Sunday, October 23, 2011

KARIPAP KENTANG AYAM SPECIAL


Kelakar betul. Korang jangan ketawa menu bekfas Kjee pagi ni. Cadang tadi nak buat cekodok jagung udang versi tembab. Ala versi Che Mat Gebu. Tapi apabila masuk ke dapur, lain pulak citernya.



Kjee bukak fridge dan jumpa baki ayam golek yang kami beli kat Kpg Kerinci hari tu. Masih dalam keadaan elok. So, tanpa berfikir panjang,. Kjee pun keluarkan kentang dan porjek buat inti karipap kentang guna isi ayam golek leftovers tu.

Sebaik sahaja inti siap dan disejukan, Kjee buka freezer. Jeng jeng jeng, jumpa pulak satu peket prata jenama Kawan. Boleh ke tak boleh boleh ke tak boleh...ahhh kita yang buat dia.

So Kjee keluarkan sekejap bagi doh prata tu duduk dalam suhu bilik. Kemudian Kjee potong dua sekeping prata tu.Pastu buatlah karipap macam biasa. Bubuh inti dan kelim. Walaupun sukar sikit nak klim sebab lama sangat duduk dalam suhu bilik dan lembik. Tapi kalau tabur tepung gandum sikit oklah.

Jadinya taklah secantik karipap biasa sebab. Senget benget sebab Kjee terkial2 nak klim. Susah sangat sebab dahlah tak ada shape, lembik pulak.

Tetapi kalau dah nak buat tu, apa halangan bisa ku tempuh!!  Dan hasilnya? Tak mau nak citerlah sebab sedap sangat!! Macam karipap yang flaky. Ala2 puff pun ada. Masa goreng, apinya mesti sederhana.

So kalau korang nak cuba, bolehlah. Intinya boleh buat cara korang sendiri tau! Okay tumpang lalu, Kjee nak makan sebelum Unclepali dan Nadia habiskan. Hehehe.


8 comments:

  1. pernah buat sekali puff ni. tak kelim pun kak jee tekan dgn garpu saja

    ReplyDelete
  2. betul mala. Lain kali nak tekan dengan garfu. kalau bake pun boleh kot?

    ReplyDelete
  3. sdp nyer wpun rupa kurang menarik kjee...yg pntg rasanya tu...nk try buat utk minum ptg hr nela..mlm td beli pratha msh blm guna...seb baik terbaca entry kjee ne...yeay....

    ReplyDelete
  4. ok aja klim Kak Jee tu...

    bila sebut karipap teringat zaman niaga ngan family..

    siap bajet 1kg tepung mesti dpt 80 biji karipap yg comel...kelim sendiri tau Kak Jee...

    Syok baca entry Kak Jee..hari2 leh masak2 .yg penting ada yg makan...

    ReplyDelete
  5. mmg mala baked. sapu telur kuning sikit, kasi naik seri :-)

    ReplyDelete
  6. Kak Jee.. saya kalau buat karipap dgn kentang, dia cam rasa masam sikit.. kena buat dgn keledek.. mcm mana nak elak ada rasa masam kalau buat dgn kentang tu? ke ada jenis2 kentang yg sesuai buat karipap?

    ReplyDelete
  7. Mrs D...Kjee tak pernah ada masalah cam tu. kentang jenis apa pun boleh.

    ReplyDelete
  8. Setelah sekian lama kehulu kehilir hari ni baru masak dan makan kat rumah, macam berjanji pulak aku pun buat karipap inti kentang dan daging.

    ReplyDelete