Friday, December 18, 2020

SAMBAL TELOR PECAH


Nampak cam biasa aje tetapi Sambal Telor Pecah ni punya lah sedap makan dengan nasi panas-panas. Lawannya pulak ikan Pelaling goreng garing dan ikan kering jeruk Gelama. Isyhhh kecur lah. 😋😛
     Kjee buat ini kalau tak buntu fikir nak masak apa. Tetapi harus ada sambal tumis frozen. Kjee buat banyak-banyak sambal tumis yang biasa-biasa dan simpan dalam freezer.
     Dan ketika kesuntukan masa untuk buat lauk, Kjee goreng ayam atau ikan maka jadilah sambal. Sardin dalam tin pun sedap buat guna sambal frozen.


     Cara Kjee buat Sambal Frozen hanya guna cili kisar, bawang besar banyak-banyak dimayang dan bawang putih ditumbuk. No belacan tau. Kjee letak bilis cube ikut banyak mana sambal dibuat.
     Tumis semua bahan guna api slow. Minyak elok kalau banyak. Dah garing, matikan api. Pastu dah siap, kaup buang minyak. Dah sejuk, letak dalam bekas dan bekukan. Lebih elok letak dalam bekas kecik-kecik dan beku. Senang nak guna. 
     Untuk Sambal Telor Pecah ni, Kjee panaskan sambal frozen tu atau letak sikit minyak. Dah garing, pecahkanlah telor ikut banyak mana sambal. Kacau2 ala scrambled eggs. Masak sampai telor dah set. Siap. 


Related Posts:

  • SAMBAL TUMIS GARING DENGAN BILIS DAN KENTANG Kjee dapat inspirasi nak buat Sambal Tumis Garing ini apabila membeli beberapa bekas airtangan seorang ibu tunggal, online. Sedap sangat. Nadia ratah habiskan tiga bekas dalam masa tiga hari, di office sahaja. Bil… Read More
  • IKAN KEMBUNG BERSAMBAL THAI Perangai Kjee sejak dua menjak ni rasa cam pelik. Apa yang Kjee tak suka makan selama ni, tetiba tersuka pulak. Kjee memang suka makan ikan bakar. Malah dulu, kalau ada kesempatan dan budget, sangguplah drive… Read More
  • SAMBAL IKAN TENGGIRI BERSAMA PETAI Idea asal nak masak Sambal Tumis Petai sama Udang. Tetapi oleh kerana my other half tak boleh makan udang, maka Kjee selongkar freezer dan jumpa Ikan Tenggiri. Nadia beli 6 keping last Saturday kat Hero Mar… Read More
  • TELOR REBUS LAUK BERLADA Hari ni hari kurang rajin. Masak apa sahaja yang ada kat dapur. Bukak peti ais nampak telor. Terus fikir nak masak apa. Kalau telor itik (alamak lupa nak order dari Khairani) boleh buat Masak Lemak Cili Padi … Read More
  • AYAM MASAK KICAP PEDAS There's so many things you can cook using the bird. Kjee tak pernah ketandusan idea untuk masak lauk yang menggunakan ayam. Dah penat masak lauk pauk Melayu, boleh cuba Cina, India dan jugak Western. Apatah la… Read More

0 comments:

Post a Comment