Showing posts with label famili dan kehidupanku. Show all posts
Showing posts with label famili dan kehidupanku. Show all posts

Thursday, November 5, 2026

famili dan kehidupanku

40 Hari Tanpa Kak Jee

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari ini, genap 40 hari pemergian isteri tercinta, Fauziah Samad, atau lebih mesra disapa Kak Jee oleh semua pembaca dan sahabat di alam maya. Masa berlalu begitu pantas, namun rindu di hati ini terhadapnya sedikit pun tidak pernah pudar. Setiap sudut rumah, setiap ingatan, dan setiap kenangan bersamanya masih segar terasa.

Sepanjang hayatnya, Arwah Kak Jee mencurahkan sebahagian besar minat dan kasih sayangnya menerusi blog dapurkakjee.com serta hantaran-hantaran di Facebook. Beliau sangat bahagia apabila dapat berkongsi pelbagai resipi dan petua masakan.

Selain daripada dunia masakan, ramai juga yang mengenali beliau menerusi penglibatannya yang luas dalam dunia seni dan kewartawanan hiburan Tanah Air. Menerusi pena dan tulisannya suatu ketika dahulu, Arwah Kak Jee banyak mencurah bakti, menyampaikan berita, serta menyokong perkembangan industri kreatif tempatan. Daripada dunia kewartawanan sehinggalah ke penulisan blog masakan, niatnya sentiasa sama, iaitu berkongsi, memberi manfaat, dan menyentuh hati insan di sekelilingnya.

Saya tahu, ramai di luar sana yang mendapat inspirasi daripada resipi beliau. Ada yang mula belajar memasak untuk keluarga, dan tidak kurang juga yang menjadikannya punca rezeki untuk memulakan perniagaan. Segala ilmu dan resipi yang Kak Jee kumpulkan serta kongsikan ini adalah sumbangan kecil beliau buat masyarakat, dengan harapan ia membawa manfaat berpanjangan. Semua resipi ini kekal percuma untuk diakses oleh sesiapa sahaja.

Lokasi Pusara: Bagi sahabat, pembaca, atau saudara-mara yang berhasrat untuk ziarah, pusara Arwah Kak Jee terletak di Taman Abadi, Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang. Terletak tenang di atas bukit, suasananya sungguh damai dan dihembus angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah tempat persemadian yang amat tenang buat insan yang amat kita sayangi.

Panduan ke Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang:

Untuk ke sana, anda boleh menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps dengan carian: "Taman Abadi, Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.". Kedudukannya terletak di kawasan berbukit di Kuang (berdekatan Lorong Kubur / Jalan Kuang).






Pohon Doa & Sedekah Al-Fatihah:
Tidak ada apa yang saya harapkan untuk Arwah Kak Jee selain doa yang berterusan daripada anda semua. Sekiranya ilmu dan resipi beliau pernah memudahkan urusan anda, mewarnai meja makan keluarga, atau membantu perniagaan anda, cukuplah sekadar menghadiahkan Sekeping Al-Fatihah buat Fauziah binti Abdul Samad. Jika ada majlis tahlil di tempat anda, amat saya hargai jika nama beliau dapat diselitkan bersama dalam doa.

Semoga segala ilmu yang beliau tinggalkan menjadi amal jariyah yang mengalirkan pahala berterusan buatnya di alam sana, dan semoga Allah SWT menempatkan Arwah Fauziah binti Abdul Samad dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Terima kasih atas segala doa, sokongan, dan ingatan tulus daripada anda semua sepanjang 40 hari yang penuh dugaan ini.

Al-Fatihah.

(PAZELI BIN ISHAK)

Thursday, April 14, 2022

famili dan kehidupanku

MAKAN MATI, TAK MAKAN MATI


       Sekarang ni Kjee tak sihat nak masak hari-hari. So korang kena siap sedia dengan kisah-kisah isu semasa ulasan Kjee. Dan juga citer-citer merapu. 🤭
       Makan Mati, Tak Makan pun Mati. Itu antara kata2 yang sering arwah mak lemparkan kalau kami adik beradik tegur cara pemakanan dia. 
       Rasanya Arwah Mak dapat penyakit Diabetes di awal usia empat puluhan. Dulu Kjee guna perkataan kencing manis. Tetapi setelah ditegur seorang doktor Kjee tukar guna Diabetes. 
       Perkataan kencing manis bunyi sangat elok. Apa yang manis kan sedap kata doktor tu. Tetapi manis ini boleh bawak maut. So jangan lagi guna perkataan itu, sambungnya lagi. Okay lah tu.

       Mak kena diabetes sebab suka sangat makan makanan yang manis-manis. Baik kuih muih ataupun minuman. Kat rumah stok gula pasir nya ada berkati-kati. Sirap merah tu dia buat sendiri. Dan ada berbotol-botol!
       Mujur sebaik mula kerja, Kjee dah tinggal berasingan. Tinggal dengan mak, tentu awal2 lagi Kjee dah kena Diabetes.          Kjee hanya dapat penyakit itu di hujung usia lima puluhan. Kjee pelik sebab kita punyalah berjaga-jaga. Tak suka air manis atau kuih yang manis sangat, tetapi terkena juga!
       Rupa2nya penyakit ini adalah genetik
Kjee dapat sebab mak ada. Allahu Akhbar. Hati2 korang! So memang tak boleh elak lagi!

       Masih teringat dan terasa di tekak, Kuih Bakar Bombay arwah mak yang sedap giler. Tak pernah makan kuih tu, sesedap itu, yang orang lain buat. Kuih Bakar Bombay arwah mak 'bersakau' di permukaan. Makna 'bersakau', gulanya terbit di permukaan kuih! Kalau tak bersakau, kureng sedapnya!!
       Hmmm sambil kami sama-sama layan Kuih Bakar Bombay mak tu, kami suruh dia beringat. Dia ada Diabetes. Dan jawapannya cliche sangat. "Makan, Mati, Tak Makan pun Mati. Baik ler aku makan'"
       Korang intailah resipi tu DISINI.  Makan tanggung sendiri. 😝😁🤭
       Selain itu, Diabetes mak semakin teruk sebab dia kuat menipu kami. Kami dah sediakan dia alat untuk cek kandungan gula dalam darah dia. Tiap kali kami tanya dia akan jawab "Don't worry. All under control'".
       Justru mak meninggal di usia 64 tahun, 25 tahun yang lalu kerana komplikasi Diabetes. Lima hari dia koma. Kjee ikut sama mak dalam ambulans ke Hospital Tawakkal. Lima hari kemudian dia pergi.

       Okay bab Kjee. My sugar level is under control. Mine is type 2. Jarang melebihi angka 8. Serius. Ini tak tipu sebab Kjee penakut ya rabbi. Ada kawan UnclePali, angka sampai tak boleh baca dan dicucuk insulin. 
      Foto bawah ini antara bacaan gula Kjee. 

       Kjee sebenarnya bedal apa aje yang Kjee teringin. Tetapi sangat berpada-pada. Malah minum air manis sehari sekali aje iaitu di waktu pagi. Sebab itu Kjee selalu hypo. Terhoyong hayang sebab badan tak cukup gula.
       Tetapi aku taklah macam arwah mak. "MAKAN MATI, TAK MAKAN PUN MATI!"
       Foto paling atas, famili Kjee. Mak yang belakang berdiri di tengah2. Orang tua yang duduk tu nenek sebelah bapa. Sekarang tinggal Kjee berdua dengan Abang Ahmad Fauzee.
       AL FATIHAH. 

Tuesday, March 29, 2022

famili dan kehidupanku

BESDEI MY BIG BRADER


       Hari ini 29 Mac adalah birthday abang kandung kita, Ahmad Fauzee. He is 70 years of age. Alhamdulillah syukur diberi kesihatan yang baik untuk sampai ke usia ini. Beza usia kami berdua, tiga tahun.
       Sebenarnya kami 5 beradik. Fauzee, Fairuz, Fauziah, Faridah dan Fazilah. Fairuz meninggal dunia ketika berusia 6 tahun. Kemudian diikuti Fazilah 7 tahun lalu dan Faridah, 5 tahun kemudian.
       So tinggal Kjee dan Abg Fauzee tanpa bapak, mak dan adik beradik lain. 

       Anyway, apabila tiba birthday Abg Fauzee, Kjee tahu kalau mak masih ada, dia mesti sambut dengan pulut kuning tanda kesyukuran. Maklumlah anak lelaki kesayangan dia. 
       Sebab itu, Kjee buatkan Pulut Kuning dan Rendang Ayam Kelantan untuknya. Dua2 resipi arwah mak yang menjadi favorite Abg Fauzee. 
       Malam tadi sebelum tidur, Kjee dah rendam satu peket beras pulut. Mulut Kjee tak henti2 doa agar Allah swt beri Kjee tenaga untuk masak esoknya sebab semalam Kjee dah lemau sangat. Lutut berdenyut-denyut. 
       Alhamdulillah doa Kjee dimakbulkan. Sebaik siap masak, terus lutut kembali sakit. Pergi jumpa Abg Fauzee pun setakat hulurkan makanan yang Kjee masak. Kjee juga beli bubur kacang sebab tak sempat nak masak sendiri. Punyalah dia seronok dengar ada bubur kacang! 
       Itu aje nak story hari ini. 






Resipi Rendang Ayam Kelantan klik SINI. Resipi Pulut Kuning pula di SINI. 
       

Tuesday, October 27, 2020

famili dan kehidupanku

SUATU KETIKA DAHULU


     Terkejut Kjee apabila foto hitam putih (foto original dibawah), ditukar menjadi color oleh bff Kjee, Khalid Rashid. Pandai orang sekarang buat guna apps.
     Warna almost perfect sebab Kjee masih ingat color gaun kami adik beradik warna purple. Baju gaun kami semua mak yang jahit. And tiap kali keluar, mesti dipastikan kami pakai baju sama (kecuali adik bongsu), kasut dan accessories. 



     Ini foto famili Kjee bersama nenek kami, Hajah Rahmah, ibu kepada my bapak. 
     Dari bertujuh, sekarang tinggal Kjee dan abang Ahmad Fauzee. Al fatihah buat bapak, mak dan dua adik perempuan serta nenek. 😭
     Kjee yang berdiri depan bapak. 


     Ini foto terbaru Kjee dengan Abang Fauzee empat bulan lepas. 



Saturday, June 11, 2016

famili dan kehidupanku

MY SUPER MOM NIECE, PUTRI ALIA FARINA







Rayn 1 tahun



Kjee gelar Alia Farina, anak sedara Kjee, Super Mom sebab mampu mengalas tugas membesarkan lima orang anak lelaki, seorang diri tanpa bantuan pembantu rumah. Bukan dia tidak mampu menggaji maid tetapi adakah maid yang sanggup kerja untuk majikan yang ada lima anak yang masih kecil?

Alia yang berusia tiga puluhan, bersalin tiga kali dan mempunyai 5 anak! Anak kedua yang dilahirkan adalah kembar tiga!

Yang sulung Raif, kini 8 tahun. Riyadh, Rizq dan Ra'ed berusia 5 tahun sementara yang latest, Rayn (yang bermakna salah satu pintu Syurga), baru setahun.

Kjee usik Alia suruh try untuk baby girl. Tapi Alia ketawa sambil kata, cukuplah setakat ini kerana dia pun sudah di hujung tiga puluhan.

Alia adalah bekas Pramugari MAS dan berkahwin dengan Nazriel, seorang Pilot Air Asia. Nazriel hanya membantu ringankan beban Alia menguruskan anak-anak kalau dia tidak fly jauh-jauh. Sekiranya perlu berurusan membeli barang keperluan dan sebagainya, rasanya Alia menghantar anak-anak ke rumah ibunya, yang berhampiran kediamannya.

Jadikanlah Alia contoh, seorang ibu muda yang sangat gigih membesarkan anak-anak sendirian. Sesuatu yang sukar dilakukan ibu-ibu muda sekarang.

Mungkin ada yang kata, ibu mereka besarkan 7 atau 11 anak single handedly dulu. Itu dulu. Anak-anak 20 tahun dulu, tak sama dengan anak-anak sekarang yang terdedahkan kepada pelbagai gejala. Dan dulu membesarkan anak-anak yang ramai, tindak semahal sekarang.

Apapun, Kjee doakan Alia dan Nazriel dapat melakukannya tanpa banyak halangan.

Love you Alia. Aunty Yah mohon Allah SWT sentiasa beri Alia kekuatan, kesihatan dan rezeki melimpah ruah. Aaminn.


Alia dan Nazriel








Tiga foto diatas ini ketika mereka berusia 22 bulan




Sunday, May 8, 2016

famili dan kehidupanku

MAK... I'VE NEVER STOPPED LOVING YOU











Ini tahun ke-19, Kjee menyambut Hari Ibu tanpa insan istimewa itu, di sisi. Tetapi ingatan Kjee kepadanya bukan setakat 19 tahun sahaja setelah beliau tiada. Ingatan Kjee kepadanya tiada batas, tiada sempadan... sehingga ke nafas ku yang terakhir.

Itulah wanita yang Kjee panggil Mak. Seorang wanita yang sangat baik, seorang yang tegas, seorang kelakar... semua dalam satu. She was a friend kepada kami lima beradik.

Kami main rounders, dia pun main sama. Kami main sorok-sorok, dia pun sama menyorok. Kami main Police and Thieves, dia pun nak jugak main. Kami main tikam-tikam dengan apek ais krim, dia pun sama tikam. Kami main Monopoly, dia pun main sama sampai bapak mengamuk dia abaikan tugas di dapur ... the list is endless....

Mak,... arwah Hajah Bakyah Haji Abdul Majid atau lebih mesra di sapa Pon oleh ibu bapa, adik beradik dan suaminya... dan Mak Pon oleh anak-anak saudaranya, I've never stopped loving you!! Sorry, I may not be the child you are proud to have... tapi di saat-saat akhir sebelum Mak pergi, Yah baru tahu yang Mak sayang sangat-sangat kat Yah...

Moga roh Mak tenang di sana. Mungkin mak kini dikelilingi suami dan tiga anak mak di sana... Ahmad Fairuz, Faridah dan Fazilah. Yang tinggal hanya Yah dan Abang Fauzee, menunggu masa untuk sama-sama di sisi Mak nanti. Al Fatihah.

Ibu, Mak, Ummi, Bonda, Encik, Mama ataupun Mummy... Apa sahaja panggilan korang kepada insan istimewa ini, maksudnya jelas dan sama...

SELAMAT HARI IBU




Friday, February 12, 2016

famili dan kehidupanku

HAPPY BIRTHDAY AIMRAN AND AIZRAN



Aizran, Amirah, Aimran and Aifran. Foto lima tahun lepas?



Happy Birthday my dear nephew Aimran. Lahir dua hari selepas Nadia. Same year. Masa aunty lahirkan Nadia, your mum came to visit. Tetiba dia sakit and two days later, she had you!

Two weeks later, kalau tak silap, you all balik ke Australia.

Kalau dua hari sebelum, you would have been Nadia's abang... Rindu serindu-rindunya Aunty kepada awak. Hope you and your siblings, are doing good.

Dua hari lagi birthday your little brother Aizran. Wish your arwah mum was still around. Al Fatihah Hajah Prof Dr Fazilah Abdul Samad.

Aimran holds a degree from London School Of  Economics. Amirah also graduated with a degree from King's College, London. Aizran and Aifran are still in secondary school.

Arwah ibu mereka, adalah bekas Dekan, Fakulti Bisnes and Perakaunan, Universiti Malaya. Died of cancer 4 years ago.

Lots of love from Aunty, Uncle Pali and Nadia. Her birthday was two days ago.


Wednesday, February 10, 2016

famili dan kehidupanku

HAPPY BIRTHDAY MY ONE AND ONLY






Dilahirkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina. Tahun Naga masa itu. Wanted you to be born on the 29th of January sebab Mama, abang dan pak long kamu lahir pada tarikh keramat itu. Awal-awal lagi Kjee dah beritahu doktor kalau boleh mahu lahirkan kamu pada 29 haribulan. Doktor kata baby sudah 'cukup matang' masa itu. Insya Allah boleh.

Tetapi menjelang 29 Januari, doktor kata kamu tertidur sebab Mama banyak sedut 'gas' kerana tetiba diserang asthma seminggu sebelum 29 Januari. Maka kamu lahir 12 hari kemudian!!

Mama bertarung nyawa melahirkan mu. Enam jam selepas kamu zahir ke dunia, Mama masih diatas katil besi dalam bilik bersalin. Doktor tak berani alihkan mama ke bilik sebab pendarahan yang amat teruk.

Semuanya kerana Mama menjerit keseronokkan sebab Mama telah lahirkan seorang PUTERI bukan PUTERA seperti diramalkan doktor atau HERO, seperti kata Mak Bidan.

But it was well worth it! HAPPY BIRTHDAY my dear. Tapi atas permintaannya, Nadia kata tak payah tulis usianya sebab dah banyak sangat angkanya.

Tapi Mama pasti tak ramai dapat guess your age. Selalu orang akan tanya.."Nadia sekolah lagi?" Nak buat camner? Just like me, ramai tak sangka Mama dah masuk six series. Ewah. Hohoho

Keep counting the numbers dear. Age is only a figure. Mama doakan segala yang terbaik buat mu di dunia dan akhirat. Seorang anak yang cukup baik dan solehah. Thank You Nadia for everything.

Mama dan Papa love you lots.

HAPPY BIRTHDAY!








Luahan hati Nadia.


Thursday, October 30, 2014

famili dan kehidupanku

UNCLEPALI AND ME... OVER THE YEARS


















Yang terbaru... 26/10/14

Saturday, October 25, 2014

famili dan kehidupanku

PULUT KUNING DI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI







Alhamdullilah. Tertunai jugak niat Kjee nak buat pulut kuning untuk hari ulangtahun perkahwinan kami. Kjee rasa ini first time Kjee buat untuk anniversary. Ada sekali dua Kjee buat untuk birthday.

Senang buat Pulut Kuning kerana lauknya simple sahaja dan penyediaannya pun mudah. Kjee memang tak pernah ada masalah buat Pulut Kuning ini sebab masa muda-muda dulu selalu tolong Bonda buat.

Dan masa Kjee meniaga di Food Court Anjung Melawati, Pulut Kuning ini adalah hidangan istimewa di hari Ahad. Kalau tak silap, Kjee jual Pulut Kuning dengan rendang daging, hanya RM3.50 satu portion. Begitu manis kenangan ketika itu.

Anyway, bagi orang Melayu, Pulut Kuning ni cukup bermakna dalam menyambut sesuatu peristiwa penting seperti kelahiran, perkahwinan dan lain-lain yang sewaktu dengannya.





























Resipi untuk Pulut Kuning, sila lihat sini. 

Untuk rendang daging, Kjee buat biasa-biasa jer. Bawang besar, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar, diperap seketika dengan daging yang telah dipotong-potong. Kalau nak pedas tambah sekali cili padi yang dikisar dengan cili kering. Kemudian masukkan dalam kuali dan curahkan santan.

Untuk 1 kilo daging, Kjee guna 2 kilo santan pekat. Bubuh jugak serai yang telah dititik, lengkuas yang telah diketuk serta halia yang jugak diketuk. Masukkan jugak 2 keping asam gelugor dan lebih kurang 5 helai daun limau purut. Kekadang Kjee letak jugak daun salam tapi kali ni tak ada stok. Kalau ada, memang sedap. Letak juga sehelai dua daun kunyit yang telah disiat-siat.

Masak atas api hingga mendidih, pastu perlahankan api dan direndidih sehingga hampir kering dan jugak daging sudah cukup empuk. Kemudian masukkan kerisik. Kjee beli jer kerisik tapi kalau buat sendiri memanglah mantop!

Untuk rendang kali ini, Kjee letak 1 sudu besar kicap hitam yang tidak masin. Saja nak bagi warna. Jangan lupa perisakan dengan garam dan juga sedikit gula. Itu jer.




famili dan kehidupanku

WE'VE BEEN MARRIED FOR 14 YEARS!!







Kami baru sahaja meninggalkan 14 tahun di belakang. Kini sedang memasuki tahun ke 15. Satu perjalanan yang nampak sahaja jauh. Tetapi oleh kerana diselang selikan dengan pelbagai pelbagai momen yang manis dan kekadang pahit, rasanya macam baru semalam kami diijabkabul sebagai suami isteri.

Tidak ada kata-kata yang boleh diucapkan kecuali terima kasih kepada Allah swt kerana menemukan Kjee dengan UnclePali. Seorang suami yang penyayang dan sangat mengambil berat terutama sekali apabila isterinya terlalu kerap tidak sihat.

I thank you my dear. Tidak mampu rasanya untuk membalas. It has been a long and winding road... I will not stop loving you. Insya Allah.

Semoga kami akan terus menjalani kehidupan ini bersama hingga ke nafas akhir. Insya Allah. Aamiin.





Friday, April 25, 2014

famili dan kehidupanku

HAPPY BIRTHDAY UNCLEPALI