Monday, October 10, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH MY PRINCESS DAH MULA SIHAT


Seminggu sebelum terlantar sakit. Di rumah Che Mat Gebu di Sedenak
Insya Allah, esok hidup Kjee kembali seperti biasa. My princess dah hampir2 pulih. Sepanjang hari ni dah tak ada tanda2 loya dan diarrhea. Cuma pening kepala dan rib-cage dia ketat sikit sebab asyik muntah tak henti2 sejak Selasa lalu.

Nadia cukup serik. Sekarang dia begitu berhati2 apabila kami keluar makan. Yang pasti dia kata dia sudah trauma dengan Restoran Ali Tomyam. Buat masa terdekat ni, dia kata, tak payahlah nak makan kat sana lagi. Serik mama, katanya lemah tapi tegas.

Ini adalah kali pertama dalam hidupnya dia terkena food poisoning atau Cika sebegitu teruk. Malah dalam sejarah hidup Kjee pun, belum pernah Kjee terkena. Lima hari Nadia terlantar. Setiap apa yang dimakan, diluahkan balik. Kjee hanya kena sipi2 sahaja. Tapi sipi2 pun, dua hari Kjee terlantar.

Masih berjalan terhoyong hayang, Nadia tetap mahu hadiri kuliah esok sebab dah empat hari tak hadir. Nasib baik dapat sijil sakit. Nadia bukan jenis budak yang suka ponteng kelas mahupun kuliah. (Ini satu tabiat yang cukup Kjee puji). Sebab itu dia rasa amat bersalah tidak pergi kuliah.

Sebenarnya, apabila kita makan di luar rumah, kita tidak dapat pastikan kebersihan makanan yang disediakan. Kjee pasti penjual pun tidak mahu menyusahkan pelanggan. Tetapi apakan daya. Jadi hati2lah apabila makan di luar rumah.

Apapun, syukur kami kehadrat Illahi kerana menguji kami sedemikian rupa, sekaligus menyedar dan menginsafkan kami tiga beranak. Sesungguh apa yang yang diturunkan kepada kami pasti ada hikmah di sebaliknya. Kami pasrah dan redha. Ameeen.

Terima kasih juga kepada semua yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. That's What Friends Are For! Love you All. This song is for all of you.

6 comments:

  1. Alhamdulillah!! Moga semuanya kembali sihat sedia kala.. ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...syukur kpd Allah ^_^

    ReplyDelete
  3. syukurrr
    wajah anak dara kak gee nie saling x tumpah wajah kak gee, manisss :)

    ReplyDelete
  4. 1st tengok muka k.jee mcm biasa tgk dlm majalah ...betullah tekaan ayu yang akak dulu pernah jadik wartawan....salam kenal akak tq sudi follow blog ayu yg non hado ituew

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...moga puteri k.Jee terus sihat dan sihat lah hendaknya....amiiinn...Baru rasa selera nak makan kan k.Jee...kalau anak sakit ni kita pun rasa sakit sama...

    ReplyDelete
  6. Kesian Nadia, harap sihat dan ceria balik, rindu korang lama tak jumpa. Asyik ikut SB outstation je.

    ReplyDelete