Friday, November 18, 2011

KEDAI NI KELUARGA KJEE DAH LANGGAN 5 GENERASI!

Bakso kosong
Kedai Mi Jawa Suwarno di Pasar Minggu, Kuala Lumpur mempunyai banyak sangat kenangan dalam hidup Kjee. Kjee dibesarkan dengan Mi Jawa ini yang resipinya memang ori dari Tanah Jawa. Kini taukenya sudah pencen dan diambilalih oleh anak sudaranya tetapi rasanya tetap maintain.

Kjee kata kedai ini banyak kenangan sebab ia adalah makanan favorite kami sekeluarga dari lima keturunan. Nadia adalah generasi ke-5, believe it or not!! Ini bermakna, bermula dari nenek moyang, nenek, bonda, Kjee dan Nadia sudah makan di kedai ini. Kalau Nadia ada anak kelak, akan jadi generasi ke-6!! Sempoi nya!!


Sate kambing 
Soto Jawa







Mi Jawa

Mihun Soto

Kicap cili api


Signboard pun main  conteng jer. hehehe

Gerai pesen lima puluhan



Mesti korang pelik kenapa sampai 5 generasi Kjee makan di situ. Hebat sangat ker? Entahlah, tekak Jawa kami memanglah sesuwai sangat makan Mi Jawa dan Soto Suwarno. Sekarang dah ditambah pulak menu Bakso dan juga sate Kambing! Jugak menjadi favorite kami sekeluarga!

Tadi, sewaktu jemput Nadia dari kampusnya di Cap Square, KL, masing2 tak tahu apa nak makan. Unclepali nak makan kat Kudu tapi Kjee kata dah petang lauk mesti habis. Lagipun esok dan ahad, tauke Kudu (adik beradik kembar) cuti balik Penang. Kjee suggest Wong Solo kat Kpg Baru. Nadia pulak nak makan soto.

So beraraklah kami ke Pasar Minggu. Nasib baik tak hujan. Kedai or gerai ni dah wujud lebih kurang 55 tahun!!! So pepaham jer lah. Dia orang tak renovate sejak Kjee kecik. Or mungkin tambah sikit kat dapur dan baiki atap. Sebiji macam gerai dalam drama or filem di Indonesia!!

Kalau tak silap Kjee, pernah Kjee tengok gerai ni dijadikan lokasi drama tapi tak ingat drama apa. Mungkin Suamiku dari Seberang or something like that.

Hari ni, kami makan yang wajib. Nadia order soto tak nak ayam lebih bergedil, Unclepali mihun soto dan Kjee order Mi Jawa dan Bakso kosong (tanpa mi or mihun). Setiap pinggan harga RM3.50! Keenakan rasanya lebih daripada harga tu tau! Kemudian Nadia teringat sate kambing. Kjee order 10 cucuk. Sate ni unik. Tak ada kuah cuma kicap cili pedas dan hirisan bawang serta tomato. Harga 10 cucuk RM8.

Malas nak citer panjang lagi. Cubalah korang try sendiri. Masuk je ke bahagian belakang Pasar Minggu, Kampung Baru dan tanya mana kedai Mi Jawa Suwarno.

Tadi bil kami RM22.50 jer termasuk air. Kenyang cam nak pengsan!!


Sempoi je kan?


EXPO THAI DI TAMAN MELAWATI

Pulut Mangga Siam RM5 satu bekas




Balik tadi dari jemput Nadia, Unclepali nak pergi bank so dia drive kat pusat bandar Taman Melawati. Tetiba Kjee ternampak kat tempat parking sebelah Restoran Deen ada kemah2 orang niaga. Dari jauh macam Expo dari Thailand.



Apa lagi terjerit Kjee suruh Unclepali berhenti beli makanan favorite kami iaitu Pulut Mangga manis dan Udang Halus Goreng garing!

Udang Halus Goreng garing jugak RM5
Hmm lepas dah gian. Walaupun dua2 makanan ni Kjee pernah buat tapi tengah sibuk sekarang so pepaham jer lah. Hehehe.

Dah dekat seminggu kot ekspo tu kat Taman Melawati. Tamat pada 3 Disember.

 Resipi pulut mangga di sini  Dan Udang Putih Halus goreng versi Kjee di sini.

Ini pulut mangga manis versi Kjee
Udang Halus Goreng Pedas yang menyelerakan versi Kjee

INI DIA PENGARAH DAN PRODUSER RASHID SIBIR




Tadi jumpa pengarah fofular dan hebat Rashid Sibir, di Taman Melawati. Dah lama tak jumpa. Dekat 20 tahun kot. Drama pertama yang dia arah, judulnya Persinggahan Abadi, Kjee jadi Pengurus Produksi dia. Masa tu Rashid baru graduate dari ITM (skrg UiTM).



Sekarang Rashid sudah jadi Pengarah dan Produser cukup berjaya. Dah ada tiga orang anak yang kata kawan2 Kjee, cukup2 comel.

Teringat lagi masa dulu2 jadi Pengurus Produksi untuk Rashid. Riuh rendah dan gamat sebab mamat ni kelakar dan boleh tahan jugak laser. Hehehe.

Bangga dengan pencapaian Rashid sekarang!


HERBA FRESH OMPUTIH DI AMCORP MALL

Uncle Peter dan pokok2 herbanya


Korang tentu dah biasa dengar herba omputih cam rosemary, thyme, oregano, basil dan macam2 lagi kan? Selalunya kita beli dalam bentuk kering dalam botol2. Tetapi jangan terkejut, kat Malaysia pun ramai dah tanam herba2 Barat ni.




Ni fresh Thyme

Hari tu Kjee ke Flea Market kat Amcorp Mall. Kjee pergi hari Sabtu sebab meeting kat opis 4Life. Pergi awal sikit pastu jenguklah kat Flea Market kat situ. 

Ni rosemary ke oregano..tak pasti
Ewah, ada dua orang jual tau herba2 omputih ni. Apa lagi Kjee pun sibuklah tanya harga dan sebagainya. Pakcik yang jual tu nama Peter. Tetapi kerana dia sibuk layan customer masa Kjee kat situ, tak bolehlah tanya banyak2.

Harga tak mahal lah. Serendah RM5 satu pasu. Pastu dia ada jual gak anak pokok limau purut, daun kari dan juga selasih!

Ada orang kata kalau hari Ahad lagi banyak peniaga dan jual macam2. Selain gerai2 herba ni, ada macam2 lagilah barang orang jual. Sebut jer, hampir semua ada. Yang suka barang2 perhiasan kecik2 macam fridge magnet, bolehlah dapat kat sini.

Lain kali Kjee story gak pasal barang antik yang turut dijual.




LUNCH AT 11 AM




Ini lunch Kjee. Tak pernah makan nasi awal sangat. Selalu lunch lepas kul 3 tapi dah terlanjur sampai kat Kudu Nasi Kandar,yalah tu terlanjur, unclepali memang nak ke sana makan tengah hari je lah kan.







Nasi separuh pun susah nak habis sebab ikannya besar. Ratah jer. Sebelah kanan tu telor ikan, Kjee cilok dari pinggan Unclepali. Hari ni murah sangat. RM4.90. Tempat lain macam ni mau enam henggit!

Tapi sedap sangat2. Sekarang kalau makan kat Kudu, tak berani makan guna tangan. Sebab? Because dah cuci tangan bersih2 pun, bau karinya tak hilang!! Tak sangupppp tapi suka cium tangan bau rempah. Hehehe

Dah kenyang mengantuk pulak. Unclepali dah bising. Dia suruh rehat 3 atau 4 jam sehari. Asyik mengadap PC, layan emel, sms jer sampai mati pun tak habis. Orait Boss!!

Ada tanya mana restoren Kudu bin Abdul ni. Ia sebelah kedai Honda di Jalan TAR. Dekat Traffic Lights sebelum Maju Junction. Tengok sini.

Thursday, November 17, 2011

MI GORENG MAMAK TERBAEK DARI LADANG




Mi goreng mamak kat restoran Nasi Kandar Pulau Pinang Kudu di Jalan TAR, KL. Terbaek dari ladang, kata Unclepali. Dua hari turut2 pi bekfas kat situ. Entahlah, kalau ke Kudu, Kjee mesti nak pekena nasi kandar. Hari2 teringat. Depa bubuh ganja ker? Hehehe.





NAK JUMPA UPIN DAN IPIN CUTI SEKOLAH N?I!!

Cuti sekolah dah hampir sampai. Kalau nak datang jalan ke Kuala Lumpur, jangan lupa bawak anak2 Bawaklah anak2 menyaksikan karektor Upin dan Ipin di perkarangan Menara Kuala Lumpur dari 19 November hingga 2 Januari.

Wah ini promo buat Haji Burhan dan Hajah Ainon, abang dan kakak ipar Sharifah Roshidah. Ada komisyen ker? Hehehe. 

Korang baca sendiri berita mengenai  mereka yang Kjee cilok dari mStar. 





KUALA LUMPUR: Karektor Upin & Ipin akan berada di perkarangan Menara Kuala Lumpur sempena cuti sekolah pada 19 November hingga 2 Januari depan.
Penyelaras Media dan Persembahan Menara KL, Suhaily Sahad berkata penampilan khas tersebut merupakan salah satu program istimewa kepada pengunjung Menara Kuala Lumpur selain beberapa lagi aktiviti menarik.
"Penampilan dua karektor ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Selain daripada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli Upin & Ipin dengan setiap pembelian tiket kunjungan ke Menara Kuala Lumpur dengan harga RM15.00.
"Dengan setiap pembelian tiket ini, para pengunjung layak untuk menyertai peraduan Sayang Menara Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh pihak Menara Kuala Lumpur dan berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.00," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, Rabu.
Selain aktiviti dan promosi yang ditawarkan, Menara Kuala Lumpur juga memperkenalkan tarikan baru iaitu XD Theater yang menawarkan pergerakan simulasi 6D yang mengjangkaui masa, ruang dan imiginasi.
Tarikan berinovatif ini ditawarkan dengan harga RM18.00 seorang dan hanya bersesuaian untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas sahaja.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk lampiran atau hubungi 2020 5444 atau layari laman www.menarakl.com.my.

Wednesday, November 16, 2011

JJCM - UNCLE CHILI'S AT AMCORP MALL


Terung Goreng Berlado - best sangat2



Banyak betul restoran di Amcorp Mall. Oleh kerana Kjee asyik menunggu tangga kat office 4Life kat sana, maka terpaksalah pergi cuba dari satu restoran ke restoran yang lain yang ada di situ.


Semalam kali kedua Kjee singgah di Uncle Chilli's. Kali pertama hari tu waktu first time pergi ke sana sejak jadi ahli 4Life. Pergi dengan Shila dan suaminya Nan.

Dan kali kedua pergi dengan Unclepali semalam. Dah hampir pukul 6 dan Kjee kelaparan sebab belum lunch. Tapi bekfas lambat so okaylah kan. Kali ni kami pergi orang tak ramai sebab dah petang. Biasanya kalau waktu pejabat yang sarat barat.

Nasi Goreng Ikan Masih - I love It!
Kjee selak2 menu. Tak tau nak makan apa. Kebanyakkan makanan berasaskan ayam. Akhirnya Kjee pilih Nasi Goreng Ikan Masin. Kemudian jenguk bahagian sayur dan nampak terung goreng sambal. Gambarnya dah buat Kjee kecur. So Kjee order satu pinggan. Kemudian Unclepali order Vietnamese Barbeque Chicken Rice.

Sambil tunggu makanan tiba, Unclepali belek2 menu atas meja dan tunjuk Kjee Durian Tempura. Masa makan dengan Shila hari tu, dia yang order dan ajar kami makan. Durian Tempura tu, durian goreng celup tepung. Rasanya? Ala korang ambik je isi durian dan celup dalam tepung macam nak goreng cempedak.

Vietnamese Barbeque Chicken Rice
Order kami sampai. Kjee suka sangat2 Nasi Goreng Ikan Masin!! So very the sedap!! Kena sangat dengan tekak Kjee! Kjee tak rasa makanan Unclepali sebab terlalu concentrate makan nasi goreng Kjee. 

Pastu sampai terung goreng berlada! Hmmm lain kali kalau pergi sana lagi, Kjee nak order terung goreng berlada ni jer. Nak ratah sebab sedap sangat2!! Walaupun harganya RM10 sepinggan tetapi berbaloi2! Percayalah. Dahlah portionnya banyak (boleh makan 3 orang), sedap pulak!

Durian Tempura dia biasa2 jer. Macam makan cempedak goreng cuma kali ini durian. Harga durian goreng ut, RM6 satu set dua biji. Shila yang suka sangat.

Lepas ni, kalau ke Amcorp Mall mesti nak singgah Uncle Chilli's lagi.

Durian Tempura


COMEL KAN...SAYANG SANGAT2.




Korang ingat ini apa? Soft toys, mainan? Tidak tidak tidak. Ini cokelat yang diberikan kepada Kjee oleh seorang fren blog bernama Zaph. Dah lama dah Kjee dapat. Dekat dua bulan. Tapi duk perap jer tak makan sebab tak sampai hati. Hari ni barulah sampai hati nak makan. So sebelum makan, tayang dulu. Thanx Zaph. Hehehe.

MAMAT KHALID ARAH SALAM PANTAI TIMUR





Semalam ketika Kjee dan Unclepali lunch (dah masuk minum petang), kat Uncle Chilli's Amcorp Mall, Kjee terdengar suara yang cukup familiar. Unclepali masa tu gi jumpa Cik CIMB Atm, kat level atas. Mata Kjee ikut arah suara dan ternampak sekumpulan orang duduk satu meja di restoren mamak depan Uncel Chilli's.

Ada  enam orang, dua wanita. Pastu Kjee ternampak antara mereka ada lelaki pakai baju warna mustard dan pakai muffler. Sahih dah. Suara tu milik Mamat Khalid! Unclepali sampai. dari jauh dia signal kat meja Mamat. Kjee senyum jer.

Habis makan, Kjee pun ke meja Mamat. Kali terakhri Kjee jumpa Mamat ketika ziarah jenazah Hani Mohsin di rumah arwah 5 tahun lepas. Arwah memang kawan baik dengan Mamat. Kjee disapa mesra Mamat dan kawan2nya, petugas RTM yang baru sahaja selesai berbincang mengenai rancangan Salam Pantai Timur.

Mamat dan abangnya Lat - foto google

Yang budak kecik selalu bogel tu lah Mamat. Hehehe - foto google

Bagi mereka yang seringakali follow program itu di RTM, kali ini, Salam Pantai Timur akan dapat sentuhan abang Mamat kita! Alamak lupa lak nak tanya dah start ke belum Mamat arah rancangan tu. Tetapi dua adik manis dari RTM yang hadir semalam janji nak emel Kjee gambar2 dan bagi story. Cantik!!!

Apa 'hidangan' terbaru Mamat Khalid untuk penonton filem? Tak ada ke sambungan Hantu Kak Limah? Mamat senyum. Malu lak tanya soalan tu sebab dah keluar kat paper kot. Cuma Kjee ni mana ada masa nak baca paper. Tak beli pun lagi paper sekarang sebab baca free kat internet.

"Hantu Kak Limah tu sebenarnya ialah Zombie Kampung Pisang Part 2. Sekarang part three dah siap. Judulnya Husin, Moon dan Jin Pakai Toncet. Bulan dua ni tayang kat panggung," kata Mamat. Alamak. Memanglah Kjee dah baca citer tu tapi lupa. Hehehe.

Anyway, riuh rendahlah kami berbual kalau tak riuh rendah bukan kjee namanya.  Sampai Kjee terlupa lak ada dua pegawai RTM kat situ. Apabila Mamat tanya Kjee buat apa sekarang Kjee kata RTM (Rehat Tunggu Mati). Oppps...berderau gak darah masa tu. Hehehe.

Anyway, time nak naik atas ke pejabat 4Life dah sampai. Kjee pun mintak izin pergi.

Tapi sebelum pergi sempat Kjee tanya semua yang ada samada tahu siapa Mamat Khalid, 42 tahun lalu. Semua tercengang. Mamat adalah adik Dato Lat atau Mohamad Nor bin Khalid, kartunis popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di banyak negara luar.

Sekitar tahun 1969, Lat ada buat kartun berjudul Keluarga Si Mamat dalam akhbar Berita Minggu. Hah kalau korang nak tahu, budak dalam kartun tu yang bernama Mamat adalah adiknya sendiri yang sekarang selebriti popular Mamat Khalid!

Tapi Mamat kata, kejayaan dia hari ini adalah hasil usaha beliau sendiri. Bukan tumpang populariti abangnya Lat. Rupa2nya adik beradik berjiwa kartun. Hehehe.

Nak follow tulisan Mamat yang sangat bisa, baca di www.tempurungpecah.blogspot.com

Yang atas kepala abang dia sedang telefon tulah karikatur Mamat



BANJIR TAHUN INI DIJANGKA LEBIH BURUK - TPM

Bersiap sedialah semua! Selamatkan dokumen2 penting sebelum banjir mula. Apabila air sudah mula naik, selamatkan keluarga dulu. Jangan asyik nak selamatkan harta benda, keluarga diabaikan.


Ini berita yang Kjee dapat ketika melayari Agendadaily.com tadi.


'




Banjir tahun ini akan lebih buruk dibandingkan tahun lalu dan fenomena air pasang besar akan berlaku pada 25 Disember 2011 dan 23 Januari 2012.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Putrajaya, Selasa, mengumumkan negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah.


“Jabatan Meteorologi Malaysia telah melaporkan bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus di antara November 2011 hingga Mac 2012.


“Berdasarkan ramalan ini, dan sekiranya intensiti hujan yang tinggi turun dalam masa yang singkat, serta ditambah pula dengan keadaan air pasang, maka situasi banjir akan menjadi lebih buruk,” katanya.


Menurutnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaktifkan persediaan menghadapi banjir di sekolah-sekolah. Menerusi Ops Payung oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, dewan-degan peperiksaan SPM dan STPM ditempatkan di tingkat 1 bangunan sekolah terutama bagi pusat-pusat peperiksaan yang diramal berisiko dilanda banjir.


Katanya sebanyak 96 sekolah menengah dan 414 sekolah rendah dikenalpasti berisiko tinggi dilanda banjir dan dianggarkan 201,543 pelajar akan terjejas. Sementara itu jumlah sekolah yang akan digunakan sebagai penempatan mangsa banjir ialah 2,459 buah, membabitkan 120 daerah.


“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyenaraikan 5,156 pusat pemindahan yang boleh menampung 1.4 juta mangsa di seluruh negara. Depot Bekalan Keperluan Bencana juga telah diwujudkan di lima wilayah serta 477 Pangkalan Hadapan. JKM di setiap negeri juga telah dibekalkan stok makanan sebagai persediaan,” katanya.


Muhyiddin berkata, semua agensi telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dari segi kekuatan anggota serta persediaan aset darat, air dan udara. Katanya, aset seperti bot penyelamat, trak, kenderaan pacuan 4 roda, helikopter, pam air, set janakuasa elektrik dan sebagainya. Malah beliau juga meminta kettua-ketua jabatan membekukan cuti dalam tempoh itu kerajaan memerlukan sebanyak tenaga kerja yang boleh.


Selepas sidang media,Timbalan Perdana Menteri melancarkan portal maklumat mengenai situasi banjir bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat ramalan cuaca, amaran paras sungai, jalan yang ditutup serta maklumat lain.
Rakyat boleh mendapatkan maklumat berkenaan di http://portalbanjir.mkn.gov.my atau www.facebook.com/informasibencana danwww.twitter.com/portalbanjir


Muhyiddin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa bersedia dan tidak menunggu di saat akhir untuk berpindah apabila berlaku banjir kerana ia boleh mengundang kejadian tidak diingini. Ibubapa pula disarankan supaya melarang anak-anak bermain air banjir.


Sementara agensi berkaitan diminta memberi perhatian terhadap keselamatan warga rumah kebajikan, warga tua, wanita mengandung serta orang kelainan upaya (OKU) yang mungkin memerlukan bantuan untuk pemindahan.


Menurutnya seramai 28,000 pegawai akan terbabit dalam operasi persediaan banjir ini dan jumlah itu tidak termasuk polis, tentera dan sukarelawan. Seramai 12,500 sukarelawan di kalangan NGO turut akan membantu.


“Kerajaan menyambut baik penglibatan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membantu dan sebarang bentuk bantuan tenaga kerja, makanan dan pakaian hendaklah dibuat melalui JKM.


“Bagi bantuan wang tunai pula, kerajaan mengalu-alukan sumbangan orang awam dan sektor korporat ke tabung bantuan bencana yang diseleraskan oleh Majlis Keselamatan negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah bantuan Bencana Negara (KWABBN).


“Sumbangan ini akan digunakan untuk mengurangkan beban mangsa banjir seperti membaiki rumah yang rosak serta bantuan lain yang difikirkan perlu,” katanya. – 15/11/11.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL