Saturday, November 2, 2013

ASTERUK CEKIK DARAH!!









Pelanggan-pelanggan ASTERUK akan menikmati habuan baru dari stesyen TV berbayar itu, dalam sedikit masa lagi. Hadiah dalam bentuk kenaikan caj antara RM2 hingga RM6! Wow hebat ASTERUK.

Caj asyik naik, tak pernah diturunkan! Alasan naik sebab dia beri perkhidmatan lebih elok elok hatuk kau..hujan jer siaran tergendala dan pelanggan dapat menikmati pelbagai rancangan baru. Pentingkah rancangan baru kalau siaran hancus masa hujan!

Yang seronoknya, Kerajaan boleh lulus aje permohonan mereka untuk tambah caj! Sudahlah diberi stesyen ASTERUK itu monopoli...stesyen berbayar baru tak ada can nak masuk!!

Seandainya ada stesyen yang boleh berikan saingan, maka kuasa yang dipegang oleh ASTERUK mungkin boleh dikurangkan.

Seperkara lagi yang hendak disentuh ialah mengenai IKLAN. Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak iklan disiarkan oleh ASTERUK. Kita bayar untuk menonton rancangan yang dibekalkan. Jadi apa perlu disogokkan kami iklan-iklan!!

Kita tidak perlu bayar untuk menonton rancangan TV Kerajaan dan TV Swasta yang ada. Sebab itulah kita tak boleh complain apabila mereka letak seberapa banyak iklan yang mereka suka! Itulah hasil pendapatan mereka!

Tetapi korang bayangkan stesyen ASTERUK yang cekik darah! Iklan banyak. Ini bermakna ASTERUK serampang dua mata! Dengan pelanggan dia kaup untung, duit iklan dia pun kaup!

Selain itu tidakkah pihak berwajib boleh kawal promo rancangan-rancangan Barat mereka yang seringkali ditonjolkan orang Barat berkucupan? Dulu-dulu, adegan-adegan seperti ini tidak akan diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem. Ia seakan-akan mahu mengajak sesetengah penonton agar tidak miss rancangan-rancangan tersebut. Tetapi bagaimana dengan keluarga yang ada anak-anak remaja?

Rancangan import ASTERUK, tidak keterlaluan jika dikatakan, mungkin antara punca segala maksiat yang berlaku dengan leluasa di kalangan anak-anak remaja sekarang! Banyak sangat contoh depan mata. Tak perlu tonton video porno lagi. Ibu bapa control anak-anak tonton video lucah sedangkan dalam rumah, mereka terdedah dengan banyak bahan lucah!!

Selain itu, SEBELUM ADA ASTERUK, adakah kita dengar masalah kesukaran mendapat siaran television yang jelas? Kita pasang aerial tinggi-tinggi atas bumbung dan siaran senang diperolehi.

TETAPI SETELAH WUJUD ASTERUK, kemudahan mendapat siaran tidak lagi boleh dirasai. Cakap-cakap dari mulut ke mulut sampai ke setiap isi rumah iaitu kalau kita langgan ASTERUK, kita akan dapat tengok TV dengan elok.

Okaylah. Mula-mula bayar sikit saja. Lepas itu, apabila kita sudah mula bergantung hayat kepada ASTERUK sebab akses ke TV Kerajaan dan swasta tanpa bayar mula tidak boleh diperolehi dengan terang, ASTERUK mula naikkan caj mereka.

Malah, kalau kita hendak tonton TV Kerajaan dan TV Swasta tanpa caj, kita jugak kena langgan dengan ASTERUK kalau mahukan siaran yang jelas!!

Apakah ini permainan ASTERUK? Permainan yang menyebabkan kita tidak dapat tonton TV Kerajaan dan TV swasta tanpa caj dengan jelas?

Kita perlu jawapan segera! Janganlah Kementerian yang berwajib duduk diam sahaja! Kalau perkara ini pun mereka tidak boleh bantu menyelesaikannya, nak harapkan siapa lagi nak bantu?

15 comments:

  1. Assalmualaikum Jee,
    Saya setuju sangat....teruk betul, kat tempat saya, hari tak hujan pun takde siaran....saya tengok TV Al-Hijrah je, sebab yang free, berkabus, yang asteruk ni asyik, no signal.....boikot je senang, jangan langgan.....

    ReplyDelete
  2. yahudi memag bijak memainkan jarum mereka.. hanya dgn hiburan melampau akan melemahkan umat islam.. boikot asteruk!

    ReplyDelete
  3. salam kjee,

    saya pun bengang dgn astro tapi masalah lain. rumah saya ada 2 akaun, satu kat bwh untuk family (sebab saya tinggal dgn parents-ni decoder yg lama yg hitam besar tu) dan lagi satu kat tingkat atas (utk saya-astro beyond). sebab saya yg bayar dua2 akaun so astro akan call saya.

    dah bape kali astro call suruh tukar decoder utk akaun tingkat bwh dgn alasan tu decoder lama n dah lama abis warranty so kalo rosak lepas ni diorang tak jamin. lepas tu dia offer tukar astro beyond free takde installation charges tapi tiap bulan extra rm20 sbb beyond. astro offer sbb ada promo katanya. fyi, tv kat bwh tu bukan lcd or plasma sbb dulu bila saya nak tukar plasma mak saya kata tak yah tukar la sebab mak ckp tv tu elok lagi.....tu tv lama so takde point nak pakai beyond sebab gambar sama je. bila saya ckp mcm tu astro jwb "walaupun takde tv plasma puan boleh nikmati channel extra". saya ckp mmg betul tapi mostly parents tgk tv sebab nak tgk berita....dan parents lebih layan tgk channel free tv1 tv2 tv3 tv9 alhijrah....so tak tgk sgt channel astro apatah lagi extra channel (dari beyond) jadi takde point nak tukar.....saya tak tutup akaun ni sebab pikir dah lama pakai.....dan juga sebab kalo tak pakai astro mmg tv tak clear walau apa channel sekalipun. so bila saya ckp tak nak astro kata takpe. so hang up.

    beberapa minggu lepas tu astro call lagi. kali ni takde promo tapi dia call offer nak tukar ke beyond. saya kata saya tak nak....decoder elok lagi....mcm2 la dia kata pujuk suruh tukar.....so saya pun dah hangin.....saya kata "buat apa nak tukar? lepas tu nak suruh saya bayar sesuatu yg saya tak mintak (tukar ke beyond) dan bayar sesuatu yg saya tak pakai (bil extra rm20 kalo tukar beyond)? awak rasa rm20 tu sket ke? kalo rasa sket tak yah la charge extra rm20. ke astro ni nak mudahkan keja ( sbb pandangan saya secara peribadi ini adalah cara halus utk suruh semua pengguna astro tukar ke beyond---kan senang keja astro nanti)?" so abis kat situ. panas hati betul saya hari tu.....

    so skang dah takde call....tapi saya syak dlm 2-3 minggu ni akan ada lagi call...dan sekarang bil astro naik lagi......hmmmmm

    nabila

    ReplyDelete
  4. Syukur...my family n i survived for years without astro..actually having the free chanel, 7 chanels to be exact aren' t so bad at all.. Cubalah..

    ReplyDelete
  5. Sebab dorang monopoli, itu yg mereka besar kepala. Jom kita ramai-ramai komplen kat multimedia consumer forum. Lg satu, potong ajer asteruk tu,nanti depa telefon, bagi kita guna free for few months. Ada org yg buat mcm ni dan berjaya.



    ReplyDelete
  6. nabila, kalau parents you just nak tengok basic channel mcm tv1,2,3,7,8,9 & al hijrah, baik you terminate ja account tu, ambik astro Njoi..tiap2 bulan free xyah bayar bill..bayar skali ja utk pemasangan..

    ReplyDelete
  7. Ni lah jadinya bila kerajaan dan terhutng budi ngan Asteruk! Org tu buat apa pun kerajaan kena angguk. Hypp TV je lah lepas ni...

    ReplyDelete
  8. Kami tak pernah melanggan ASTRO kerana kami tak saying duit nak bayar perkhidmatanny yang sering di cemuh. Kami jimat duit dan kami berpuas hati dengan siaran tv percuma yang ada.

    ReplyDelete
  9. Assalam...saya dah 3 tahun tamatkan langganan Astro di rumah saya sbb x setuju dgn kenaikan yuran langganan. Bukan berkira sangat, tp lbh afdal saya salurkan duit itu pd akaun simpanan TH anak saya, berbaloi-baloi!!!!!!! Skrg ni TV kat rumah sy hanya pakai arial 'telinga arnab'...keke...hanya dpt tgk 4 channel sahaja - TV1, TV2, TV3, TV9, gambo TV biasa-biasa aje, hujan ke, ribut ke, siaran tetap ada, 4 channel pun kdg2 tak sempat nak tgk TV, anak nak tgk kartun, tgk TV9 (2.30- 5.30 ptg), x yah berebut channel, x sakit hati sebab tgk TV blur/siaran tergendala bila hujan... hehe....

    ReplyDelete
  10. Lmbt shari je byr,trus call

    ReplyDelete
  11. Lambat sehari dia orang call? Nadia selalu dapat panggilan seminggu sebelum hari patut bayar. Nadia naik angin...tanya budak tu dah cek ke account dah bayar ke belum? Dia kata belum. Well, kalau belum cek dulu!!! Kami selalu bayar dua minggu sebelum tamat tempoh!!!

    ReplyDelete
  12. sy langgan astro bertahun2. kdg2 suami lengah nk byr sampai kene potong. then sambung blk sampai skarang. bila pikir2....baik potong sbb sy keje sampai rmh kul 6 ke 7 mlm. dh tentu anak 5 thn x kan bg peluang sy tkr channel selain kartun. nk amik pakej murah x guna sbb sy suka tgk movie je. tp klakar movie yg sy tonton sejak msk astro 8 thn dulu masih di tayang lg. bila x de astro mcm bosan je sedangkan bila ada astro pon berpuluh channel tkr2 akhirnya semua x berkenan. cukup bulan kene byr bil astro...bila check balik dvd rm5 sekeping tu dkt 20 keping sbb lg syok tgk dvd dr tgk astro...ada yg stuju x? hehe... so azam baru nk tkr pakej paling murah astro....sbb kesian anak2 jer...

    ReplyDelete
  13. huhu terima kasih la k.jee...ada gak yang menulis semua apa yang saya rasa tentang a-strok ni. semalam hujan 1 rancang pun tak boleh tengok, bola pun tengok sekejap ada sekejap hilang. hangin...bil plak makin bertingkek-tingkek mahal eh. tak pakai tak dapat siaran, tak tau la kenapa. dulu2 kalau kat kg pakai aerial batang buluh je...boleh tengok macam2 citer. la ni letak la tinggi mana pun skrin tu 'ujan' je. nak tak nak a-strok kena la dilanggan.~ana~

    ReplyDelete
  14. Saya prasan sekrg ni belum pun hujan lagi tp siaran dah x de dah... bila dah mcm tu saya cepat2 tutup tv je sbb no point nk tengok tv pun nk kena tunggu hujan berhenti brapa lama pulak kalau hujan lebat, cam mana? betul tak?

    ReplyDelete
  15. Tension tension nak buat mcm mana ya.....

    ReplyDelete