Dulu masa Kjee kerja di Mingguan Utara, bawah opis kami ada satu restoren nyonya. Nyonya ni kahwin dengan orang Melayu. Kat restoran dia hari2 ada jual telor kukus ni. Nak mintak resipi malu. Tapi rasanya macam yang Kjee buat dari resipi Che Mat Gebu ni.
Tapi tolonglah jangan bandingkan rupa yang Kjee buat dengan Che Mat kita. Dia pro. Kjee ni amateur...masih bertatih lagi. Tapi lihatlah Malaysia...aku bangga dengan kasil kerjaku yang tak seberapa ni. Hehehe
Che Mat guna crab sticks. Tadi Kjee suruh Unclepali gi beli. Dia kata tak de, Dalam fridge hanya ada udang. So Kjee pun gunalah udang. Sama jer. Bubuh hirisan daging ayam pun boleh. Kita yang Buat dia.
TELOR KUKUS ALA NYONYA
BAHAN2
4 biji telor ayam
udang/ayam/crab stik (ikut suka)
1 labu bawang besar (didadu)
2 biji bawang putih (didadu)
hirisan daun bawang
1 biji tomato (dibuang biji dan dadu)
garam
sedikit aji
sedikit lada hitam
cili padi atau cili merah (dicincang halus)
setitik yellow kaler (optional)
CARA
Siapkan kukusan dan didih airnya. Kjee guna bekas ramekin. Saiz paling kecik 2.5" dapat 9 bijik. Korang boleh guna apa saja acuan. Lenserkan dulu dengan sedikit minyak.
Telor dipukul. Kemudian masukkan semua bahan2 yang telah dicincang dan didadu atau dihiris. Bubuh perasa iaitu garam dan aji (kalau guna). Kacau rata.
Kemudian kaup guna sudu dan bubuh dalam acuan. Kalau guna satu acuan besar (baking dish/pyrex/baking tin), tuangkan sahaja semua bahan tadi dan ratakan.
Kemudian kukus selama 10 minit atau sampai masak.
Sejukkan. Makanlah dengan nasi atau boleh buat minum petang. I Like!!
sedapnye nyum..nyum...nk try buat la...
ReplyDeletesedapnyer...nak buat juga lah..
ReplyDeleteSedapnya....teringin lak nak buat ...nak mkn...
ReplyDeletecantak tak chantik kak jee oiii..belakang kiralah..janji shedap!!..tapi dah chomey dah tuh mokwo tengok...errkkk macam kenai je ramekin tuh!!hihi
ReplyDeletekak jee .. ini rameskin yang kecil sekali ke ??? kalau nak order ..minima berapa biji arrr ?? sha
ReplyDeletewahhhhhh.remekin tu...huwaa...susah nak carik remekin kat sini kjee.......
ReplyDeleteAku ingat masa aku form one dulu ada kelas sains rumahtangga kan cikgu masak aku ada ajar masak telur macam ni, tapi sampai tua ni tak pernah buat pun.
ReplyDeleteryo: Kalau nak jugak, Kjee boleh poskan ke Miri. Awak nak ramekin yang mana satu. emel kat kedai@fauziahsamad.com. tapi unclepali kena cek Pos berapa harga nanti yer. hehehe
ReplyDeleteSga: yang kecik sekali tak ada stok. nanti Kjee cuba order. Kalau ada bolehlah. awak nak berapa? minmum order 6 biji. emel kat kedai@fauziahsamad.com
ReplyDeleteermm nmpak sedap...nk cuba.
ReplyDeletesalam kak jee.. nampak sedap telur kukus nie, nanti bolehlah zana mencubanya. tq, kak jee..alang2 tu jomlah singgah ke villa zana k!
ReplyDeletesalam k jee.. nk ambik resipi ni yer.. skrg ni tgh belajar2 nk masak ni..
ReplyDelete