Friday, November 17, 2017

KUIH CARA BERLAUK






          Setelah sekian lama akhirnya Kjee menghasilkan Kuih Cara Berlauk walaupun sudah beratus biji Kuih Bakar Daging Kjee dan UnclePali buat selama ini. Ini percubaan kali ketiga dalam masa satu minggu. Kali pertama, hancus . Adunan melekat kepada acuan.

          Tetapi mujur Kjee bukan insan yang mudah berputus asa. Kjee percaya kepada talian hayat Kjee iaitu my Facebook friends. Hehehe. Kalau ada masalah apa-apa, sahabat-sahabat Kjee memang segera datang beri bantuan.

          Maka semalam Kjee pun mulakan tugas buat Kuih Cara Berlauk ini buat kali kedua. Kjee tunggu sampai my husband dah pergi kerja. First time buat masa dia tak kerja, maka dialah yang banyak menyibuk. Akhirnya, gagal. First thing first, buat muka sedih di FB. Hehehe.

          Ramai frens FB yang sudi tolong Kjee. Macam-macam tips diberikan. Tetapi entah mengapa tergerak hati Kjee untuk cuba tips yang diberikan Tuan Salma Raja Ahmad. Menurut Salma, cara mengelakkan acuan kuih Cara daripada melekat ialah dengan menuang minyak ke dalam acuan tersebut hingga penuh. Kemudian dipanas acuan yang berisi minyak. Apabila minyak sudah betul-betul panas, tuang keluar minyak itu perlahan-lahan ke dalam bekas lain sehingga kering semua minyak tersebut. Kemudian letakkan kembali diatas dapur dan tuang adunan. Masak guna api yang kecil hingga garing. Selepas itu tidak perlu sapu lagi minyak pada acuan. Mudah kerja kan!

          Maka Kjee pun buatlah seperti yang disarankan. Takut juga masa tu. Maklumlah kali pertama dah gagal. Rasanya kalau kali kedua melekat juga adunan di acuan, maka dah plan nak ucapkan selamat tinggal bukan sahaja kepada acuan tetapi Kuih Cara Berlauk. Tetapi apabila yang berlaku selepas beberapa minit, buat Kjee senyum. Kuih itu seakan renggang dari acuan. Dan sekali gus bererti setelah kali kedua, Kjee berjaya menghasilkan Kuih Cara Berlauk!

          Terima Kasih Tuan Salma. Kjee pasti ramai yang akan mendapat menafaat dari tips yang awak berikan itu.








          Okay berbalik kepada Kuih Cara Berlauk. Semalam Kjee buat guna inti ayam sebab UnclePali tengah diserang Gout justeru tak boleh makan daging. Tetapi hari ini Kjee ubah selera buat guna dua jenis inti iaitu Serunding Daging atau orang Pantai Timur panggil Sambal Daging. Serunding itu Kjee letak dalam adunan yang telah dituang ke dalam acuan. Di permukaan kuih, setelah Kjee letak daun bawang dan hirisan cili merah, Kjee susun udang putih halus yang telah dibuang kulit, diletak sedikit garam dan kunyit dan dikeringkan udang itu seketika atas kuali. Hasilnya, sangat sedap. Serunding Daging itu memang sudah cantik pedasnya.

          Untuk adunan, Kjee blend satu mangkuk (Chinese Rice Bowl) tepung gandum, dua mangkuk yang sama santan cair, sebiji telor, satu sudu makan minyak,  secubit garam dan sedikit pewarna Egg Yellow. Boleh juga digantikan pewarna itu dengan serbuk kunyit. Blend sehingga halus. Biarkan ia seketika iaitu lebih kurang 20 minit sebelum digunakan.

          Kjee guna penutup periuk untuk menutup acuan kuih Cara. Masanya lebih kurang 10 minit. Pepandailah adjust. Kemudian Kjee gunakan hujung pisau yang tirus untuk keluarkan dari acuan setelah ia masak.

          Kjee berat nak share foto Kuih Cara dalam acuannya seperti di bawah ini sebab bimbang nanti ada yang tidak selesa tengok rupa acuan itu. Sebenarnya Acuan itu tidak berkarat. Kjee keluarkan dari setor dan nampak ia berbintik-bintik. Puas Kjee sental tetapi tak hilang. Mungkin besi murah digunakan untuk membikin acuan tersebut. Harap maklum.

          Lepas ini nanti nak buat kuih Cara yang manis pulak.









1 comment: