Showing posts with label iklan berbayar. Show all posts
Showing posts with label iklan berbayar. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

WADI DAW'AN BUKA PELUANG MENIAGA DI BULAN RAMADHAN











Sebulan lagi, umat Islam semua akan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. Kjee rasa sekarang ni, ramai peniaga-peniaga kecil-kecilan yang muncul setahun sekali, sedang berkira-kira apa yang harus mereka jual untuk menjana pendapatan untuk Hari Raya.

Bagi mereka yang tinggal sekitar Lembah Kelang, yang mahu mencari duit tapi tak reti makanan apa yang nak dijual sebab tak reti memasak, bagaimana kalau dibiarkan pakar memasak yang melakukannya. Korang hanya perlu jual sahaja!

Baru-baru ini Kjee singgah makan Nasi Arab Wadi Daw'an di Lorong Bukit Keramat 5 (peta dibawah), Kampung Datuk Keramat, milik chef Haji Kamaruddin. Beliau sudah lama menyediakan peluang bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan makanan secara kecil-kecilan dan tidak punya modal yang besar.



Chef Hj Kamaruddin



"Di bulan Ramadhan ini, saya mempelawa sesiapa sahaja untuk menjadi 'rakan bisnes' saya. Komisyen yang saya bagi agak lumayan. Hubungi lah saya untuk mengetahuinya," kata Haji Kamaruddin.

Ramai jugak antara mereka yang telah merebut peluang menjual Nasi Arab Yaman Wadi Daw'an di pasar malam dan jugak bukak payung berhampiran kawasan mesjid di hari Jumaat. Khabarnya, senang-senang boleh dapat serendah RM150 sehari dengan hanya meniaga dua atau tiga jam!

Kalau korang minat, sila hubungi Haji Kamaruddin di 013 3839333 untuk temujanji.

Untuk bulan Ramadhan ini, Restoran Wadi Daw'an akan mula menjual Nasi Arab secara take away sahaja mulai jam 3 petang. Wadi Daw'an juga sedia menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa di sekitar Lembah Kelang.

Kjee pernah menulis mengenai Wadi Daw'an di SINI. Sila tengok blog mereka di SINI.





Sunday, August 4, 2013

JAZZ HOUSE STEAMBOAT CUTI DARI SELASA HINGGA SELASA

IKLAN BERBAYAR 
































Jazz House akan mula bercuti pada hari Selasa 6 Ogos hingga 13 Ogos 2013 sempena Hari Raya Aidil Fitri. Akan dibuka semula pada Rabu 14 Ogos 2013 mulai jam 5 petang.

Sebarang tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon 01114333991 (Jaja). Tempahan untuk Rumah Terbuka atau sebarang majlis untuk Hari Raya boleh juga dibuat. Hidangan istimewa selain Steamboat juga boleh dirundingkan.

Klik SINI.


Monday, August 13, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI ALCANO DESIGN

IKLAN BERBAYAR

google


ALCANO DESIGN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PELANGGAN KAMI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA. BERHATI2 DI JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN INI.

ALCANO DESIGN AKAN BERCUTI HINGGA SELASA 21 OGOS 2012. KAMI INGIN MEMBERITAHU, MULAI SEKARANG, PELANGGAN BOLEH MENGGUNAKAN KAD KREDIT UTAMA UNTUK MEMBUAT BAYARAN. TERIMA KASIH.









Tuesday, July 31, 2012

KAMBING PANGGANG, NASI BRIANI ARAB DAN SALAD

IKLAN BERBAYAR




Sekarang ini restoran Arab muncul secara mendadak di Kuala Lumpur. Kalau satu ketika dulu Kjee hanya kenal Restoran Wadi Hadramawt. Pastu ada pulak member kenalkan dengan Restoran Saba.

Lepas tu, Kjee macam dah tak selera lagi nak makan nasi briyani. Lebih suka nasi Arab.

Anyway, kalau yang berminat nak order Kambing Panggang/Bakar untuk majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka ataupun apa2 majlis koporat, kini boleh order terus tanpa melalui restoran yang ada. Harganya pasti lebih murah.

Chef yang menyediakan kambing panggang tersebut adalah orang Arab tulen dari Timur Tengah. Bahan2 yang digunakan adalah dari kualiti terbaik dan diimport. Mereka juga mengguna Minyak Zaiton Premium.

Set Kambing Panggang didatangkan dengan Nasi Briyani Arab dan Salad. Mereka hanya gunakan kambing baka premium New Zealand. HARGA RM1,200. Penghantaran percuma sekitar Lembah Kelang.

Hidangan ayam panggang organic juga disediakan. Pakej yang bermula dari RM400 termasuk 10 keping (separuh ekor ayam) bersama nasi briyani arab dan salad. Tempahan perlu dibuat dalam masa 24 jam dengan bayaran deposit 30%.



BERMINAT? HUBUNGI 

CHEF BASSAM ELGHARBAWI at 012 2577213 atau
            012-2912371       or email:yasser2000my@hotmail. com



Grilled/Roasted whole lamb for any occasions : Ramadan breaking fast, Aidil Fitri open house, corporate events etc.

Prepared in authentic middle eastern style using fresh herbs, imported dried herbs and OLIVE OIL for health reason. The package comes with arabic briyani rice and salad.
100% Prime New Zealand Lamb.

Also available roasted organic chicken with min RM400 consists of 10 pcs of half roasted chicken with arabic briyani rice and salad. orders are to be made 1 day in advance and deposit of 30% is required.

To order please call CHEF BASSAM ELGHARBAWI at
            012-2912371       or email:yasser2000my@hotmail. com
Price: RM1200 (free delivery within klang valley)


Monday, July 9, 2012

NAK IKLAN DALAM BLOG KJEE?




Musim perayaan datang lagi. So mereka yang berhajat untuk pamerkan barangan jualan mereka di blog Kjee, dipersilakan dengan segala hormat mengunjungi page ini.



Segala urusan menempah iklan boleh jugak dibuat dengan menelefon 0123816091.

Nak iklan jual apa pun boleh kecuali ubat2 yang berkaitan dengan pengunaan untuk tingkatkan selera batin, spring return dan yang sewaktu dengannya. Terima kasih.

Friday, October 7, 2011

KALAU DAH MALU...TAPI NAK LAWA...BELI JER ONLINE

album cik google
Korang pasti tahu Kjee ni dan ber plus plus saiz...kalau jadi stand-in untuk watak adik King Kong pun rasa2nya dah layak. Oppss jangan lak ada yang terasa hati nanti yer. Dan seperkara lagi entry ni tuk orang pompuan jer tau. Hehehe.


Masa Kjee kurus dulu (ewah pernah ke aku kurus?). Eh pernah lah. Pernah lah jugak rasa orang lelaki duk siul2 bila kita lintas. Dan masa tu ramai jugaklah ingin berkenalan. Serius ni...at least ada gak rasa kan? Taklah kempunan bila mati nanti. Kahkahkah.


Ewah Kjee ni...baru kebah sikit dah merapu kan? Biasalah. Dah rindu sangat nak merapu. Dah banyak hari asyik monyok jer bertemankan tandas.


Okaylah berbalik kepada entry ni. Masa Kjee kurus dulu, Kjee selalu tertanya2, macam manalah mereka yang plus saiz (yang berlebihan plus lah) beli pakaian dalam. Sebab masa tu setiap kali gi beli kat kedai, tak pernah nampak yang plus saiz. Lagipun masa tu bonda Kjee masih belum plus saiz.


Hah bila dah tergolong dalam kategori plus size, barulah Kjee rasa betapa peritnya nak dapat baju dan juga lingerie (pakaian dalam) yang saiznya tak serupa dengan orang lain.


Pernah Kjee menangis apabila ke kedai dan tak dapat beli lingerie yang diidamkam. Malah, masa kami ke Haadyai tahun lalu, puas Kjee masuk dari satu kedai ke kedai lain tapi gagal jumpa. Nadia kata kedai kat negara Asia mana ada. Kena pergi kat negara omputih baru boleh jumpa. Kat sana, saiz cam mama, berlambak. Adoi berdesing telinga kan kalau orang citer cam tu.


Semalam, ada seorang insan yang email Kjee. Dia kata dia buat bisnes jual lingerie plus saiz online. Nak iklan kat blog Kjee dan tanya camner. Tapi dia tak nak dalam iklan tu nanti dibubuh gambar2 lingerie yang dia jual. Malu sebab seksi sangat!!


Maka Kjee pun add lah dia di Facebook (plus size gem). Memang betullah. Gempak giler dan lawa2 rupanya lingerie yang dia jual. Suka tagline dia. HAVING HARD TIME SCOUTING FOR PLUS SIZE LINGERIE? NOT ANYMORE. YOU TOO CAN BE SEXY 7 ALLURING IN THESE APPAREL THAT COMES IN MANY STYLES, SIZES AND COLORS.


Kalau diterjemahkan maknanya, "Sukar untuk mencari pakaian dalam yang plus saiz? Usah bimbang. Anda boleh juga nampak cantik dan seksi dalam pakaian dalam wanita yang didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna."


Kjee tanya kenapa dalam facebook tak tulis dalam bahasa Malaysia. Dia kata susah nak cari perkataan yang tampak manis dalam bahasa malaysia tanpa menimbulkan makna lucah. Ohhh gitu. Tak kisahlah kan? Bubuh gambar banyak2. A Picture Speaks A Thousand Words!

Tu dia. Kalau kita lebih besar daripada orang lain, tak semestinya kita tak boleh nampak menarik dan ...seksi di mata suami kita kan? Mungkin itu antara cara yang boleh rapatkan semula hubungan kita dengan suami.


Korang add lah dia di FB ( Plus Size Gem) atau klik jer kat iklan dia di sebelah kanan tu. Tapi awas dia akan hanya approve frens pompuan jer. Bestnya...sekarang Kjee pun boleh melawa apabila dah tahu ada orang jual online. Ada hati. Hehehe. 

Sunday, July 17, 2011

KUIH RAYA CITARASA KOTA - RASA SESEDAP RUPA!!

PROMO IKLAN BERBAYAR



Biscut Tart, Hazel Ball, Chocolate Strawberry & Orange Snow Almonds
 Biscuit Testing lagi Kjee hari ni. I like!! Kali ini air tangan dari Mrs Nurul atau Nurul Huda Zainol. Kalau tak silap Kjee, Mrs Nurul ni orang Johor. Hmm kalau orang Johor punya masakan memang Kjee suka sangat dan sesuwai dengan citarasa Kjee.

Kalau nak tengok lebih lanjut mengenai kepakaran Nurul buat biskut Raya klik momwithtshirt.blogspot.com. 

Masa Kjee kecik2 dulu, Kjee selalu kata pada arwah mak, kenapa ada orang jual kuih dia mahal dan ada yang buat kuih sama tetapi murah harganya. Arwah Mak jawab begini :"Ada rupa Ada harga!" Mula2 Kjee tak faham maksud arwah tetapi sekarang Kjee faham.

Samalah dengan perumpamaan Inggeris yang suka sangat Kjee gunakan iaitu 'U Pay Peanuts, U Get Monkeys!'.    Kjee akui agak terkejut melihat harga biskut raya dewasa ini. Tetapi, apakah penjual2 biskut ada pilihan lain? Bahan2 mentah naik berkali2 ganda.

Kjee ingat dulu Kjee jual biskut tarts dengan harga RM25 untuk 100 biji. Guna butter Golden Churn lagi. Masa tu 1 tin butter yang orang panggil cap tong tu tak sampai RM5. Sekarang? Well, dah lama Kjee tak intai senarai harganya.

Berbalik kepada biskut2 yang dihasilkan Mrs Nurul ni, Kjee setuju sangat dengan perumpamaan "ADA RUPA ADA HARGA!' Lihat pada rupanya sahaja kita sudah dapat menilai kesedapannya.

Tetapi, Kjee yang mendapat peluang merasanya hari ini, nak kata apa selain...I LIKE!!! Semua sedap2 dan cantik2 hasilnya. Lagipun ini promo iklan berbayar. Nanti orang kata, "berani ke Kjee nak kata tak sedap?!". Well terserahlah. Kalau korang ingat macam itu, maka korang belum kenal Kjee lagi. Dan korang belum khatam baca blog Kjee...hehehe

Nak rasa dan tempah biskut Mrs Nurul, klik pada iklan dia di sebelah kanan blog Kjee atau ke blog beliau.

QN Chocolate, Mix Fruit Oat, Toasted Coconut & Suji

Saturday, July 16, 2011

KUIH RAYA SEDAP DARI SAL'S RECIPE

PROMO IKLAN BERBAYAR










choc chips
Hari ni Kjee dapat peluang rasa (biscuit testing) lima jenis biskut yang disediakan oleh Salbiah dan sahabatnya Zarina untuk tempahan Hari Raya. Awal2 lagi dah dapat rasa. Hilang rasanya rindu kepada kuih Raya. Terasa sangat dah dekat nak Raya!

Masa inilah bila kita rasa kuih Raya, betul2 terasa sedapnya. Maklumlah bila dah sampai Hari Raya, apabila mata rambang melihat pelbagai jenis biskut raya, tetiba selera nak makan pun hilang.

biskut mazola
Antara biskut yang dihulurkan oleh Sal dan Ina tadi ialah biskut Chocolate Chip, Biskut Mazola, Bangkit Kelapa, Tart Nenas dan Almond London. Almond London dijual dengan harga RM25 sebalang (45-50 biji). manakala Tart Nenas, Chocolate Chips, Biskut Mazola dan Bangkit Kelapa dijual dengan harga RM20 sebalang (45-50 biji).

Sebaik sahaja menjamah biskut2 air tangan dua wanita, yang masing2 ada career, tapi masih rajin ke dapur untuk mencari rezeki tambahan membuat kuih, Kjee dapat merasakan keikhlasan mereka.  Walaupun rupa dan bentuk kuih mungkin sama dengan yang dibuat oleh pengusaha  lain, kelebihan biskut Sal dan Ina adalah pada rasanya.

almond london
Kjee suka sangat Tart Nenas yang dibuat secara open tarts. Kecil dan cute sangat pada rupa dan rasanya ada kelainan. Rapuh apabila  masuk ke dalam mulut bukan di tangan! Mulanya Kjee rasa kecil sangat tetapi apabila difikirkan, di Hari Raya, biskut sebenarnya harus kecil dan comel supaya mudah kita nak merasa kuih lain. Kalau dibuat besar2 semua kuih, hmmm dah penuh pulak perut nak rasa ketupat dan rendang kan? Hehehe.

Almond London cookies mereka pula mewah denga rasa cokelat. Kjee memang peminat Almond London Cookies. Tapi pada Kjee cokelat yang digunakan oleh Sal dan Ina ini adalah dari kualiti atau gred yang elok. Jadi, rasanya lebih 'rich'. Kacang almond pulak diletak sebiji. Ada peniaga yang bubuh separuh jer.
Kjee pernah juga makan Almond London Cookies tanpa kacang
almond! Serius ni!!

Biskut Mazola yang paling kami minati. Apabila makan biskut Mazlo Ina dan Sal, Kjee rasa macam makan biskut yang dibuat masa Kjee muda2 dulu. Rapuh dalam mulut dan rasanya penuh dengan kacang. Sedap sangat. I Like!!!


bangkit kelapa

Begitu juga dengan Biskut Chocolate Chips.  Aroma chocolate atau koko menusuk ke hidung. Tak adalah rasa tepung semata2. Maklumlah kekadang orang meniaga, dibubuhnya pewarna berlebihan tetapi rasanya kosong.

biskut tarts
Biskut Bangkit Kelapa mereka pula juga mewah dengan kelapa. Bila kita kunyah, masih dapat 'mengunyah parutan' kelapa di dalamnya. Rasanya cukup manis dan lemak.

Kjee berpendapat mereka berdua ini masih mengekalkan resipi yang diturunkan kepada ibu atau sauadara mereka sebelum ini. Bukan senang hendak mendapat rasa keenakan biskut tanpa dicemari oleh keinginan peniaga hendak mengaut lebih untung.

Biskut Mazola dan Biskut Chocolate Chips adalah paling laris atau 'Best Seller' mereka selama ini.



Untuk tempahan, hubungi:


Salbiah 0162135247
Zarina  012 2920075