Sunday, September 6, 2020

LEMAK TALANG KERING



   Lauk Lemak Kuning Ikan kering dengan nanas, buat Kjee rindu kepada arwah mak. Masa kami kecik2 dulu kami sering dibawa berkelah. Di tepi pantai, sungai, air terjun dan semua tempat perkelahan yang sempat. Itu aktiviti orang kurang berada macam famili kami. Habiskan masa tempat tak perlu bayar. 😁
    Mak akan masak lauk Lemak Kuning Ikan Kering. Selalunya guna Ikan Sepat dengan nanas. Goreng telor dadar. Nasi satu periuk besar. Dan kami sekeluarga, selepas mandi manda, akan mengadap hidangan diatas tikar mengkuang yang dibentang. Sedapnya. Habis nasi seperiuk! 
   So aritu masa Kjee masak teringat Arwah Mak. Lauk kegemaran beliau. 
   Bulan lepas adik FB Kjee. Noor Safizah Yapis balik kampung. Pastu dia belikan Kjee ikan Talang kering. Punyalah besar. Kjee potong-potong. Dapat 6 plastik ziplock yang Kjee simpan 5 peket dalam freezer. Plastik ke-6, masak kari. 
    Minggu lepas Kjee nak tidur. Teringat pasal ikan Talang. So UnclePali tolong rendam. At least overnite, kuranglah masinnya. Tanya masak apa esok, dia kata Lemak Kuning Nanas. Set! 
   Maka itulah kejadiannya, awal minggu aritu. Tak pernah Kjee makan sampai dua senduk! Sedapnya ya rabbi! Ada pulak Kerabu Mangga Muda. Perghhhh. 
    Korang nak resipi atau cara Kjee buat, sila KLIK SINI

  

Related Posts:

  • BUNCIS GORENG AYAM LEFTOVERS Hari ni Kjee goreng sayur guna ayam leftovers atau berbaki. Leftovers bukan bermaksud dah makan, pastu tinggal sisa-sisanya dibuat goreng sama sayur. Taklah. Hari tu kan Kjee buat Nasi Ayam Sambal Hijau. Kjee gore… Read More
  • KARI VEGETARIAN MUTTON Kjee suka sangat makan daging kambing atau mutton baik tempatan mahupun yang import. Begitu jugak dengan daging kambing biri-biri atau lamb. Tidak pernah berpantang sebab Kjee species insan berdarah rendah (low bl… Read More
  • KARI KETAM TAK LAKU DI RUMAH KAMI Nadia dan UnclePali suka makan ketam tetapi kalau Kjee masak ketam kat rumah, selalu tak laku! Pelik kan? Semuanya kerana mereka tidak suka makan ketam dengan nasi! Kalau nak makan ketam, mesti nak ratah begitu saja. Lau… Read More
  • NASI AYAM SAMBAL IJO Kjee sekeluarga bukan peminat nombor satu Nasi Ayam. Justru, kami hanya makan Nasi Ayam dua atau tiga kali setahun. Ada banyak lagi makanan lain di Malaysia ni yang kami minat. Hehehe. Kalau UnclePali tapau Na… Read More
  • DAGING BERLADO DENGAN PETAI Ahad lepas Kjee bertiga pergi makan di Restoran Minang favorite kami di Paya Jaras. Kami ke sana dalam pukul 3 jadi makanan pun banyak dah habis. Maklumlah hari Ahad, jadi ramai customer beli bungkus kata pe… Read More

1 comment: