Showing posts with label puffs. Show all posts
Showing posts with label puffs. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

MINI CHICKEN POT PIES




Akhirnya, setelah berminggu-minggu Kjee asyik tatap aje resipi dan cara pembikinannya di FB, hari ni Kjee berkesempatan membuatnya.

Walaupun membuat Chicken Pot Pie bukan sesuatu yang baru buat Kjee, namun selama ini, Kjee buat dalam ramekins. Letak inti dalam ramekin dan tutup dengan pastri. Kekadang Kjee beli puff pastri. Dan ada sekali dua Kjee buat sendiri.

Tetapi video yang ditunjukkan oleh page Tasty, buat Kjee tak senang duduk. Sangat cantik, mudah dan Kjee dapat bayangkan kesedapannya.

Resipi inti Kjee buat cara Kjee sendiri. Sudah pasti yang lebih mudah dan jugak kena dengan selera Kjee. Bahan-bahannya pun tak leceh sangat. Semua memang sentiasa ada dalam peti ais.

Hasilnya, amat memuaskan. Kjee buat dua biji sahaja kerana ia harus dimakan ketika masih panas. Tetapi harus hati-hati sebab intinya amat panas. Nanti melecur pulak bibir. Hehehe.

Selepas belajar buat mini Chicken Pot Pies ini, Kjee rasa Kjee nak pencen buat yang guna ramekins. Serius ni. I think I prefer this mini pot pies.

Jom kita lihat bahan-bahannya.






MINI CHICKEN POT PIES
sumber: Tasty
olahan : Kjee


BAHAN-BAHAN:
untuk dua biji mini pies

4 keping puff pastry jenama Kawan
1 biji telor

inti:

3 ulas bawang putih
1 mangkuk kecil mixed vege
1 mangkuk kecik ayam yang telah didadu/hiris kecik-kecik
½ kiub ayam
1 sudu besar tepung gandum
¼ cawan air
lada hitam secukupnya

CARA

Tumis bawang putih dengan lebih kurang dua sudu besar minyak. Kjee guna minyak Zaiton. Apabila sudah sedikit perang, masukkan ayam. Goreng sehingga ayam kecut. Masukkan ¼ cawan air, ½ ketul kiub ayam dan lada hitam tumbuk. Biarkan ia mendidih seketika. Kemudian masukkan mixed vege. Kalau tak ada, boleh dadu lobak merah dan jugak letak celery. Kjee suka guna mixed vege sebab mudah. Ada jagung, carrot dan kacang peas.
Masak hingga mixed vege lembut dan ayam sudah masak. Rasa. Ketika ini boleh tambah sedikit garam kalau suka. Tapi pada Kjee sudah cukup rasa.
Kemudian bancuh tepung gandum dengan dua sudu air. Curahkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan tadi. Kacau pantas-pantas sehingga ia likat. Padam api.
Sejukkan.

Panaskan oven 200 darjah selama 10 hingga 15 minit.

Keluarkan pastri. Ambil sekeping pastri. Guna ramekin (mangkuk) yang cukup besar untuk 1 keping pastri. Potong keliling pastri. Buang bakinya. Sebenarnya lebih mudah dipotong guna pisau yang tajam ketika ia masih dalam keadaan beku. Kalau di suhu bilik, ia menjadi lembik. Kemudian ambil satu lagi ramekin yang lebih kecil dan toreh (jangan sampai putus) permukaan pastri yang sudah dipotong bulat tadi. Kemudian buat yang sama pada satu lagi keping. Tetapi untuk kepingan kedua ini, tak perlu ditoreh bahagian tengahnya.
Sapu pastri yang tidak ditoreh tengahnya dengan telor yang telah dipukul manja. Kemudian ambil pastri yang telah ditoreh tengahnya dan lekatkan atas sekeping pastri tadi. Sapu lagi telor. Buatlah sampai habis. Kjee buat dua biji sahaja.
Letak dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-15 minit tadi. Penting oven mesti panas sebelum dimasukkan pastri supaya ia boleh cepat naik dengan suhu yang panas.
Ketika masukkan pastri ke dalam oven, Kjee hanya guna api bawah. Bakar selama 15 hingga 20 minit ikut kepanasan oven memasing.
Setelah berwarna keemas-emasan, keluarkan dan toreh keluar bahagian tengah yang telah mengelembung. Guna pisau tajam dan hati-hati jangan ranapkan keseluruhan pastri.

Isi dengan inti ayam dan mixed vege. Hidang terus.

Selamat mencuba.

NOTA KAKI:
Korang nak belajar lebih terpeinci untuk buat Mini Pot Pies ni, cuba korang bukak page Tasty kat Facebook. Kjee belajar dari situ. Scroll ke bawah page tu, mesti jumpa punyalah. Mudah sangat cara dia.





Thursday, September 26, 2013

CHICKEN POT PIE






Patutlah orang Mat Salleh boleh makan makanan camni sahaja. Pekena sebekas dah kenyang, tau. Tak percaya, cubalah buat.

Chicken Pot Pie ni Kjee buat semalam atas request Sham. Dia suka sangat makan. Dia taklah  request direct kat Kjee, sebenarnya tapi ada beritahu Nadia yang Chicken Pot Pie yang mama Nadia buat, sedap. Dia suka. So, tak reti-reti nak paham ker? Isyhhh bahasa apa ni... tak reti-reti nak faham. Hehehe.

Chicken Pot Pie ni dah selalu Kjee buat. Jugak favorite Kjee tapi bukan kesukaan UnclePali dan Nadia. Nasib baik dah ada geng baru untuk menikmatinya, kan?

Walaupun, ada resipi yang Kjee dah buat sebelum ni kat SINI, tapi semlam Kjee buat main hentam jer. Ikut apa yang ada dalam fridge. Tapi rasa tetap maintain, kata Sham. Ewah.

Jadilah 3 bekas. Heran jugak ya bila tak ikut resipi pun boleh ngam dapat 3 bekas. Cukuplah kan? Makan dua orang jer. Sham habiskan satu dan Kjee dua. Ehh kenapa Kjee makan banyak. Tidaklah makan sekali gus. Satu bekas Kjee perabis sebaik keluar oven dan satu bekas lagi malam tadi.



Ini inti 

Bahagi 3 bekas ramekins

Tutup dengan puff pastry jenama Kawan


Tu diaaaa

Saturday, May 25, 2013

CHICKEN & MUSHROOM POT PIE VERSI KJEE




Oleh kerana teringin sangat nak makan Chicken Mushroom Pot Pie, hari ini Kjee buat lagi tetapi Kjee tak guna canned mushroom soup macam Kjee buat dulu. Kjee buat roux sendiri. Hasilnya, sama sedap. So lain kali tak payahlah bubuh mushroom soup macam kat sini

Kjee juga buat ubah suai puff pastry jenama Kawan yang Kjee gunakan. Kjee roll sikit puff pastry itu guna rolling pin, baru diletak diatas ramekins yang telah diisi dengan inti chicken mushroom.  Kjee buat begitu sebab tak nak bagi pastry itu naik tinggi sangat macam gambar di bawah.


Boleh jugak letak saja puff pastry atas ramekins tanpa digelek


Untuk chicken pot pie hari ini, Kjee dadu satu bawang besar dan dua ulas bawang putih. Kemudian Kjee panaskan periuk dan letak butter serta sedikit minyak jagung. Apabila butter dah cair, Kjee masukkan bawang merah dan bawang putih. Setelah layu, Kjee masukkan kira-kira 1.5 sudu makan tepung gandum. Masak seketika kemudian masukkan kira-kira 1 mug susu segar.

Setelah mendidih, Kjee masukkan kira-kira 1 mangkuk isi ayam yang telah Kjee rebus dan carik2. Gaul rata. Kemudian masukkan 4 cendawan shitake yang telah direndam lembut dan hiris. Masukkan jugak 1 cawan mixed vege.

Kacau hingga rata, lepas tu masukkan 1 kiub ayam Knorrs dan 1 sudu kecik lada hitam. Kjee tak bubuh garam tapi kalau korang suka, bolehlah. Apabila sudah pekat, padamkan api.

Bahagikan inti ayam tadi ke dalam mangkuk ramekins dan sejukkan seketika.




Panaskan oven.

Keluarkan puff pastry Kawan secukupnya. Apabila sudah lembut suhu bilik, tabur sedikit tepung dan roll out  guna pengelek. Kemudian diletakkan kemas2 atas permukaan ramekins dan letakkan sekelilingnya. Tebuk lubang kecik diatas pastry untuk keluarkan wap dan diberuskan sedikit susu segar diatas pemukaan puff pastry itu. Boleh jugak guna telor.

Bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 10 hingga 12 minit.

Makan ketika suam.

KALAU NAK ORDER RAMEKINS, SMS KJEE 0126780501.






Friday, June 15, 2012

PUFF TELOR PORTUGIS



Akhirnya!! Kjee berjaya buat Portuguese Egg Tarts (or is it puffs) setelah berhari2 duduk depan komputer sambil drooling over hasil air tangan Paty dari Paty's blog. Thnx Paty.






Mudah jer sebenarnya tetapi banyak sangat aral bila duduk nak membuatnya. Tetapi hari ni Kjee nekad. Lagipun,  hari ni Kjee tak masak untuk lunch. So bolehlah projek baking Egg Puffs ni. Kjee panggil egg puffs sebab Kjee guna puff doh jenama kawan. Ingatkan tadi nak buat puff doh yang dibuat Paty tapi jenguk fridge, butter tak ada! 

Hasilnya setelah masak? Hmmm belum sempat sejuk betul, Kjee dan Unclepali dah ngapp dua biji sorang! Enak banget gua bilang lu!

Kjee double up resipi Paty sebab tamak. Hehehe. Apabila dah buat, puff pastry kawan cuma ada 10 keping. Mixture telor banyak berbaki.So, Kjee tengah thaw pastry puff jenama yang belum Kjee try ni. Yang warna biru (dalam gambar).













Kjee ingat nak buat satu tart guna acuan besar. Jap lagi nak try. Resipi Paty guna UHT tapi Kjee hanya ada fresh milk sebanyak 100ml so Kjee tambah susu cair or evaporated milik sebanyak 150 ml lagi.





Kalau korang nak buat dalam 10 biji kecik2, buat separuh jer dari bahan2 yang Kjee guna.

Bahan2nya:

200 ml whipping cream
4 butir telor ayam gred B
110 gms gular halus
250 ml susu UHT
2 keping cheddar cheese
secubit garam
1 sudu kecik esen vanilla
pastry jenama kawan (kalau nak buat pastri cara Paty, klik sini) 

CARA:

Panaskan oven suhu 220 darjah. 
Keluarkan pastri jenama kawan (kalau guna) biar pada suhu bilik.
Panaskan sedikit separuh dari whipping cream dalam periuk kecil atas dapur. Sebaik mendidih (manja), masukkan gula halus. Kacau sampai hancur dan sebati. Kemudian masukkan separuh lagi whipping cream dan cheese. Kacau bagi sebati dan alihkan dari api. Sejukkan seketika.
Pukul telor manja2 bersama sedikit garam dan esen vanilla. Masukkan juga susu UHT. Kacau rata. Kemudian masukkan bancuhan telor ke dalam bancuhan susu. Kacau sebati dan tapis.
Turap sedikit pastri kemudian dipotong kemas dan diletaak dalam acuan. Kjee spray (can oil spray) dulu acuan tin. Kalau tidak, oleskan sedikit butter atau minyak.
Setelah disusun doh dalam acuan, isikan ¾ doh dengan adunan telor.
Bakar dalam oven selama 20 hingga 25 minit atau sehingga permukaannya sudah keemasan. 
Hidang sejuk.




Sunday, October 23, 2011

KARIPAP KENTANG AYAM SPECIAL


Kelakar betul. Korang jangan ketawa menu bekfas Kjee pagi ni. Cadang tadi nak buat cekodok jagung udang versi tembab. Ala versi Che Mat Gebu. Tapi apabila masuk ke dapur, lain pulak citernya.



Kjee bukak fridge dan jumpa baki ayam golek yang kami beli kat Kpg Kerinci hari tu. Masih dalam keadaan elok. So, tanpa berfikir panjang,. Kjee pun keluarkan kentang dan porjek buat inti karipap kentang guna isi ayam golek leftovers tu.

Sebaik sahaja inti siap dan disejukan, Kjee buka freezer. Jeng jeng jeng, jumpa pulak satu peket prata jenama Kawan. Boleh ke tak boleh boleh ke tak boleh...ahhh kita yang buat dia.

So Kjee keluarkan sekejap bagi doh prata tu duduk dalam suhu bilik. Kemudian Kjee potong dua sekeping prata tu.Pastu buatlah karipap macam biasa. Bubuh inti dan kelim. Walaupun sukar sikit nak klim sebab lama sangat duduk dalam suhu bilik dan lembik. Tapi kalau tabur tepung gandum sikit oklah.

Jadinya taklah secantik karipap biasa sebab. Senget benget sebab Kjee terkial2 nak klim. Susah sangat sebab dahlah tak ada shape, lembik pulak.

Tetapi kalau dah nak buat tu, apa halangan bisa ku tempuh!!  Dan hasilnya? Tak mau nak citerlah sebab sedap sangat!! Macam karipap yang flaky. Ala2 puff pun ada. Masa goreng, apinya mesti sederhana.

So kalau korang nak cuba, bolehlah. Intinya boleh buat cara korang sendiri tau! Okay tumpang lalu, Kjee nak makan sebelum Unclepali dan Nadia habiskan. Hehehe.


Friday, September 16, 2011

PUFF SOSEJ, TELOR MATA KERBAU DAN BAKED BEANS



Semalam plan nak buat breakfast lain tapi pagi ni jadi yang lain pulak. Tak tau kenapa roti benggali yang Nadia buat malam tadi tak menjadi. Entah mana silapnya.

Kjee pun pernah buat roti benggali 'bantat' macam tu. Maka rezeki Cik Tong lah. Mungkin kerana Nadia demam sebab tu roti tak menjadi.

Maka Kjee pun ubah fikiran dan buat puff sosej. Mujurlah ada empat keping pastri puff jenama Kawan yang berbaki. So Kjee gulung sosej dalam pastri, toreh2, brush dengan egg wash dan masukkan ke dalam oven selama 30 minit suhu 170 darjah  atau sampai cukup masak.

Pastu goreng telor mata kerbau dan panaskan baked beans. Makan dengan sos cili dan jugak sambal udang kering.

Sunday, July 31, 2011

SAVOURY BEEF + EGG PUFFS

Tu dia benjolnya






Kalau buat masakan omputih kena tulis cam tu...savoury beef plus egg puff..baru ada kelas. Cam biasa tak tahu low class ke high class. Sebenarnya, Paf inti daging dan telor rebus yang pedas. Itu jer.

Hari tu Kjee buat tapi tak bubuh telor. Kali ini teringin pulak nak bubuh telor rebus macam yang selalu beli kat Angel Cake House. Sekarang dah tak ada lah bakeri tu. Kjee belajar makan puff dengan telor rebus kat situlah. Bukan Kjee kerja kat bakeri tu tapi selalu beli kat situ.

Inti yang Kjee buat hari ni sama jer cam biasa. Cuma Kjee bubuh sikit frozen peas.

Nak tahu resipi dia, jom intai.

BAHAN2NYA;

400 gms daging cincang
1 biji kentang yang kecik
1 labu bawang besar yang tak besar
2 sudu frozen peas
2 sudu rempah kari daging
puff pastry jenama kawan secukupnya
telor rebus secukupnya

CARA:

Belum apa2 lagi, kena keluarkan puff pastry dan letak pada suhu bilik. Kemudian sediakan inti. Kjee rebus sekejap daging cincang. Apabila mendidih, terus tos buangkan airnya. Kjee rasa korang tahu kenapa. Yang tak tahu...daging cincang banyak lemak. So kalau rebus, lemak dia cair. Bila kita toskan airnya dan buang, lemak tu masuk sinki bukan perut kita. Faham? Tak faham buat2 faham.

Kentang dibuang kulit, dadu kecik2 dan celur sekejap sampai separuh masak, Tepikan. Bawang didadu.

Panaskan sedikit minyak. Kjee guna olive oil. Kemudian bila panas, masukkan bawanag dan tumis sampai layu. Masukkan 2 sudu rempah kari, kacau pantas2 dan bubuh kira-kira dua sudu air. Kemudian masukkan daging dan kentang. Kjee bubuh pak aji. Kalau korang tak nak, polis tak tangkap. Pastu masukkan garam dan kacang peas yang frozen. Golek2 seketika sampai cukup rasa kemudian padam api dan sejukkan.

Panaskan oven. Set kepada suhu 190 darjah.

Ambil sekeping pastry. Letak atas pinggan. Kemudian letak satu sudu inti daging. Letakkan ½ biji telor rebus diatas inti tadi. Kemudian ambil sekeping lagi pastry dan toreh2. Tutup atas pastry tadi. Kelim tepi dengan garfu. Bakar selama 25 minit atau sehingga cukup garing. Sepatutnya di berus dengan egg wash tapi tadi lupa.

Buatlah seberapa banyak yang suka. Boleh jugak buat pesen tiga segi.

Tadi ada banyak inti berlebihan. Esok buatlah murtabak pulak kan?

Kalau nak respi puff apple, klik sini .



Thursday, May 12, 2011

323. Tart Telor



Lama dah Kjee tak bubuh entry masakan. Sibuk sangat menulis skrip. Pastu ada jer kerja yang buat Kjee tak ada banyak masa nak ke dapur. Kesian gak korang bila bukak jer, dah tak nampak lagi entry resipi, so korang layanlah resipi mudah ni.

Hujung minggu ni boleh suruh anak2 bujang ke yang daro ker buat. Pastri dia guna yang dah siap iaitu pastri roti prata jenama Kawan.

Acuannya Kjee guna muffin tray yang kecik2 dan comel. Satu tray jadi 12 biji. Kalau sesapa ada tray muffin yan g lebih besar, adjust sendiri lah yer. 1 keping roti canai frozen tu dapat 6 biji egg tarts yg kecik.

BAHAN2:
2 keping roti canai frozen (jenama kawan)
4 biji telor
5 sudu besar susu manis (nak manis boleh tambah lagi)
1 sudu besar vanilla
satu cawan kecik air

CARA MEMBUAT:
Telor dicampur ngan susu manis dan air. Kacau sampai rata. Jangan pukul sampai kembang. Kemudian masukkan vanilla. Potong roti canai ikut acuan. Kalau tebal sangat, bubuh sikit tepung atas roti canai dan gelek guna kayu pengelek (rolling pin) biar tipis sikit. Kemudian tuangkan bancuhan telor (kastad) ke dalam doh yang telah dimuatkan dlm muffin tray. Jangan sampai penuh sangat tau. Cukuplah sekadar ¾ jer. Bakar kepanasan 170 darjah selama 20-25 minit atau kastad telor dah keras dan nampak kuning keemasan.. Selamat mencuba.









Wednesday, March 16, 2011

140. dah tak der kerja lain dah...

ini dah tak tau apa nak buat. internet slow cam kura2. nak tengok tv, boring. nak baca buku tak der mood. lagipun malam tadi dah stay up habiskan baca buku Tun M.

cik abang kita dah keluar minum pull tea dengan best fren dia. bukan pompuan tau tapi jantan tulen. so, kjee pun mengisut pelan2 ke dapur dan buatlah apa patut. korek sana korek sini, jumpa red bean paste yang belum lagi digunakan. nak buat roti malas nak tunggu roti 'proof'. so yang paling senang keluarkan puff pastri jenama kawan.

elok buat kawan dengan jenama kawan ni. dia kawan yang baik. dia bagi kerja kita buat puff jadi senang. macam tulah kawan yang setia. tak macam sesetengah kawan tu yang suka menyusahkan orang jer.

apapun, korang tengoklah gambar yang tak berapa lawo ni. walaupun tak lawa puff ku hari ini tapi rasa dia tetap sedap. kau ader? hehehe


Thursday, March 10, 2011

127. spicy beef puffs

puff lagi. abis nak buat camner. ingat nak buat karipap. tetiba malas. bukak peti ais jumpa pastri. so hantam sajalah labu.

sebenarnya, dah banyak kali kjee buat paf daging tapi tiap kali, kjee tokok tambah bahan2nya. biaselah kan. cekup jer apa yang ada dalam peti ais. hari ini kjee jumpa cendawan kering. terus kjee rendam. pastu cari carrot tak der. jumpa lak kentang. pastu bukak freezer jumpa lak kacang peas yang frozen.

nasib baiklah dah ada pastri yang tersedia. kalau tidak, sampai mati pun kjee takkan buat pastri sendiri. kesian kengkawan yang selalu kata tempat dia orang tak der jual pastri puf segera. ada seorang fren FB kata dia beli jenama kraft. hah carilah jenama tu pulak yer.

ok kita tengok resipinya. tadi kjee buat intinya lebih sikit sebab kjee nak bekukan. bila nak gunakan lain kali senang lah. jadi kalau inti yang dibuat berlebihan, jangan ler buang yer. boleh guna lain kali.

bahan2nya:

1 peket pastry jenama kawan 4x4
1 peket kecik daging kisar (kjee guna jenama ramly kalau tak silap 400gms)
1 labu bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbukcili kering
cendawan (ikut suka)
1 biji kentang (didadu halus pastu direbus)
sedikit kacang peas

CARA:
kjee rebus dulu daging kisar dalam 10 minit. bukan untuk memasaknya tetapi untuk mengeluarkan minyak2 pada daging. biasanya kalau beli yang sedia dikisar,dicampur pelbagai lemak daging kat situ. nak buat lemak susah sikit so setelah direbus seketika, kjee toskan airnya dan buang. cara ini lemak dia akan terhapus.
panaskan periuk dan tumislah bawang putih dan bawang merah hingga wangi. kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili dan goreng seketika. bila naik minyak, masukkan daging, kentang dan cendawan yang telah direndam terlebih dulu selama kira  jam dan dihiris halus. bubuhlah garam dengan perasa. kemudian masukkan kacang peas dan kira2 dua sudu besar air dan masaklah sampai kering. kemudian sejukkan.
semasa kita masak inti tadi, pastri haruslah dikeluarkan supaya ia jadi suhu bilik. tekan hujung pastri dengan garfu supaya melekat.
akhir sekali, sapulah dengan telor yang dicampur sedikit butter.
bakar dalam oven suhu 200 darjah selama 20 minit atau sampai kegaringan yang diingini.


Sunday, March 6, 2011

APPLE PUFFS INTI MENTAH

baru jer balik dari melaka. ngam ngam 12 jam sampai balik rumah. keluar kul 12.30 tengah hari sampai balik kul 12.30 malam. kesian unclepali. abis nak buat camner. mula ingatkan nak tido. sampai kat pengkalan balak tetiba terkejut kat situ banyaknya chalet kecik2 milik orang melayu kita yang mengadap laut. tapi dek kenangkan anak terpaksa siapkan assignment untuk presentation hari isnin, balik lah juga. next time kami sure datang balik ke pengkalan balak dan tido there.

cam biasalah kalau kering otak, kjee bubuh jer resipi. hari ahad elok bagi resipi yang anak2 boleh belajar dan tolong mama buat. anak lelaki dan pompuan skali suruh turun padang. jangan pepandai makan makan jer. hari ahad bagi mama rehat bukan pada hari ibu saja nak suruh mereka rehat, faham!!

hah ari ni mokcik jee nak ajar buat apple puff. senang jer. tak payah nak masak inti dia. potong dadu dan campur jer ngan gula dan sedikit serbuk kayu manis. resipi orang lain kena masak tapi resipi mokcik jee tak payah masak inti dia. betul...tak tipu punya. mula2 dulu mokcik dapat resipi ini, was was gak nak buat. rupa2nya tak tipu. mokcik dapat resipi ni kat internet. pastry puff guna yang dah sedia ada, jenama kawan. ok korang follow resipi ini. sure sedap punya. money back gerenti!!

who's money? your papa and mama's money of course lah!! after you make and eat this puff, you sure love me one!! hehehe (minglish...malaysian english)

BAHAN2NYA:
1 peket puff pastri jenama kawan.
2 biji apple merah
¼ cawan gula perang/brown sugar (kalau nak manis tambah lagi)
2 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar juice lemon
1 sudu kecik serbuk kayu manis (guna blender kering untuk blend kayu manis atau tumbuk guna lesung)
1 butir telor

CARA MEMBUATNYA:

Pastri diletak dalam suhu bilik sekurangnya 10 minit. Apple dikupas kulit dan didadu kecik2. bubuh apple dalam mangkuk dan masukkan gula, jus lemon dan serbuk kayu manis. kalau nak manis lagi tambahlah satu sudu besar gula lagi. pastu masukkan sedikit demi sikit tepung sambil kacau. letak satu sudu (agak2) campuran apple keatas sekeping pastri dan lipat dua. tekan2 dengan garfu di hujungnya supaya melekat. pastu toreh2lah di permukaannya ikut suka. lepas tu, diberus dengan telor yang telah dipukul dan dicampur dengan sedikit butter/marjerin. bakar dalam oven suhu 180 selama 20 minit.
(NOTA: MAKSUD KJEE GUNA INTI MENTAH IALAH, BIASANYA RESIPI APPLE PUFF ATAU APPLE TART GUNA INTI YANG TELAH SIAP DIMASAK. MACAM INTI ORANG BUAT TART NENAS. TAPI UNTUK RESIPI KJEE NI, INTINYA TAK PAYAH MASAK. MASAKNYA HANYA SETELAH DIMASUKKAN DALAM OVEN. TAK PAYAHLAH BUANG MASA MASAK SAMPAI DUA KALI)






Thursday, March 3, 2011

112. chicken mushroom pot pie

lepas baca entry bantal bucuk sampai tergolek, kjee bagi resipi lak. chicken mushroom pot pie with brown sauce. nak cepat ni sebab nak masak lunch. tapi sotong baru jer rendam sebab leka blogging dan layan FB. tapi tadi kjee dan unclepali dah makan chicken pie lebih semalam. panaskan dalam microwave. sebab itulah lambat sikit lunch tak apa. ok layan resipi yang kjee masukkan kat dalam FB sekali gus. so sekarang copy paste jer dari FB kjee. layannnn.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CHICKEN MUSHROOM POT PIE WITH BROWN SAUCE

chicken pie paling sedap kjee makan ialah di Angel Cake House  lewat 80-an dulu. sekarang dah tutup. chicken pie dia bukan sahaja bubuh isi ayam dan cendawan tapi juga telor rebus. hmmm kalau teringat balik memang kecur. selalu kjee buat sendiri bubuh jugak telor rebus tapi untuk yang buat semalam kjee tak bubuh. resipi dia sikit lebih kurang sama dengan Angle Cake House. kjee tak dapat resipi tu dari ACH. giler ker dia orang nak bagi! kjee kan ada sikit2  bakat boleh rasa apa orang letak dalam makanan, kalau kjee makan kat kedai. pastu balik umah, buatlah eksperimen sendiri. kekadang sampai tiga empat kali ulang buat barulah menjadi. kekadang tak jadi langsung. hehehe. oklah kita tengok resipi chicken mushroom pie ni.

bahan2:
isi ayam yang telah dihiris halus (ikut suka banyak mana)
½ cawan kacang peas (garden peas yang frozen)
1 batang carrot didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang sederhana besar didadu
1 bay leaf (optional)
cendawan dihiris (ikut suka banyak mana. kjee campur yang fresh dengan yang kering)
1 cube ayam knorrs
2 sudu minyak zaiton (guna minyak joyah ke jenap pun boleh hehehe)
serbuk lada hitam
1 sudu tepung gandum
pastry puff jenama kawan

caranya:

panaskan kuali, bubuh minyak zaiton dan masukkan bawang putih dan bawang merah. bila sudah wangi, masukkan ayam dan tumis seketika sehingga daging ayam tu kecut. kemudian masukkan sedikit air ( lebih kurang setengah cawan) bersama carrot. masak hingga carrot masak. kemudian masukkan kacang peas dan cendawan serta chicken cube. gaul rata. apabila semua sayur dan cendawan elok empuk, taburkan sedikit lada hitam dan bay leaf, kalau guna. rasalah. kalau tak cukup masin, bubuhlah sedikit garam. sila ambil perhatian yang chicken cube pun dah masin. so hati2. kemudian campurkan satu sudu tepung dengan air dua sudu dan masukkan. kacau pantas2 hingga rata. kemudian tutup api dan sejukkan. ini ini mesti lembab2 kering yer. tak bolehe basah nanti rosakkan pastri. kalau masih masah, masukkaan lagi sedikit tepung dan kacau pantas.
keluarkan pastry puff dan biarkan dalam suhu bilik. kjee guna mangkuk nasi cina kaca  sebab mangkuk ramekin tak ada. tapi saiz dia agak besar berbanding dengan ramekin. oleh kerana besar, satu pie guna dua kepung puff pastry.
sapu sikit minyak/butter dalam mangkuk. letak satu keping dalam mangkuk. isikan dengan inti ayam tadi. kemudian ambil sekeping lagi. buat hirisan atas keping itu dan tutup atas mangkuk tadi. kelim tepi2 elok. kemudian sapukan dengan kuning telor yang telah dicampur dengan sedikir susu segar, tabur bijan dan bakar guna suhu 190 darjah selama 25 minit atau hingga cantik warnanya. setelah sejuk, keluarkan dari mangkuk, susun atas pinggan dan curahkan dengan brown sos ketika hendak makan. selamat mencuba


brown sos:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
1 or 2 cube ayam maggie
lada hitam/sulah
2 cawan air

CARANYA:
1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang merah dan putih. Bila naik bau, masukkan tepung jagung. Tumis sampai warna coklat atau sampai warna gravy yang kita mahu. Masukkan air. Kacau sampai rata . Pecahkan cube ayam tadi dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa. Kalau kuah terlalu pekat tambah air.
 brown sos ini pemberian Nurwafiem Nur.

Friday, February 25, 2011

97. puff daging

sejak anak dara kjee asyik membuat roti, kjee dah terlupa nak buat puff. walhal sebelum kami belajar membuat roti, puff sahajalah yang menjadi makanan di waktu waktu sore. eh sore? kita kan orang jawa hehehe.

ada jer puff yang kjee buat. sekejap puff daging, puff sardin, puff apple dan jugak chicken pie. pie dan puff tu guna bahan asas sama. basic puff doh tu kjee beli. buat apa nak buat kalau yang dah siap punya ada. lagipun tak lah mahal sangat. buat sendiri bukan tentupun menjadi kan?

jadi hari ni kjee nak ajar you all buat puff daging yang resipinya seperti biasa hantam sajalah labu. hehehe. kenapa ketawa? jadi dan sedap tau. seperti biasa kjee copy paste jer resipi ini dari facebook kjee. malehlah nak salin balik kan. kerja instant hehehe.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




puff yang menggunakan pastry kawan ni memang versatile. sukati kitalah nak letak inti apa ker. kalau suka manis, kaya atau jem boleh dijadikan inti. kalau suka pedas dan spicy, sambal tumis ikan bilis pun boleh dijadikan inti. terpulang kepada kreativiti masing2. cuma perlu diingat, inti dia tidak boleh basah. itu jer. kalau gunakan pastri segera spt jenama Kawan, ia mesti dikeluarkan dari peti ais kira2 10 minit sebelum digunakan. kalau terlalu beku, hasilnya tidak akan nampak cantik. tadi kjee buat, batch pertama yang masuk oven taklah naik tinggi dan cantik macam batch yang terakhir. tapi kalau dibiarkan lama sangat di luar, susah pulak nak pisahkan daripada dalam peket. walaupun dilapik dengan plastik (bahan mentah) susah pulak kalau melekat. jadi, cara terbaik, bila dah keluar selama 10 minit, ceraikan antara satu sama lain cepat2. Kjee buat inti karipap biasa untuk resipi kali ini. Kalau daging terlalu keras, rebus dulu baru dadu kecik2. kjee guna daging batang pinang.

BAHAN2:
1 peket pastri jenama kawan (spt gambar di bawah)
Daging didadu kecil2 (ikut suka banyak mana)
1 labu bawang besar (dadu)
1 sudu besar rempah daging
2 biji kentang (didadu dan dicelur setengah masak)

Panaskan periuk atau kuali guna 1½ sudu minyak dan tumis bawang. kemudian apabila bawang sudah layu, masukkan rempah dan tumis lagi hingga naik bau. masukkan daging. tidak perlu bubuh air kalau guna daging mentah. kalau guna daging yang direbus terlebih dahulu, simpan air rebusan dan masukkan 5 atau 6 sudu sahaja. kemudian masukkan kentang yang telah dicelur setengah  masak dan bubuhlah sedikit garam dan bahan perisa jika suka. masak guna api perlahan hingga kering. sejukkan kira2 1 jam.
panaskan oven suhu 180 guna api atas dan bawah. pastri telah dikeluarkan dari peti ais sekurang2nya 10 minit dan kini berada dalam suhu bilik. pisahkan sekeping dan letak atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung. kemudian bubuhlah sedikit inti ditengah2 pastri. kemudian ambil sekeping lagi dan ditoreh2 kemas ditengah2nya. toreh itu mesti putus. (eh faham ke ni. kalau tak faham buat2 jer lah paham yer. hehehe). kemudian ditutup pastri yang sudah ditoreh itu keatas pastri yg ada inti. lekatkan tepinya. kemudian ambil garfu dan tekan keliling empat penjuru. pastu angkat dan bubuh atas dulang pembakar. buat semua sampai habis. ikut sukalah nak buat camner. (tengok gambar). pastu pecah telor, amik putihnya sahaja dan campur dengan sedikit butter. kacau sama rata dan berus bancuhan telor itu diatas pastri sebelum bakar. bakar selama 20 minit. itu jer. selamat mencuba.