DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label kisah menyayat hati. Show all posts
Showing posts with label kisah menyayat hati. Show all posts

Tuesday, November 22, 2016

SITI FATIMAH YANG TAK PERNAH KULIHAT





Assalammualaikum. Dah lama tak singgah dan update. Kjee sibuk sangat sejak Ogos lalu. Dan kemungkinan akan terus sibuk sehingga entah bila. Ada beberapa buku sedang menanti untuk Kjee terjemah. Satu buku ambil masa lebih kurang tiga bulan.

Tetapi isu terbaru mengenai sepasang suami isteri yang dikatakan 'menculik seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan' di sebuah hospital di Kelantan, begitu menyentuh perasaan. Ada kaitan cerita itu dengan Kjee. Eh taklah...Kjee tak bersekongkol dengan pasangan itu tetapi kisah mereka kehilangan anak dan bertindak diluar jangkaan itu, cukup Kjee fahami.

Kjee pernah kehilangan seorang seorang anak lebih kurang 30 tahun lalu. Baby yang tidak sempat Kjee tengok kerana dia tidak dilahirkan hidup. Meninggal dalam perut ketika usianya lebih kurang 8½ bulan. Sudah cukup sifat dan seorang anak perempuan.

Ketika mengandungkannya, Kjee langsung tidak mengalami sebarang komplikasi. Tidak seperti abangnya. Pergerakannya lembut justeru Kjee syak dia anak perempuan.

Satu petang, nak dijadikan cerita, Kjee telah ke Hotel KL Hilton untuk tugasan pelancaran album Sudirman. Ketika hendak pulang, Sudir bergurau dengan Kjee sambil mengusap perut Kjee.

"Jee, kalau anak lelaki, boleh tak namakan dia Sudirman?"

Kjee ketawa. Susah hendak sempurnakan hajat beliau. Besar dan berat nama tu nak dipikul kata Kjee kepada Sudir. Kemudian, Kjee pun turun ke bawah sebab suami Kjee sudah sedia menunggu.

Sampai di kereta, tetiba sahaja Kjee bukak mulut kepada suami minta pergi ke klinik. Kenapa, tanya dia? Saja nak scan baby sebab hari tu, dia baik sangat.

Sementara suami park kereta, Kjee masuk ke klinik Dr Idris Ahmad, gynae Kjee sejak baby pertama. Beliau buat pemeriksaan dan Kjee minta dia scan tengok jantina baby. Dr Idris ambil stethoscope, letak pada perut Kjee dan angkat kening. Dia buat dua tiga kali. Kemudian dia tanya mana suami Kjee. Ketika itu, suami masuk dan duduk.

"I can't find the baby's heartbeat (saya tak dapat kesan degup jantung baby)..."

Kjee pucat. Pandang suami. Dan setelah scan, Dr Idris confirm baby Kjee sudah tidak bernyawa! Sudah dua hari, rasanya kata Dr Idris! Beliau merasakan baby Kjee mungkin ada masalah jantung... jantung berlubang. Tak perlulah cerita apa terjadi pada kami suami isteri selepas dengar berita itu.







Kami pulang sebab Dr Idris beritahu, bayi itu hanya akan dikeluarkan esok hari.

Dan semalaman Kjee tak tidur. Menangis mengenang nasib yang menimpa. Menangis memikirkan baby sudah tidak bernyawa...

Esoknya kami ke klinik Dr Idris di Taman Tun Dr Ismail. Kjee diberi ubat untuk membuat baby itu keluar. Seharian tiada apa-apa tanda dan apabila Kjee kesakitan, nurse beri pelbagai ubat dan dadah untuk menahan sakit tetapi baby tetapi tidak menunjukkan tanda hendak luar. Kalau baby sudah tidak bernyawa, ibu memang tidak akan terangsang secara natural untuk keluarkan baby. Kjee tak tahu apa plan Dr Idris tetapi rasanya Kjee kena tunggu lagi.

Esoknya, selepas Subuh, Kjee terasa seperti baby hendak keluar. Kjee panik dan panggil nurse. Doktor belum sampai. Nurse kata baby sudah hampir nampak kepalanya tetapi tersangkut tidak boleh keluar! Doktor datang sejak kemudian dan baby ditarik keluar.

Suami Kjee nak bawa baby balik untuk dimandi, kapan dan kebumi. Dia membawa baby kepada Kjee dan suruh tengok. Mak pesan suruh tengok, katanya. Tetapi Kjee terlalu sedih dan menyuruh dia keluar tanpa melihat baby! Melihat Kjee hanpir hilang akal dan menangis, dia terus keluar.

Mak cerita, baby cukup kecil tetapi sudah cukup sifat. Apabila dikapankan, seperti lepat pisang! Kami menamakan dia Siti Fatimah mengikut nama anak Rasullullah SAW.

Kjee pulang esoknya dan berpantang seperti biasa. Mak kata Kjee berubah dari seorang periang menjadi pendiam. Apa yang Kjee ingat hanya Kjee mahu cepat mengandung kembali. Nak cepat dapat pengganti Siti Fatimah.

Setiap kali keluar dengan suami ke shopping complex atau supermarket, mata Kjee liar tengok babies. Ada satu hari Kjee nampak seorang baby dalam pram. Ibunya leka tidak jauh dari situ memilih barangan. Kjee terus jalan berhampiran baby dan menolak pram tersebut. Suami Kjee mengejar Kjee. Pada Kjee semua baby yang lalu depan mata adalah Siti Fatimah!

Bonda bawa Kjee berubat secara tradisional dan Kjee kembali pulih tetapi Kjee tak ingat berapa lama proses pemulihan itu. Tetapi rasanya dua tahun kemudian setelah Kjee mendapati Kjee mengandung sekali lagi!






Kehamilan kali ini Kjee jaga bagai menatang minyak yang penuh! Nadia jugak tidak banyak meragam dalam proses Kjee mengandung. Itu yang buat Kjee selalu panik dan seringkali ke klinik untuk cek degupan jantungnya. Tiap kali doktor ketawa dan kata mungkin dia sedang tidur!

Tiada apa yang aneh berlaku ketika sedang membawa Nadia sepanjang kehamilan. Cuma doktor scan dan kata baby itu boy! Dan bidan jugak kata Kjee bakal dapat Hero!

Begitulah pengalaman yang Kjee lalui. Dan Kjee faham sangat perasaan pasangan yang menculik bayi tersebut. Kemurungan yang dilalui wanita muda itu lebih dasyat lagi sehingga suaminya sanggup melakukan sesuatu yang berbahaya.

Kjee mendoakan agar pasangan itu tidak dikenakan hukuman menculik kerana ia sangat berat. Kjee rasa dalam lingkungan 20 tahun dan sebatan. Mereka lebih memerlukan pemantauan dan kaunseling dari seorang pakar psikologi. Kemurungan wanita itu harus dirawat segera sebelum kejadian yang lebih berat, menimpa.

Setiap kali solat, Kjee tidak putus-putus doa buat Siti Fatimah. Kjee sangat-sangat menyesal kerana tidak menatap buat kali terakhir wajahnya. Kalau dapat bertemu dalam mimpi pun, Kjee sangat-sangat mengharap...

Al Fatihah.

TERKINI:

PASANGAN MUDA YANG TERBABIT DALAM KES CULIK ANAK DI HOSP KELANTAN, TELAH DIDAKWA SEMALAM. MEREKA TIDAK MENGAKU BERSALAH DAN DIKENAKAN IKAT JAMIN RM10,000 SEORANG. HUKUMAN 7 TAHUN PENJARA ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI MENANTI SEKIRANYA SABIT KESALAHAN,








Friday, May 13, 2016

PERISTIWA HITAM YANG TAK INGIN KULIHAT LAGI




Pupukkan semangat setiakawan dari mereka kecil



























Tiap tahun tarikh 13 Mei akan muncul. Dan tiap kali, Kjee akan mengimbau kenangan masa Kjee berusia 13 tahun 10 bulan. Ngeri sangat masa tu.

Kerana itu, apabila ada suara-suara sumbang mencabar di media sosial meminta agar peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali, Kjee sangat-sangat takut. Kononnya, mereka ni (yang pastinya budak-budak yang masih mentah) mahu mengajar kaum yang tak reti dek untung tinggal dalam negara yang bertuah ini.

Apapun, itu bukan caranya untuk 'mengajar'! Pasti mereka yang kehilangan saudara mara dan orang tersayang ekoran peristiwa malang itu, akan merasa ngeri apabila dengar ada yang mahu melihat ia berulang.

Ramai orang yang tidak ada kaitan dengan apa 'yang dicari mereka yang merusuh itu', menjadi mangsa. Beratus orang yang sedang menonton filem (kalau tidak silap Kjee filem Hindustan) di Panggung Federal, Chow Kit telah dibunuh oleh mereka yang bersenjatakan parang dan besi tajam. Kjee dapat tahu antaranya, seorang seniwati veteran yang pernah berlakon sebagai Cik Minah Sayang. Namanya Kjee tak ingat.

Daripada cerita yang Kjee dengar, sebaik berlaku rusuhan, puluhan perusuh telah mengunci pintu panggung dan membunuh semua penonton. Kalau filem Hindustan, Kjee pasti korang tahu penontonnya tentu dari kalangan orang Melayu dan mungkin India.

Sekarang ini, nyawa semua bagaikan di hujung tanduk. Setiap kaum cukup sensitif dan Kjee tahu ada yang tidak teragak-agak untuk bertindak mengikut emosi, apabila pelbagai cacian dilemparkan. Apakah anda menyedarinya? Jadi, usahlah kita jadikan keadaan lebih berbahaya.








Jangan jadikan media sosial tempat untuk melaga-lagakan kaum dan memburuk-burukkan keadaan. Usahlah meniup api perkauman. Api, kalau kecik menjadi kawan...

Ramai, mungkin, tidak pernah merasai hidup aman damai dan harmonis antara pelbagai kaum di negara ini sebelum peristiwa malang 47 tahun lalu itu. Dalam hal ini, Kjee puji arwah bapa yang begitu rapat dengan semua bangsa. Kawan-kawannya tidak kira bangsa... Cina, India mahupun orang Sikh. Beliaulah yang buat kami empat beradik jugak saling hormat menghormati kawan-kawan kami dari pelbagai bangsa.

Contohilah bapa Kjee! Jangan kita menjadi batu api dan menyarankan anak-anak kita supaya membenci antara kaum! Anak-anak kita masih ada masa yang jauh lagi untuk dilalui... Renung-renungkanlah.

Entri Kjee dibawah ini sudah banyak kali Kjee ulang tayang kepada semua pembaca setia blog Kjee ni. Dan Kjee tidak pernah jemu menghidangkannya kembali untuk tatapan anda semua.

KLIK SINI.









Saturday, July 25, 2015

MOHSIN DAN YASMIN... YOU ARE BOTH MISSED BY MANY. AL FATIHAH










Hari ini genap 9 tahun Hani Mohsin Hanafi menemui penciptanya. Dan juga genap 6 tahun Yasmin Ahmad pulang ke rahmatullah. You are both missed by many!

Kjee tahu entri Kjee yang INI  telah membuat ramai menitiskan airmata. Kjee pun... apabila merindui arwah akan membaca dan akan....

Dua anak seni yang cukup besar bakatnya.

Yasmin... sejak ketiadaanmu, hasil kerja orang lain di bidang yang sama, tidak seindah air tanganmu.

Al Fatihah.

Tuesday, December 30, 2014

SUBHANALLAH...ALLAHHUAKHBAR..



Kjee jumpa posting ini dalam Facebook...





Friday, December 26, 2014

TIDAK PERLU KATA-KATA


















Tuesday, December 2, 2014

MOOD LEMAU...KESEDIHAN MEMBELENGGU









Same breakfast menu, two mornings in a row. Hmmm dua pagi UnclePali terlebih rajin. Memang nampak simple jer kan tapi agak renyah jugak penyediaannya. But since UnclePali tak komplen, Kjee follow jer.

Baked beans walaupun nampak serupa, tetapi ada yang sedap dan ada yang kureng. Semalam UnclePali buat guna cap Ayam. Hari ni, dia guna jenama Heinz. Dua-dua jenama ni sedap.

Kesedihan membelenggu tapi kerana UnclePali dah susah payah buat breakfast, terpaksa jugak telan.

Pagi ni mood Kjee lemau sikit. Malam tadi, salah seorang dari empat ekor anak kucing yang baru berusia kurang sebulan mati. Kjee tak tahu kenapa. Apabila Nadia balik dari kerja, dia nampak seekor dah macam lembik.

Nadia cool. Kjee tak berani nak pandang. Mata buat-buat concentrate tengok TV tapi dalam hati Kjee menangis. Dah dua malam Kjee menangis sewaktu hendak tidur. I miss Cheetam dan Snowy. Dah dekat seminggu mereka tak balik.

Agaknya dah tak best tinggal dengan Kjee sebab dah tak boleh main kat depan rumah lagi. Blackie, anjing jiran asyik berlegar depan gate. Hari tu masa bukak gate, Blackie rushed in dan attacked Mak Kitty, kucing tanpa tuan yang sedang mengandung! Terbang semangat Kjee masa tu!!

Patutlah Snowy dan Ginger asyik duduk dalam rumah. Tak berani keluar. Tapi entah macam mana, last week Snowy hilang. Cheetam pulak dah dekat sebulan, hanya balik dua hari sekali. Mungkin Cheetam ada port yang lebih tenteram. Dia ajak sekali Snowy.

So, malam tadi, luka di hati Kjee kerana merindui Snowy dan Cheetam, semakin parah apabila anak Mimi tetiba mati dalam genggaman tangan Nadia. UnclePali ambil dan cuba selamatkan anak kucing tu. Tapi dah tak bernyawa.

Anak Mimi yang semuanya blue eyes kini tinggal 3 ekor. Kjee plan nak give away for adoption bila dah besar. Itu agaknya yang buat seekor kenit semalam mati. Okay Mama promise tak akan give away for adoption, the remaining three.

Sorry.. ini luahan hati Kjee pagi ni. UnclePali pergi vet bawak Charlene yang ada fungus di telinga. Hope she will be alright after this. UnclePali jugak beli spray untuk kutu sebab dia merasakan kitten yang mati semalam sebab kutu.



Snowy and Cheetam - tinggal kenangan?


My four blue eyed darlings... tak perasan which one yang mati semalam. Now tinggal 3.




spray kutu... not cheap anymore. 



Thursday, September 11, 2014

KERANA MANUSIA YANG RAKUS...




Semua foto ehsan NST Online




Dapat 5 A dalam UPSR bukannya boleh jadi loyar, majistret atau doktor. Atau bukan pasport untuk masuk unibersiti.

Tetapi kenapa manusia yang rakus ini sanggup membuat anak-anak diatas ini dan juga beratus ribu yang lain, kecewa?!!!

Ini adalah peperiksaan besar pertama dalam hidup mereka sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah! Hancur luluh hati mereka yang sudah berhempas pulas berbulan-bulan!

Apakah persepsi mereka terhadap sistem pendidikan negara selepas ini?

Mereka yang tidak bertanggungjawab itu harus malu dan ludah muka sendiri!!! Jangan ingat korang terlepas tau.

Saturday, August 23, 2014

ADIK-ADIK...IBU DAN AYAHMU MENUNGGUMU DI SYURGA, INSYA ALLAH

Adik Abderrahman Hakimi, 9 bulan, lena berselimutkan uniform arwah ayahnya



Nurliayana, 15 tahun, anak arwah Dora Shahila




Ahmad Anuar, 4 bulan, anak allahyarham  Hasni Pardi



Aqil Rais sambut hari jadi keenam di hari pengkebumian ibunya Azrina. Adiknya Arissa Raisya, 2 tahun, memerhatikan



Hazim, 2 tahun taburkan bunga di pusara arwah ibunya Hamfazlin, sambil diperhatikan  abangnya Haiqal, 8th tahun



Muhriz Marzaidi, 10 tahun anak allahyarham Mastura Mustafa

SEMUA FOTO EHSAN THE STAR ONLINE DAN MSTAR ONLINE

Friday, August 22, 2014

A PICTURE PAINTS A THOUSAND WORDS...TAK PERLU KATA APA2