia berkampung di hospital, dia dijangkiti sebarang penyakit yang boleh memudaratkan kesihatannya. Alhamdullilah.
Fija memberitahu malam ini dia akan buat solat hajat untuk meluahkan rasa syukurnya ke hadrat Allah swt, segala apa yang dirancang telah disempurnakan dengan jaya. Dan dia juga sibuk mahu doakan agar Nadia juga terselamat dari segala musibah penyakit yang melandanya baru2 ini.
Usahlah risau pasal Nadia, kata Kjee. Fokuskan kepada diri awak dan Damia. Mudah2an Fija dan juga Damia serta seluruh keluarganya akan terus dilindungiNya. Amin. Insya Allah.
Kepada semua yang telah menghulurkan bantuan wang ringgit kepadanya, Fija berkata hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi mereka. Dia berjanji akan menggunakan segala sumbangan untuk membeli ubat2an dan juga untuk rawatan susulan Damia.
gembira baca entry ni....semuga kakpija dan damia sentiasa d lindungi allah swt ....nor
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur.
ReplyDeletesyukur alhamdulillah damia dah boleh balik ke rumah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteT.kasih berbanyak pada semua....segala bentuk bantuan yg saya terima hanya allah swt saja yg dapat membalasnya...insyaallah akan saya pergunakan segala sumbangan kewangan itu sebaik mungkin...terutama dalam proses rawatan susulan @ Pemulihan Damia Farzmil.Alhamdulillah kerana telah memperkenan doa2 kita semua..Damia dapat dipermudahkan juga menjalani pembedahan yg dijangka oleh pakar2 sangat berisiko tinggi..,dimana keempat2 injap jantungnya kebocoran & saiz jantungnya pula telah membengkak 4 kali ganda dari asal...seandainya pembedahan tidak dilakukan menurut doktor pakar..jangka hayatnya cuma 1 @ 2 tahun saja...tetapi jika pembedahan dilakukan mereka sukar berikan jawaban...mereka minta banyak2 berdoa ....tiada cara terbaik,selain menukarkan injap2nya..Dua injapnya telah ditukarkan & satu injapnya dibaiki...satu lagi diperhatikan saja...(biasanya tidak dilakukan kesemua injap)...Damia menggunakan injap tisu haiwan kerana memandangkan usianya yg masih muda...sungguhpun pada mulanya Damia ingin menggunakan injap mekanikal @ plastik..(supaya pembedahan tidak dilakukan lagi)...namun saya jelaskan padanya tentang pro & kontra kerana usia & akalnya masih muda/remaja....Sesungguhnya saya tidak terfikir dalam hari yg sama Damia terpaksa menjalani 2 kali pembedahan & pada keesokan harinya para jururawat & doktor meminta saya memanggil bantuan ustaz/imam yg pandai...untuk mendoakannya...kerana kedua2 mata hitamnya naik keatas (hanya nampak mata putih saja)...mengerun & menakutkan....alhamdulillah kini Damia telah selamat kerumah...insyaallah esok pagi Damia akan buat rawatan susulan lagi keHSA JB.T.kasih semua...kenangan tetap abadi.
ReplyDelete