Sunday, November 14, 2021

KJEE NI WARTAWAN KE PELAKON?

      
      Kisah terjadi minggu lepas. Kjee tengah sarapan dengan UnclePali di sebuah restoran. Tetiba terdengar jeritan.. "Mona!!!" Kjee segera berpaling. Tak kenal siapa!
      Kalau tak kenal kenapa Kjee berpaling? Apa kena mengena Mona dengan Kjee? Hehehe panjang cerita tapi dipendekkan, ramai orang ketika zaman Kjee muda2 dulu lebih suka panggil kita Mona. Kjee malu masa itu.
     Kenapa Mona? Hah mak atau ayah korang semua pasti boleh beri jawapan. Itulah watak Kjee dalam drama Santan Berlada. Kisah gadis bernama Monaliza yang 'kurang seposen!'
     Sebenar Kjee sepatutnya muncul sebagai artis jemputan dalam satu episod Santan Berlada masa itu. Tetapi ketika rakaman di Studio Sound Stage Filem Negara, penulis skripnya ada sama. S.A.Takiyuddin kalau tak silap. Beliau ketawa lihat Kjee bawa watak itu. Justru dia tanya mahu tidak menjadi barisan pelakon tetap.
      Hati berbelah bagi. Kjee masa itu wartawan di NST. Adoiiii tapi minat sangat2 nak berlakon. Akhirnya.... Kjee curi2 berlakon. Tapi masa rehat, interviu artis2 untuk dimasukkan dalam paper. So tak kira ponteng lah kan., 🤭
       Antara pelakon Santan Berlada ketika itu. Fauziah Nawi, Accapan, Jantan Osman, Khairul Azhar. 👇

      Maka tiap episod Kjee berlakon lah. Oleh kerana watak kurang seposen, Mona dimekapkan oleh mendiang mekap artis Rama Lingham, dengan mekap tebal. Pipi merah menyala bagai.
      Kjee sanggup pakai kasut sebelah warna lain, subang juga sebelah lain, rambut kejap gerbang. Hehehe kelakar betul. Semata-mata nak hidupkan watak Monaliza yang senget 
      Dan kerana keberkesanan watak Mona, orang mula panggil Kjee nama itu. Sehingga hari ini, penonton zaman itu panggil kita Mona.
      Kjee sangat dikenali masa drama Santan Berlada. Actually watak Mona itu bercinta dengan Abg Ghani (lupa nama sebenar) tapi buat album Mona digandingkan dengan Os.
      Tetapi sekarang orang hanya ingat Kjee dalam drama Rumah Kedai. Kjee berlakon satu musim aje Rumah Kedai gantikan Rosnah Mad Aris, yang tarik diri.


      Setakat ini dah dekat 100 drama Kjee berlakon sejak RTM zaman hitam putih. Drama pertama 'Angin Bila Menderu' slot Panggung RTM arahan Abdullah Zainol. Baru-baru ini diulang tayang di TV9. Che Mat Gebu capture foto Kjee dalam drama itu minggu lepas. 👇

    
      Kjee dah berlakon lebih 100 drama setakat ini. Paling banyak drama bersiri. Filem ada lah sikit. 
     So Kjee ni Pelakon atau Wartawan? Hmmm satu kaki dalam industri drama dan satu kaki lagi dalam bidang kewartawanan. Itu aje yang kjee boleh kata. Tapi dua-dua Kjee suka. Masa jadi wartawan, Kjee menulis bidang hiburan.
      Malangya tak banyak foto untuk dijadikan kenangan. Yang bawah ni jer. 👇



4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya minat sangat Kak Gee, suka lakonan, sejak kecik sampai usia 43 tahun ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak . Semoga Kak G n keluarga dlm kandungan sehat walafiat. Saya memang minat sitcom Santan Berlada yg akan kendaraan setiap Khamis selepas Berita Perdana di RTM. Pada masa yg sama Airwolf akan kesana di TV3.

    ReplyDelete