Showing posts with label Chenta Hati. Show all posts
Showing posts with label Chenta Hati. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

Chenta Hati

ZAMAN BELAJAR DAH HABIS, ZAMAN KERJA MENYUSUL...







Bermulalah kehidupan sebenar Nadia selepas berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan Islam dan Kewangan (Islamic Banking and Finance) dari Universiti Tun Abdul Razak, UniRazak. hari ini, 9 November 2013.

Nadia, seterusnya, akan memulakan kariernya dalam sektor perbankan mulai 18 November ini.

Sebak sangat Kjee pagi tadi apabila semua graduan masuk ke dalam Dewan Medeka, PWTC dengan iringan muzik The Final Countdown. Sukar untuk mempercayai, zaman dia berhempas pulas belajar sudah berakhir, buat masa ini.







Selama 16 tahun Kjee bergadai bergolok menyekolahkannya. Sebagai ibu tunggal, bukan senang untuk melihat Nadia melalui transisi dari Tadika, ke sekolah rendah dan menengah, kemudian memperolehi Diploma dalam bidang Pengurusaan Hotel dan akhir sekali, degree pertama. Tak tahulah Kjee samada Nadia akan meneruskan pengajian untuk mengejar degree seterusnya. Kalau ada, Alhamdullilah. Manusia hanya boleh merancang.

Perasaan gembira dan sedih bercampur baur. Terlalu banyak dugaan yang dilalui Nadia sebelum berjaya mendapat ijazah ini.

Seorang anak yang cukup sempurna di mata Kjee... sanggup berkorban mengenepikan pengajiannya selama setahun, demi ibu yang seringkali sakit. Setelah setahun, dia kembali ke menara gading dan terus pecut. Dan hasilnya dapat diperolehi hari ini.

Sebagai ibu, tiada apa lagi doa yang boleh Kjee pohon untuk Nadia. Kalau nak diikutkan, sudah habis quota permohonan doa buatnya. Hanya harapan Kjee, selepas ini, dia dapat menyambung kecemerlangan dalam kerjaya yang dipilihnya.

Dan akhir sekali, Kjee juga berharap selain menjadi anak yang Solehah, dia akan jugak menjadi seorang isteri  yang taat dan seorang ibu yang mithali, Insya Allah. Aminn Ya Rabbal Alamin.



Bilalah nak start ni...asyik ucapan jer..

Agaknya masa kita nak naik pentas karang, dewan blackout tak?...

Hehehe kelakarnya...

Lama tak ketawa besar di khalayak ramai

forty winks...


Eh hensem lak papa




My one and only


Legaaaa anak dah habis belajar


My ugly duckling has turned into a swan...






Tuesday, January 15, 2013

Chenta Hati

DAH BESAR CUCU NEK YAH

Feeding time

Pandai bawak diri

Their playroom dah macam taska

Handsome nya

Apa hal lak ni?


Gelagat my cucu sedara. Kesian ibunya, Putri Alia Farina sebab tak ada maid. Tapi Alia memang seorang ibu yang cukup cekap! Congrats Alia.


Daddy baliklah...

Makan time

Hmmmm camner boleh jadi camni?

Happy Hours

Sunday, September 30, 2012

Chenta Hati

MAJLIS BIRTHDAY RA'ED, RIYAD DAN RIZQ






Semalam anak sedara Kjee, Putri Alia Farina dan suaminya Nazriel, buat majlis sambut birthday anak2 kembar tiga mereka, Ra'ed, Riyad dan Rizq. Tapi sedih Nek Yah tak dapat hadir sebab tak sihat. 

Alhamdullilah semua berjalan lancar. Foto2 ni Kjee ambil dari facebook Alia.







Friday, August 24, 2012

Chenta Hati

FIRST RAYA FOR RIYAD, RA'ED AND RIZQ




Foto dari album Putri Alia Farina




Friday, May 18, 2012

Chenta Hati

MY LATEST LOVE

Ini chenta hati terbaru kita. Samsung Galaxy S Advance. Tadi beli di Low Yat. Baru seminggu cecah pasaran Malaysia.. Harganya? Hmm dalam lingkungan RM1xxx.00. Check lah sendiri kat Low Yat yer. Hehehe

 Hadiah dari seorang sahabat yang dikasihi. Terima kasih banyak2.

Kjee suka sangat. Tak suka yang canggih2 macam Nadia punya - Iphone4S. Nanti bertahun tak khatam
belajar guna.


Sedih berpisah dengan Sony Ericsson yang banyak berjasa