Sunday, March 3, 2013

MAKIN RAMAI PASUKAN KESELAMATAN TERKORBAN

UPDATE LAHAD DATU

Satu Lagi Mayat Anggota Polis Ditemui, 19 Lagi Selamat Dipindahkan Di Semporna


Jumlah Anggota Polis Terbunuh Meningkat Kepada 6 Orang

LAHAD DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.



"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.-BERNAMA

7 comments:

  1. salam.
    ni suma keja si anu war.hanya semata nak jadi pm. sanggup khianat negara bangsa sampai sekongkol dgn anasir subversif luar. tak cukup dgn kaum yaaa hoooo. di... skrg yg kat sini.
    sultan sulu ni obviously a loser. by virtue of moyang dia jadi sultan. nowadays hvg royalty is a burden to society n country. demi bontot depa sanggup gadai rakyat semata.

    anuwar berjaya buat beberapa generasi di msia buta sejarah masa jadi menteri pendidikan. di tukar kurikulum so kbsr n kbsm sejarah tidak di pentingkan. maka golongan yg buta sejarah ni la skg meludah negara dan negara sendiri.
    yg anu war ni sanggup buat apa saja.sungguh sedih..

    ReplyDelete
  2. Malaysia... lupakan agenda politik tu sekarang! sekarang masa untuk selamatkan negara kita... pertahankan negara yg kita ada sekarang...

    ReplyDelete
  3. Salam,I dont really understand how can they get through our shore ? why is only PDRM tackle the attack and where is our Defence force example the Army and Navy ,is there any special force for this kind of attack? sorry if I miss some of the news about other defence team involved in this issues ,I live in Australia and I have few friends from Philipines , it is sad that this rebellious extremist also a muslim, wonder what they try to achive by coming to Lahad Datu? Peace to all Malaysian.

    ReplyDelete
  4. Wkumsalam anon 9:45,
    The malaysian shore is not 10-20 feet long. The intruders do not come in droves complete with their jungle warfare uniform and M16s. They come in disguse as kampung folk. Maybe one or two a day. i understand they have started coming in for more than 4 months. Some may have been in the state even longer planning strategies, gathering support, having enough food supply etc.

    ReplyDelete
  5. Thank you Kak Gee , I also read from "Bersama Mazidul" blog regarding the explanation detailing about why goverment only send PDRM and not other defence team ,it make so much sense after reading it, Allah bless you Kak Gee and the rest of Malaysia.

    ReplyDelete
  6. in late 90s whn labuan was buildg their finanxcial park, the electriciam workers are all suluk tausug filipino. when talkg to them..one of them.said we are nur misuaris army. ttunggu panggilan angkat senjata,kami semua bersedia.

    kalauntengok muka biasa je.mak saya innocently tanya soalan kg mana datang dari mana.
    merata org dia.
    kalau nak kawal seluruh pantai di borneo susahlah ..sbb memang nun luas. dah tu filipino kepulauan dia yg kecil ni banyak. jarak nya mcm dari mainland ke langkawi. mereka ulang alik naik perahu sampan je. Tunyg kat pasar.pilipin murah jual bawa dari sana..deme tahu org msia addicted shoppers.

    dah tu muka lebih kurang cakap pon lebih kurang.
    kalau nak.kawal perimeter pantai amat la susah..unless buat kawat berribu meter..nanti kata msia tak democraxy. after all waktu aman damai kita hargai jiran tetangga kita. after or melayu hati lembut dan suka kongsi...including kongsi..xxxmx.

    so yg mendatang pun besar kepala..nak tuntut tu ini. tooo bad la
    yg soltan apa ke jadah ni...ada title takde maruah..
    its not that he was born with powermor countrynor somewhat. when they agree giving out their land to penjajah be it kalah sabung ayam or minta clearkan musuh mereka..mereka dah takde hak..malah daulat ke bendanya.
    itula soltan ni tak educated so dia nak patah balik bensa berlaku zaman tok.adam...memang menatang gila ke.
    kalau tengokmdocument kat archive uk dah terberi terpajak banyak.kepulauan..2 spt tertulis di atas.
    pls jgn harap sultan ni nak jaga rakyat. dia jaga krusi dan kaum dia. melayu kena bangkit bersatu tolak ideologi ni suma.
    dan jgn ikut perangai arab.its ok belajar agama..but no need to ikut carahidup arab.mereka hanya buat for show.dlm sama busuk.
    jgn ingat berjubah itu islam ye. dtg ke timur tengah yg berjubah juga koptik kristian. yg berkopiah juga. gitu gak dgn ayat ayat arab..yg memanggil tuhan mereka Allah tu Allah kerana itu dlm bahasa mereka bermakna tuhan.
    kpd yg menggelar malaysia sbg malaya tu kaji sejarah.jgn kerana sentiment diri cakap sedemikiam.
    i noticed these sort of ppl are well of ie melayu baru.yg naik kerana deb. bersatu la
    tgk ca ya nun alif tak pernah parti perkauman tu kutuk gila gila parti kaum mereka under ccomponent. only org kita je..berpatah arang berkerat rotan kerana hamlau sekor aljuburi and anak beranak. reflect 10years down the rd.cucu cicit jadi secondkelas citizen..masabtu jadila pengemis dinegara sendiri.nauzubillah.. masa reflect masa tu anu war dah jalan anak dia kaya raya..duit simpan obersea sana sini.blom lagi nama donation dari ya hoooo diietc.
    kenapa org luar nak msia...banyak hasil mahsul...tgk pahang je...
    insaf dan bersatu
    xinaxi

    ReplyDelete
  7. melayu suma ingat jgn jadi pak kaduk kalah menyabung kampung tergadai...

    ReplyDelete