Monday, June 3, 2013

KARIPAP DAGING






























Kjee rasa semua orang suka makan karipap. Dari kecik, itulah kuih yang awal2 sekali diperkenalkan kepada kita. Masa Kjee kecik2 dulu, arwah mak selalu buat guna keledek. Tapi kini pengunaan keledek sudah berkurangan. Diganti dengan kentang kerana ia lebih sesuai kot dipadankan dengan rasa kari yang pedas.

Apapun, Kjee tak pernah buat karipap guna keledek. Kjee tak suka rasanya yang manis. Tapi kalau terserempak dengan orang jual Karipap Keledek, kekadang beli jugak.







Semalam, Kjee dan Nadia buat karipap kentang daging. Kjee tambah cili kisar sebanyak 2 sudu kepada rempah nak bagi rasa lebih pedas. Heran jugak rempah masa kini. Banyak mana letak pun, tak dapat rasa pedas yang dikehendaki.

Kjee memang selalu buat karipap untuk dibekukan sebab mudah untuk dibuat minum petang. Atau kalau ada tamu bertandang. Tapi biasanya tak sempat tamu nak jenguk, dah habis. Naseblah kan.


















KARIPAP - jadi 50 biji

1 kilo tepung gandum,
1 cawan minyak masak (Kjee guna minyak jagung),
½ cawan margerin Planta
400ml air
2 sudu kecik garam

CARA

Panaskan minyak dan margerin. Kemudian dicurahkan ditengah2 tepung gandum yang telah diletakkan dalam besin. Kacau pantas guna garfu hingga berderai2. Masukkan air yang telah dicampur garam. Kemudian uli hingga doh tidak melekat lagi di besen.

Kjee rehatkan dalam fridge lebih kurang 20 minit. Lepas tu, keluarkan, jadikan bulat2 dan leperkan guna rolling pin. Buatlah karipap macam biasa. Kali ni Kjee tak guna acuan. Nak ajar Nadia buat cara orang lama. Actually acuan kepit tu tak jumpa. Ntah mana UnclePali campak lepas guna hari tu
hehehe

Goreng guna api sederhana. Kalau tidak, permukaan karipap mengerutu. Kalau rajin, elok sekiranya dibuat banyak2 dan dibekukan.

Untuk intinya buatlah inti favorite anda. Boleh guna daging, ayam ataupun sardin.





4 comments:

  1. sedapnye k.jee..cantik & kemas jerk kelip karipap nye..kalo aiza buat ntah ape ghupe nye..

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak mengelim karipap.. :-)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Jee.. Baru jer buat karipap guna resepi doh akak pagi tadi and it turned out to be soooo good. Thanks for sharing kak...

    ReplyDelete