Apa dah tak peka lampu pada signboard dah padam! |
So dalam hujan selepas jemput Nadia dari UniRazak tadi, kami ke Platinum Walk. Wah sekarang ni ada shopping komplex baru buka di Danau Kota sebelah Platinum Walk. Kjee intai dari dalam kereta. Okay gak. Banyak kedai makan tetapi otak dah set nak makan kat Flaming Steamboat.
Sampai sana, kebanyakkan meja telah di reserve untuk function malam. Kjee pun jalan perlahan2 ke buffet table. Buffet spread dia orang cukup mewah. Macam2 ada. Hmm no second thoughts lagi. Kjee dan Nadia duduk sementara tunggu Unclepali parking kereta. Tempat parking kat Platinum Walk memang masalah besar.
Ketika duduk, waiter lalu. Kjee mintak menu. Dia kata tak ada. So Kjee tanya berapa satu pax, Dia kata RM26.90. Okaylah tu. Termasuk air. Pada Kjee lebih murah lah sebab kat Tupai Tupai harganya sikit lebih kurang kot (dah lupa) tapi air caj lain! Kanak2 RM10. Kat Tupai Tupai, kanak-kanak RM15!
Atsa meja ada periuk steamboat yang ada dua bahagian. Satu sup biasa dan satu tomyam. Nadia dan Unclepali bergegas pergi ambil seafood. Kjee perhatikan Nadia cukup hati2. Dia avoid segala jenis kerang seperti lala, kupang dan kerang. Hmmm cukup serik anak dara Kjee ni selepas kena food poisoning.
Kjee tak tahu nak cakap sedap ke tidak. Steamboat, kalau makan kat mana2 pun sama rasanya. Cuma yang membezakan dari satu kedai ke kedai yang lain ialah bahan2 atau spread buffet dia orang. Kjee pernah ke satu restoren steamboat cukup popular satu ketika dulu. Kebanyakkan makanan yang mereka hidangkan terdiri daripada fish ball, fish cake dan segala macam makanan yang ada kena mengena dengan fish ball dan fish cake. Cuma saiz dan bentuk je lain. Kjee kureng minat!
Tetapi pada pandangan Kjee, Flaming Steamboat ini menyediakan hidangan makanan yang cukup meriah dan mewah. Spread buffet seafood mereka boleh Kjee kata, terbaik setakat ini. Selain itu, adalah dessert yang pelbagai, nasi goreng, mi goreng dan jugak rojak mamak.
Kami bertiga puas hati dengan apa yang kami makan tadi. Ada can datang lagi kali kedua! Kami bagi 4 bintang dari 5.
Bil kami tadi RM84.75 termasuk service charge.
Kak gee.dah dkt dgn rumah sy. belakang tu pv12. :)
ReplyDeletesy pun dah pegi makan sana. mmg kena sedia perut betul2 lapar. baru seronok makan. kalau tak satu round dah kenyang. :)
makan secara buffet ni mesti perut betul2 lapar and mesti kuat makan! kalau tidak rugi. cam Kjee ni tak kuat makan, rugi bebenor!!
ReplyDeletesalam kjee..kita pernah mamam kt sini..mmg terbaekk..murah tp buffet spread yg sgt mewah..waduh terliur dh!
ReplyDeleteAduh teruja aku tengok, tapi nak pergi nya entah bila memanjang je outstation.
ReplyDeletesalam Kak Jee.. Kak Jee boleh tak tolong ceritakan prosedur utnuk makan kt flaming steamboat ni? Tu dia.. sampai ada cara2 dia lg..sbb sy tk penah mkn kt situ.
ReplyDeletebla masuk kedai dia, just bayar and then pilih mknn ikut suka hati ke? RM26 tu untuk makan brpa rpund pun tk kesah ke? hehe
Wkumsalam. Makan lah berkali2 round sampai pengsan!!!
ReplyDeletesalam kjee..sy pon pernah makan..sedap sgt2 n berbalai..mlm ni pon insahaallah nk bw adik2 umah berbuka kat sini..;)
ReplyDelete