Showing posts with label pembuka selera. Show all posts
Showing posts with label pembuka selera. Show all posts

Friday, February 24, 2023

BUBUR LAMBUK


        Yayyyy kalau Kjee dah mula buat Bubur Lambuk maknanya Ramadan sudah hampir menjelma. Lebih kurang sebulan aje lagi.
       Dan Bubur Lambuk Special ini akan Kjee sediakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau hampir bosan menikmatinya. 😁
        Tetapi Kjee boleh gerenti sesiapa yang pernah cuba buat cara Kjee ini akan seringkali teringat kalau tiba Ramadan. Insya Allah. 
        Dulu masa Kjee jual bubur ini kat Pasar Juadah Melawati, ada seorang pakcik tu kecewa banget apabila bubur dah habis masa dia datang. 
        "Adoi macam mana saya nak jawab kat anak saya? Dia yang kirim. Tempat lain tak jual macam yang ini!" Ketakutan dia. Maklumlah di bulan Ramadan anak2 banyak ragamnya kalau berpuasa. 
        Unclepali yang terdengar terus ambil satu bekas dibawah meja. Bubur itu untuk kami berbuka Puasa. Terus serah kepada pakcik tadi. Apabila dia tahu itu untuk kami berbuka puasa, dia kata: "Eh pakcik bayar dua kali ganda!" Kjee tolak duit dia. "Hadiah kami untuk anak pakcik!" Sedih bila terkenang. 

        Hari ini Kjee masak guna kaedah cuci beras dan rendam dalam air dalam freezer. Air tu biar tinggi satu inci dari beras. Dan pagi esok terus letak beras rendaman beku itu dalam periuk. Tambah lagi air separuh periuk dan rebus. Kjee juga rebus daging yang dipotong kecik2 dan direbus, sehari sebelumnya. Air daging turut dimasuk ke dalam rebusan beras. 
        Tarrraaa selalunya Kjee masak dalam Pressure cooker tetapi guna kaedah ini tak perlu pressure cooker. Sekejap aje dah siap. 
        Korang yang selalu follow cara Kjee buat Bubur Lambuk ini mesti sedia maklum Kjee pecahkan telor asin ke dalam periuk hampir2 bubur sudah nak siap. Bukan rebus sebiji-biji dalam periuk asing2 macam orang rebus telor asin. 
        Baca resipi lengkap kat DISINI. Tapi tukarlah cara lama itu dengan guna beras beku ya. 
        SELAMAT MENCUBA. 

     

Wednesday, March 31, 2021

HOME MADE CILI FLAKES


     Kalau UnclePali pergi beli Pizza, Kjee mesti suruh dia minta peket cili flakes banyak-banyak. Kjee buat stok. 🤭
     Tetapi sekarang dah jarang beli pizza, stok cili flakes pun wes entek (bahasa jerman untuk dah habis 😂). Kena buat sendirilah. Bukan tak boleh beli. Tak mahal mana pun. Tapi mokcik suka pulak buat.
     First thing first. Cili kena rendam dua tiga jam. Pastu cuci bersih-bersih. Korang rasa kalau beli yang readymade, dia orang cuci tak? 

   
     Kemudian dah kering lepas tos, jemur kat tengah panas. Elok letak atas dulang alluminum masa jemur. Jemur sampai betul2 kering. Kjee jemur 2 hari. 
     Dah kering, Kjee guna gunting dan potong ikut panjang cili. Keluarkan biji dia. First time buat dulu tak buang biji. Pedas ya amat! 


     Foto atas ni dah buang biji. Pastu Kjee sangai sampai garing. Sangai bukan bahasa jerman. Bahasa Melayu jer. Maknanya goreng tanpa api sampai garing. Guna api kecik jer sebab kalau hangus,  hasil cili flakes  jadi pahit! 


      Dah elok garing (caranya diramas sikit. Kalau mudah rapuh makna dah cukup). Lepas tu dikisar. Kjee kisar guna food processor. Kalau tiada, guna blender kering yang kecik tu. 
     Jangan kisar terlalu halus. Siap. Simpan dalam bekas. Kjee tak yakin letak kat luar. So letak jer dalam peti ais takut kulat. 
     Sedap makan apabila ditabur atas segala apa makanan yang kita suka. Dulu Kjee pernah buat. Klik SINI. 



Wednesday, March 17, 2021

KERABU MANGGA MUDA



    Tetiba aje teringin nak makan. Tapi pagi tadi hampir-hampir kecewa sebab mangga yang beli seminggu lalu dah masak. Tetapi kerana tak nak bawa rasa kempunan sampai ke petang, pujuk UnclePali beli mangga lain. 
     Dan inilah kejadian tadi. Kerabu Mangga yang sedap banget. Plan nak letak kacang gajus tapi terlupa nak panggang kacang tu. Ahhh apapun, tak kesah lah kan. Kita yang buat dia. 
     Kjee buat Kerabu yang simple sangat. Ricik-ricik mangga, hiris bawang dan cili padi. Kemudian buat sosnya iaitu jus limau kasturi, sedikit gula dan garam. Gaul sehingga gula larut, curah atas mangga yang telah bercampur bawang dan cili padi. 
    Itu aje. Time nak makan, campurkan pula ikan bilis yang telah digoreng garing. Siap! 




Thursday, November 13, 2014

BUBUR NASI +DAGING+TELOR ASIN UTK ANAK YANG TAK SIHAT






Kerana Nadia sakit tekak, batuk dan demam, Kjee buat bubur nasi campur daging dan telor asin ini sebab itu comfort food dia kalau tak sihat. Selalunya Kjee suruh papa dia beli jer kat restoran Amerika tu.

Dah bertahun tak buat sebab tak ada demand. Harap-harap Nadia selera makan nanti. Now dia tengah tidur sebab overdose ubat selesema kot.

Senang jer buat bubur nasi ni especially kalau ada Pressure Cooker. Kalau tak ada, Kjee syorkan rendam dulu beras semalaman. Esoknya, sekejap jer kalau direbus. Kalau nak rebus, mesti masukkan sekali daging yang telah dicincang halus. Air daging tu akan jadi asas menjadi bubur yang sedap.







Apabila beras tu dah halus, (kena tambah air beberapa kali ketika masak), bolehlah masukkan telor asin yang dipecahkan sebiji sebiji ke dalam bubur. Jangan bubuh garam. Tadi Kjee masukkan 6 biji telor asin ke dalam bubur ketika bubur sudah halus dan cukup masak. Perlahankan api dan kacau perlahan-lahan supaya dasar periuk tak hangit. Masukkan jugak sedikit santan. Kacau sampai rata.

Kemudian tumislah bawang putih, bawang dan jugak halia hingga garing dalam kuali. Guna sikit jer minyak. Sebalik sahaja garing, tuangkan  bersama minyak ke dalam periuk bubur yang tengah mendidih. Ini namanya tumis darat. Kacau perlahan-lahan supaya gorengan tadi sebati dengan bubur. Padam api.

Apabila hendak hidang, kaup bubur ke dalam mangkuk, bersama sebiji telor asin. Renjiskan sedikit minyak bijan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang. Kalau rasa tak cukup masin, boleh curahkan sedikit sos ikan atau nampla. Kalau nak pedas, sediakan cili padi yang telah dipotong-potong.

Kalau nak resipi penuh, klik SINI.








Wednesday, July 17, 2013

HIDANGAN UNTUK BERBUKA... HANYA SEKADAR IDEA

Resipi klik sini



Hari ni Kjee macam teringin pulak nak masak Daging Kaprau. Kaprau tu daun Selasih dalam bahasa Thai. Tapi Kjee tak pasti daun mereka sama dengan daun Selasih atau daun Kemangi kita. Sebabnya, Kaprau adalah Sweet Thai Basil. Tapi masa Kjee makan kat Restoran Tomyam Thai, sama jer rupanya macam daun Selasih kita.

Resipi Daging Kaprau diatas adalah versi ala Chinese. Kjee pernah buat versi bubuh tomyam paste dan jugak masa ketiadaan daun Selasih, Kjee bubuh daun limau purut. Boleh tengok bawah label daging ya.

Jadi, dah terlanjur Kjee selak2 entri makanan untuk cari resipi Daging Kaprau, Kjee juga selak2lah resipi untuk digandingkan dengan Daging Kaprau.

Satu lauk kering. So lauk kedua mestilah basah2 sikit. Maka terjumpalah Szechuan Hot and Spicy Sup yang memang sedap digandingkan dengan Daging Kaprau.




Resipi http://www.dapurkakjee.com/2011/03/177-szechuan-hot-n-spicy-soup.html



Dah dua lauk. Sayurnya pulak? Hmmm kalau ada pucuk paku goreng atau Kangkung Goreng Belacan pun best jugak ya. Kalau buat pedas sikit lagi berselera kan?



Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2011/10/kangkung-goreng-belacan.html







Pilihan lauk dah siap. Takkan tak ada pencuci mulut pulak kan? Kalau nak buat yang simple, pilihan yang kena dengan tekak Kjee ialah jeli yang Kjee namakan, Jeli Selasihku Sayang. Ehh tak letak daun selasih atau Kaprau tapi biji Selasih. Okay tak?

Ini hanya idea. Sebesar kuman pun Kjee tak ada niat nak buat korang meleleh air liur hingga terbatal puasa. Dari masa ke masa, Kjee akan cuba beri idea untuk memasak di masa2 macam ini supaya wanita yang tidak bekerja bolehlah buat persiapan sebelum ke pasar.

Dan untuk yang bekerja, mungkin boleh dapat idea untuk menu keesokkan hari ataupun di hujung minggu.


Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2012/07/jeli-selasihku-sayang.html







Sunday, June 16, 2013

KERABU KAKI AYAM PEMBUKA SELERA



Disebabkan tiap kali order, pelayan kata dah habis, Kjee terpaksa buat sendiri. Habis tu camner kalau tekak dah teringin sangat kan!

Kjee tak pernah buat Kerabu Kaki Ayam sebelum ini. Bukan susahpun resipinya. Pada Kjee, apa jer Kerabu sama cara membuatnya. Pandai2lah adijust sendiri kan!

Kjee selalu jugak buat Kerabu Mangga. Dan kalau ikutkan tekak Kjee, Kerabu Kaki Ayam ni sikit lebih kurang sama resipinya.

Tadi Kjee buat guna 10 pasang kaki ayam. Setelah dicantas kukunya, Kjee rebus selama sejam. Ada kata lebih elok guna pressure cooker tapi tadi malas pulak yang keluarkan periuk yang berat tu. Kalau guna pressure cooker, 20 minit dah lembut.







Lepas rebus kira2 sejam, Kjee rendam pulak kira-kira 20 minit dalam air sejuk. Kemudian Kjee guna pisau tanggalkan kulit kaki ayam dari tulangnya. Hiris kasar2.

Pastu hiris 1 labu bawang besar bulat2, 1 batang serai, cili padi ikut kepedasan, bunga kantan dan daun kesom. Kemudian Kjee petik2 daun ketumbar dan campurkan dengan semua bahan2 hiris tadi. Kena hiris halus2 especially serai tu.

Kemudian sediakan pulak sosnya. Kjee guna 5 biji limau kasturi. Rasanya lebih sedap kalau guna limau nipis. Perah jusnya dalam mangkuk kecik. Bubuh 1 sudu besar sos nampla, 1 sudu besar gula dan secubit garam. Kacau sampai rata.

Masukkan kulit kaki ayam bersama bahan2 hirisan. Gaul sampai rata. Kemudian curahkan sos dan gaul lagi sampai rata.

Itu jer. Senang kan? Kalau nak cuba, silakan lah. Hehehe. Oppss rasa2nya kalau ditumbuk udang kering pastu dicampurkan sekali, okay jugak kot. Hah lain kali nak buat cam tu.

Rasanya mesti cukup masam, manis dan pedas.







Thursday, February 28, 2013

HOME MADE SHEPHERDS PIE



Ini untuk breakfast esok



Malam ni kureng rajin nak masak dan kureng rajin jugak nak makan kat luar. Yang paling malas bila nak keluar makan ialah part nak bersiap. Pastu makan tak sampai setengah jam jer, dah balik.

So tadi Kjee usher UnclePali. Kalau buat Shepherd's Pie jer boleh ker? You tolong buat mash potato dan saya siapkan inti pie tu ya. Punyalah suka apabila UnclePali game jer.

So jadilah tiga biji ramekins saiz 4" dan 1 flan dish kecik. Yang flan dish tu simpan untuk breakfast esok. Hehehe.


bahan2


Inti sebelum ditutup mash potato


Ini dah kena tutup mash potato


Resipi yang Kjee buat tadi sama cam kat siniTapi Kjee tak bubuh sos tiram. Ganti dengan beef cubes atau kiub daging. And Kjee tambah diced bell peppers (cili hijau besar) dan Kjee hiris cendawan butang.

Dan kalau dulu Kjee paipkan mashed potato yang nampak huduh hingga macam tak selera nak makan, kali ni Kjee lapiskan aje mashed potato kat atas inti yang telah diisi ke dalam ramekins dan flan dish tu.

Mula tadi nak hangin jugak apabila mashed potato UnclePali cair sangat. Tapi apabila dah keluar oven, okay pulak. Dan apabila Nadia puji sedap, kembang hidung papa dia. Hehehe.

So itu sahaja tv dinner kami malam ini. Tengok Buletin Utama sambil makan. Masa nak makan, Kjee taburkan crispy cilli flakes. Sedap.




Sorang satu

Tabur crispy chilli flakes, sedap.




Saturday, February 16, 2013

BUBUR NASI ATAU CONGEE ATAU NASI AIR









Masak simple jer untuk dinner tadi. Bubur kosong atau congee (kanji) atau nasi air. Lauknya pulak, masak apa saja yang jumpa dalam fridge.

Siang tadi, masa nak balik dari Mesjid India selepas beli tudung untuk Nadia, UnclePali singgah di Kpg Baru apabila Kjee kata nak makan kuih. Kjee nampak beberapa gerai Thai sudah siap sedia untuk meniaga Bubur Nasi.

Oleh kerana kami sudah lunch, Kjee decide buat sendiri di rumah sebab tak kuasa nak nak keluar semula malam nanti semata2 nak makan bubur nasi.




Sampai saja rumah, Kjee suruh Nadia rendam beras satu mug. Kalau rendam sejam dua, proses memasak bubur atau congee dapat disingkatkan.

Kalau buat bubur nasi, lauk favorite Kjee dan Nadia ialah ikan bilis yang digoreng garing bersama cili padi dan bawang putih. Kalau ada lauk ini, tak ada lauk lain pun tak kesah.




Cara buatnya cukup mudah. Hiris bawang putih. Kjee guna 6 hingga 7 ulas. Cili padi kampung pulak dalam segenggam dan ikan bilis yang telah dibelah dua dalam semangkuk.

Panaskan minyak. Goreng hirisan bawang putih hingga garing. Keluarkan dan bubuh atas kitchen towel untuk serapkan minyak. Kemudian hati2 goreng cili padi hingga separuh masak. Hati2 kerana cili padi jika digoreng akan meletup2. Last sekali besar api dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga garing.

Kemudian dicampurkan ketiga2 bahan. Masa makan dengan bubur, pasti ada campuran ikan bilis, bawang putih dan cili padi. Enak banget! Kalau perah jus limau nipis lagi sedap. Tapi tadi terlupa!








Lauk lain yang Kjee masak tadi ialah sotong goreng kunyit dan goreng ikan kering. Nadia pulak buat kangkung goreng belacan dan rebus telor asin.




Saturday, December 15, 2012

WAJAH BARU RAMEKINS DAN ACUAN ROTI JALA




Stok baru Ramekins dan Botol Acuan Roti Jala kini dalam wajah baru. Stok ramekins kini hanya dijual dalam saiz 3.5 inci atau saiz M. Kalau dulu saiz 3.5 inci tingginya 4.5 cm, stok yang baru sampai didatangkan dengan ketinggian 6 inci. Harga tetap sama.

Untuk botol acuan roti jala  muncung, Kjee kini hanya simpan stok untuk saiz 500ml dan tidak lagi saiz 350ml. Bagaimanapun, Kjee masih ada sedikit sahaja stok 350ml. Dan ia cukup terhad. Siapa cepat dia dapat.

Selain itu, Kjee mash ada stok acuan pie tee.

Kalau ada yang minat, SILA SMS KE 0126780501. Pesanan atau untuk tanya harga, HANYA melalui sms. Tiada perubahan harga untuk ramekins.

Terima kasih.






Yang kiri ramekins baru. harga sama seperti yang lama

Sunday, October 14, 2012

SPRING ROLL VIETNAM/THAI








Kjee makan kali pertamanya di Food Republic, Pavillion di Jalan Bukit Bintang, beberapa tahun yang lalu. Kjee memang adventurous bab makanan. And the first time, I liked it. Tapi dah lama tak ke Food Republic sebab tiada siapa nak bawak Kjee.

And then apabila Nadia hadiahkan buku The Best Of Thai Cooking, awal tahun ini, Kjee selak2 dan di muka awal2 dah tayang Spring Rolls. Eh ini bukan makanan asal Vietnam ker? Setahu Kjee, Vietnam Spring Rolls guna Rice paper Sheets.





Ala tak kesahlah. Negara Vietnam dengan Thailand bukan banyak jauh pun. Berjiran. Pi mai pi mai, duk tang tu jugak kan!

Minggu lepas, Kjee ajak Unclepali ke Jaya Grocer sebab Kjee syak kat situ mesti ada jual kulit popia Vietnam ni. Sampai sana, setelah dua kali pusing dan setelah hampir kecewa, Kjee ternampak seorang pekerja tengah lalu kat situ. Rasa2nya bangsa Vietnam. Bila Kjee tanya, dia terus pergi ambilkan! Ada dua saiz. Kjee pilih yang besar sikit, kononya senanglah nak gulung nanti.

Hari tu Kjee nampak kat satu rancangan masak di Astro, terkial2 jugak Chef tu nak mengulung. Kjee senyum. Eleh cam tu punya senang pun terkial2?. Dan apabila Kjee buat tadi, MEMANG TERKIAL2!! Padan muka!!





Banyak tips Kjee baca untuk buat Vietnam Spring Rolls ni. Yang utama, semua bahan2 mestilah sudah tersedia depan mata sebelum mula merendam dan mengulung. Ini termasuk sosnya. Kepingan kulit itu, sebaik sahaja direndam kira-kira 1-2  saat, harus segera disusun bahan2nya dan terus dilipat! Kalau tidak ia akan menjadi terlalu lembik dan susah nak handle.

Apa lagi, Kjee pun tak naklah buat silap. Maklumlah first time.

Semua bahan2nya seperti timun, salad, daun selasih, daun ketumbar dan daun bawang, Kjee cuci bersih.. Kemudian timun dan daun bawang Kjee hiris nipis dan panjang kira-kira 2½ inci. Salad tu dikeringkan guna kitchen towels. Begitu juga daun selasih dan daun ketumbar mesti siap dipetik. Resipi asal juga menyebut daun pudina atau mint leaves. Tetapi jenuh Kjee cari tak dapat.






Dalam resipi ori, hanya guna udang yang dibuang kulit dan dicelur seketika. Kjee bubuh garam dan celur hingga masak. Jangan terlalu masak. Kemudian Kjee guna crab sticks sebab tak minat nak guna mihun halus seperti dalam resipi.

Untuk sosnya, Kjee guna sos cili Thai dan Kjee perahkan ½ biji jus limau nipis. Kacau sebati. Kalau nak bubuh kacang tumbuk dalam sos pun boleh. Kjee terlupa. Hehehe.

Untuk celur kulitnya, Kjee guna air suam kuku yang Kjee bubuh dalam besen. Bahan2 yang hendak dibubuh dalam popia semuanya sudah siap depan mata. Kemudian Kjee letakkan pinggan nasi sebelah besen untuk celup rice paper sheets tu. Kjee ambil sehelai (bentuknya keras) dan cepat2 rendam dalam besen. Hanya 1 atau 2 saat sahaja!

Kemudian cepat2 letak atas pingan walaupun ia masih keras. Kjee pun mulalah susun salad, timun dan semua sayur. Kemudian Kjee lipat kiri dan kanan. Gulung sayur itu, lepas itu cepat2 letak 1 crab stick. Lipat lagi sikit dan susun udang yang telah Kjee hiris dua. Kemudian baru Kjee roll habis. Kulit itu menjadi lembik dalam masa 1-2 saat ketika sedang digulung.





Kalau diletak crab stick diatas salad/sayur hijau lain, tidak akan nampak cantik. Mula2 Kjee buat macam tu, crab stick dan udang tersorok.

Actually agak susah nak gulung sebab kena lakukannya pantas2. Walaupun sebaik keluar dari air suam kuku tadi, rice paper sheets tu masih kejang, namun apabila Kjee tengah ambil sayur2 untuk disusun, ia terus jadi lembik dan melekat pada pinggan.





Anyway, susah manapun, rasanya tetap memuaskan hati. Rasanya lain daripada popia basah biasa sebab kulit popia ini diperbuat dari tepung beras dan tepung ubi.  Makan sebaik sahaja siap dilipat. Cara makan, celupkan sedikit popia dalam sos.

Cubalah buat. Kalau susah sangat, pergi jer lah makan kat Food Republic di Pavillion. Hehehe. Satu pek kulit popia ini berharga RM2.90. Kjee tak tahu supermarket mana yang menjualnya selain dari Jaya Grocer. Cubalah cari kalau nak cuba buat.

Makanan ini adalah starters atau pembuka selera.



Wednesday, September 26, 2012

BUBUR LAMBUK KAMPUNGKU







Akhirnya, jadi jugak Kjee buat bubur lambuk Kampung Baru. Kampung Baru tu kan kampung halaman Kjee. Tapi heran jugak yer, tak pernah minat nak buat bubur yang sefemes seantero Malaya tu especially masa bulan Puasa.



Ada dua sebab kenapa Kjee tak buat bubur lambuk Kpg Baru tapi buat versi sendiri. Eh apa pulak dua sebab...satu jer. Kjee terpengaruh dengan Nadia. Dia tak suka makan bubur nasi yang sarat barat dengan rempah. Tapi kalau kari yang pekat dengan rempah dia makan lak.

Tapi kan, bulan Puasa yang baru berlalu, Kjee beli kat gerai Pak Hassan kot yang depan bangunan Dewan Bandaraya, Kpg Baru tu. I like!! Nadia sikit pun tak nak rasa. Baguslah, boleh aku habiskan sorang2. 

Itu kali pertama Kjee rasa bubur lambuk Kpg Baru. Walaupun Kjee anak jati Kpg Baru dan sepatutnya jadi pengikut setia bubur tu yang diberi secara free setiap bulan Puasa, tapi dek kerana larangan datuk Kjee yang bubur tu hanya untuk fakir miskin, Kjee tak pernah pulak beratur masa kecik2 dulu. Manalah tahu kalau tengah beratur datuk pulak tengah lalu. Tak ker kena hambat dengan orang tua tu.

Anyway, hari ni Kjee buat sendiri setelah Kjee google sana sini kat internet. Nak call my aunty dia tengah sibuk masa ni kat cafe dia so pepandailah sendiri kan.





Tadi Kjee main hentam jer buat. Kjee guna ¾ mug standard (yang tinggi 4 inci tu) beras, satu mangkuk daging yang telah dipotong kecik2 dan ½ cup santan. Kjee masukkan dalam pressure cooker sampai puas hati lembut. Kalau korang tak der preiuk tekanan tu, rebuslah bersama air yang banyak sampai beras tu halus dan daging dah lembut.

Untuk rempahnya, Kjee guna satu kayu manis yang kurus, sedikit jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam biji dan 2 bunga lawang. Rempah2 yang sikit2 tu, Kjee agak2 dalam ½ sudu teh jer setiap sejenis. 

Kjee sangai rempah2 kering tadi seketika sampai naik bau dan trrrr dalam blender kering sampai betul2 halus. Ini Unclepali tolong buat tadi. Opppss lupa pulak. Kjee cuci dan keringkan 2 sudu kecik udang kering dan sangai bersama rempah tadi. Pastu baru trrrr.

Kemudian Kjee mayang halus 3 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Kemudian ketuk dua batang serai.

Kjee tumis bahan2 yang dimayang tadi dalam minyak yang sedikit sahaja. Apabila sudah kekuning2an, masukkan rempah yang dikisar tadi sampai garing. Pastu dimasukkan ke dalam periuk bubur tadi. Campakkan jugak serai.

Didihkan seketika, masukkan santan dan rasa garamnya. Kjee bubuh sedikit pak aji. Setelah menidih kira-kira 10 minit, padam api.

Ceduk dalam mangkuk dan hias dengan daun sop dan daun bawang.

Kalau nak resipi bubur lambuk special Kjee yang guna telor asin, klik sini.