DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Sunday, April 17, 2022

BILIS PETAI BERLADO


       Tekak Kjee memang pelik. Teramat cerewet apabila makan. Tetapi tak sangka semakin bertambah usia, Kjee tak berselera makan macam2. Dah tu sensitif giler. Kena tegur sikit pasal selera yang pelik, cepat sentap!
       So UnclePali layan aje apa sahaja Kjee nak makan. Kalau tak kena dengan tekak dia pulak, dia akan beli makanan kesukaan... Nasi Royale yang ala2 Nasi Kandar. Kjee okay aje makan camtu tapi sekali sekala boleh lah.
        Mujur semalam Kjee buat Ikan Bilis Petai Berlado. Kalau tidak memanglah Kjee minum air sahaja untuk Berbuka. Itupun, nasi satu senduk aje. Banyak meratah Ikan Bilis Petai Berlado.

       Mujur senang buat. Selalu guna Sambal Ijo yang dah sedia ada dalam freezer. Tetapi dah dua minggu Puasa, stok dah licin. Bahan dah beli. Tapi belum larat lagi nak buat.
        So Kjee tumbuk 3 biji cili merah, empat biji cili padi, dua ulas bawang putih dan setengah labu bawang besar. Separuh lagi hiris.
        Mula2 goreng biji petai separuh masak. Keluarkan. Lepas itu goreng segenggam ikan bilis sampai garing. Kjee guna yang halus sebab itu aje yang ada. Toskan atas tisu dapur. 
       Guna minyak sama, tumis bahan tumbuk sampai garing. Kjee tak letak garam sebab ikan bilis dah masin. Apabila tumisan dan garing, masukkan petai dan bilis. Gaul.
       Tetapi semalam, Kjee buat kaedah lain sebab nak makan garing2 bilis tu masa berbuka. Kjee biarkan dulu sambal berlado tu sejuk. Kjee masak 30 minit sebelum Berbuka. Biarkan dalam kuali. Dah dekat nak azan, baru digaulkan bilis dan petai.
       Alhamdulillah syukur ada baki Sahur tadi. Walaupun hanya sedikit tetapi cukuplah makan berdua dengan UnclePali.
       

        Kalau ada Sambal Ijo, Kjee buat cara BEGINI.  Kjee letak juga telor. Sedap ya amat! 

Tuesday, January 11, 2022

SAMBAL IJO TELOR BILIS


      Actually hari ini malas sangat nak masak. Tapi lunch nak makan apa? So heret body ini ke dapur. Nampak sebekas ikan bilis goreng garing. Memang sentiasa ada ikan bilis goreng garing kat dapur.
      Fikir punya fikir, buka freezer dan nampak satu bekas kecik sambal ijo. Dah lebih sebulan bertapa. Kena selamatkan Sambal Ijo ni dan juga ikan bilis tadi.
      Maka terjadilah Telor Sambal Ijo Bilis! Sedapnya makan dengan nasi panas tadi. Masih terasa kruk kruk bilis.

      Cara buatnya mudah. Panaskan Sambal Ijo. Resipi Sambal Ijo klik SINI
      Ada lebih kurang setengah cawan. Pecah dua biji telor. Pukul manja2. Kemudian apabila sambal dah panas, curahkan telor dan gesek2 campurkan dengan sambal ijo jadi macam scrambled eggs. Sejukkan. 
     Time nak makan, gaulkan dengan ikan bilis goreng garing. Kena masukkan bilis last minute supaya terasa ranggupnya.
     Stok Sambal Ijo memang sentiasa ada dalam freezer. Ia sangat versatile. Boleh campur dengan ikan goreng, udang dan yang paling Kjee suka buat Spageti Sambal Ijo. Resipi klik SINI. 

Wednesday, June 9, 2021

NASI LEMAK ONJOHOR


       Apsal pelik judul Nasi Lemak Kjee ni? Hehehe saja lawak pagi Rabu. Ini nasi lemak cara orang Johor buat. Letak hirisan bawang, halba dan halia. Tapi kalau tak nak, ok jer. 
       Masa mula-mula dulu tahu orang Johor letak halba dan bawang, Kjee rasa amat pelik. Maklumlah sudah terbiasa makan nasi lemak letak santan dan garam aje.
       And one day, Kjee dan UnclePali singgah kat satu warung di Setapak Permai. Nampak nasi lemak bungkus atas meja. Memang UP pantang lah tengok nasi lemak bungkus. Terus capai, buka bungkusan dan makan. Kjee pandang. Isyhhh apsal ada macam biji halba, dan hirisan bawang?
       "Sedap. Cubalah," kata dia. The rest is history. Sejak itu, Kjee hanya masak Nasi Lemak onJohor! 😁
       Kjee paling bahagia kalau masak Nasi Lemak untuk sarapan. Why? Sebab sengaja masak lebih so that boleh terlajak sehingga lunch or even dinner!!!  The rest of the day I can do what I love to do most... SLEEP. 👍 😁


      
        Ini nasi lemak OnJohor versi Kjee yang separuh tanak separuh kukus. Sukatan sama iaitu 1:1:1 beras, air dan santan. Kemudian letak setengah sudu kecik halba dan satu bawang sederhana besar dihiris.
       Panaskan air dalam periuk kukusan. Letak loyang atau apa aje bekas. Kemudian cuci beras. Kjee guna beras wangi cos UP tak minat nasi lemak guna, Basmathi. 😢
       Dah cuci, toskan airnya. Masuk dalam periuk, campur air, santan, garam (secukup rasa) dan letak sehelai daun pandan yang telah disimpul. Jerang.
       Apabila air hampir kering, padam api. Alihkan nasi ke loyang/bekas dalam kukusan. Kukus sehingga sempurna masak. Siap! 
      Kjee kaup apa yang hendak dimakan. Baki nasi dalam kukusan dibiarkan. Bila nak makan lagi, panaskan sahaja dalan kukusan tu.




       Pagi tadi Kjee buat Sambal Tumis Sotong. Guna my home made sambal tumis yang telah dibekukan dan sotong dalam tin jenama Rex. Favorite Kjee sotong ni. Tapi UP kureng sikit so dia tolak tepi sotong dan amik sambal aje. 



     
         Selain itu wajib Nasi Lemak makan dengan telor rebus/telor goreng, ikan bilis goreng garing dan timun. Untuk lunch  nanti tambah lauk ayam goreng pulak kot. 

Monday, June 7, 2021

MY SAMBAL IJO


        Setiap kali stok Sambal Ijo dah tiada dalam fridge, Kjee mula lah resah. Begitu juga kalau sambal tumis dah habis. Dua-dua ini banyak membantu Kjee kat dapur. Boleh sediakan macam-macam lauk dalam sekelip mata!
       Kjee even guna Sambal Ijo masak spageti. Sedap tau! Tak percaya cubalah. Kjee fusion kan dan tabur Parmesan Cheese! Kenalah dengan tekak wong Jowo ni!  😆

       UP beli lebih kurang 25 biji cili hijau aritu. Masa tengah petik2 buang tangkai, Kjee baru teringat. Kalau tambah cili padi hijau baru umphhhh! Selalu terlupa. 🤔
       Oleh kerana petang semalam Kjee baru vaksin first dose, maka arini tak berani lasak-lasak buat kerja. So bawang besar (lebih kurang 7 biji) dan cili hijau masuk food processor. Kalau tak ada, guna blender. Tak payah blend halus. Pause tiga empat kali aje. 

       Ini rupanya, setelah dikisar ☝️. Selalunya Kjee tumbuk. Lebih sedap
Tetapi apabila tak sihat, Kjee trrrr aje. 😁
      Kemudian panaskan lebih kurang secawan  minyak dalam kuali. Dah panas masukkan bahan2 tadi. 
     

       Masak sehingga berubah warna. Letak sekeping dua Asam Gelugor ya. Garam secukup rasa. Boleh letak Pak Aji. Kalau tak guna, letak ler secubit gula. 


       Dah siap masak, padam api dan sejukkan. Lepas sejuk, pek dalam bekas kecik-kecik dan simpan dalan fridge atau freezer. 
       Sambal ini sangat versatile. Boleh buat macam-macam. Terserah kreativiti korang. 
      Kjee belajar buat Sambal Ijo ni dari adik angkat Kjee, Ann. Dia ada kedai Masakan Padang di Paya Jaras, Sungai Buloh. 
      Klik SINI. 







       

Friday, June 4, 2021

SAMBAL GARING BILIS KENTANG


      Setelah banyak hari tertangguh, akhirnya buat jugak lauk ini hari ini. Ikan Bilis saiz kenit tu (Bilis Jepun) dah lebih sebulan duduk termenung dalam fridge.
      Sebaik selesai sarapan, Kjee terus capai kentang yang tinggal tiga biji. Terus buang kulit dan hiris batang mancis dan rendam. So tiada alasan nak tangguh pembikinannya. 😁
      Kjee rendam segenggam cili kering dalam air panas dalam 30 minit. Kemudian tos kering dan gunting-gunting. Mesti tos sampai kering sebab nanti nak goreng. 
      Kemudian Kjee amik segenggam bawang Ros, buang kulit dan mayang halus. 
      Mula-mula goreng kentang. Dah garing, tepikan. Kemudian goreng bawang. Ala2 nak buat bawang goreng. Tepikan. Lepas itu, goreng cili kering sampai garing. Jangan sampai hangus. Last sekali minyak yang sama goreng ikan bilis kenit sampai garing. 



      Selepas semua siap, Kjee tumbuk cili kering. Tumbuk jangan sampai lumat sangat. Manja-manja tapi jangan terlalu kasar. 
      Letak cili tumbuk dalam besen. Bubuh sikit garam. Jangan banyak sebab ikan bilis dah masin. Letak secubit gula atau pak aji kalau suka. 
      Masukkan semua bahan goreng tadi, kacau sehingga mesra. Siap! 
      Kjee terus ratah sepiring kecik tadi. Sedapnya! Tak payahlah bagitau sedap makan dengan apa. Lu pikir lah sendiri. 😁

      

Saturday, May 15, 2021

SAMBAL SOTONG


      Hari ini Kjee masak lauk instant. Instant? Sambal Sotong dalam tin ke? Macam Kari Ayam atau Kambing dalam tin?
      Isyhhh semalas-malas Kjee, belum pernah lagi beli lauk dalam tin walaupun ada yang sedap. Oh maybe ada jugak. Sardin dalam tin. Actually Kjee tak makan sangat sardin tin tu. Cuma ia fav UnclePali.
      But if dapat Sotong dalam tin, Kjee punyalah gumbira sebab boleh buat sambal tumis. Itulah lauk instant yang Kjee maksudkan. Sambal tumis yang Kjee buat aritu letak Sotong dalam tin. 


      Hah Kjee guna sotong dalam tin jenama kat atas tu. Tak mau promo sangat brand dia. Pemberian my Aunty Zaiemar. Each time bulan Ramadhan menjelang, beliau akan hantar tiga, empat tin sotong tu sebab dia tahu Kjee suka sangat. Bulan Puasa aritu, Kjee sempat masak satu tin. 
      Cara masa mudah aje. Panaskan sambal tumis tu. Banyak mana nak letak sambal, adjust sendiri lah ya. Campak sebiji bawang besar yang dihiris bulat-bulat. Sementara menunggu bawang tu layu, carik-carik sotong. Sos sotong dalam tin tu jangan dibuang. 

      Apabila bawang dah layu, masukkan sotong yang telah dicarik-carik. Gaul sampai rata. Tuangkan sos atau kuah  dalam tin tadi. Letak satu asam keping. Jangan letak garam sebab sambal tumis dah cukup rasa. Dan kuah sotong itu pun dah cukup perisa. 
      Jadi kalau sambal sotong sudah hampir kering, rasa dulu. Apa yang tidak cukup baru tambah. 

         Ada beritahu Kjee, sotong ini susah nak dapat. Jenuh cari kat supermarket. Hah sebab itulah my aunty kalau nampak kat supermarket, mesti dia belikan untuk Kjee. Rasanya dalam rumah beliau pun, tidak pernah masak guna sotong ini. 
      Tetapi Kjee suka sangat2. Dah lama dah Kjee masak guna sotong camni. Cubalah. Mungkin korang pun akan suka. 
      
        



Tuesday, March 23, 2021

SAMBAL TUMIS

   
     Ramadhan bakal menjelang. Sebagai persediaan menghadapi masa memasak yang suntuk especially untuk wanita yang bekerja, Kjee ingin bagi sedikit tip. Buatlah sambal tumis yang boleh dibekukan. Selain itu, juga boleh pelbagaikan dengan membuat Sambal Ijo.
     Sambal tumis yang Kjee sediakan, cukup versatile. Boleh dijadikan pelbagai jenis lauk. Contohnya, Sambal Ayam, Sambal Udang, Sambal Telor Pecah, Penang Fried Kwayteow dan apa sahajalah. The list is endless. 
     Bahan yang diperlukan cuma cili kering kisar, bawang besar, bawang putih, ikan bilis atau bilis kiub serta, sedikit gula. Kjee tak pernah letak belacan. 

     Kjee masak setiap dua minggu. Dibekukan utk memudahkan kerja memasak setiap hari. Simpan dlm bekas tauhu faa. Lebih elok bekas-bekas kecik untuk sekali masak. 
     Kemudian kalau perlu masak, keluarkan dan letak pada suhu bilik. Atau kalau nak guna lepas balik kerja, keluarkan dari compartment beku dan letak dalam fridge. Korang balik kerja, sambal dah separa cair. Boleh terus guna. 
     Tiada resipi khusus untuk sambal tumis Kjee ini. Main adjust ikut keperluan. Hiris bawang besar banyak2, lima enam ulas bawang putih . Bawang yang banyak boleh kurangkan kepedasan cili nanti. 

    Tumis sampai layu, pastu masukkan cili kering kisar. Masak guna api slow. Apabila air cili tu dah nak kering, Kjee tambah lagi air supaya dpt masak lama sikit. Sampai cili tu masak dan tak rasa pedas menyinga.
     Kjee suka letak kiub bilis. Letaklah banyak mana ikut banyak mana sambal yang dimasak. Tetapi jaga-jaga sebab kiub tu agak masin. Tak perlu letak garam. Kalau korang rasa sambal tu masih pedas, tambah lagi hirisan bawang besar. Insya Allah kurang pedas. Itu petua org tua.
      Kalau nak letak ikan bilis, kisar dulu sampai halus. 
     Setelah masak, sejukkan kemudian simpan dlm freezer. Ada orang masak sampai 3-4 jam. Kjee ikut mood. Kekadang dua jam aje dah ok. Sebenarnya mengikut banyak mana sambal yang kita masak. 





     

     

Thursday, March 18, 2021

SAMBAL HITAM PAHANG


     Ini sambal legend orang Pahang. Walaupun suami kita orang sana tetapi kita tak berani terai buat sebab orang Pahang sensitif cara pembikinannya. Kjee pernah kena kecam dulu masa cuba2 buat. Lepas tu serik!
      So apabila nampak cara ekspres yang dibuat Habib Izzah, minggu lepas, terdetik semula hati ini nak terai. Lantaklah kalau kena kecam lagi.
      Masa Kjee suruh UnclePali pergi amik Belimbing kat kebun kawan dia pagi tadi, dia baru cerita menantu kakak dia ada buat jual. Dia duduk Bentong. Tapi tak boleh pulak nak rentas negeri, rasa.
      Resipi Habib Izzah mudah sangat. Bahan yang dia guna, belimbing, bawang besar, ikan bilis, cili padi dan cili hidup. Jumlah bahan2, agak2 ler katanya. Orite. 

      Since Kjee guna dekat 1 kilo belimbing, bawang besar 3 biji, segenggam besar ikan bilis, 7 biji cili padi hijau, 5 biji cili padi Bangla dan dua biji cili merah. 
     Mula2 bersihkan belimbing. Cuci dan tos. Bawang dan ikan bilis dikisar. Lepas itu panaskan minyak dalam kuali. Dah panas, masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai agak kering. 
     Kemudian blend cili sampai halus. Kjee campur dengan lima enam biji belimbing sebab tak letak air masa blend. 
Kalau banyak air, lambat pulak kering. Dah halus Kjee tuang dalam kuali tadi. Kacau rata. 
     Pastu blend pulak belimbing. Tak payah letak air juga. Guna mode pause. Tekan sekejap2 butang pause tu sampai semua belimbing dah hancur. Tak payah halus sangat. Kemudian campur semua bahan dalam kuali dan kacau rata. 
      Guna api sederhana untuk masak sehingga kering. Habib Izzah kata setengah jam. Agaknya itu terpulang kepada banyak mana bahan. Kjee masak sejam lebih sampai warna bertukar jadi hitam dan bahan semua kering. 
     Dah masak baru Kjee adjust letak garam dan sedikit gula. Siap. 
     I got no one to be my judge. Entah sukses entah tidak. But I like. Tak lah pedas sangat. Mungkin kalau terlajak pedas, sedap. 



    
     

Sunday, February 21, 2021

SAMBAL KERING TEMPE BILIS


     Lauk ini Kjee buat semalam. Macam-macam Kjee masak semalam patutlah hari ini lemau. Mujur ada baki Nasi Minyak, Daging Masak Kandar, Jelantah Nanas/Timun serta sambal tempe bilis kering ni. Panaskan. That's lunch today.
     Lauk Sambal kering ni tak renyah buat kalau sudah tersedia sambal tumis frozen yang jadi sahabat karib Kjee kat dapur. Sentiasa ada dalam freezer. Sangat-sangat versatile.
     Oleh kerana malas nak salin balik, Kjee copy paste aje resipi sambal tu dari page Kjee, Sembangresipi.

     Sambal inilah yang Kjee pelbagaikan letak macam-macam. Maka terjadilah Sambal Kering Tempe Bilis. Kjee guna tiga bahan aje selain sambal frozen itu iaitu kentang, tempe dan ikan bilis. Semua digoreng garing.


     Kemudian sambal tumis dipanaskan dalam kuali sehingga cair. Sejukkan. Apabila sudah sejuk baru digaul tempe dah kentang goreng (tak payah buka api dapur). Masa nak makan baru Kjee tabur ikan bilis goreng supaya kekal ranggup. 
     Sedap diratah begitu sahaja. 

Wednesday, February 3, 2021

SAMBAL GESEK


     Sekiranya tak sihat dan tergerak nak makan something yang boleh buka selera, Kjee selalu buat Sambal Gesek ni. Tiga bahan aje. Ikan bilis, bawang dan cili padi. Perahan limau kasturi atau limau nipis menambahkan rasa aje.
     Ini resipi ori orang Jawa. Ikan bilis digoreng garing. Bawang dan cili padi digoreng manja-manja. Pastu tumbuk bersama. Tak perlu sampai halus.
     Kjee suka ratah gitu jer. Lagi pedas lagi sedap. Cubalah. 

Friday, December 18, 2020

SAMBAL TELOR PECAH


Nampak cam biasa aje tetapi Sambal Telor Pecah ni punya lah sedap makan dengan nasi panas-panas. Lawannya pulak ikan Pelaling goreng garing dan ikan kering jeruk Gelama. Isyhhh kecur lah. 😋😛
     Kjee buat ini kalau tak buntu fikir nak masak apa. Tetapi harus ada sambal tumis frozen. Kjee buat banyak-banyak sambal tumis yang biasa-biasa dan simpan dalam freezer.
     Dan ketika kesuntukan masa untuk buat lauk, Kjee goreng ayam atau ikan maka jadilah sambal. Sardin dalam tin pun sedap buat guna sambal frozen.


     Cara Kjee buat Sambal Frozen hanya guna cili kisar, bawang besar banyak-banyak dimayang dan bawang putih ditumbuk. No belacan tau. Kjee letak bilis cube ikut banyak mana sambal dibuat.
     Tumis semua bahan guna api slow. Minyak elok kalau banyak. Dah garing, matikan api. Pastu dah siap, kaup buang minyak. Dah sejuk, letak dalam bekas dan bekukan. Lebih elok letak dalam bekas kecik-kecik dan beku. Senang nak guna. 
     Untuk Sambal Telor Pecah ni, Kjee panaskan sambal frozen tu atau letak sikit minyak. Dah garing, pecahkanlah telor ikut banyak mana sambal. Kacau2 ala scrambled eggs. Masak sampai telor dah set. Siap. 


Wednesday, November 18, 2020

SAMBAL TUMIS ORANG JAWA


     Ini antara sambal tumis favorite ramai orang. Bahan-bahannya mesti cukup korum. Harus ada tempe, tahu, kentang dan ikan bilis. Petai itu bonus.
     Kjee buat ini dua hari lepas. Untuk lunch tetapi ada baki semangkuk besar untuk dinner. Selalunya Kjee tak makan malam. Kalau lapar sangat pun, my dinner is at 5-6pm.
     Anyway, malam tu, Kjee ratahlah sambal tumis ini berdua dengan UP. Memanglah sedap. Pedas giler dan kena tanggung akibatnya pagi esoknya. 😁
     Nak masak sambal tumis ni, mula-mula sediakan bahan asasnya. Kjee potong-potong setiap bahan dalam saiz yang berbeza. Mudah nak kenal nanti apabila sudah dicampur sambal. 
     Ikan bilis kena goreng garing-garing dan hanya dicampur ke dalam sambal time nak makan. Itu caranya tak nak bagi bilis itu, lemau. 
     Minyak gorengan tadi akan digunakan untuk tumis sambal. Jangan membazir walaupun minyak tu dah tak berseri-seri lagi lepas goreng bilis. 😆



     Dah siap bab pertama, tumbuk dua tiga ulas bawang merah. Kjee guna satu labu bawang besar. Pilih yang sedang-sedang. Tumbuk bersama dua ulas bawang putih. Kjee jarang letak belacan apabila buat sambal tumis. Pilihan di tangan anda. 
     Next, panaskan kuali dengan minyak gorengan tadi. Masukkan empat atau lima sudu besar cili kering kisar. Goreng seketika kemudian masukkan bawang-bawang tumbuk tadi. Goreng sehingga agak kering. Kalau cili kisar tu jenis pedas maut, masukkan air dan terus dimasak guna api perlahan sampai hampir kering. Kjee kemudian campakkan satu keping asam gelugur. Korang nak letak air asam jawa pun boleh. 
     Kalau ada kiub bilis bolehlah letak sebiji. Tetapi ia masin so jangan tambah garam. Letak satu sudu gula pasir. Kacau rata. Dah cukup rasa, tunggu sampai sambal sudah betul-betul sejuk baru masukkan semua bahan goreng. Kacau sampai mesra. 
      Siap. Masa nak makan, jangan lupa tabur ikan bilis goreng. Barulah enak banget. 😁


Petai itu Kjee letak masa nak makan. Petai jeruk aje sebab tak jumpa petai kat pasar. 


     
 



     

Tuesday, August 11, 2020

SAMBAL GESEK GUNA COBEK


Ini antara Sambal fav Kjee. Resipi asal orang Jawa. Kjee hanya belajar buat selepas kahwin dengan orang Jawa Batu Pahat dulu. Walaupun Kjee pun orang Jawa, namun jauh beza lauk Jawa bandar dengan desa. 
Dah apabila Kjee dapat beli cobek, semakin seronok Kjee buat sambal gesek ini. Kjee beli cobek batu ini di dalam pasar kat Chow Kit. Orang Indon jual. Tak pasti ada lagi ke tidak. Harga pun lupa tapi rasanya dlm rm70. Ada jugak yang diperbuat dari kayu. 
Resipi sambal gesek ni mudah aje. Goreng ikan bilis, bawang, cili padi atau cili hidup. Goreng asing-asing. Kemudian digesek guna cobek. Kalau tak ada cobek, guna lesung pun ok. 
Tumbuk jangan halus sangat. Kemudian letak sedikit gula dan perah limau nipis atau limau kasturi. Siap. 
Sedap makan dengan ulam2 dan nasi panas. 



Saturday, January 18, 2020

CILI FLAKES - FIRST TIME BUAT

 

   Walaupun Cili Flakes hampir sama dengan serbuk cili tapi tak serupa tau! Cili flakes ditabur atas bihun sup, maggie atau bubur nasi. Tapi serbuk cili dimasukkan dalam masakan dan dimasak. So itu bezanya cili flakes. Dan suka hatilah nak tabur atas makanan apa pun, sebenarnya. 😁
   Kjee mula kenal cili flakes dekat 20 tahun lalu. UnclePali asal orang Kedah tapi parents dia migrate ke Pahang jadi peneroka. So lepas kita orang kahwin, dia bawak balik Kedah jumpa sedara mara dia.
   On the way balik kami singgah Loqstaq. Pekena bihun sup di satu warung. Depa hidang cili flakes dalam satu bekas kecil, berasingan. Wah something new to me! Kalo belah Johor ada cili kicap.
 
    
   Kjee pernah kirim kengkawan yang ke Thailand, belikan. Then jumpa kat supermarket. Terbaru, suruh UP mintak cili flakes dlm peket banyak2 kalau dia tapau pizza. Even ke restoran Jepun pun ada cili flakes!
   Anyway, apabila stok cili flakes dah habis, Kjee terfikir nak buat sendiri. So as usual Kjee google. Ohhh first step kena cuci cili tu. Kjee rendam dalam 15 minit. Then Kjee tos bagi kering and jemur sampai betul2 kering. Amik kesempatan cuaca panas sekarang lah. 😉
   Esoknya Kjee sangai cili tu @goreng tanpa minyak (jangan lupa buang tangkai) guna api sederhana. Hati2 menggoreng . Jangan bagi hangus. Apabila dah garing, Kjee ramas manja-manja untuk keluarkan bijinya. Asingkan dan buang biji tu. Kemudian Kjee masuk dalam Food Processor dan trrrr sehingga hancur tapi bukan halus sampai jadi serbuk tau. Boleh guna lesung atau blender biasa. Simpan dalam botol kedap udara. 
   Itu aje cara membuat cili flakes. Mudah kan! So cuba lah.