Friday, October 7, 2011

HUBUNGAN FIDA-MAMAT TEMUI NOKTAH!

album cik google
Terkejut jugak Kjee baca berita hubungan Rafidah Inbrahim atau lebih dikenali sebagai Fida, akhirnya terpaksa 'disaimpan kemas dalam dairi hidupnya' ekoran keterlanjuran Mamat upload gambarnya yang menampakkan rambutnya dalam facebook.

Marah sungguh Fida dan terus membuat kata putus dengan menoktahkan hubungan yang dikatakan sudah lebih dari mesra. Maklumlah kalau sudah boleh ikut sama dalam satu percutian bersama2 Mamat dan keluarganya, pasti dianggap mesra kan?

Itulah, kata orang, manusia hanya mampu merancang. Kalau sudah tidak ditakdirkan untuk bersama sehidup semati, pasti tidak akan menemui penghujung jalan.

Fida memberitahu Berita Harian, dia sudah serik bercinta dengan golongan artis sepertinya. Dan dia memohon seandainya ada jodoh biarlah dengan lelaki yang tiada kena mengena dengan bidang seni.

Isyhhh janganlah rajuk hingga seperti itu. Sepatutnya Fida berdoa agar Allah swt menemukannya dengan seorang lelaki yang baik, yang dapat membimbingnya ke jalan Allah dan paling penting, tidak akan mengambil kesempatan atas keikhlasan dan kejujurannya.

Fija seterusnya memohon maaf kepada semua atas kesilapannya menjuraikan rambutnya ketika didalam kereta sewaktu bercuti di Batam, Indonesia. Memang rambutnya dijuraikan tetapi sebaik sahaja keluar dari kereta dia mengemaskannya kembali.

Kini dia mahu fokus kepada kariernya dan juga kehidupannya di masa akan datang. Peristiwa hitam yang sudah terpalit, akan dilontarkan jauh2.

Alhamdulillah.

Untuk berita penuh, sila dapatakan Berita Harian hari ini.




4 comments:

  1. Bukan jodoh dia agak nya....
    mungkin Allah nak beri kan yang lebih baik dari si Mamat tu..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. kita yang merancang...Allah yg menentukan..

    ReplyDelete
  3. Huhu..salah dia juga..
    Kalau memang nak pakai tudung, pakai betol2x.. Tak payahlah sebab pak we nak tunjuk cenggitu.. Kot suami tak pe lah lagi..Pastu bila si pakwe TERupload ke FB, baru nak bising2x..

    Heee..tapi betul juga tu.. Jodoh maut semuanya ketentuan ILAHI..

    ReplyDelete
  4. Tuhan nak beri petunjuk & msh sayang kpd hambaNya, klu tak berlaku kejadian itu mungkin Fida masih alpa. Smg fida akan menemui yg lbh baik..

    ReplyDelete