Thursday, January 27, 2011

10. kenapa mesti takut hantu..PART TWO

kisah ni berlaku pada tahun 1997...empat belas tahun lalu. nadia umur 8 tahun. masa tu negara tengah gawat. artis2 ramai tak der job termasuk kjee. kjee bukanlah tak der langsung tapi masa tu upah berlakon kena potong, apa lagi bayaran skrip pun tertunggak. kjee ketika tu ibu tunggal. kami menyewa di sebuah rumah kampung dekat kubur kat kampung kemensah.

oklah tinggal kat situ. orang kampung semua baik. cuma kjee selalu dengar dia orang cerita kawasan kampung kemensah tu 'keras'. jalan dari arah zoo menuju ke kampung tu hanya ada lampu sampai setakat depan nak masuk kampung. lepas tu terus gelap gelita kecuali lampu dari rumah2 setinggan kiri dan kanan jalan.

selepas antar nadia gi sekolah setiap pagi, kjee duduk lepak kat gerai roti canai kat kampung tu sambil baca paper. budak2 kampung bagitau, oleh kerana kjee orang baru kena hati2. jangan balik jauh2 malam. nanti 'kena'. kjee sengih jer. mana pernah kjee keluar umah sorang2 malam2. nadia memang tak pernah kena tinggal.

dia orang pun cerita macam mana budak yang balik tengah malam lepas kerja atau meniaga mesti kena kacau. kalau bawak motor sorang2, tetiba rasa kotor berat sangat macam ada orang 'tumpang'. sebab tulah ada insiden budak naik motor mati langgar pokok. ini terjadi pada anak kawan kjee nama bibah yang duduk kat kampung tu. agaknya, sebab panik motor 'terasa cam ada orang tumpang', dia pecut dan langgar pokok.

macam2 lagilah dia orang cerita. tapi kjee buat2 tak dengar sebab tak nak stress akibat ketakutan.

kalau kjee keluar makan kat taman melawati atau kat kolumpo malam2, kjee mesti ajak budak2 pompuan anak2 tuan umah selain daripada nadia. dan apabila lalu di depan pokok kekabu tepi zoo negara, dia orang akan kata...kat sinilah kjee tempat 'bende tu'. kjee akan ketawa sambil kata...alah dia tak berani kacau, kita ramai!!!

mulut kjee memang tak de insuran. siap koooo fauziah samad....

satu malam kjee pergi hantar makanan kat budak2 yang tengah shooting kat wangsa maju. skrip drama kjee tu dah lupa judulnya tapi diarahkan oleh seorang mamat director dari sabah. dia orang mintak kjee buat catering makan sekali. kjee pun berlakon drama tu tapi scene kjee kat negeri sembilan. oleh kerana masa gawat, kjee pun setujulah buat catering untuk dia orang. at least adalah duit lebih selain buat skrip.

kjee keluar umah kul enam petang antar makan malam. nadia tak ikut sebab dia nak buat homework. jauh kampung kemensah dengan lokasi shooting tu kira-kira 20 minit jer naik kereta.

sampai kat lokasi, lepas budak2 makan, kjee pun lepaklah tengok shooting, sedar tak sedar dah hampir kul 12.30 malam. aduh...panik kjee sebab leka bersembang ngan member2 kat situ sampai terlajak. nadia mesti dah tido, kata kjee dalam hati. apapun,  tetiba pengarah mintak kjee buat sedikit pembetulan pada skrip. dia suruh kjee bawak malam tu jugak.

so kjee pun baliklah umah. masa tu kjee sikit pun tak rasa apa-apa so selamba jer drive sampai depan zoo. tetiba bila lalu jer bawah pokok kekabu tu, jeng jeng jeng bulu roma kjee tegak. tegak semacam. kjee mula rasa takut yang amat2 sangat. kiri kanan gelap dan sunyi sepi!!!

kjee pecut punyalah laju. umah kjee hanya kira 6 minit jer dari situ. kjee tak berani tengok cermin kereta. mata kjee pun kjee bukak kecik jer sebab takut tak nampak jalan nanti terlanggar pokok. kjee pasti bende tu ada dalam kereta. lidah kjee jadi kelu. nak baca apapun, kjee dah tak boleh. makin dekat kat umah, makin tegak bulu roma!!!

kjee terus pandu laju sampai depan gate umah. sampai jer, kjee cepat2 matikan enjin. kucing kjee nampak kjee sampai. tetiba kucing tu bunyi pelik tengok kjee. tak pernah kjee dengar suara dia macam tu. tangan kjee terketar2. bukan pintu dan terus masuk dalam umah. masuk bilik tengok nadia tengah tidor.

bila dalam rumah barulah kjee ingat baca ayat Qursi, ingat mengucap, ingat macam2lah. rasa masa tu macam nak masuk balik perut emak!!! memang kjee yakin bende tu ada dalam kereta sebab seumur hidup kjee tak pernah rasa takut cam tu!!!

kjee pun pergi bilik air, wuduk dan terus solat. lepas solat kjee masuk bilik bukak computer sebab pengarah suruh repair skrip. sambil kjee repair skrip, tangan terketar2 takut.

tengok jam dah dekat pukul 4 pagi. kjee dah janji dengan pengarah nak antar skrip yang telah diperbaiki. hati kjee tak sedap tapi masa tu kjee tak der handfon. jadi macam mana nak bagitau pengarah tu keadaan kjee. akhirnya, pada pukul 5, kjee beranikan diri. nak kejut nadia kesian lak. so kjee fikir kalau dah dekat siang, hantu tu mesti dah chow.

kul 5.45 pagi masih gelap tapi kjee tetiba yakin hantu dah tak de. lagipun, kjee tak nak jalan kat tempat tadi. ada satu lagi jalan sebelah jambatan sebelah kanan yang keluar kat fasa enam taman melawati. kat situ kawasan perumahan. tepi jambatan tu banyak pokok buluh.

so kjee pun drive keluar. masa tu bacalah segala surah yang tahu. sampai je kat jembatan, kjee pusing kanan. jeng jeng jeng...tetiba bulu roma kjee naik balik macam tadi. kjee rasa rambut kjee betul2 mengerbang keras atas kepala. apa lagi, kjee pun pecutlah bagai nak rak. kjee cilok kiri cilok kanan masuk taman perumahan. bende tu masih ikut dalam kereta!! kjee kemudian sampai ke kawasan yang ada lampu jalan terang benderang. tetiba perasan takut dan bulu roma perlahan lahan berhenti menegak.

selamat kjee. agaknya bende tu tengok kawasan tu dah terang, dia pun give up!!!

lepas insiden tu, kjee tak berani lagi keluar sorang2. kalau kjee pergi shooting dari siang hingga malam, tiap kali kjee balik, ada budak2 production akan ikut hantar kjee pulang.

tak lama selepas itu, kjee pun pindah dari kampung tu. tapi sampai sekarang, baik siang atau malam, kalau kjee lalu kat kawasan pokok kekabu tu, kjee akan teringat insiden yang berlaku.

pakcik pekerja zoo yang kuaters dia juga dekat kawasan tu pernah cerita macam2 pada kjee masa dia jadi pelanggan kedai makan kjee dulu. eeee takutnya.

selepas kejadian itu, kjee berdepan lagi satu insiden. kali ni dalam umah kat kampung yang sama. ia berlaku beberapa bulan sebelum kjee pindah.

itu kjee buat part three lah yer.

15 comments:

Munie Lenglui said...

adeess~~~mau xtido mlm ni~~uwawaaa

Eizam Merican said...

kak gee : pokok kekabu tu banyak langsuir atau pontianak tau....semua tu iblis atau setan kak gee.....insya allah kalau kita ingat Allah, maka Allah akan lindung kan kita...I want moreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Anonymous said...

kjee nasib baik malamni man ada rumah kalu semalam alamat nor duduk kat sudut dinding le baca ceta kjee ni....norasmah

Kjee said...

tulah...tadi ramai sangat cabar kjee. kata kjee reka ke cerita ori?
hah kan dah kene sebijik. kahkahkah

azza said...

kjee... thn 99 dulu mak sye pun menyewa kt ngn kaw kubur tu... umh nye naik bukit skit btul2 sblh kubur. klu bukak tingkap dapur sah2 trus nmpk batu nesan... tp sye x tau plak psal pokok kkabu kt zoo tu.. selalu gak lalu tgh mlm, nk2 klu bkl keje shif ptg.. adusss.... seb baik x kena... sbb mse tu lom brkenalan ngn 'mr han' tu kot.... hehehe

jann said...

kjee,best betul cite tu.share dgn mak baca blog kjee ni.tp punya la lama nak tunggu mak baca,rupa2nya dia baca dr 1st N3 kjee.adussssss.

Mat Gebu said...

Erkk...pesal mcm ketagih nihh..pepagi dah melangok ke blog akak...heheh

Kjee said...

CMG: samalah macam kjee ketagihan baca blog awak. awak bubuh ganja ker (merujuk kepada orang yang suka orang tu bubuh ganja sebab tu masakah dia sedap). kahkahkah

Ris said...

Isk.... saya sejak kak jee tulis citer antu ni baper kali nak baca tapi tak berani2. takut giler tuh... kalau saya lah kena cam kak jee...mau pengsan kat steering keter.

suhana azlin said...

uwaa...x suka citer seram tp ni nak bukak part 3 pulak kehkehkeh.. =P

lizaharun said...

saye dn anak dara saye ni tekekeh2 ketawa bace cite kakjee ni..kelako sngat bab kakjee takut smpai nk masuk perut mak smule..hahahaahaaha
hahahahaaha..nk gelak lg

aimie arifin said...

Ha'ah la jadi ketagih lak baca blog kak jee ni.. mgkin cara n bhasa yg kak jee gunakan 2 menarik perhatian sy..

Anonymous said...

walaupun sereemmmmm tetap nak membaca dan menghayatinya....
anak saya yg usianye 7 tahun pun seronok membaca kisah hantu...sebab anak saya ni memang minat cerita2 seram....shahzalina sahlan...

cahaya bintang said...

seram nye....dah la baca d tgh2 malam..... meremang bulu roma....

aNIe said...

Kjee...orang kata kalau bulu roma kita meremak semacam...memang ada dia dekat dengan kita...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...