Terliur tengok Chef Marinka dari Indonesia buat Murtabak (AFC) kelmarin, maka terus register dalam otak nak buat sendiri. Tadi Kjee selongkar peti ais sebelum pergi breakfast. Teringat masih ada satu peket kulit popia. Kalau belum expired, boleh guna. Kalau tidak, kejap lagi boleh pergi beli.
Alhamdullilah, tempoh luput bulan Jun tahun depan. Kemudian baru cari bahan lain. UnclePali kata ada patti burger yang dia buat hari tu. Ada enam ketul katanya. Kalau nak guna, ambil lah, Orite. Kjee tanya apa dia letak dalam patti burger tu? Dia kata bawang besar, bawang putih dan cheese! Hah?!! Patutlah burger dia sedap!
Kjee cilok 3 keping patti burger. UnclePali buat guna daging kisar Ramli. Kjee keluarkan dan letak diatas meja dapur untuk nyahbeku. Lebih kurang 1 jam gitu. Kalau korang nak guna ayam pun bolehlah. Tapi kena cincang halus-halus.
Chef Marinka guna kentang untuk Murtabak nya. Tetapi Kjee nak ikut cara Murtabak orang kita. Hanya guna daging dan telor. Kjee dadu sebiji bawang besar. Panaskan dua sudu minyak dalam kuali dan masukkan bawang tadi. Apabila bawang itu dah sedikit lembut, masukkan sudu makan rempah daging. Kjee juga letak 1 sudu makan serbuk cili. Apabila sudah agak garingkan, masukkan daging dan goreng bagi rata dengan rempah tadi.
Perlahankan api. Letak sedikit garam dan serbuk perasa kalau guna. Masak sehingga daging itu cukup masak. Kjee tolak tepi kuali inti itu untuk toskan minyaknya. Lebih kurang 20 minit. Kemudian kaup perlahan-lahan ke dalam mangkuk. Pukul dua biji telor. Masukkan separuh daripada inti tadi. Gaul rata.
Panaskan kuali. Kjee guna kuali non stick. Letak sedikit sahaja minyak. Ambil sehelai kulit popia dan letak atas pinggan. Sudukan satu atau dua sudu inti dan lipat kemas. Kemudian letak perlahan-lahan dalam kuali. Boleh goreng hingga 3 keping pada satu masa sekiranya kuali cukup besar. Tunggu sehingga satu bahagian garing baru diterbalikkan. Keluarkan apabila sudah cantik warna keemasannya dan tos atas tisu dapur.
Sedap dimakan ketika panas dengan sos cili. Kjee makan begitu sahaja.
sedapnya mseti cuba...
ReplyDeleteWah! hebat k.jee... bak nk murtabak sekeping... hehe
ReplyDeleteMust try....thanks kak fauziah sharing this recipe😍😍😍😍
ReplyDelete