Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Friday, September 5, 2025
Tuesday, July 29, 2025
Saturday, June 7, 2025
Sunday, March 30, 2025
Sunday, July 7, 2024
Sunday, June 16, 2024
Tuesday, April 9, 2024
Thursday, June 29, 2023
Saturday, May 13, 2023
13 MEI DATANG LAGI
13 Mei kembali. Tiap tahun ia pasti kembali bersama kenangan yang memilukan. Yang pernah mengalami atau dengar cerita mengenainya pasti takut. Moga Allah swt lindungi kita semua. Dan moga peristiwa berdarah itu tidak akan berlaku lagi.
Kjee masa itu berusia dalam lingkungan 12-13 tahun. Mentah sangat untuk memahami. Tetapi melihat kan keadaan mak dan bapak terutama sekali Mak, rasa takut ada pun. Tetapi masa itu mereka tidak pulak menakut-nakut kami tentang implikasi kejadian tersebut.
Apapun, mujur bapa dan mak begitu menjaga silaturahim sesama jiran bukan Melayu sebelum peristiwa itu. Malah, hubungan kami cukup akrab. Tiada benci membenci atau dengki mendengki.
Bacalah dibawah ini, pengalaman Kjee ketika itu. Klik SINI. Moga dapat menimbulkan keinsafan betapa perlu kita berbaik-baik antara satu kaum dengan yang lain.
Friday, April 21, 2023
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya esok kita sambut Hari Raya Aidilfitri.
Jalanraya khabarnya sesak dengan umat Islam yang hendak pulang ke kampung. Maklumlah dua tahun lepas kita tidak berkesempatan seperti ini. Hati2 di jalanraya. Bayangkan keluarga di kampung yang sedang menunggu.
Kjee akan kembali posting di sini setelah mendapat tenaga kembali. Sepanjang Ramadan, kesihatan Kjee tidak begitu baik. Namun Alhamdulillah dapat berpuasa selama 27 hari. Tiga hari kantoi diserang gastrik.
Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada tulisan Kjee selama ini tidak menyenangkan sesiapa. Selamat Hari Raya.
Wednesday, March 22, 2023
SALAM RAMADAN. CUTI SEBULAN
Esok umat Islam seluruh dunia (ikut tarikh tempatan) akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Bulan paling Mulia dan Berkat dalam kalendar Islam.
Dan kita akan mula berpuasa selama sebulan, Insya Allah. Selain itu malam ini kita mula Solat Tarawih sama ada di surau, mesjid atau sendirian (seperti mokcik) di rumah.
Mudah-mudahan segala amalan, kebaikan dan sedekah kita diterima Allah swt. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Dan sepanjang Ramadan, Kjee akan mempertingkatkan amal ibadat. Mudah-mudahan ini bukan Ramadan ku yang terakhir.
Justru menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, Kjee akan bercuti selama sebulan daripada aktif blogging. Insya Allah.
Jadi ini adalah posting terakhir Kjee sebelum Ramadan esok. Sekiranya ada yang ingin mengikuti posting2 lepas dalam blog ini, sila cek senarai atau label Kjee.
Lebih mudah lagi, korang scroll sehingga ke hujung page ini. Ada label seperti foto diatas. Tengok satu persatu dan klik mana citer yang berkenaan. Ada posting masakan, citer artis dan juga citer Cik Han. 😁
Selamat menjalani ibadah Puasa. Maaf Zahir dan Batin.
Insya Allah, panjang umur kita jumpa lagi di bulan Syawal. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Sunday, January 1, 2023
Sunday, July 10, 2022
Friday, April 22, 2022
DEMAM SEKALI LAGI
Dah 3 hari Kjee kembali demam panas. Masa awal Puasa, lima hari. Sekejap rasa panas sekejap sejuk. Entah2 Malaria kot. Nauzubillahiminzalik!
Apabila usia dah melebihi senja, sistem imun badan memang kureng. Justru penyakit suka singgah.
So dah banyak hari Kjee tak masuk dapur cos badan lemah sangat. Ditambah pulak dengan cuaca panas terik. Semakin lemah mokcik.
Pagi tadi Sahur UnclePali goreng garing Ikan Bilis Tamban. Letak bawang dan cili padi. Mujur terbuka selera. Sahur esok Kjee nak buat Chinese Fried Rice. Kalau tak larat, UP pun pandai.
Aritu UP pergi Giant beli mixed vege jenama Watties. Jenama lain Kjee tak berkenan. Mixed vege ini ada jagung, carrot dan peas. Import dari New Zealand. Tak ler mahal sangat. Tak sampai rm10 sepeket. Mixed vege tempatan, kacang peas dia keras. Tak berkenan bebenor teman.
Tengok 👇. Yang beku pun nampak menarik sesangat.
Nasi Goreng Cina ini fav Kjee kalau makan sama cili padi potong yang telah diletak kicap cair.
Resipi korang KLIK SINI.
Saturday, April 16, 2022
DOWN'S SYNDROME
Sekarang ni semua orang cakap pasal Down's Syndrome (DS) sejak terjadinya kes anak syurga Bella, mangsa penderaan dan penganiayaan.
Kjee dah lama tahu pasal DS ni. Ada dua tiga orang kawan yang ada anak2 syurga tersebut.
Kuasa Allah swt, hampir semua anak2 DS memiliki wajah yang serupa. Kalau tidak pun, sekali imbas kita boleh kenal anak itu Down's Syndrome.
Terjadinya DS kerana terdapat Chromosome 21 dalam tubuh anak itu. Kjee tak nak lah cerita panjang2 hal ini sebab bukan pakar. Nak tahu lebih lanjut, korang google. Kjee ada screen capture seperti dibawah.
Tetapi bagi Kjee yang hanya tahu DS sekali imbas, ia berlaku sekiranya seseorang wanita itu mengandung di usia yang lewat. Itu yang Kjee faham sejak dulu2. Tetapi sekarang tidak pula. Ada yang hamil dan melahirkan di usia muda pun, berkemungkinan dapat anak DS. Wallahualam.
Besar kan kurniaan Allah swt. Hampir semua anak2 DS punya wajah yang boleh dikenali. Tak kesahlah anak Melayu, Cina, India, Mat Salleh atau Negro.
Dari pemerhatian Kjee, anak2 DS punya sifat yang ceria. Seringkali senyum atau ketawa. Suka buat sesuatu berulangkali. Misalnya anak kawan Kjee, kalau jumpa orang, dia akan bersalaman tanpa henti. Kita kena layan aje lah walaupun kelakar.
Ada yang hyper. Lari je sana sini tanpa henti. Dan ada yang sober. Suka menyendiri tetapi dengar kata. Dan boleh diasuh buat kerja yang ringan2.
Itu aje yang Kjee boleh kongsi sebagai seorang layman atau insan yang cakap dari pengalaman. Bukan dari segi perubatan.
Kenapa dipanggil Down's Syndrome? Nama orang yang mula2 menemui penyakit ini ialah Dr J Langdon Down.
DS akan menyebabkan seseorang anak itu, menjadi lembab pada otaknya. Tetapi tubuhnya tidak cacat.
Ia bukan penyakit genetik atau turun temurun. Kalau berkahwin dengan pasangan yang normal, dia boleh dapat anak yang normal.
SEMUA FOTO EHSAN GOOGLE
DISCLAIMER
TULISAN DIATAS HANYA SUATU PANDANGAN PERIBADI. BUKAN PANDANGAN DISEGI PERUBATAN.
Tuesday, April 12, 2022
JUSTICE FOR BELLA
Setiap hari Kjee menangis. Tiap kali teringat atau terbaca berita mengena anak Syurga BELLA, Kjee tak dapat menahan airmata.
Macam cerita dalam kisah dongeng masa lalu. Didera dengan kejam oleh ibu tiri. Disimbah air panas mendidih, disapu cili pada luka-luka di badan. Macam-macam lagi lah kisah anak yang diperlakukan ibu tiri yang kejam.
Tetapi itu semua kisah dongeng. Cinderella pun tidak didera sedemikian kejam. Sampai ramai anak2 takut sekiranya ayah kahwin lagi setelah ibu pergi mengadap Illahi. Takut meneruskan hidup berinsankan Ibu Tiri.
Tetapi ini tahun 2022. Alaf baru. Lagi kejam rasanya kes BELLA diperlakukan penjaganya! Bukan sahaja terhenti setakat disimbah air panas, diaibkan dalam rumah tanpa sehelai benang, dilumur cili TETAPI juga dipaksa makan najisnya!
Ini bukan drama tetapi dilalui oleh anak Syurga BELLA sehingga dia diselamatkan oleh seorang pekerja sosial dalam keadaan yang amat memilukan.
Apakah hukuman yang harus dikenakan keatas penjaga yang lebih binatang daripada binatang itu? Kerana dia dari keturunan berada, dia berdiri disebalik 7 peguam. Selain sokongan padu daripada famili yang pernah satu ketika dahulu pegang tampuk kepemimpinan negeri paling kaya di Malaysia.
Ramai memohon doa agar haiwan ini dikenakan hukuman paling berat dalam sejarah! Tetapi berbaloikah untuk BELLA, anak Down Syndrome yang pasti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku keatas dirinya?
Mengapa dan kenapa dia harus diperlakukan sedemikian rupa? Apa kesalahannya?
Hanya Allah swt sahaja yang tahu! Di hari baik dan bulan yang baik ini, marilah kita titipkan doa agar BELLA diberi pembelaan yang sewajarnya! Moga apa yang telah dilaluinya hanya sebuah mimpi yang ngeri walaupun luka dan parut pada tubuhnya akan berada disitu sehingga nafasnya yang terakhir.
Percayalah adik BELLA, selepas ini semua yang dilalui bakal indah-indah sahaja. Insya Allah.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Tuesday, April 5, 2022
SANGAT TAK SIHAT
Assalamualaikum.
Sehari sebelum Ramadhan, Kjee rasa tak sihat sangat. Mata rasa panas. Dan asyik bersin. Itu simptoms Kjee hendak demam. Kjee lah. Orang lain tak pasti.
Semuanya menjadi kenyataan. Pagi Sabtu, Kjee start demam. Kensel semua rancangan nak masak2 utk sambut Ramadhan.
Ingatkan demam biasa2. Tak sangka sehingga hari ini dah masuk tiga hari Ramadhan, Kjee masih KO. Terbaring sepanjang hari. Demam, selsema dan batuk yang kering. Sampai luka anak tekak. Jarang Kjee demam panas sampai terbaring aje. Baru pagi ini UP buatkan saliva Covid Test setelah my temperature semakin tinggi. Alhamdulillah negative. Dua hari lagi buat second test. Kalau masih tidak kebah, Kjee redho.
Semalam dapat berita sedih, Haron Amat, 55, kawan Kjee dan UP, yang juga bekas gitaris kumpulan BPR meninggal dunia. Hanya demam selama sebulan. Kemudian disahkan kanser darah. Al Fatihah. Salam takziah buat keluarganya.
So kalau sehari dua tak kebah lagi Kjee akan ke Hosp. Tak boleh gi klinik swasta sebab doktor tak berani jumpa pesakit yang demam walaupun Kjee buat complete 3 vaksin.
Terima kasih frens sini yang masih jenguk blog Kjee. Hari2 hampir dua ribu lebih page views. Mungkin mereka semak ruangan masakan.
Malam tadi dalam keadaan mamai, Kjee cek blog. Wah ada ruangan Citer Merapu. Kjee ketawa berdekah-dekah. Terlupa diri ini tak sihat.
Ok that's all for today. Seandainya ini entri terakhir Kjee, Maaf Zahir dan Batin. Selamat Berpuasa. ❤️❤️❤️
Tuesday, June 1, 2021
LOCK DOWN
Hari ini kita semua jalani Total Lockdown pertama sejak negara terkesan Pandemik Covid-19 setahun lalu.
Mudah-mudahan ia berkesan turunkan kes positif yang sedang mencanak naik. Sekarang tugas kita semua untuk pastikan ia turun sebab usaha pemerintah nampaknya, GAGAL!
Oleh kerana kita semua disalahkan sebab menjadi punca usaha pemerintah itu gagal, maka jom kita buktikan kita boleh lakukannya!
How? Kita stay home, stay safe. Memang tidak rugi kita lakukannya! Tetapi di pihak pemerintah, lakukan apa yang dilakukan negara lain. Bantu rakyat!!
Setahun lalu, bantuan 'in cash and kind', mencurah-curah. Tetapi sekarang nak harapkan air hujan mencurah-curah pun susah. Ya banyak kawasan kekeringan. Hujan dah lama tak turun.
Harap2 pemerintah bertindak segera bantu. Edarkan food baskets untuk mereka yang memerlukan dalam kadar segera! Nak dapat duit bantuan kena tunggu hujung Jun atau awal Julai. So in the meantime rakyat B40 nak makan apa?
Thursday, May 13, 2021
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Kjee dan UnclePali ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua yang follow blog Kjee ini.
Oleh kerana SOP begitu sekarang, jadi yang paling penting di hari baik dan bulan baik ini, kita jaga kita. Keluar hanya apabila ada kecemasan.
Love you all.
Saturday, April 17, 2021
AIR NABEEZ PENAWAR GASTRIK
Apabila muncul aje bulan Ramadhan, tetiba ada yang bagi alasan Gastrik. Sebab tu tak boleh Puasa. Hehehe alasan budak-budak noti, dulu-dulu. Sekarang budak-budak tu dan dewasa. Tak berani kot guna alasan cam tu. 🤭
Kjee memang lama dah alami Chronic Gastritis. Gastrik yang teruk. Pernah jalani pembedahan di perut. Kjee cuba juga Puasa sehingga pernah pengsan.
Alhamdulillah. Kini sudah banyak tahun Kjee tak gastrik di bulan Ramadhan.
Rahsia Kjee adalah Air Nabeez. Air ini tidak boleh dibeli. Hanya dibuat sendiri di rumah pada sebelah malam sebelum tidur.
Caranya, amik tiga biji Kurma. Selalunya angka ganjil. Buang bijinya. Carik-carik isi Kurma tu. Kemudian direndam dalam satu atau setengah mug air masak. Buat sebelum tidur. Tutup mug dengan piring. Pagi masa Sahur terus minum masa perut kosong. Tetapi selawat lah dulu. Dan seeloknya dimakan sekali Kurma yang telah direndam itu.
Alhamdulillah Kjee tak ada masalah pedih ulu hati (reflux) atau gastrik.
Anak-anak pun boleh amalkan. Selamat mencuba.
Baca juga di SINI.