Wednesday, December 12, 2012

400 PERDERMA DARAH DIPERLUKAN SETIAP HARI!





Apabila baca berita mengenai kempen2 derma darah, hati Kjee selalu terusik. Di zaman muda Kjee, kerja Kjee adalah mengunjungi Bank Darah HKL untuk menderma darah. Tiga atau empat bulan sekali Kjee akan pergi derma.

Kjee bukannya ada duit nak bantu orang susah. So itu sahajalah cara Kjee buat amal jariah. Amal jariah yang senyap tetapi Kjee pasti Allah swt Maha Mengetahui, niat Kjee.

Ada kala Kjee kena halau balik oleh misi2 yang bertugas di situ. Bukan dihalu kerana Kjee tukar ganti darah Kjee dengan duit (ada orang buat tau!) tetapi kerana tekanan darah Kjee kekadang jatuh below average. Orang yang rendah tekanan darah, tidak boleh menderma.

Tetapi apakah itu melemahkan semangat Kjee untuk derma? Hari ni kena halau, esoknya Kjee pergi lagi.  Buat muka seposen. Akhirnya mereka suruh Kjee rehat dibilik menunggu, diberi Kjee minum air Milo dan sejam kemudian, Kjee berjaya derma darah!

Ada orang kata kalau derma darah boleh dapat penyakit, boleh jadi gemuk dan seribu satu macam alasan lain. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!!

Sekarang Kjee cukup sedih sebab sudah hampir 15 tahun tidak menderma darah. Sebanya, Kjee sudah sampai ke tahap usia, darah dari seorang penderma seperti Kjee tidak diperlukan lagi. In other words, Kjee dah tua. Darah orang yang lebih muda diperlukan!

Peliknya dari muda hingga sekarang, Kjee masih mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Tiap kali pergi checkup, tekanan darah Kjee antara 90/70. Ada sekali itu, bacaan 70/57. Sebab itu Kjee selalu pitam.

The moral of my entry, kalau kau orang yang masih muda dan sihat, pergilah menderma darah. Inilah cara nak cari saham di sana nanti, Wallahualam.



Sila baca entry Kjee dulu. Dan berita di bawah ini.



Lebih 400 Penderma Darah Diperlukan Setiap Hari Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara memerlukan antara 400 hingga 450 penderma darah setiap hari bagi menampung keperluan darah di Lembah Klang.

Pengarah Pusat Darah Negara Dr Roshida Hassan berkata ini bagi memenuhi permintaan hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan kira-kira 3,000 unit (1unit sekitar 0.5 liter) darah merah seminggu.

"Semua jenis darah iaitu A, B, O dan AB diperlukan kerana pesakit terdiri daripada pelbagai golongan dan berbeza kumpulan darah," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Dr Roshida berkata setiap pendermaan boleh membantu menyelamatkan tiga nyawa, dan setiap darah mempunyai jangka hayat terhad iaitu darah merah sehingga 42 hari, platelet (lima hari) manakala plasma yang dibekukan boleh bertahan selama dua hingga tiga tahun.

Mengenai kesedaran masyarakat untuk menderma darah, beliau berkata sungguhpun kesedaran itu semakin meningkat, namun selari dengan perkembangan pesat dalam rawatan perubatan, permintaan untuk darah juga turut meningkat.

Dr Roshida juga berkata pusat itu kini mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan orang ramai menderma darah kerana dijangkakan akan berlaku kekurangan dalam trend pendermaan sepanjang musim perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Pada musim perayaan, orang ramai mengambil kesempatan bercuti lebih lama untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan walaupun keinginan untuk menderma darah itu ada, biasanya hasrat itu ditangguhkan sehingga mereka kembali daripada bercuti," katanya.

Mereka yang ingin menderma pada pada Hari Krismas boleh berbuat demikian di Pusat Derma Darah, Jalan Tun Razak dari pukul 8 pagi hingga 4 petang atau melayari laman web www.pdn.gov.my bagi mendapatkan maklumat mengenai jadual kempen derma darah bergerak. BERNAMA

5 comments:

  1. rase teringin nk derma darah tp takut, xtau la nape..

    ReplyDelete
  2. sekali dah derma, baru tahu keseronokkannya. asyik ingat jer lepas tu nak menderma! Percayalah!

    ReplyDelete
  3. betul tak puan, saya sendiri berazam nak menderma 10 kali tp masih belum kesampaian. setakat ini baru 7 kali.. sebab ada ketikanya ada masalah darah rendah.. kebaikan derma ni kita tau kita ada tak penyakit-penyakit lain.. ada satu ketika menderma darah sekitar 2010 darah saya dikatakan ada hepatitis c.. takut bukan main.. setelah 3 kali berulang alik hospital.. alhamdulillah sebenarnya darah yg diderma tu mungkin tercemar (kata dr tu la heheh)

    ReplyDelete
  4. sya dtg bw dan follow, suka juga derma darah

    ReplyDelete
  5. senasib la kita ni kak gee....saya 10 tahun kerja di hospital, tapi sekali pon tak pernah menderma....tiap kali nak derma, tekanan darah rendah. ada sekali tu, kawan nurse saya sampai 4 kali periksa tekanan darah saya, sebab tak percaya org badan gempal cam saya ni boleh rendah sangat tekanan darah....tapi nak buat cemana....kadang2 saya rasa mcm badan saya ni kedekut sangat....rasa sedih sangat tak boleh nak tolong bila pusat darah selalu kekurangan darah mcm ni....especially masa bulan puasa.

    ReplyDelete