Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Friday, June 26, 2026

kuih-muih

PULUT SERI MUKA PANDAN

Banyak kali dah Kjee buat. Dua tiga kali sahaja puas hati. Pelbagai resipi sudah Kjee cuba. Dan kali ini, harap- harap ini resipi terakhir yang Kjee cuba. Puas sangat hati. Dalam masa seminggu, dah dua kali Kjee buat. There goes my diet and my sugar level. 🤫🤪
Since Kjee excited sangat kalau dapat resipi yang menepati citarasa, maka I want to share it with you guys. Sapa punya resipi, Kjee tak berapa pasti. Tapi ia lalu di newsfeed Kjee. Dan pemiliknya kata resipi turun temurun ibunya. Thnx so much. Mohon halalkan.
Kjee jugak ubah suai letak durian minggu lepas. Maklumlah sekarang musim durian gugur. Sama aje caranya. Untuk Pulut Seri Muka Durian, letak secawan durian yang dikisar sama satu cawan air. Tak payah letak air daun pandan. Letak pewarna kuning sikit jer. Proses lain semua serupa.
Ok jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya. 

PULUT SERI MUKA PANDAN
Bahan2 dibawah ini cukuplah untuk satu loyang 7x7in. Loyang yang bulat 8" pun ngam.

LAPISAN BAWAH
1 dan setengah cawan beras pulut
1 cawan santan cair
Secubit garam
Sehelai daun pandan
Rendam pulut selama sejam. Toskan. Pastu campur santan cair, garam serta simpulkan daun pandan. Masak sekejap sampai airnya kering sikit. Pindah pulut ke dalam loyang pastu kukus selama  20 minit. Dah elok masaknya, keluar dari kukusan dan mampankan. Kjee tekan2 guna spatula sampai padat. Tambah air dalam kukusan dan panaskan api kecik sementara nak buat bahagian atas.

LAPISAN ATAS
Satu cawan santan pekat 
Setengah cawan gula pasir
1 cawan air pandan
3 biji telor 
Setengah cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung ubi
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

Blend 7 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis. Campur semua bahan guna whisk kecuali telor. Apabila sudah sebati dan gula sudah larut, pukul telor manja-manja dengan garfu dalam mangkuk lain. Kemudian campur dalam adunan yang telah di whisk tadi. Masuk secubit garam dan sedikit pewarna hijau. Kacau sampai rata. Kemudian ditapis  ke dalam periuk.
Loyang berisi pulut yang telah mampan tadi, diletak semula dalam kukusan. Api kukusan jangan besar sangat.
Jerang adunan hijau, guna api perlahan sambil kacau tanpa henti. 
Dah berwap aje, terus tuang ke dalam loyang pulut. 
Kukus lebih kurang 30 minit. Api sedang-sedang aje. Terlalu besar adunan akan meluap. 
Penutup kukusan dilapik tuala bersih untuk elak air menitis. Selepas 30 minit atau setelah lapisan atas masak, sambung kukus 10 minit tanpa penutup. Ini untuk bagi lapisan atas, kering. 

TIPS
Kjee ada tips untuk elak air menitis atas kuih yang sedang dikukus. Guna penutup buluh atau bambu. Penutup yang orang Cina guna untuk kukus pau. Gerenti wap terperangkap kat penutup dan tidak menitis. Penutup ini ada jual di kedai2 jual pinggan mangkuk orang Cina . Shopee pun ada tapi kena beli ikut saiz kukusan korang. Mahal sikit tapi berbaloi.
Tunggu sejuk betul2 lebih kurang 3-4 jam baru dipotong-potong guna pisau plastik. 
Selamat Mencuba.
By the way, sukatan cawan yang Kjee gunakan adalah cawan standard metrik. 




Wednesday, September 22, 2021

kuih-muih

KEK BUTTER YOGURT

      Dah beberapa hari Kjee tak sihat. Makan tidur aje. Arthritis menyerang sehinggakan sendi seluruh badan, jammed. Jari jemari pun tak boleh bergerak. Sakitnya, Ya Rabbi. 
      UnclePali sapu minyak panas. 
Segala minyak panas yang ada dalam rumah. Akhirnya, bolehlah gerak sikit-sikit. Dah boleh duduk perlahan-lahan. 

     Arini teringin pulak nak makan Butter Cake. UnclePali tanya yang macam mana? Plain or chocolate. Dia nak gi beli. 
Ehhh, I nak Butter cake.  Tetapi home made. UnclePali garu kepala. Bini dia dah start dah! 
      Then UnclePali scroll kat blog. Eh you nak Yogurt Butter Cake tak? You buat dekat setahun yang lalu. Ada satu bekas Yogurt I nampak dalam fridge, katanya. Nakkkk. So both of us ke dapur. Siap apa yang patut. Yogurt tu Kjee plan nak buat lauk Kurma Ayam. 
      Resipi penuh klik SINI. 

      Dekat sejam siap ler kek idaman Kjee. UnclePali macam tak sabar nak makan, jadi bagi kek tu rehat sekejap, Kjee terus potong. Dia rembat one after another. Tiga potong. Seronok tengok dia makan. 
      Dulu masa kecik2, selalu Kjee makan Butter Cake Hainan kat satu kedai makan di Jln Campbell (kini Jln Dang Wangi). Kedai tu wujud lagi tapi UnclePali tak benarkan Kjee beli. Tak payahlah, katanya. You pun pandai buat. Mesti bersebab kerana lepas dia ngintai dapur kedai tu dulu, dia dah tak bagi beli. 
      Okaylah. Korang cubalah buat kek Yogurt ini. Gebu dan sedap sangat. Mudah buat. Guna hand mixer aje. 

  

Wednesday, June 16, 2021

kuih-muih

BURGER SAMBAL MALAYSIA


       Burger Malaysia, nama yang diberi sekarang. Actually selama kini ia dikenali sebagai Pau Goreng Bersambal. Pau yang dibuat rasanya, guna resipi donut.
      Tiap kali tengok resipi, Kjee give up nak buat. Malas nak buat pau tu. So apabila ternampak kat FB my fren Rohanita Chik, buat guna Mantou, Kjee punyalah excited. Sebab ada satu peket plain mantou dalam esbok. Beli sejak Ramadhan. 
       Selalunya Kjee kukus aje Mantou atau Roti sepan. Tak berapa teruja nak goreng walaupun ada yang kata lagi sedap. Kjee kukus dan cicah Kari, sambal atau apa aje lauk leftovers. 


       Ini ☝️ mantou plain atau kosong. Ada yang kenit-kenit berinti Red Bean. Ada jual dalam chiller kat supermarket. Harga empat ringgit lebih rasanya. 
       Since Kjee ada sambal tumis atau ibu sambal yang Kjee simpan dalam freezer, maka Kjee keluarkan dan adjust. Intai satu resipi, kena letak sikit sos cili dan keringkan sikit. Goreng garing bilis dan campur dalam sambal. Klik SINI utk sambal yang Kjee buat. 
       Kemudian Kjee goreng Mantou. Panaskan minyak kemudian perlahankan api. Kena sentiasa jaga sebab mudah bertukar warna. Dah menjadi keperang-perangan, tos atas tisu dapur. 
       

       Selalu kalau beli pau sambal, diselitkan hirisan timun. Ada letak salad. Well, apa yang ada, bolehlah guna.
       Dah sejuk, belah dua Mantou dan sapu sambal di lapisan bawah. Letak hirisan timun dah terlangkupkan potong atas mantou goreng tu.  
       Siap!! Tak perlulah tunggu lagi. Terus ngaplah. 🤭
       Nyesal tadi Kjee buat empat biji aje. Biasanya kalau beli Pau Sambal, Kjee makan sorang. Sebab itu buat empat biji aje. Tetapi sebaik siap amik foto, UP dah duduk siap2 di meja dapur. 
       Kjee capai satu, dia pun capai dan ngap. Belum sempat Kjee habis ngap yang pertama, UP dah capai nombor dua. So cepat2 Kjee makan dan capai the last one. 😂😂😂
      Sedap sangat. Patutlah kalau beli, sambal dia ada rasa manis-manis sikit. Dia orang letak sos cili. So, cubalah buat Burger Malaysia secara ekspres ni. Sedap you! 


     

       

Friday, December 20, 2019

kuih-muih

INTI BLACKPEPPER BEEF


   
    Selalunya kita buat inti Karipap guna rempah kari daging. Itulah kebiasaan. Tetapi kali ini Kjee buat inti Black Pepper Beef. Hmmm sedap ke? Well ikut citarasa masing-masing lah. But I like especially kalau letak lebih lada hitam kisar. 
     Kjee dapat idea ini masa tonton AFC (sekarang dah tukar AFN) aritu. Dan terus google cari resipi. Maka terjumpa lah Kjee satu blog di Cape Town, Afrika Selatan. Ada resipi 'Malay Blackpepper Beef Pie'. Hah Malay? Menarik! 
    Well kat Afrika Selatan memang ramai orang Melayu dulu-dulu yang berhijrah dan berkahwin orang sana. Banyak jugak kuih muih Melayu telah di'fusion'kan orang sana. 
    Kjee tengok resipi macam boleh buat inti karipap atau Samosa. Caranya sikit lebih kurang macam Kjee selalu buat, cuma tak letak rempah kari. 
     Mujur Minced Beef memang selalu ada dalam freezer. Kjee guna 500gms sahaja. Tak berani buat banyak2 sebab takut tak sedap.
    UnclePali kata kalau inti pedas sikit, tentu sedap. So Kjee pun buatlah agak pedas. Oleh kerana ada karipap frozen yang buat aritu masih ada, maka Kjee terpandang kulit popia dan terfikir nak buat Samosa. 
    Kjee letak kentang dan Cendawan Shitake. Oleh kerana guna minced beef, maka cendawan dan kentang Kjee dadu kecik2. Jom kita tengok bahan dan cara buat.


Bahan2nya
500 gms minced beef
2 biji kentang sederhana besar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam kisar (Kjee letak 2 sudu)
6 cendawan Shitake segar
1 kiub daging
1 sudu besar butter
2 sudu minyak masak
1 sudu Sos Tiram
1 sudu besar tepung 

Cara
    Daging direbus lebih kurang 30 minit. Terus buang airnya dan tos. Ini untuk buang segala lemak yang datang bersama minced beef. Lemak tak sihat tu. 
    Kemudian Kjee masukkan daging dalam food processor dan trrrrrr dua tiga kali aje. Ini untuk bagi daging tu lerai tetapi bukan halus. Kalau tiada FP, boleh guna blender kering yg kecik tu. 
    Dadu bawang besar, bawang putih dan Cendawan. Goreng kentang yang telah didadu, separuh masak. Keluarkan. 
    Panaskan periuk dengan minyak dan butter. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga layu. Campur 1 sudu tepung dengan 2 sudu air. Masukkan ke dalam periuk tumis bawang tadi. Kacau sehingga tepung masak. Masukkan setengah cawan air. 
    Apabila sudah mendidih, masukkan daging dan lada hitam serta sos tiram. Kacau hingga rata dan biarkan airnya kering sedikit. Masukkan kentang dan cendawan serta satu kuib daging. Kacau lagi. 
    Setelah hampir kering, padam api. Sejukkan. Kemudian bolehlah jadikan inti Samosa.
   Dulu Kjee ada ajar lipat Samosa step by step. Nanti korang cari tau kat blog.