Petang tadi adik Kjee, Faridah yang tinggal di Melaka datang melawat kakaknya. Siapa lagi kakak dia kalau bukan Kjee. Inilah sorang jer adik Kjee selepas yang bongsu, pulang ke Rahmatullah, Jun lalu.
Semalam, dia call Kjee dar Melaka, tanya kat mana boleh makan steamboat. Dia teringin sangat nak makan sebab katanya, susah nak cari di Melaka. Kjee pun fikir2. Selalu Kjee gi makan kat Restoran Pulau Ketam kat Ikano, Damansara Utama.
Kemudian apabila dia sampai, Nadia kata kenapa tak cuba makan kat Tupai Tupai yang berhampiran Wisma Putra. Memanglah Kjee sekeluarga tak pernah makan kat situ walaupun ramai kengkawan pernah mencadangkan. Kjee ada sebab tersendiri kenapa tak suka pergi ke kawasan itu. Tetapi itu citer lain.
So lepas Maghrib tadi, kami pun pergilah ke Restoran Tupai Tupai. Restoran ini menyewa kawasan di perkarangan bangunan Persatuan Wartawan Melayu.
Masa kami sampai sebahagian besar ruang dalam restoran itu dipenuhi. Ada majlis jamuan korporat kot. Kami mendapat meja yang cukup dekat dengan buffet table. Macam waiter tu faham2 jer yang Kjee dan adik Kjee seharusnya duduk dekat2 dengan buffet table supaya senang nak hangkut makanan.
Seperti biasa, Kjee duduk dan tak berganjak langsung dari kerusi. Tepat depan Kjee terpampang amaran. Setiap makanan berbaki akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 setiap 100 gm! Maknanya, you membazir you pay!!
The buffet spread was marvelous. Sampai rumah baru Kjee nampak dari gambar2 yang Nadia ambil. Ada pelbagai jenis seafood termasuk ikan bawal dan pari. Hmm kenapalah Nadia tak amik ikan bawal tadi hah? Unik. Tak pernah ada kat tempat lain! Yang lain2 korang layan mata lah dengan gambar2 yang Nadia amik.
Disediakan dua jenis sup untuk merendam seafood tadi. Ada sup biasa (mungkin rebusan tulang ayam) dan tomyam yang pekat dan agak pedas.
Nadia terus pergi ke meja yang dihidangkan pelbagai jenis sayur. Dia memang hantu sayur. Unclepali pula ke meja seafood.
Sedap ker? well...what do you expect kalau makan steamboat kan? Mana2 pun serupa. Buat sendiri kat rumah pun sikit lebih kurang. Dan of course lebih murah.
Tupai Tupai menyediakan steamboat buffet dengan harga RM28 nett untuk orang dewasa dan RM15 nett untuk kanak2. Okaylah tu. Boleh eat till you drop asalkan tak membazir. Hehehe
Muka orang baru baik sakit! Hehehe |
sedapnya kjee.. banyak pilihan..
ReplyDeleteDah lama x makan kat sini la kak jee...aisey...nak ajak sapa ni erk? ( sapa yg patut jadi mangsa belanja)
ReplyDeletedessert xde ker kak jee?? :)
ReplyDeleteada. Aiskrim.
ReplyDeletesalam kakjee...*hug2*
ReplyDeletesaya pernah makan kat Tupai2 BBBangi..
kalau membazir kena denda...hihi
Jee tak terserempak dengan Sahabqt kita kat situ?
ReplyDeleteCuba la kat Flaming Steamboat Buffet @ Danau Kota plak Kjee...bnyk gak pilihan dia, tmpt pon cantek
ReplyDeletebest mkn kat sini ... Sch@ pernah pergi sekali ... thumb up
ReplyDeleteshidah: hehehe tak jumpa SI DIA. tapi mata aku liar jer. sedih tengok bangunan tu. di situlah kita bertemu kan? Kau dan SB yang sangat2 ku sayang. si DIA tu yang spoil everything!!
ReplyDeleteSHIKIN JD: Eh ada ker? nanti sebelum adik Kjee balik Melaka, nak bawak dia ke sana pulak. dia suka sangat makan steamboat. which part of danau kota?
ReplyDeleteCer Kjee tgk link ni :
ReplyDeletehttp://www.flamingsteamboat.com/location-setapak.php
Mmg best, agi best dari yg kat Sunway tu
Kat Danau Kota ni rasanya baru 1 thn dorang bukak rasanya....