Apakah MamaFaMi secomel Cinderella? |
Ini antara header MF yang seringkali ditukar2 |
Potato Bread MF jadi inspirasi Kjee buat roti! |
Blog MamaFaMi dwi bahasa dan Kjee suka ramblings dia. Ikhlas dan telus. Kalau tidak kerana beliau, pasti Kjee tak beli breadmaker. Dan apabila dah beli breadmaker jenama Noxxa Amway, Kjee masih tak berani nak buat roti walaupun hari2 terjah blog CMG dan MamaFaMi.
Setelah lebih sebulan dan setelah hari2 Kjee duduk dan tatap breadmaker tu, barulah Kjee berani nak buat. Resipi pertama yang Kjee try dari blog MF ialah Potato Bread. Apabila menjadi, walaupun tak sehebat yang MF buat, Kjee bukan main2 punya excited. After that, boleh dikatakan hari2 Kjee dan Nadia buat roti!!
Okay berbalik kepada blog MF Spice and Splendour, apalah agaknya yang Kjee boleh cerita pasal MF? Well, orangnya samalah penuh rahsia macam Che Mat Gebu. Tak berani nak tampilkan wajah yang glamour.
Bawah ni Kjee copy paste coretan beliau dalam blognya.
"Mama anak sulung di dalam keluarga. Ada dua lagi adik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Tahun ni, alhamdulillah merasa menjadi 45 tahun. Mama dilahirkan dan dibesarkan kebanyakkannya di Melaka sahaja. Bersekolah pun di Melaka gak. Bermula dengan CHIJ Melaka, Sek Ren Dato Palembang, MGHS dan kemudian di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Habis sekolah menengah, terus sambung ke ITM Shah Alam. Tapi sebab mama ni tak berapa nak rajin belajar, lepas Diploma, dah tak mau sambung lagi
Ini antara hasil kerja tangan MF yang boleh di order!! |
Dan beliau juga rajin amik orders cakes, muffins, cup cakes etc. Kalau tengok gambar2 hasil kerja tangan beliau yang dibuat untuk order, boleh pennngsaaannn!! Susah nak dapat kat bakeri, kerjatangan yang kreatif dan halus cam yang beliau buat!!
Kjee turut suka tengok gambar profile beliau. Diletakkan foto Cinderella yang comel tengah baca novel. MF ni mesti secomel Cinderella, kan?
Kelebihan MF selain daripada resipi2 beliau yang mudah difahami dan diikuti, ialah gambar2 beliau yang cukup menarik. If only I have ideas to capture my food the way she does! Kjee yakin blog MF bukan sahaja diikuti oleh pelayar2 internet dan food lovers Malaysia tetapi seluruh dunia! Bukan senang nak dapat followers dari seantero dunia. Kjee percaya MF can do it!
Thanks MF for giving me the confidence to do things that I have never dared done before! Kjee ingatkan membuat roti adalah satu tugasan yang paling sukar untuk dilakukan. You've proven me wrong!
Beliau menjadi blogger sejak July 2007. Dan kini dengan bangganya telah mencapai hits dan followers yang amat memberangsangkan! Terbaru, MF dah kembali ke Facebook menggunakan nama Ma Mamafami. Welcome back!!
Maaf MF. Gambar2 semua Kjee cilok dari your blog! Tak per Hari Raya Haji nanti boleh pohon maaf yer. Hehehe
Kjee.... love you so much! Muahhh... Thanks for promoting me.... tetiba je rasa macam baju dan seluar yang kita pakai ni ketat semacam! Over kembang kot... huhuhu... tapi frankly speaking la kan, I don't feel I am THAT great. Kita rasa kita masih merangkak lagi... banyak lagi benda yang kita tak tahu dan harus pelajari... tapi bila baca apa yang Kjee tulis ni, macam membakar semangat kita untuk terus cuba membuat yang lebih baik dari sekarang. Terima kasih atas kata-kata semangat Kjee ni ye. Trully appreciate this... I am lost of words dah ni.. terharu sungguh la... dapat muncul kat blog celebrity! Lihatlah doniaaa... opss, terlebih sudah....
ReplyDeleteTo answer your question : Ha ah, rasanya MamaFaMi 'comey' sket lagi daripada si Siti Umbrella tu. Dia sekapal dengan CMG. Get the hint? ;)
Hmmm tapi kan, naper eh kita tengok gambar kuih kita kat sini, cantik pulak tak macam yang kat blog kita eh? Ahakss.. saborrrr je la!
Big hugs to Kjee... muah....
So glad you're happy. I've got a project for selected bloggers. will submit a proposal next year. So that's why I am on this 'jejak-king' trip. Kita tengok siapa yang kena!!!
ReplyDeletesetuju dgn kak jee.. mamafami mmg best.. hehehe
ReplyDeletekita ingatkan profile pic mamafami tu gambo belle-beauty and the beast, bukan ek..? cinderella eh..?
kak jee,
ReplyDeleteblog kak jee dengan blog mamafami sama2 inspiring..:)
eh bukan cinderella ker? sukar tukar ker (ajuk Sattiya dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu)
ReplyDeletekjee
ReplyDeletemamafami punya biskut raya pun sedap..
ikut dan sesuai dengan tekak ayu tau.....
hehehehe
betul kata k.jee kalau tgk hasil kerja mamafami mmg boleh fengsannn!! sungguh teliti dan creative orangnya...
ReplyDelete