Sunday, October 9, 2011

SEDAP LAH KARIPAP APAK KIYAU!!

Inilah dia karipap sedap highway

Sibuk dia suruh Kjee test karipap dia!
 Ketika dalam perjalanan pulang ke KL dari Johor baru2 ni, kami singgah di stesyen Petronas berhampiran dengan R&R Seremban. Ketika Unclepali mengisi minyak, Kjee ternampak dari jauh ada orang jual kuih. Bila Kjee amati betul2, orang tu jual karipap. Hmm sedang eloklah tu sebab perut tengah lapar ni.

Habis isi minyak, Kjee suruh Unclepali menyusur dekat motor lelaki ini. Sebaik sahaja Kjee turunkan tingkap cermin, dia pandang Kjee dan terus melambai2. Happy sangat!!

"Eh akak ni pelakon kan? Mai lah cuba karipap saya ni. Salleh Yaacob selalu singgah makan karipap saya ni," katanya riang. Nadia terus pergi kepadanya. Cepat2 dia hulurkan dua biji karipap untuk Kjee makan.

"Makan dulu kak. Rasa sedap ke tidak. Saya bagi cuba free jer," katanya lagi. Terus Kjee ngapp, bukan sebab seronok dapat free tapi dah kebulur!  Sedapnya. Besar2 pulak karipap yang dijualnya.

Kulit karipap ni sedap sangat!!

"Saya kat sini (stesyen Petronas Seremban hala KL), Ahad jer dari jam 6 petang sampai habis kuih. Hari lain, Monday to Saturday, saya kat stesyen Petronas hala ke Seremban. Seberanag jalan sana," katanya tanpa perlu ditanya.

Nama apa? Tanya Kjee. "Apak Kiyau, kak," jawabnya, "tetapi itu nama glamer. Dalam IC lain." Hehehe.

Nadia pun beli lah dua biji karipap kentang dan 1 biji sardin. Sebaik sahaja sambung perjalanan, dah habis kami bertiga pulun. Menyesal lak beli 3 biji jer. Ingatkan  kongsi lima biji (termasuk dua free) cukup. Nyesal tak sudah sebab sedap sangat. Serius ni. Bukan sebab dia bagi free dua biji tapi sebab betul2 ho liao (sedap) dan perut pun tengah lapar!!

Kjee belum pernah rasa karipap sesedap yang dijualnya. Pastrinya nak kata puff pastry, bukan pulak. Nak kata kulit biasa, rasa ala2 puff pastry! Betullah Kjee cakap ni. Kesedapannya bukan sahaja pada kulitnya tetapi intinya! Pasti yang pernah menerai karipap ini setuju dengan Kjee.

Isyhh kalau teringin lagi nak makan, camner hah? Takkan nak drive sampai ke highway Seremban? Kjee cuba korek2 tanya, satu hari jual banyak mana? Adalah kak. Cukup makan. Dah enam tahun dia meniaga karipap.

So korang yang dalam perjalanan ke Selatan (Isnin hingga Sabtu lepas jam 6 petang) atau balik ke KL pada hari Ahad lepas jam 6 petang, jangan lupa karipap Apak Kiyau. Gerenti sedap!!


13 comments:

  1. terima kasih info nya ya Kak Gee..kalau tersinggah boleh le belikan...mesti sedap kalau tak takkan Kak Gee war warkan....

    ReplyDelete
  2. Salam kak. Memang betul sedap. Tidak dinafikan ;-)

    ReplyDelete
  3. salam kjee. Kalau sehari tak jengah blogs kjee rasa tak sah...mcm2 info ada. thanks kjee. nampak best je karipap tu. kalau nak tau, saya ni 'hantu' karipap. tau makan aje, bab nak buatnya mmg fail...hihi

    ReplyDelete
  4. emmm teringin...jugak...nanti on theway ke sana boleh beli...cam sedap jer...

    ReplyDelete
  5. terimakseh atas info ni kjee.saya tinggal di nismilan.InsyaAllah pasti akan singgah nanti.

    ReplyDelete
  6. memang sedap karipap nie kak...saya dah pun try!! tak rugi beli banyak2 pasti habis jugak

    ReplyDelete
  7. Wah..kak Jee.. Kalau Naz jumpa org yg jual karipap ni nanti, bolehlah terus beli banyak sbb dah tau kak Jee kata sedap...sampai menyesal beli 3 biji jer. Tq sharing.. Mmg suka sgt karipap tapi...yg sedap lah..heheheh

    ReplyDelete
  8. teringin nak rasa tapi jauh bebenor...harap2 ada peluang jugak nanti.

    ReplyDelete
  9. Jee, aku tak pernah terserempak karipap apak kiyau ni kat dua dua Hala, sama ada nak balik ke jb atau nak balik kekl, ish nak juga rasa karipap si apak kiyau ni.

    ReplyDelete
  10. memang sedap pun.. kalau dtg kul 7, selalunya karipap kentang mesti da licin

    ReplyDelete
  11. Errmmm... Dh dekat sgt dgn tmpat tggal sy sekrg...ni kena berkejar ke highway dgn segera ni !!!!

    ReplyDelete
  12. Memang sedap pun Kak Jee. Dah bertahun saya beli. Siap bawak balik kg. Kadang2 bekal anak beranak makan dalam kereta jer. Lupa lak..Semalam saya try buat karipap resipi Kak Jee... Sedaplah K. Jee.. Anak2 suka makan..sampai x makan nasi. T. kasih yer Kak Jee.

    ReplyDelete
  13. Kjee, pinjam gambar tau ... dah backlink dah. harap maklum

    ReplyDelete