Monday, April 25, 2011

272. Happy Birthday Sayang!!

Our First anniversary 10 tahun lalu
Sepuluh tahun lalu, Kjee ditemukan dengannya.Seorang anak bujang yang ketika itu berusia 33 tahun. Nama dia Pazeli a.k.a. Unclepali John. Kini 10 tahun berlalu. Hari ini genap usia Unclepali 43 tahun.

Happy birthday abang. Terima kasih kerana sanggup terima saya dan Nadia dalam hidup abang. Rumahtangga mana tidak dilanda gelora. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Walaupun, hidup kita juga tidak terkecuali dari dilanda tsunami tetapi yang penting sebahagian besar hidup kita bersama, kita happy.

Seorang suami yang cukup sabar, penyayang dan bapa kepada Nadia yang cukup mengambil berat terhadap anak tirinya. Unclepali juga seorang yang cukup kreatif dan sensitif. Begitulah kalau menjadi anak lelaki tunggal dan bongsu dalam keluarganya.

Tiada lagi yang boleh saya ucapkan melainkan mendoakan agar abang terus dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik.

Terima kasih kerana telah menjaga saya dan Nadia dengan begitu baik sekali. Dan terima kasih banyak2 kerana terlalu mengambil berat dan perihatin akan kesihatan saya. Hanya Allah swt sahaja yang boleh membalasnya. Insya Allah.

May God Bless You! I'm really blessed to be your wife. Moga rumahtangga kita diberkati Allah swt hingga ke hujung nyawa. Amin.

18 comments:

Anonymous said...

Ya Allah...berlinang airmata saya baca ni kjee..so sweet of u..semoga kalian bahagia hingga ke surga..amin Ya Rabb ya Rabb ya Rabb..suzi fauzi

Kjee said...

terima kasih suzi. Mulanya berat Kjee nak buat entry ini sebab malu. but I plucked enough courage to tell him how I feel.

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Selamat ulang tahun kelahiran.. semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.. insyaallah..

anymz said...

aduuuuh..entah kenapa..bergenang airmata baca post kjee hari ni..happy birthday ya.semoga di panjangkan umur,di murahkan rezeki,di sehatkan tubuh badan dan di tetapkan iman.semoga unclepali,kjee dan nadia hidup bahagia hingga ke hujung nyawa..amiiin

Deena Sulaiman said...

sebak dan terharu dgn pergorbanan unclepali pada kjee dan nadia.. unclepali adalah anugerah buat kjee dan nadia...

Along Maklong said...

selamat hari lahir buat unclepali kak jee tu..
semuga didalam rahmat Allah sentiasa..
bahagia disamping kak jee hingga ke syurga.. iA..

ibuintan said...

selamat hari lahir buat unclepali... moga terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di dlam rahmat Nya

Nieza said...

Happy birthday to unclepali...semoga dirahmati Allah selalu dan happy-happy selalu disamping family tersayang

CT Delima said...

Selamat ulang tahun buat unclepali...semoga hidup unclepali sentiasa dirahmati dunia dan akhirat serta berbahagia bersama insan2 tersayang... aminnn

Anonymous said...

SELAMAT HARI LAHIR=ALLAH SELAMATKAN KAMU,ALLAH SELAMATKAN KAMU,ALLAH SELAMATKAN UNCLEPALI-terharu baca entry ni semuga kjee dan nadia gembira d sisi insan yang istimewa ini....NoraJohn{norasmah]

Mamasya said...

Slmt hari lahir buat Unclepali...moga sihat dan murah rezki selalu dan tambah bahagia bersama famili tersayang.

Hayati said...

kak jee, zahirnya tak nampak langsung beza umur antara kak jee dan unclepali. Puas saya dok agak-agak berapa usia unclepali. semuga bahagia keakhir hayat.

naniasda said...

It is great that you can put it all out in writing on how you feel for your husband...dah budaya kita orang melayu susah nak cakap terang-terang benda2 emosi ni kan? May God Bless both of you :)

Miss Tira said...

Alhamdulillah. Bersyukurlah mendapat suami yang bertanggungjawab. Tira ucapkan selamat hari jadi buat suami Kjee. Semoga Allah memeberi limpah kurnia dan rahmat buat beliau.

madam casper said...

happy birthday unclepali.....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hepi besday uncle pali.... semoga diberikan keberkatan dunia & akhirat bersama yg tersayang...

Nur68 said...

Sebak membaca entry Kjee ni, that was sweet of you ...may your marriage be blessed with loads of happiness and everlasting love.

MN Fija said...

SELAMAT HARI ULANG TAHUN UNCLE PALI JOHN,SEMOGA DIBERKATI DENGAN RAHMATNYA DISAMPING ISTERI TERCINTA (KJEE) & ANAKANDA (NADIA).

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...