Monday, October 24, 2011

PERTAMA KALI KU JEJAK KAKI KE SERI PERDANA - PART 3


Cik Umi yang ayu ni yang aturkan Kjee duduk semeja dengan PM! Thnx Umi. Love you!!
Bersama Dato M Kayveas. Ramah sangat!
Hah, terima kasih semua sebab sudi tunggu lama nak baca story Kjee. Memang banyak cekadak mokcik ni. Nak bagi saspen orang jer kan!!










Kalau tahu nak duduk semeja dengan PM, harus aku mekap sakan!! Hehehe

Okay, kat mana Kjee hah...oh ya...tetiba masa Kjee sorang2 duduk di kerusi roda, masa orang lain amik makanan, ada suara lembut sapa Kjee. Kjee toleh. Eh Cik Umi Hani, pegawai media di Jabatan Perdana Menteri. Orangnya ayu sangat2. Hmmm kalau aku ada anak lelaki, nak jugak buat menantu budak Umi ni!!

Kak Jee, kata Umi. Jom kita ke meja PM. Tadi saya dah tanya beliau. Beliau kata beliau kenal Kjee dan ajak Kjee join meja dia! Hah?!!! Isyhh jangan nak main2 Umi. Kjee ni ada sakit jantung. Hari tu dah check ECG tapi tak ada...saja ayat kat dia hehehe

Kata Cik Umi, eh serius ni. Jom saya tolak kerusi roda Kjee ni. Sepantas kilat Kjee kata...eh mana boleh. Berat ni. Hanya asben saya jer boleh tolak. Umi terus nampak salah seorang bodyguard PM kat situ. Panggil dia. Terus bodyguard tu datang.

"Eh nanti..jangan dulu...asben saya tak tahu nanti saya ke mana!!" kata Kjee terketar2. Actually nak bagi excuse tak nak ke meja DS Najib. Giler betul!! Punyalah takut masa tu. Jantungku berdengup deras!! Cik Umi dan bodyguard tu tak peduli. Terus sorong wheelchair Kjee ke meja DS Najib. Masa tu Kjee rasa macam nak masuk balik perut ibuku!!!

Kenapalah kau menyelit Nadia? Bagilah can Mama nak pose dengan Dato Seri najib!!


Sampai di meja makan yang hanya ada empat kerusi, ada DS Najib, seorang lelaki handsome (yang Kjee diperkenalkan sebagai Dato K...bukan Dato K tu..tapi Dato Kamarul) dan seorang lelaki berbangsa India dari Astro. Unclepali kata dia komentator ESPN. Ahhh mana nak tahu. Kjee bukan pelanggan Astro!

Mau tak mahu, terimalah jugak qada' dan qadar kena duduk bertentangan dengan Malaysia's Nombor One!!! Fuyooo menang loteri pun tak best camnilah!! Sejuk perut arwah bonda mengandung dan melahirkan aku!!! Oh My Tuhan!!!! (translation dari Oh My God!!)

Lidah Kjee jadi kelu. Nasib baik kelu kalau tidak, naya merapu depan PM. PM tanya nak makan apa? Kjee hanya senyum dan geleng kepala. Isyhh makanlah, kata beliau sambil gamit kepada waiter suruh layan Kjee!! Lidah Kjee yang kelu jawab tergagap2 ...Saya diet Dato Seri!! (Walhal kebulur sebab lunch tadi tak selera makan sebab excited nak jumpa PM). Tapi waiter hantar satu demi satu makanan. Kjee jamah sikit jer sebab rasa susah sangat makanan nak masuk kerongkong!!


Dato Seri kata, awak mesti A fan of MU. Tahu apa Kjee jawab? Not so much MU but ada great fan of YOU!! DS Najib tunduk malu. Senyum.

Match pun start. Mata Kjee asyik curi pandang DS Najib. Memang dia penyokong tegar MU. Sambil makan perlahan2, mata beliau  tak beralih dari screen TV besar belakang Kjee. Ingatkan DS pandang Kjee rupanya pandang screen Sebab itulah, malu nak makan. Nyesal lak.

Kjee mula rimas. Biasalah kalau tengok bola, suara Kjee jer yang lebih. Tapi malam tadi kena kemut suara! Kjee pandang kat meja Unclepali dan Nadia. Dia orang tengah pulun baeeekkk punya. Kjee bagi signal kepada Personal Assistant Dato Seri bernama Encik AmHari nak kembali ke meja asal Kjee. Alasannya, bagilah orang lain duduk pulak. Takkan nak conquer sorang2 kan! Tapi dia kata selepas break first half.

Sebaik sahaja half time break, Kjee signal kat Unclepali suruh datang amik Kjee. Sempat tanya Dato Seri boleh ke amik gambar dengan beliau. Korang tahu apa dia jawab dengan senyuman cukup manis? Of course...sure...jom sini. Dan Kjee pun ditolak Unclepali ke sisi DS Najib. Punyalah happy. Cuma bila balik rumah tengok gambar, tiba2 tertanya...bila masa lak Nadia menyelit kat tengah2. Spoil betullah. kahkahkah.

Ada lagi tau. Itu kena tunggu malam sikit. Dah penat jari jemari ku ini!!!

Lepas ni, tunggu apa story Kjee tau...memang DS Najib ni A True And Fine Gentleman!! BUkan calang2 punya lelaki. Tapi korang tahu tak sebenarnya,a beliau seorang yang pemalu! Betul. Nanti story Kjee lepas ni yer!

Dato K ini yang ramah sangat layan KJee

8 comments:

  1. Salam Kjee...

    "Ingatkan DS pandang Kjee rupanya pandang screen Sebab itulah, malu nak makan. Nyesal lak."

    sweetttt sgt2...hehehehehe...

    ReplyDelete
  2. bestnya k.jee . errrkkk kalau sayapun mkn angin jek kot ..x tertelan mknan lain hahahha

    ReplyDelete
  3. Kak Jee...bestnya dapat one to one dgn PM...sabar je la...kikikkkkikkk. Harap Kak Rosmah tak marah udahhhh...hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak jee

    Lucky u....wajib letak dalam frame gambar tu gantung kat dinding

    ReplyDelete
  5. Jee kalau dah duduk sebelah orang no1 Malaysia, haruslah kita malu kan, makanan pun kita dah tak heran yang penting dapat berbual bual bukan senang peluang datang.

    ReplyDelete
  6. kjee ni nottilah....cerita separuh2 macam drama bersiri,tengah part yg best, tup tup bersambunglah pulak....kalau dekat boleh saya picit jari jemari kjee tu...psg

    ReplyDelete
  7. adoi kjee.bila nak sambung cerita bersiri ni...

    ReplyDelete
  8. BETULLAH KATA KJEE...QADA & QADAR....SEJUK PERUT IBU YG MENGANDUNG......

    ReplyDelete