Sebulan selepas nikah |
Setahun selepas nikah |
Sebelas tahun lalu, Kjee telah membuat solat Istiqarah...mintak Allah swt, tutup pintu hati Kjee kepada semua lelaki yang ingin singgah dalam hidup Jee sebagai seorang suami. Andainya, itu tidak dibenarkan, maka hantarlah kepada Kjee seorang lelaki yang boleh membawa aku ke jalanNya. Seorang lelaki yang boleh menjaga aku dan anakku sebaik mungkin.
Tidak lama selepas itu, ketika Kjee sedang menumbuk cili di dapur, tiba2 Kjee termelatah. Kjee sebut Oh Pali. Nadia yang sedang baca buku di ruang tamu datang kepada Kjee...Mama nak minum air bali ker? Nadia pergi kedai belakang beli yer. Kjee terpinga2.
Tidak sampai seminggu selepas itu, Kjee dipertemukan dengan seorang insan bernama Pali ketika sedang chatting di internet. Kami bertukar2 nombor telefon. Dia mintak jumpa tetapi Kjee kata, Kjee hanya akan pergi jumpa dia seandainya Nadia ikut sama. Dia sangat2 setuju!
Dan selepas pertemuan itu di sebuah restoran mamak di Taman Melati, seminggu kemudian, dia bertanya samada Kjee tidak bimbang tinggal berdua sahaja bersama Nadia? Zaman ini macam2 boleh berlaku...Dan sebulan kemudian, semua kini sejarah paling manis dalam hidup Kjee...Kjee menjadi isterinya!
Terima kasih bondanya Hajah Siti Rokiah, kakak2nya Paridah, Hjh Saadiah dan Fazilah kerana sudi menerima Kjee sebagai ahli keluarga mereka.
Walaupun, Kjee mengakui hidup kami tidak sunyi dari segala cabaran, namun sebagai satu famili, kami bertiga cukup happy.
Alhamdullilah. Hari ini ku panjatkan syukur he hadrat Allah swt kerana kami telah berjaya melepasi segala rintangan. Kjee terlalu berharap, suami Kjee bernama Pazeli ini akan dapat bersama Kjee susah dan senang hingga ke nafas akhirku.
Terima kasih abang...Jee tahu abang terlalu banyak bersabar dengan segala kekurangan Jee, paling penting menjaga Jee dan Nadia ketika kami sakit.. Jee berharap abang akan terus bersama Jee hingga ke nafas akhir Jee, Insya Allah. I Love you! Thank God, We Made It!!!
Terima Kasih Sharifah Rosidah, Shamsul Bahari, Yazid Othman dan Norbaya Musa kerana telah sama2 merealisasikan hasrat kami untuk menjadi suami isteri, 11 tahun lalu.
Bacalah jugak sini.
Terima Kasih Sharifah Rosidah, Shamsul Bahari, Yazid Othman dan Norbaya Musa kerana telah sama2 merealisasikan hasrat kami untuk menjadi suami isteri, 11 tahun lalu.
Bacalah jugak sini.
happy anniversary!!!
ReplyDeletesusah nak cari lelaki yg macam ni
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteTahniah kjee diatas usia perkahwinan yg ke-11..& semoga kjee lebih bahagia & ceria disamping suami tercinta..Amin
Betul betul betul SUSAH CARI SUSAH DAPAT! ameeen
ReplyDeleteSalam akak,
ReplyDeletehappy anniversary!...semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur nya,...amin
Alhamdulillah.. dah 11 thn kak jee... setelah jerih perih kak jee lalui berdua bersama Nadia dan berkat ketabahan kak Jee Allah kurniakan seorang lelaki tunggal dalam kehidupan kak jee dan Nadia yg bergelar Suami dan bapa.
ReplyDeletesemoga kebahagiaan ini kekal untuk selamanya buat kak jee dan keluarga
happy anniversary kak jee & uncle pali
ReplyDeleteTerharu baca post ni...
ReplyDeleteHappy Anniversary Kjee & Uncle Pali, semoga berbahagia & berkekalan sehingga selama2nya & ke akhir hayat, amin...
Kdg2 kebahagiaan yg kite cari 'terlewat' tibenya...tapi yg penting ianya adalah kebahagiaan yg abadi...
Happy 11th Annivery to Kjee and Uncle Pali. Semoga berbahagia bersama selamanya.... amin
ReplyDeletetahniah kak jee..moga sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..
ReplyDeleteas salam Kak Jee... HAPPY ANNIVERSARY ... saya pun genap sebelas tahun berumah tangga . Cabarannya sampai kini.. belum tamat lagi. Dalam tempoh sebelas tahun ini, kami bercerai sekali .. iaitu di tahun ke 7 pernikahan. Setelah rujuk, cabaran lain pula mendatang manakala cabaran lama masih belum beres sepenuhnya. Ntah lerr .. di mana silapnya. Ada pepatah menyatakan ... jangan di cari kebahagiaan tetapi isikan lah kebahagiaan yang ada itu ...
ReplyDeleteHappy anniversary Kjee & Uncle Pali. moga hidup anda bertiga sentiasa dilindungNya dan diberkatiNya dan kebahagiaan milik Kjee sekeluarga...Ima mohamad
ReplyDeleteHappy Anniversary buat K.Jee&Uncle Pali .
ReplyDeletemoga tambah bahgia, sejahtera selalu dan kekal selamanya ...Amin..
Happy annivesary kjee doa saya jodoh yg ini akan berkekalan ke hujung nyawa dan sampai ke syurga firdaus nanti...Aminnnn !!
ReplyDeleteRindu nak tengok kjee berlakon macm dulu2 lagi :)
Happy anniversary Kak Jee n Uncle Pali... semoga berbahagia hingga hujung nyawa....
ReplyDeleteHappy Anniversary Kak Jee..!
ReplyDeletesemoga jodoh berkekalan hendaknya.. aminn!
happy anniversary Kjee n Uncle pali.. semoga ikatan kasih sayang tetap utuh dan berkekalan hingga ke hujung nyawa...
ReplyDeleteHappy Anniversary and Congrats to K. Jee & Uncle Pali, may your marriage be blessed by Allah S.W.T. always. Insya Allah, aminn.
ReplyDeletesincerely,
zaph, my better half and our darling 17 cats (dia orang pun doakan for both of you juga, :) )
p/s; thanks for your susah payah semalam, jasa k. Jee, zaph akan sentiasa kenang.. take care.
Happy anniversary Kjee & uncle Pali..moga Kjee & unclepali sekeluarga terus bahagia hingga ke akhir hayat.Moga terus cemerlang dalam kehidupan dan sentiasa tabah berdepan dugaan...
ReplyDeleteBukan solat sunat Istiqarah sepatutnya Solat Sunat Hajat.
ReplyDeletesalam. solat hajat ke istiqarah ker, allah swt maha mengetahui nawaitu kita.
ReplyDeleteSalam..kak jee.
ReplyDeletetahniah buat akak dan suami kerana telah berjaya melayari bahtera perkahwinan yg ke 11.
As-Salam Kjee...
ReplyDeleteTerharu dan menitik air mata baca post Kjee...Anyway...Happy Anniversary both of u...semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...
As-Salam Kjee..
ReplyDeleteTerharu baca post Kjee....Anyway Happy Anniversary both of u...semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..
Salam Kjee syukur alhamdullilah Happy Anniversary yea itulah yang diharapkan semuga berbahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..
ReplyDeleteJee terharu aku nama aku dah SB ada dalam blog kau ni,terima kaseh juga kakak yang tersayang semuga jodoh dengan pali sampai keakhirat, amin.
ReplyDeletehappy anniversary kak jee. insyaallah berkekalan bahagia bersama
ReplyDeleteSemuga kekal hingga kesyurga :)
ReplyDeleteSalam kjee..semoga kebahagian kjee kekal selamanyer..happy 11th anniversary..keep smiling n cute yer..
ReplyDeleteSalam kjee..semoga kebahagian kjee berkekalan sampai ke akhir hayat..stay cute n happy 11th anniversary wat kjee n unclepali..
ReplyDeletep/s kim slam kat nadia :)
Alhamdulillah. Happy Anniversary Kak Jee dan Uncle Pali..semoga kekal selamanya.
ReplyDeletekak jee......so sweet....semoga terus bkasih sayang hingga ke syurga!!
ReplyDeletex sedar airmata mengalir.smuga kjee dn uncle pali beroleh kebahagiaan hingga ke akhir usia.juga doa saya agar kjee skeluarga dilimpahi rahmat Allah sll.Amin...
ReplyDeleteAssalam kak Jee, Happy anniversary kak. tahniah buat Kak Jee dan Uncle Pali semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia...insyaAllah , Amin:)
ReplyDeleteKjee....that is so sweet. Tahniah and many more years together, insyallah.
ReplyDeleteAmin...amin...amin....!
ReplyDelete