Showing posts with label lauk pauk jawa. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk jawa. Show all posts

Saturday, April 4, 2026

ketam

KARI KETAM vs SAMBAL TERUNG






Menu semalam. Kari Ketam dan Sambal Terung. Sejak Kjee kecik lagi kalau arwah Bonda masak lauk ketam, jangan nak ada lauk2 lain kecuali satu sayur. Mesti lauk lain tak laku sebab semua sibuk 'mengerjakan' ketam... 

Jadi, mengambil ikhtibar dari pengalaman bersama Bonda, Kjee pun gandingkan Kari Ketam dengan Sambal Terung. Biasanya Kjee buat Terung Berlado Udang Kering. Tapi semalam ubah selera pulak. Kjee buat sambal biasa tapi kisar sekali udang kering.

Masa masak Kjee campakkan kiub ayam (sepatutnya kiub ikan bilis tapi tak de stok). So dah masin tak payah bubuh garam. Masak sambal tu sampai kering betul2 dan hampir garing barulah dimasukkan terung yang telah digoreng separuh masak terlebih dahulu.



Kjee guna terung telunjuk. Selalunya terung telunjuk warna hijau tapi semalam Kjee guna yang warna purple. Hmmm sedap betul. Ada berbaki semalam, Nadia simpan dalam freezer.

Untuk kari ketam, Kjee beli 5 ekor je. Itupun dah sekilo setengah. Penghuni rumah tak ramai. Dapat makan sampai ke malam.



Kari ketam Kjee buat macam selalu je. Resipi di sini. Cara ini jer yang Kjee tahu sejak turun temurun. Hehehe.

Kalau ada sesiapa nak mencuba silakan. Tak perlu mintak izin. Sikit lebih kurang halal yer.

Friday, June 16, 2023

lauk pauk jawa

LODEH TEMPE TAUHU


          Apabila tekak meragam, seringkali terbayang lauk pauk yang arwah Bonda masak sejak Kjee kecik2 dulu. Antaranya, mestilah Lodeh Kering, atau Bonda panggil Sambal Goreng.
         Tadi selepas balik dari dentist, ajak UP singgah Hero Market. Seperti biasa dia akan kata.. "Tak payahlah masak yang renyah2. You tak sihat!"
         Alaaaa masak satu lauk aje. Tak renyah mana pun. 😉 Ya lah tu. Walaupun satu lauk tetapi Lodeh Kering ni renyah penyediaannya. Kjee amik satu peket tauhu dan mata liar cari tempe. Hehehe UP geleng kepala. Tahu dah Kjee nak masak apa.
         So balik rumah, tukar ke uniform dapur dan terus proses. UP pepandai amik serai di laman tanpa disuruh. Lengkuas dah ada dalam esbok. 


         Ok lah. Badan dah tak larat nak tulis menjela-jela. Lihat link SINI. Dah beratus kali Kjee share kot. 😁


          Foto 👆 satu kuali besar tengah tertenggek atas dapur. Belum letak santan pekat. Suka buat banyak2 pastu simpan beku untuk hari kurang sihat. 


Saturday, February 26, 2022

lauk pauk jawa

LONTONG KERING


      Akhirnya, setelah mengidam banyak hari dan pembikinannya ditangguh sebab tak sihat, inilah Lontong Kering atau ada onJoho panggil Lontong Darat.
       Puas sangat hati sebab kejadiannya menepati selera wong Jowo ni. UnclePali pun turut makan dan puji. "I bagi 5 bintang, " katanya.
       Actually bukan hebat mana pun. Semua ini lauk pauk Jawa. So pada Kjee, no hal punyalah.

       Lodeh Kering. Resipi klik SINI. 

       Serunding Kelapa


       Resipi SINI. 


       Sambal Ayam. Resipi apa aje yang korang ada. 
       Kjee plan nak buat Nasi Impit. Tetapi dek kerana malas, suruh UP beli nasi impit mini jenama Nona. Puas hati lah. Lembut. Kjee masak dua jam instead of 90 minit yang tertera pada peket. 
       Untuk Serunding Kelapa, Kjee buat ikut resipi arwah mak. 
       Satu sudu ketumbar dan satu sudu jintan manis disangai sehingga naik bau. Terus tumbuk hingga halus. Kemudian tumbuk sekali satu biji bawang besar, tiga ulas bawang putih, setengah inci lengkuas, dua sudu udang kering. Semua ditumis hingga wangi bersama satu sudu cili kering dan satu sudu kecik kunyit serbuk. 
       Apabila sudah nampak kering sedikit, masukkan setengah cawan air asam Jawa dan lebih kurang separuh keping gula nise. Kacau hingga mesra kemudian masukkan kelapa parut yg putih. Tadi Kjee letak tak sampai sebiji. 
       Rasa. Letak garam secukup rasa. Kemudian digoreng lagi guna api perlahan sampai kering. Siap. 
       Cara hidang macam Kjee buat 👇. 


       Kjee tahu memang renyah nak lengkapkan semua lauk ini. Tetapi Kjee bukan buat sekali gus. Hari ini hanya masak Lodeh dan Serunding Kelapa. Kuah Kacang Kjee panaskan baki aritu. Dan Sambal Ayam hanya perlu goreng ayam. Kjee dah ada ibu sambal tumis dalam freezer. 
       Ini makanan kesukaan orang Johor untuk sarapan. Sedap gua cakap lu. 
       Selamat mencuba. 







Monday, May 17, 2021

lauk pauk jawa

SAMBAL GORENG JAWA


      Demi abang kandung tersayang, arini Kjee masak lauk ini. Sebak apabila Abang Fauzee kata ada orang hantar lauk ni pagi Raya. "Tapi tak sama mcm mak or you buat!"
      Since arini dia Puasa Enam, Kjee pun ajak UP beli tempe, tauhu dan semua bahan yang berkaitan. Serai dan lengkuas korek depan rumah.
      Masak Sambal Goreng ni renyah. Tauhu, Tempe dipotong-potong, pastu kena jaga masa goreng. Separuh masak jer. Lama sikit jadi keras. 

      UP tolong tumbuk serai, lengkuas dan halia. Oh ya halia pun tanam sendiri. Aritu beli Halia, Bentong. Kjee nampak ada bertunas, terus suruh UP tanam. Rasanya 4 bulan dah. Jeng jeng jeng, dia korek, ada isi walaupun kecik2 sikit. Sapa kata Halia Bentong hanya boleh tumbuh di sana
      Kali ini Kjee buat Sambal Goreng letak ayam. Isi ayam potong kecik2. Pastu letak juga paru dan pedal ayam.
      Kalau buat Sambal Goreng, wajib letak belacan dan gula Melaka. Kjee guna gula Nise Ganu. Sedap giler you.
      Resipi korang klik SINI.

Friday, April 23, 2021

lauk pauk jawa

SAMBAL GORENG FUCUK


     Orang Jawa ada pelbagai resipi berlainan tetapi guna nama Sambal Goreng. Kjee hanya tahu buat tiga iaitu Sambal Goreng Sayur atau Lodeh Kering, Sambal Goreng Fucuk dan Sambal Goreng Pengantin. Resipi ikut masing-masing. Tetapi hanya satu yang sama iaitu ia produk orang Jawa. 😂
      Minggu lepas Kjee buat Lodeh Kering. Semalam teringin pulak nak buat Sambal Goreng guna Fucuk. Dulu pernah Kjee buat jual. 

      Resipi Sambal Goreng Fucuk selain guna bahan utama Fucuk, turut guna kentang yang didadu dan digoreng, ikan bilas dan kicap. Kjee guna tiga jenis kicap iaitu kicap Karamel (yang hitam tiada perasa), kicap lemak manis dan kicap cair. Kjee tak guna garam. 
      Resipi kali ini Kjee ikut jalan pintas. Bukan resipi asli orang Jawa. Kjee hanya guna bawang besar, bawang putih untuk bahan tumisan. Selain itu Kjee gunting serong cili kering. Rendam, buang biji. Banyaknya ikut kepedasan yang dikehendaki. 

      Mula2 fucuk direndam hingga lembut. Dah lembut, dimgunting-gunting. Lepas itu goreng kentang yang telah didadu. Kemudian goreng bilis. Keluarkan sedikit minyak gorengan dan tumis bawang besar dan bawang putih. Dah lembut masukkan cili kering. 
      Apabila bahan tumisan dah agak garing, masukkan fucuk dan sedikit air, kicap hitam, kicap lemak manis dan sedikit kicap cair. Masak sehingga fucuk mesra dengan kicap tadi. Pastu masukkan kentang dan bilis goreng. Masukkan juga sedikit gula kalau suka. 
     Setelah semua bahan-bahan mesra, bolehlah padam api. Mudah sikit buat cara pintas ni. Resipi asal guna tempeh, sohun, lengkuas, serai bagai. Tetapi kali ini Kjee tak follow. Apa aje ada dalam rumah. 
     Buat ratah sedap. 
      



     

Tuesday, April 20, 2021

lauk pauk jawa

SAMBAL GORENG JAWA

      Ini antara lauk pembuka selera, bukan sahaja di bulan Puasa tetapi setiap hari. Ramai dah pandai buat justeru ia bukan lagi boleh dikata milik orang Jawa. 🤭
      Kjee pernah kata ini Sambal Goreng Jawa. Ada yang konfius. Tang mana sambalnya? So Kjee rebranding (ewah) jadi Lodeh Kering.
      Kalau ikutkan sepupu-sepupu Kjee belah arwah Mak, macam-macam dia orang letak. Paling Kjee suka kalau letak petai dan rebung. Petai memang biasalah letak tetapi letak rebung enak banget you!
      Kjee buat arini sebab my one and only brother nak makan. Kangen (rindu) kot kat airtangan arwah Mak. Tapi dia tahu adik tunggal dia ni (dua lagi dah meninggal) pun terer. Dia pernah makan kita masak dulu.

      Nyesal pulak tadi suh UP beli 2 peket tempe dan 3 tahu. Dah goreng, aduhai sikit lah pulak. Camner nak bagi abg Fauzee banyak2 . Or Kjee tepikan sepiring untuk kami dan lebihnya dihantar ke rumah abang. 
      Oleh kerana buat Sambal goreng ni agak renyah, maka Kjee siapkan lebih awal. Kjee ni kan suka bebenor adjust time nemasak. Maklumlah Kjee bukannya sihat.  Jadi, cara ini tidak lah kelamkabut. 


      Kali ini buat Kjee letak petai yang sudah siap Kjee jeruk aritu. Tadi terlupa nak suruh UP beli petai. Ada kedai Aceh dekat rumah tapi tak berani nak suruh UP keluar lagi. Well, bulan puasa kan lagi kita banyak hangin. 😆
       Resipi untuk Sambal Goreng aka Lodeh Kering, korang klik SINI ya. Cubalah buat. Sedap you! 


FOTO TERBARU. 👆👆👆

      



Wednesday, February 24, 2021

lauk pauk jawa

LODEH KERING


     When I was young (ewah), Mak panggil lauk ini Sambal Goreng. Tetapi apabila Mak dah tak ada, Kjee tengok rupa2nya Sambal Goreng tu lain pula. So Kjee rebranding panggil Lodeh kering. 😁
     Ini makan favorite kami sebab kami piau Jawa. Eh mak bapak jer piau sebab boleh cakap Jawa. Kjee ni Jawa murtad @ Jawa American. Tak reti cakap Jawa. Rugi sangat tau. Hehehe what everlah. 
     Buat ni satu kuali besar semalam. Arini ada sikit baki untuk lunch. Semalam Kjee ratah jer for lunch and dinner. Agak terlajak pedas jugaklah. Sebab itu pagi ini perut memulas. 
     Korang nak resipi penuh KLIK SINI. 
     Lauk ini sedap kalau cukup rasa. Maknanya selain rasa biasa iaitu cukup masin dan terasa sikit pedasnya, mesti lah ada rasa manis-manis. 


Tuesday, February 2, 2021

ayam

SAMBAL GORENG AYAM


     Kjee tak berapa sihat arini. Tetapi tekak dah banyak hari teringin nak makan lauk ni. So pelan-pelan Kjee ke dapur. Tak sampai setengah jam, siaplah.
     Ini lauk fav kami sekeluarga, sejak kecil-kecil lagi. Arwah mak selalu buat. Kekadang dia buat letak daging campur hati lembu. Sedap sangat. Arini Kjee letak ayam dan hati ayam. 
      Oleh kerana berdiri pun tak betul arini, Kjee buat asal jadi aje. Asal ada rasa masam, rasa manis. Lauk Jawa ni letak belacan dan gula Melaka. Resipi lengkapnya DISINI.
      Korang cubalah. Kalau ikut tekak Kjee, tersangatlah sedap.
     Sorry foto itu aje yang ada. Nak snap pun terketar-ketar. UnclePali keluar sekejap. Tapi Kjee share foto yang lebih menyelerakan yang Kjee buat satu ketika dulu. 



Sunday, November 19, 2017

daging

RENDANG DAGING-PEPARU RESIPI ARWAH BONDA







          Arwah Bonda Kjee is a very simple woman. Macam Kjee juga lah. Justeru makanan yang disediakan, semua yang simple. Yang tak payah keluar masuk hutan cari bahan. Tetapi semua makanan air tangan beliau, memang sedap. Cukup perisa. Yang penting katanya, cukup garam, cukup gula  cukup masam. Harus seimbang rasa.

          Jadi apabila Kjee plan buat Rendang Daging resipi arwah Bonda (of course without a recipe), Kjee terfikir betapa mudahnya cara beliau. Bahan-bahan asas sahaja seperti Cili Kering kisar, Bawang besar, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Serai, Santan dan Kerisik.

          Kjee tengok resipi orang lain ada jintan, ketumbar dan buah keras bagai. Berjela-jela bahan-bahannya sehingga budak yang baru nak belajar memasak pun give-up. Bukan budak aje, Kjee pun kalau study satu-satu resipi dan tengok banyak sangat bahan, terus Kjee tak jadi buat.

          Anyway, semalam Kjee teringin nak makan Rendang Daging Campur Peparu ikut resipi Arwah Bonda. Tetapi kalau dia buat, tak sah kalau tak ada letak juga limpa dan hati Lembu. Mesti beli yang fresh. Kata Bonda, organ dalaman binatang tak diketahui berapa lama dia dah bekukan. Kjee pergi cari Limpa dan juga Hati Lembu semalam. Sold out. Yang ada hanya Peparu. Oleh kerana dalam fridge ada ½ kilo daging pepejal, maka Kjee belilah ½ kilo Peparu.

          Pulang ke rumah, Kjee potong daging dan Peparu dan rebus dalam Pressure Cooker. Ini cara orang malas. Kalau rajin, tak payahlah rebus. Tapi korang kena rendang sehingga daging dan peparu lembut. Kjee tak ada kesabaran itu. Sementara direbus lebih kurang 30 minit, sediakan bahan-bahan lain.

          Kjee masih ingat arwah Bonda kata, untuk satu kilo daging, kena guna santan dari dua biji kelapa. Semalam Kjee beli 1 kilo pati santan yang bersamaan dengan dua biji kelapa. Satu mangkuk cili kering kisar, 5 labu bawang sederhana besar, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci lengkuas, 3 batang serai, 3 sudu makan kerisik, 1 helai daun kunyit dan 2 helai daun limau purut (kalau suka).

          Kisar bawang besar, bawang putih bersama halia. Tumbuk pun boleh tetapi mesti halus-halus. Serai diketuk, begitu juga lengkuas dan daun kunyit dicarik dan dipintal. Kalau guna daun limau purut, bolehlah letak juga. Ramas dulu daun itu untuk keluarkan aromanya. Masukkan ke dalam kuali dan campur bersama cili kisar. Kalau nak pedas, boleh tambah lagi atau ketuk-ketuk beberapa biji cili padi. Masukkan daging dan peparu yang telah direbus bersama airnya itu. Kacau hingga rata.

          Maka seterusnya, guna api sederhana besar dan rendanglah sambil kacau skali sekala. Kjee guna non stick wok jadi tak risau hangit pada dasar kuali. Apabila air sudah hampir kering, masukkan santan dan gaul bagi mesra. Teruskan merendang.

          Apabila sudah hampir kering, masukkan 3 sudu besar kerisik dan gaul bagi sama rata. Masukkan juga 2 keping asam gelugor. Kemudian apabila Rendang sudah nampak terbit minyak, letak garam dan sedikit gula. Kacau rata.

         Itu aje resipi mudah Arwah Bonda. Sedap makan dengan nasi impit, lemang, pulut dan juga nasi. Selamat mencuba.







Wednesday, November 15, 2017

ikan

ASAM REBUS SIHAT





           Ini pembuka selera kalau tekak rasa tak sedap. Badan rasa macam nak demam. Ia adik beradik Singgang tetapi letak cili. Masam kuahnya sikit lebih kurang macam Singgang. Kjee kata adik beradik sebab tak payah tumis. Main campak semua ke dalam periuk.

           Kjee buat lauk ini sebab tengok ada baki Sambal Belacan yang banyak dibuat UnclePali. Dia tumbuk banyak-banyak kemudian simpan dalam bekas kedap udara dalam peti ais. Apabila nak makan, tak payah tumbuk lagi.

           Dan isterinya pulak, tengok Sambal Belacan dah sedia ada, apa lagi. Terus terfikir nak buat Asam Rebus. Mengamuk UnclePali esoknya apabila tengok Sambal Belacan dia dah kena kidnap. Hehehe.

           Kalau tak ada baki sambal belacan, tumbuk aje cili merah (nak pedas tambah cili padi merah), bawang merah dan bawang putih serta belacan. Kuantinya sendiri adjust. Masukkan semua ke dalam periuk. Letak air cukup-cukup untuk kuah, masukkan juga empat keping asam gelugor, dua batang serai yang telah diketuk dan jangan lupa daun kesom. Kalau ada Bunga Kantan, masukkan sekali.

           Didihkan. Apabila sudah mendidih, perlahankan api. Masukkan ikan Mabung atau Ikan Kembung. Kemudian letak garam dan pak aji kalau guna. Rasa. Didih sekali lagi guna api perlahan. Last sekali 5 minit sebelum padam api, masukkan Bendi.

           Rasanya mestilah masam-masam sedikit. Macam rasa kuah tomyam. Hirup aje pun sedap. Ianya lauk sihat sebab tak payah tumis guna minyak.
         

Saturday, November 4, 2017

ayam

SAMBAL GORENG AYAM LAUK WONG JOWO






          Dari dulu hingga sekarang, Kjee kenal lauk ini sebagai Sambal Goreng Pengantin. Bonda yang kata itu nama lauk ini. Jadi kalau ada kata ini bukan Sambal Goreng Pengantin, Kjee tak tau nak kata apa. Ini lauk orang Jawa. Tapi ramai orang Jawa tak tahu buat. Kata mereka lauk ini mirip Ungkep. Kjee tak pasti sama ada pernah makan Ungkep. Tapi ada kata ini bukan Ungkep sebab Ungkep tak letak santan. Whatever.

         Kjee suka sangat lauk ini. Teringat arwah Bonda dulu kalau buat sambal goreng ini, dia guna daging dan letak hati lembu juga. Sedap sangat.

          UnclePali tak gemar lauk ini. Justeru Kjee jarang masak. Lauk ini Kjee buat awal minggu ini. Kjee redah sahaja walaupun tahu UnclePali akan jamah sedikit sahaja. Tetapi nasib Kjee baik. Dia makan banyak sangat. Agaknya dia dah terlupa yang dia tak minat lauk ini. Hehehe.

          Kjee suka lauk ini sebab ia pedas, manis dan masam. Secukup rasalah. Arwah Bonda dulu guna gula Melaka. Kalau tak ada gula Melaka, gula putih pun okay. Tetapi rasa pedas, masam dan manis kena seimbang.

           Kalau ada yang minat nak cuba masak lauk ini, sila klik link berikut. Dah banyak kali Kjee buat.








Wednesday, May 17, 2017

lauk pauk

MLCP ATAU GULAI JERING TUA






         Dah banyak hari Kjee tak update kan! Bukan Kjee tak sihat tapi UnclePali yang tak berapa nak okay. So apabila dia sakit, kita pun jadi lemau.

         Hari ini Kjee semak galeri foto dan nampak foto lauk jering yang Kjee masa dua atau tiga minggu lepas.

         Ini makanan orang tua-tua. Budak-budak muda sekarang (kecuali Nadia) tak minat sangat rasanya. Tetapi Nadia cukup suka. Tiap kali hendak ke kedai makan masakkan Padang Anne kat Paya Jaras, kena call dulu. Kalau ada lauk jering maka dia akan pecut laju-laju. Tak kesahlah masak lemak cili padi Jering ataupun Rendang Jering. Dua-dua pun sedap di kedai Anne tu.






     
         Ala bukan lauk jering jer, apa pun masakan airtangan Anne memang sedaplah. Dia berasal dari Padang atau Bukit Tinggi, Sumatera rasanya. Sebab itu masakan dia sedap. Tapi Anne kata dah banyak disesuaikan dengan selera orang Malaysia. Nak kesana, korang pergi Sungai Buloh. Kedai Anne sebelah kiri jalan kira-kira 10 meter dari tapak Pasar Tani/Pasar Malam kat Jalan Sungai Buloh/Paya Jaras tu. Signboard dia besar. Pasti tak terlepas punya! Oh seberang jalan dari kedai Mr Cermin.

         Berbalik kepada Gulai Lemak Pedas Jering yang Kjee buat aritu. Nadia pergi ke pasar Chow Kit beli jering tua. Nak tau rupa jering tua, warnanya agak dark brown dan keras. Tanyalah pada orang yang jual. Lihat foto bawah. Kalau bukan yang macam ini, Kjee tak beli sebab jering itu belum cukup tua. Bila dah rebus nanti tak kenyal.




Jering tua

       

         Cuci bersih-bersih dan rebus dengan kulit ari (kulit yg dlm foto tu) sekali. Kjee masukkan dalam Pressure cooker dan rebus dalam 10-15 minit. Insya Allah cantik kejadiannya. Kalau rebus cara biasa, tak tau berapa lama sebab tak pernah buat. Dah keluar dari pressure cooker, kulit tu senang jer tanggal.

         Kemudian (ini sangat penting), sebiji jering itu diceraikan jadi dua keping dan DITUMBUK! Hari tu Kjee letak pos sepinggan lauk ni di FB, ada yang kata kalau ditumbuk lagi sedap. Memanglah Kjee tumbuk. Itu pesan nenek moyang. Kalau tak tumbuk, nanti 'tercepit masa nak kencing!' Apa maknanya Kjee tak pernah tau. Tetapi dalam foto Kjee kat atas sekali tu, nampak macam tak tumbuk. Kjee tak berani langgar pantang tok nenek tau.

         Masa tumbuk tu lah sedap ikut cara ini... tumbuk sebiji masuk mulut sebiji. Hehehe. Masa kecik dulu, kalau ke kampung arwah Yaie (penggilan orang Jawa untuk atuk lelaki) di Melaka, ada orang jual Urap Jering. Jering itu direbus empuk, makan dengan kelapa yang telah dicampur sedikit garam. Nyaman sekali kata orang Sarawak!

         Kalau nak resipi penuh Gulai Jering ini, korang tengok SINI. Oh ya orang Jawa panggil jering tu Jengkol tau.

         Kalau di bulan Puasa, Kjee tahu gulai ini antara yang paling laku di Pasar Ramadhan. Tapi awas, jangan kencing merata-rata. Opppsss bukan merata-rata tetapi jangan lupa siram air banyak-banyak selepas kencing. Hehehe.









Saturday, May 13, 2017

lauk pauk

JERUK PETAI DAN TELOR ASIN


ehsan google



         Ramadhan is just around the corner... tak sampai dua minggu lagi. Jadi apabila tiba bulan yang mulia ini, selain tingkatkan Ibadat, ada orang buncitkan perut. Opppsss sorry. Hehehe.

         Keluarga Kjee pula, kuantiti tak penting tetapi setiap yang dihidangkan harus menepati citarasa mereka. My family tak cerewet. Serius ni.  Walaupun di bulan lain, makan mesti nak sedap-sedap, tetapi di bulan Puasa, hidangan mestilah ala kadar. Senang nak solat dan ke mesjid untuk solat Terawaih.

         Masa mula-mula berkahwin dengan UnclePali 17 tahun lalu, Kjee terkejut. Betul-betul kejutan budaya sebab UnclePali tak galakkan masak (atau beli) sehingga penuh meja! Kjee telah didedahkan oleh Bonda sejak kecil lagi apabila berbuka puasa di bulan Ramadhan, penuh satu meja dengan juadah kesukaan kami.

         Adik beradik Kjee seramai empat orang. So, Bonda siapkan makanan kesukaan kami yang berlainan setiap seorang setiap hari. Bapak pulak lain seleranya. Dan Bonda juga akan masak makanan kesukaannya! Jadi bayangkanlah. Tak penuh ke meja?!

         Jadi apabila Kjee berdua sahaja dengan Nadia dulu, Kjee pun ikutlah citarasa kami. Namun semuanya terbantut apabila UnclePali hadir. Tetapi timbul keinsafan apabila dia tidak galakkan kami berbelanja berlebih-lebihan untuk berbuka puasa. In other words, jangan membazir.

         Dan Alhamdullilah hingga ke hari ini, kami berbuka ala kadar sahaja. Tetapi itu tidak bermaksud makanan kami dicatu. Cuma contohnya kalau sebelum ini ada empat jenis lauk dihidangkan, sekarang cukuplah sedar dua jenis sahaja. Dan mungkin satu jenis kuih.

         Oleh kerana menu berbuka puasa simple sahaja, maka Kjee akan pastikan apa yang mereka suka sangat, Kjee adakan. Antaranya, petai jeruk, jering, telor asin, sambal belacan dan ulam-ulam lain. Nadia dan UnclePali makan kerdas. Kjee tak pernah terai.

         Biasanya dua minggu sebelum Puasa Kjee akan siap sedia. Kjee mula belajar buat telor asin sejak dua tahun yang lepas. Dan jeruk petai pula biasanya Kjee beli sahaja atau buat petai rebus, petai bakar atau petai mentah untuk dijadikan ulam.

         Malam tadi Kjee layari internet untuk belajar cara betul buat Petai Jeruk. Dulu Kjee pernah buat. Petai itu dibuang kulit kemudian direndam dalam botol letak air panas setelah letak asam keping dan cili padi. Memang menjadi lah.

         Tetapi Kjee buat cara blogger INI. Terima kasih Cik Jana. Izinkan Kjee share cara awak ya.

   



Potong kulit tepi supaya senang nak picit keluar petai

Celur dalam air panas

Celur sehingga kulitnya berubah warna sedikit

Picit semua petai

rendam dalam air masak sejuk


Telor asin


         Untuk buat telor asin cara Kjee, bolehlah klik SINI.

         Selmat mencuba.

Friday, May 5, 2017

lauk pauk

SAMBAL KERING JAWA







         Lauk Jawa ke ni? Hmmm hantam sajalah labu. Tapi kerana airtangan orang Jawa, maka jadilah dia lauk Jawa kan? Hehehe.

         Kjee letak tempe, kentang, petai dan bilis. Kentang itu optional. Kjee letak sebab tengok dua biji kentang dalam bakul bawang dah mula menampakkan usianya yang sudah lanjut. Jadi terpaksa selamatkan. Tapi sedap juga bila dah letak.

         Bilis Kjee goreng garing dan letak last sebelum hidang. Cara ini, ikan bilis yang telah digoreng garing itu tidak lemau. Sedap kan kalau dimakan ada rasa kruk kruk.

         Petai pulak, Kjee kikis kulit luar atau orang panggil kulit ari yang warna hijau tu. Kemudian baru Kjee potong-potong ikut suka. UnclePali yang mintak kulit tu jangan dibuang. Ada orang kata kulit itu ada khasiatnya. Wallahualam. Tapi tak salah kalau korang buang kulit amik bijinya sahaja. Orang putih panggil petai itu Stink Beans atau Kacang busuk. Hmmm durian pun dia orang kata busuk... macam-macam species tu kan!










         Lauk ini popular kalau makan untuk berbuka puasa atau sahur. Tetapi tak digalakkan sangat untuk sahur sebab esok kan nak kerja. Hehehe.

         Resipinya mudah jer. Korang buatlah sambal tumis biasa. Yang hanya letak bawang merah dan bawang putih. Tumbuk halus kemudian tumis guna minyak banyak. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai garing dan naik minyak. Kjee tak letak belacan sebab Kjee guna 1 ketul kuib bilis. Apabila sudah cantik masaknya, sejukkan. Oh ya kalau nak tambah sikit gula pun boleh. Tapi Kjee tak letak. Lepas siap, kaup minyak dia dan buang.

         Kenapa mesti buang? Minyak ini kata dia orang sedap lah. Goreng Mi, buat nasi goreng! Ya ker? Entahlah daripada apa yang Kjee baca, semua minyak lepas digoreng, tidak sihat dikitar semula. Dulu Kjee tak tahu. Lepas goreng ayam, Kjee simpan. Dan minyak itu Kjee guna untuk buat Sambal Hijau.

         Well kalau korang rasa minyak itu sedap, bawalah bekas pergi restoran makanan segera ayam goreng tu. Mintak minyak dia orang goreng ayam. Kan minyak tu sedap! Balik boleh guna buat goreng Mi atau nasi! Kalau korang tengok warna minyak yang telah diguna untuk goreng ayam berpuluh-puluh kali, pasti korang serem. Oppppsss termasuk pulak cerita serem. Hehehe.





Buang minyak ni. Jangan recycle. Tak sihat!



        Berbalik kepada sambal yng kena sejukkan dulu. Kenapa sejukkan? Sebab kalau dimasukkan semua bahan-bahan gorengan dalam sambal yang masih panas, ia akan cepat melemaukan bahan-bahan tersebut. Rasanya lah.

        Selepas siap sambal baru Kjee goreng bahan-bahan. Mula dengan tempe. Kemudian kentang dan kemudian petai. Kalau letak jering tua yang telah dihiris-hiris pun sedap tau. Goreng sampai separuh masak jer jering tu. Kjee suka sebab texture jering tu macam kentang. Rasa pun macam kentang cuma ada bau jering ajerlah. Last sekali goreng bilis garing-garing. Semalam masa nak hidang baru Kjee goreng bilis dan gaul.

         Apabila semua bahan gorengan dah siap, bolehlah digaulkan ke dalam sambal sampai rata. Itu sahaja. Sedap sangat makan dengan nasi putih, lemang ataupun nasi impit. Pada Kjee, tak perlu lauk lain.