Monday, November 5, 2012

RENDANG DAGING MAYO LADY'S CHOICE BAWA TUAH KEPADA ZURINA




Ms Lenny Chuah, Senior Brand Manager LC, serahkan mock up cheque kepada Zurina. 







Bergambar dengan para juri




Selasa lepas, Kjee dapat jemputan untuk hadir di Pertandingan Akhir Cabaran Resipi Lady's Choice di Pasaraya Giant, Kota Damansara. 

Lima peserta akhir bertarung untuk membawa pulang hadiah utama, Makeover Kitchen bernilai RM20,000, hadiah kedua Peti Ais Samsung 500 litre dan ketiga, TV LCD 46 inci.

Mereka yang ke peringkat akhir ialah Han Chee Lin, Zurina Sahari, Choy Lai Sim, Marhaini Mohamad Ashari dan peserta tunggal lelaki, Ganesher Pillai.


Juara


Naib Juara
Ketiga

Oleh kerana Kjee kurang sihat hari itu, kehadiran Kjee bersama kerusi roda kesayangannku.

Sungguh sengit pertandingan sebab masing2 adalah lima peserta yang berjaya bertanding bersama beratus perserta lain di seluruh negara. Tema pertandingan menjurus kepada Kempen Pemakanan Sihat.

Ini first time setelah sekian lama Kjee hadir menyaksikan pertandingan masakan secara live. Kali terakhir dulu masa Kjee jadi wartawan The Malay Mail. 

Cukup teruja melihat kelima2 finalis ini memasak. Relax jer tak seperti rancangan Masterchef Malaysia yang Kjee tonton kat TV. Hehehe.

Anyway, apabila Kjee dengar salah seorang pesertanya masak rendang bubuh Mayonaise, Kjee kerut dahi. Isyhhh macam mana agaknya rasanya. Yang lain semua buat masakan selamat.



Serina, emcee yang hangatkan suasana
Peserta lelaki tunggal



Tetapi nyata sekali percubaan Zurina membuat eksperimen menggunakan mayonaise Lady's Choice, berbaloi. Tiga juri sebulat suara memilih Zurina sebagai pemenang. Nyata sekali penggunaan mayonaise dalam rendang daging yang disediakan Zurina tidak mencacatkan rasa rendang asli!

Tempat kedua dimenangi oleh Choy Lai Sim dan ketiga, Marhaini Mohamad Ashari. Dua pemenang sagu hati Ganesher Pillai dan Han Chee Lin membawa pulang periuk  menggoreng elektrik.

Selesai pertandingan, semua yang hadir dijamu makanan yang mengandungi bahan asas seperti Mayonaise dan Peanut Butter keluaran Lady's Choice.

Agak seram jugak Kjee apabila UnclePali hulurkan satu gelas Peanut Butter Banana Milk Shake. Risau hendak menelannya. Tetapi, setelah merasainya, Kjee dapati ia sesuatu yang innovatif. Nanti Kjee cuba dapatkan resipinya yer. Anak2 pasti suka rasanya.




4 comments:

kakchik@ella said...

KC pun terfikir perkara yang sama kak jee .. cmna la rasanya ye? tak lari rasa rendangnya ye kak?

vANniLLa cHoCoLaTe said...

waahh.. tahniah pada pemenang.. kalau rendang uh resepi nenek moyang confrm la sadap.. nyam..nyam..nyamm

Choy Christine said...

Thank you Puan Fauziah for the write up on the event by Lady's Choice! ^_^

Kwong said...

Terima kasih dan Tahniah KakJee atas kehadiran tempoh hari. Juga coretan recana yang sangat memberangsangkan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...