Alhamdullilah percubaan selepas lama tak buat, menjadi. Roti Jala ni sebenarnya kerja UnclePali. Kalau dia ada rumah tadi, pasti Kjee tak boleh dekat. Kari ayam pun dia terer buat. Maklumlah masa meniaga dulu, itu 'department' dia.
Sekarang semua tinggal kenangan. Masa order masuk menimbun-nimbun, UnclePali guna sekali gus empat kuali, empat dapur di foodcourt Anjung Melawati. Dia buat sorang. Hanya kerja melipat dibuat oleh Saniah, maid Indon kami. Kjee? Jadi supervisor aje. Hehehe.
Sehingga ke hari ini Kjee masih dapat orders untuk Roti Jala especially untuk Open House. Alahai sejak stop niaga, semua aktiviti menjala sudah dihentikan. Tetapi apabila buat sorang-sorang tadi, rasa macam teringin nak ambil order semula. Oppppsss kalau UnclePali dengar, mesti telinga dia keluar asap. Hehehe.
Tak susah sebenarnya nak buat Roti Jala. Tak perlu tahap kesabaran yang tinggi. Cuma harus guna teknik. Kalau mahukan hasil Roti Jala yang halus, adunan tidak boleh lebih daripada separuh acuan. Jika terlebih, adunan akan keluar laju. Kalau pandai kontrol (iaitu terus dijala laju-laju) okay lah. Jika tidak, hasil Roti Jala menjadi tebal. Tak sedap sebab rasa macam lempeng.
Adunan yang dicipta sendiri UnclePali ialah 2 cawan tepung, 1 cawan air, 1 cawan susu cair dan sebiji telor. Letak sedikit garam dan pewarna egg yellow. Masuk semua bahan dalam blender dan trrrr sehingga halus. Boleh terus menjala.
Actually Kjee hanya teringat nak buat Roti Jala ini semasa selongkar laci kabinet dapur beberapa hari lepas. Tiba-tiba ternampak acuan lama plastik tu. Ingatkan dah humban entah kemana. Hehehe.
Kalau mahu Roti Jala sentiasa lembut, setelah ia sejuk, terus simpan dalam bekas kedap udara. Insya Allah ia tidak akan menjadi kering.
Pasal jumpa acuan ni dalam laci kabinet buat Kjee teringat nak buat. |
Rindu dah lama tak makan jala.. makan time petang ni memang best!
ReplyDeleteSedaonya menjala roti jala dengan kuah kari ayam
ReplyDelete