Showing posts with label desserts /manisan. Show all posts
Showing posts with label desserts /manisan. Show all posts

Saturday, June 24, 2023

desserts /manisan

BUBUR KACANG DOYAN


         Kalau nasib kurang baik masa beli durian dapat yang mengkal, Kjee mesti buat Bubur Kacang Hijau. Sedap sangat kalau durian mengkal, letak dalam bubur kacang.
         Kjee tak sihat nak duduk lelama kat dapur, jadi Kjee buat kaedah bekukan kacang hijau dalam freezer. Esoknya baru direbus.
         

         Kaedah ini hanya mengambil masa rebusan dalam setengah jam. Rebuslah sampai kacang lembut lepas tu letak gula. Kjee guna gula Melaka (dapat yang tak ori) dan gula batu.
         Selepas gula larut, masukkan durian (termasuk bijinya) dan didihkan. Kemudian baru letak santan dan satu sudu kecil garam. 
         Kalau durian tak mengkal, bolehlah ikut cara SINI.



         

         

Saturday, May 20, 2023

desserts /manisan

BUBUR PULUT HITAM CARA MALAS


         Kalau masak Bubur Pulut Hitam seringkali Kjee guna dua cara. Ehhh tiga lah. Yang pertama Kjee letak gula dan santan selepas pulut tu 'pecah'. Jangan lupa secubit garam. Itu versi malas kita. Lebur aje. 😝
         Cara kedua buat stail onJoho. Santan dimasak asing. Dan dicurahkan dalam mangkuk masing2 ketika hendak makan. Opkos pulut hitam yang telah siap dimasak itu, diletak gula ikut selera memasing. Santan itu kemudian dimasak, letak sedikit tepung gandum untuk pekatkan. Dan mesti cukup rasa masin. Lihat foto Kjee buat dulu 👇. 

         Cara ketiga Kjee letak sedikit sagu biji. Sagu tu kena rendam kira2 dua puluh minit. Tak boleh banyak tau. Agak2 aje. Untuk pekatkan sikit bubur tu. Kemudian dicampur bubur pulut hitam yang sedang mendidih. Terus masak sampai sagu itu dah elok kejadiannya. Lepas tu bubuh gula, santan dan sedikit garam. 
         Hari ini Kjee buat cara pertama. Kejadian malas walaupun UP suka cara kedua. 
         Bubur yang guna santan harus diletak garam. Ini untuk naikkan rasa lemaknya. 
         Korang klik SINI jugak lah untuk tengah cara sepenuhnya Kjee buat. 


Sunday, March 19, 2023

desserts /manisan

JELI AIR KELAPA MUDA NYAMAN

        Jeli Air Kelapa Muda ini seringkali muncul dalam rumah kami ketika cuaca panas terik atau di bulan Puasa. Dah lebih seminggu musim panas baru semalam UnclePali kata tak buat ke jeli untuk sejukkan badan? 
        Hmmm Kjee memang tak larat. Musim panas ni nak masuk dapur punyalah berat. Duduk releks depan tv ditemani 3 kipas angin. Itu aje yang best namun angin masih bahang. 

         So UnclePali usahakan semua. Pergi beli tiga biji kelapa muda dan satu peket serbuk Agar-agar. Pilihan kami jenama burung.
         Resipi ini dah bertahun Kjee guna. Tetapi Kjee adjust sikit. Air sepatutnya 8 mug tetapi Kjee letak 9 mug lebih suku. Mug yang Kjee guna jenama Corelle. 👇

        Oleh kerana 3 biji kelapa hanya hasilkan lebih kurang 5 mug airnya, Kjee tambah air biasa, sehingga mencukupkan 9 lebih suku mug. Gula pulak Kjee hanya guna kurang dari satu mug. Korang suka manis tambah ler lagi. 
         Kjee dah bedal dua bekas. UnclePali guna bekas plastic Kjee buat egg caramel dulu. Bekas dadih yang biasa diguna tak ada dalam simpanan. Bekas itu jadi 17. Bekas Egg Caramel yang kecik sikit jadi 27. 

         Buat ler sendiri. Maaf cakap ler yang kita beli tu letak banyak air paip daripada air kelapa. Hirisan isi kelapa pun dua tiga helai sahaja. Jual paling murah rm1.50.
         Untuk Resipi penuh korang klik SINI. 

Tuesday, March 22, 2022

desserts /manisan

JELI AIR KELAPA


       Dah banyak kali Kjee buat, especially di musim panas lit lit. Sudah banyak hari kawasan kami tak hujan. 
       So pagi tadi lepas Solat Subuh, Kjee titipkan doa agar Allah swt turunkan hujan. Kesian kami, pokok2, rumput dan bumi yang gersang!
       Tup-tup tak sampai setengah jam, hujan turun dengan lebatnya. Terima kasih Allah. Alhamdulillah syukur dengar doa insan yang kerdil ini. 
       Apabila tiba musim panas, Kjee mesti buat Jeli Air Kelapa Muda. So UP pergilah cari kelapa muda. Banyak gerai kehabisan stok. Laku keras di musim kering ini. Akhirnya dapat beli 4 biji. Rm20 sikit pun tak boleh kurang walaupun kekadang ada jual 4 biji rm15!
       So lepas sarapan tadi, Uncle tolong tebuk dan Kjee pun projek lah sorang2. Ada dua biji yang isinya terlalu muda. So Kjee ganti letak laici. UP punyalah suka. 


       Respi penuh korang klik SINI. Pagi ini Kjee tak sihat sangat. Baru siap masak lauk untuk lunch UP.  Dia ada appointment klinik kesihatan kul 2pm.


       

Wednesday, April 21, 2021

desserts /manisan

AGAR-AGAR ROS LEGEND

      Pagi tadi Kjee tiba-tiba teringin nak makan Agar-Agar kosong. Yang warna merah tu. Yang bau wangi sangat. Legend Agar2 ni. Kalau Raya kat kampung, biasa ada. Dan paling penting ia mesti lembut.
      Kjee geledah my blog. Eh rupa2nya Kjee tak pernah buat Agar-Agar merah tu. Biasa buat Agar2 Santan atau puding. 
      Kjee suruh UnclePali cek dalam pantri kot-kot ada Agar-Agar Tali. Aisey yang ada hanya Agar2 Serbuk cap Swallow. UP jadi mangsa. Kena keluar beli. 
      Sebelum itu, Kjee google resipi. Mesti guna Pewarna Ros. Ohhh sebab itulah wangi macam Agar-Agar beli!! Selama ini tak tahu pun! 🤭

      Masa nak buat tadi, Kjee amati resipi pada plastik agar-agar tali. Rebus dalam 1250ml air. Kemudian letak gula dan pewarna. 
      Kjee dah google resipi sebelum buat. Ada yang guna air 1 liter. Ada guna 1100 ml. Tetapi Kjee decide guna air mengikut peket. Mungkin pengeluar agar-agar itu lebih tahu berapa banyak air diperlukan. 
      First thing Kjee gunting-gunting agar-agar dan rendam lebih kurang 20 minit. Tos. Kemudian rebus agar-agar dalam 1250ml air bersama 2 helai daun pandan sehingga larut. Lebih kurang 10 minit. Keluarkan daun pandan. 
      Kjee guna 1 cawan gula dan satu ketul gula sebesar ibu jari. Kononnya gula batu untuk jadikan Agar-Agar berkilat. 
      Setelah gula larut, dimasukkan 4 sudu kecil pewarna ros. Kalau suka merah menyala, tambah lagi. Kaup buang buih-buih di permukaan Agar-Agar. 
     Tuang ke dalam acuan pilihan. Sejukkan diatas meja kemudian apabila dah kental, masukkan dalam peti ais. Untuk hidang, potong-potong ikut suka. 

     
      

Monday, April 19, 2021

desserts /manisan

BUBUR MANIS BUTIR NANGKA


     Ini bubur yang selalu Kjee buat kalau bulan Ramadhan. Arini Kjee nak buat lepas Zohor. Itu aje yang larat sebab badan masih lemau.
     Bubur ini namanya ikut Negeri. Tetapi Kjee kenali ia sebagai Bubur Butir Nangka. Sedap sekiranya dimakan chilled dalam peti ais. 
      Kjee nak cari lah buah Nangka yang orang jual tepi2 jalan dekat kawasan rumah Kjee.  Arwah mak pernah letak sikit masa dia buat bubur ni. Sedap. Tetapi kena campurlah dengan butir2 yang buat  gunakan pulut tu. 





      Kalau buat, Kjee suka letak pewarna merah dan kuning selain warna asal tepung yang putih. 
      Santannya mesti manis dan sedikit masin. Garam kena letak untuk menaikkan rasa.
      Okaylah untuk resipi, korang klik SINI.



Friday, April 16, 2021

desserts /manisan

PULUT MANGGA SOS SANTAN THAI


      Kjee beli mangga ini di pusat Bandar Melawati semalam. Murah aje. Dua kilo rm10. Ada tiga jenis. Boleh campur-campur.
      Dah plan nak buat Pulut Mangga Thai. Curah santan. Waduhhhh sedap banget. Tetapi nak buat arini,  tak larat lah pulak. UnclePali kata buang kulit, potong-potong dan chill kat dalam fridge. Sedap juga makan begitu sahaja.
      Hmmm betul juga. Mana tahu esok lusa sihat, boleh buat. 

      Ini antara dessert kesukaan Kjee. Kalau ternampak orang jual, mesti beli. Tetapi buat sendiri lebih sedap. Bukan susah mana pun.
     Bahan-bahan hanya pulut dan santan satu kotak. Opkos selain mangga. Sos santan tu mesti secukup rasa. Mesti rasa manis dan sedikit masin. Baru ngam.
Kalau nak resipi penuh, sila klik SINI.

Wednesday, March 3, 2021

desserts /manisan

JELI AIR KELAPA MUDA


     Kalau Kjee dah start buat Jeli Air Kelapa Muda, maknanya sekarang musim panasssss. Akibat cuaca panas, otak pun dah jadi tak menentu. Dalam rumah pun pakai sun glasses sebab terlalu silau. Duduk rehat sambil diteman tiga kipas yang dipasang full speed! Serius ni.
     Anyway dah masuk dua minggu kita mengalami musim panas, baru petang semalam Kjee terfikir nak buat Jeli ni. Menilau UnclePali round Melawati cari orang jual kelapa muda. Maklumlah dah lewat petang sangat semalam. Tapi demi isteri dan juga demi tekak dia (oppppssss) dia redah jugak cari. 😂
     

     UP beli 3 biji kelapa muda dan satu peket serbuk agar-agar. Nak ikutkan hati, malam tadi jugak nak projek. Tetapi tak jadi sebab kena sound dengan laki kita. 😆
     So lepas bekfes tadi kita pun mula. UP duduk bersila di lantai dapur, ngerjakan kelapa. Dapat 8 mug air kelapa. Since Kjee nak 9 mug maka satu mug lagi Kjee tambah air biasa. Dibawah ini mug yang Kjee guna. Mug Corelle. 


     Air kelapa plus one tu Kjee letak dalam periuk dan didihkan bersama gula. Ikut suka hati koranglah banyak mana. Kjee tak boleh makan manis sangat so I very the hati-hati letak gula. 
     Sementara tunggu air kelapa plus gula itu mendidih, Kjee susun bekas. 
     Apabila air mula mendidih, masukkan satu peket 10gms serbuk agar-agar. Kacau sampai larut. Perlahankan api, masak dalam 5 minit. Kemudian dicurahkan dalam bekas. 

     Oppps lupa pulak. Isi kelapa tu harus diricik-ricik dan susun dalam bekas, baru dicurah air kelapa plus agar-agar. 
     Sejukkan seketika sebelum di chill dalam esbok. Itu aje. So nak buat ke tak nak ni? 🤔😁
     Oh ya. Tiga biji air kelapa muda tu dapat dalam 19 biji bekas ni. Ada orang jual satu bekas rm2 sekarang. Maklumlah kelapa muda sekarang udah rm5 sebiji. 


    


     

Sunday, February 28, 2021

desserts /manisan

TANG YUEN IN RED BEAN SOUP


     Masa zaman wartawan dulu, seringkali Kjee dan rakan-rakan diundang buat tugasan di Hotel. Masa tu antara hotel popular adalah Hilton, Merlin dan Concorde. Kalau dihidang Chinese food, pasti Kjee mesti tertunggu-tunggu bubur Kacang Merah dengan Tang Yuen.
     Tang Yuen itu bebola tepung pulut. Tepung pulut dan sedikit garam diuli sama air hingga jadi doh. Kemudian dijadikan bebola dan rebus. Apabila timbul, kira dah masak. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Dihidang sama bubur kacang merah.

      Tetapi bubur kacang merah yang dihidang itu dikisar dulu sampai halus. Agaknya direbus hingga lembut, dikisar dan diletak gula.
      Oleh kerana Kjee tiada resipi maka hantam sajalah labu.
     Kjee rendam kacang merah semalaman. Esoknya kjee rebus dalam pressure cooker sampai lembut. Kemudian Kjee guna hand blender dan kisar. Hand blender ini memang Kjee khaskan untuk kisar makanan yang tiada cili.
     Setelah dikisar, Kjee letak gula secukupnya dan chill dalam peti ais. Lepas tu Kjee buat ler Tang Yuen.  Masa nak hidang baru Kjee susun Tang Yuen.
     Alhamdulillah sukses. Cubalah buat.

Friday, July 24, 2020

desserts /manisan

PUDING ROTI KARAMEL KUKUS


SEJAK oven kat rumah demam denggi 😁, 
Kjee asyik google aje resipi kuih muih yang boleh dikukus. Banyak rupa-rupanya boleh 'baking' tanpa guna oven.
And then (ewah), Kjee terjumpa resipi Bread Pudding. Selama ini Kjee buat kaedah bakar dalam oven. Tetapi resipi yang Kjee jumpa kat Internet, bukan sahaja dikukus, malah guna gula hangus. Egg Caramel Bread Pudding.
Setelah meneliti resipi, sepantas kilat Kjee buat memandangkan semua bahan dah ada.
BAHAN-BAHANNYA
5 keping roti putih
1 tin susu cair
Setengah tin susu manis
5 biji telor
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Setengah cawan gula (utk dihanguskan) 


CARA MEMBUATNYA
Panaskan air dalam kukusan. Ambil roti bahagian putih sahaja. Potong bahagian tepi. Carik-carik dan blend sehingga halus.
Pukul telor manja-manja. Campurkan susu cair dan susu manis, serta esen Vanila.
Kemudian adunan ditapis.
Masukkan roti yang telah dikisar halus ke dalam adunan. Kacau sampai sebati. Tepikan. 
Kjee letak setengah cawan gula pasir ke dalam loyang (bulat 8") dan masak. Mula dengan api besar tetapi sebaik sahaja warna berubah pelankan api. Apabila gula berubah perang, padam api. Goyang-goyang loyang supaya karamel meliputi loyang. Hati2 agar gula tidak terlalu gelap. Nanti pahit. 
Ketika ini, air dalam kukusan sudah mendidih. Perlahankan api. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Letak ke dalam kukusan. Masak selama 30-45 minit. Api haruslah sentiasa perlahan. 
Dah masak sejukkan. Terbalikkan puding. Simpan seketika dalam fridge. Sedap dimakan apabila sudah disejukkan.