Tuesday, December 4, 2012

SAMBAL TUMIS JAWA




Ini sambal tumis biasa2 jer. Tak der plan nak masak lauk ni tadi. Tapi masa singgah kat kedai Aceh di Paya Jaras, ternampak tempe. Pastu tangan cepat2 sambar tiga peket dan tahu dua keping. Dalam otak teringat nak petik terung pipit kat belakang rumah.

Oleh kerana UnclePali sibuk buat kerja dia, Kjee masak sorang2. Punyalah siksa rupa2nya kalau tak ada assistant. Dapur rumah Kjee ni luas. Jadi kejap2 nak kena bangun amik itu dan ini, agak sukar. Lainlah kalau ada assistant. Sebut jer, dia pergi amik kan?






Resipi hari ni tak payahlah nak beri yer. Buat jer sambal tumis biasa. Dah elok masaknya sambal tumis, masukkan tempe dan tahu yang telah digoreng terlebih dahulu. Jangan goreng garing sangat, nanti tak sedap. Terung pipit tu, selepas petik buang tangkai, Kjee celur sekejap. Tak tahulah samada kena celur ke tidak but I did just that.

Nak sedap, goreng garing2 ikan bilis dan gaulkan sebelum padam api. Tadi Kjee tak bubuh sebab takut UnclePali makan nanti kena gout balik. Actually terlupa nak goreng tadi. Kjee tambah kiub bilis jer. Hehehe.

Buat banyak2 dan simpan dalam bekas dalam peti ais. Kalau musim malas nak masak, panaskan jer, pastu buat telor dadar. Sedap makan dengan nasi panas2. 

Tadi UnclePali tanya kalau bubuh petai sedap tak? Isyhhh memanglah sedap. Jering tua pun sodap. Tapi kena goreng separuh masak dulu baru dimasukkan.




7 comments:

  1. hi k. Jee, best nampak tempe tu.. nanti lah lepas baik batuk baru boleh cuba buat lah..hehe.. btw, zaph dah ikut saranan k. Jee bila goreng ayam.. ikut naluri.. hehe alhamdullilah jadi macam yang zaph suka.. thanks k. Jee.. hope selalu lah jadi macam gitu lagi (ayam goreng kunyit basah2)

    ReplyDelete
  2. sedapnyerr kak je..saya antu tempe... tp kalau masak..x nampak kilat2 mcm ni..pon...T_______T

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak..... da lame tak makan...

    ReplyDelete
  4. mmg best la sambal nie kak je...teringt time duduk pontian dulu..slalu mkn sambal nie..ada tue..lagi meriah...mcm2 dia letak :))

    ReplyDelete
  5. yang simple nie lebih sedap daripada yang susah sangat dan banyak bahan untuk dimasak....
    simple is easy....

    ReplyDelete
  6. kak jee..
    jemput-jemputla dengar RADIO IKIM-SLOT ASPIRASI-ISLAM ITU INDAH setiap RABU jam 10.15 pg...bessttttt!!!!

    -NURUL-

    ReplyDelete
  7. Dalam sebuah filem lama, sampai sekarang babak ini masih mencuit hati saya. Dalam babak berkenaan arwah Mr Os cuba mengorat Kjee - yang sedang menjemur kain basuhan - dengan berkata: Idok koje ke hari ni? Oi, badan cam ni, kalau buat rendang, kena pake kelapa 6 biji untok buat santan"!!!!!

    - PIJRA OMAR


    ReplyDelete