Monday, December 10, 2012

RENDANG AYAM MAYONAISE LADY'S CHOICE


Zurina


Ingat tak hari tu Kjee pergi Pertandingan Akhir Cabaran Resipi Lady's Choice di mana Puan Zurina Sahari muncul sebagai juara dengan resipi Rendang Ayam Mayonaise? Lihat sini. Kjee dah janji nak dapatkan resipinya tetapi tak tau kenapa asyik lupa.

Kelmarin Kjee text Cik Sarah Soo yang mengundang Kjee ke pertandingan itu. Kjee mohon jasa baik dia untuk mendapatkan resipi itu. Dan hari ni Kjee dapat dah.

Tentu korang pelik kan bagaimana kreatifnya Zurina mencipta resipi rendang ayam tanpa menggunakana santan! Pasti lebih sihat! Dan Kjee yakin rasanya tentu enak (kalau tidak takkan jadi juara) sebab biasanya kalau kita bubuh mayonaise dalam makanan, hasilnya selalu sedap.

Kjee pun banyak guna mayonaise di rumah sebab suka sangat makan sandwich telor mayonaise. Lihat sini.

Jom kita intai resipi Zurina. Dan mungkin selepas ini, kita dapat hidangkan rendang ayam sihat guna mayonaise untuk keluarga tersayang.


RENDANG AYAM MAYONAISE LADY'S CHOICE
resipi : ZURINA SAHARI
ehsan: LADY'S CHOICE MALAYSIA

BAHAN2NYA:

8 ketul ayam yang telah dibersihkan

Bahan A
3 batang serai- di ketuk
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
2 inci Halia
1 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Segenggam cili api
*Kisar semua bahan dengan sedikit air

Bahan B
3 Sudu Besar Serbuk kari
3 Sudu Besar serbuk rempah ketumbar
1 Sudu besar serbuk rempah jintan putih
1 Sudu besar serbuk rempah jintan manis
*Satukan semua rempah diatas

Bahan D
6 sudu besar mayonis Lady's choice @ 150 gm
1 cawan air panas
*Sebatikan kedua bahan ini

Bahan-bahan Lain
3 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
3 sudu kecil serbuk perasa
3 sudu besar kerisik kelapa
2 helai daun Limau

¾ cawan minyak untuk menumis

CARANYA:


*Panaskan minyak , masukkan bunga lawang dan kayu manis dikuti dengan bahan A yang telah dikisar halus.

*Kacau sebentar dan masukkan serai yang telah diketuk diikuti oleh bahan B yang telah disatukan,kacau hingga naik bau dan letakkan sedikit air dari bahan D iaitu campuran mayonis dan air panas.

*Masukkan ayam dan kacau lagi ,masukkan semua baki campuran mayonis dan air panas tadi.

*Masukkan garam,gula,serbuk perasa dan kacau sehingga masak.

*Bila ayam kelihatan sudah masak, masukkan kerisik dan daun limau purut.

*Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.


Mokcik dan Zurina

4 comments: