Showing posts with label chinese. Show all posts
Showing posts with label chinese. Show all posts

Tuesday, August 13, 2024

SUP WONTON

         Chinese food lagi? Hehehe begitu lah mood Kjee apabila usia sudah menjelang 7 series. Aritu gi bekfes, UnclePali pimpin Kjee ke meja kemudian dia gi cari parking. Seorang lelaki di meja sebelah nampak Kjee bertongkat duduk sorang2.
       "Salam Adik. Sakit apa guna tongkat?" Kjee pandang dia. Usia dalam awal 50an rasanya. "Adik? Kakak kot. Saya baru sahaja sambut birthday ke-69 tahun." Dia terkejut. "Maaf kak. Nampak muda sangat!"
        Oppps tak maulah story pasal itu. Hari ini Kjee nak share cara buat wonton sup inti udang/isi ayam. Dah pernah buat dua tiga kali sebelum ini. Pepagi tadi Kjee google resipi kat internet. Rupa2 dalam blog Kjee ada resipi sendiri.
        Suruh UnclePali tengok dalam freezer. Ada ayam dan udang. Juga ada cendawan shitake dan sayur Bak Choy. Cun lah tu.
        Slow2 Kjee duduk di sinki bersihkan udang. Juga keluarkan ayam, defrost dan asingkan tulang dari isi. Kulit udang dan tulang ayam Kjee rendidih. Airnya nanti buat sup wonton.
        Kjee cincang udang dan isi ayam. Kemudian potong dadu halus2 dua ketul cendawan Shitake dan tiga ulas bawang putih. Pelik juga dalam foto bawah udang yang dicincang tu jadi kaler biru. Pencahayaan punya pasal kot.


        Lepas itu, dicampur semua bahan cincang. Letak sedikit sos tiram, minyak bijan dan satu sudu makan tepung jagung. Gaul rata. Perapkan fridge lebih kurang satu jam.
        Ketika inti diperap, Kjee cek rebusan kulit udang dan tulang ayam. Dah siap, tapis tepikan kulit udang dan tulang ayam. Letak satu kiub ayam dan juga kicap cair ikut rasa.  Tepikan.


        Setelah lebih sejam 'diperap', siap sedia untuk melipat. UnclePali beli kulit wonton yang bulat. Kalau empat segi, lebih senang melipat.
        Kjee tak lah terer melipat. Main hantam saja labu. 🫣
        Mula2 letak sehelai kulit itu diatas piring. Letak satu sudu inti. Sapu air sekeliling kulit agar kulit itu melekat dan lipat dua. Kelim ikut pandai korang lah.

        Siap semua, hidupkan semula api sup. Sudah mendidih, celur seketika sayur Bok Choy yang telah dibelah dua. Sudah lembut, keluarkan. Susun dalam bekas hidang.
        Masukkan pula separuh daripada wonton perlahan-lahan ke dalam sup. Api dapur harus sederhana. Biarkan direbus lebih kurang 10 minit. Kemudian keluarkan ke dalam bekas hidang. Rebus sebahagian lagi hingga siap semua.

        Susun wonton disisi sayur bok choy dalam bekas hidangan.  Kemudian curahkan sup diatasnya. Hidang terus. Kalau ada sambal udang kering crispy, boleh dimakan bersama. Kalau tiada, boleh guna sos cili.
        Sekiranya nak tengok wonton yang Kjee buat dulu, KLIK SINI. 
Selamat mencuba. 



      
       
        

Thursday, August 1, 2024

SPICY CHICKEN WINGS

         Satu lagi lauk yang Kjee suka sangat. Dah macam2 lauk berasaskan Ayam yang Kjee masak. Jadi UnclePali cadang buat macam yang selalu kami makan di restoran.
        Kebetulan hari itu UnclePali pergi ke Hero Market. Terus dia mesej Kjee. Bagitau ada kepak ayam bahagian hujung aje yang selalu jadi pilihan Kjee. Siap dia cadang masak Spicy Chicken Wings.
        Sampai rumah terus dia cuci bersih-bersih. Kemudian Kjee perap guna kicap manis, kicap karamel (untuk warna), sos tiram, sedikit kicap cair, cili flakes dan gula batu. Banyak mana perasa tu semua, korang agak2 ajelah ikut jumlah chicken wings itu. Perap lebih kurang dua jam dalam peti sejuk. Jika korang tiada gula batu, boleh guna madu lebah. Tetapi Kjee lebih suka letak gula batu.
        

        Apabila sudah cukup masa perapan, hiris lebih kurang 2 inci halia dan 5-6 ulas bawang putih. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan ayam. Susun elok2. Kjee guna kuali non stick sebab mudah hendak diterbalikkan. Pastikan nampak keperang-perangan on each sides (pada setiap bahagian). 
         Kemudian kalau ada cecair perapan ayam tadi dimasukkan ke dalam kuali. Jangan lupa letak juga gula batu. Biarkan empat lima minit sehingga ia mesra.  Tuang air menutupi lebih kurang satu inci dari ayam tadi. Letakkan penutup dan perlahankan api dapur. Biarkan ia rendidih lebih kurang 20-30 minit.

        Balik-balik perlahan-lahan. Ketika ini kuahnya sudah hampir kering. Rasa. Kalau perlu, letak kicap cair. Dan kalau tak terasa pedasnya, tambah cili flakes. Kjee tambah cili flakes ketika hendak makan.
        Makan ketika panas-panas dengan nasi. Selamat Mencuba.


Tuesday, February 14, 2023

MAPO TOFU


        Ini lunch mudah tadi. Badan tak sihat. Rasa macam lemah. UP tanya nak makan apa, dia pergi beli. Hmmm tadi Kjee nampak ada taufoo Jepun kat dalam peti ais. Masak itu ajelah.
        Kjee pernah nampak satu masa dulu resipi Mopu Tofu. Resipi daerah Sichuan, China. Kalau resipi Sichuan, mesti pedas. Mudah aje nak masak. Dan masa tak sihat, mesti tekak nak makan yang pedas-pedas. 
        So mula-mula keluarkan dua ketul ayam bahagian peha (thighs). Buang tulang dan ricik halus2. Kemudian ketuk tiga ulas bawang putih. Kjee juga hiris satu inci halia. Tumis. Kjee guna kuali leper. 
       Dah naik bau, masukkan dua sudu makan cili kisar. Biarkan pecah minyak dan masukkan ayam. 
        Ada 3 ketul tofu Jepun lembut. Kjee guna dua saja dan potong-potong setebal setengah inci. 


        Dalam kuali tumisan tadi letak satu cawan air. Biarkan ia kembali mendidih sehingga ayam masak. Letak satu sudu kicap manis dan satu kiub Ayam. Rasa. 
        Kjee jumpa pulak daun bawang. Ricik sepanjang dua inci dan masukkan ke dalam kuali. 
        Last sekali baru masukkan tofu perlahan-lahan. Hati2 kacau jangan sampai pecah. Sesekali balikkan tofu. 
        Bancuh satu sudu tepung jagung dalam dua sudu air dan curahkan. Kuah dah pekat, padam api. Terus hidang.

Sunday, March 6, 2022

NASI AYAM RICE COOKER


      Kalau masak Nasi Ayam cara ini, maknanya Kjee dah terlebih malas. UnclePali pun macam redho. Maklumlah sejak dua tiga hari ini, dia terlalu sibuk. So apa yang Kjee masak, dia bedal jer. 😆
      Sebenarnya resipi asal orang masak dalam claypot atau periuk tanah. Kjee ada claypot tapi kan dah kata ini versi orang malas. 🤭
      Sukatilah nak guna isi ayam bahagian macam pun. Kjee guna bahagian dada. Dipotong-potong bite size dan diperap dua tiga jam. Tahu tak Kjee perap ayam ini selama dua hari. 😱

      Sebabnya? Mula2 plan nak buat dua hari lepas. Pastu tetiba UP kata jom makan kat luar. So terus Kjee simpan dalam freezer. Semalam dah keluarkan lebih kurang 30 minit, tetiba lutut sakit. So sorong balik bekas tu dalam freezer. Hari ini tiada pilihan. So Kjee keluarkan balik dan nyah beku.
       Nak masak kena seiiring  masak nasi dalam rice cooker. Sebaik nasi masuk dalam rice cooker dan ditekan switch, Kjee terus tumis lauknya. Ini kerana sebaik nasi hampir kering, lauknya dicurah atas nasi. Jangan lagi intai2 sehingga time nak makan. 

      Resipi lengkap kat SINI.  Banyak kali dah Kjee buat. Sekali dua guna claypot. Bila dah eksperimen guna rice cooker, dah malas nak buat guna claypot. Tetapi kalau guna claypot lagi sedap. Ada lapisan kerak dibawahnya. 
      Kelebihan guna rice cooker ialah bila nak panaskan cuma tekan butang switch. Kekadang terjadi kerak. Kira okay lah tu. 
       Foto 👆 tu Kjee dah tumis siap2 bersama kuah curahan sementara tunggu nasi dalam rice cooker hampir kering. Jugak versi malas campur sekali kuah curahan. 😬
       Sedap tau masak cara ini. Lain sangatlah dari Nasi Ayam yang biasa kita makan kat kedai. Cuba jangan tak cuba! 
      Kali ini Kjee goreng asing Ikan Tenggiri Jeruk. Selalu Kjee tabur atas nasi. Kalau nak pedas, bolehlah potong2 cili padi letak sedikit kicap cair. 
      Sesuai sangat chicken rice cara ini dibawa berkelah. Bawak ke pejabat share makan dengan kengkawan pun best sangat. Tapi dengan syarat rice cooker tu jenis size kecik. Tak malu nak bawak masuk opis. 10 minit lagi nak makan, tekan switch. Amacam? Setuju? 





Saturday, September 11, 2021

GINGER CHICKEN


      Kalau ada lebih daun bawang, Kjee mesti buat lauk Chicken Ginger. Especially kalau ada young ginger. Kjee buat baru2 ini sebab  UnclePali tuai Halia Bentong di laman sekangkang meow kami. 
      Kjee diberitahu oleh seorang kawan berbangsa Cina, yang halia dari Bentong sangat tinggi khasiat berbanding halia yang diimport dari negara China. Rasanya lebih pedas. Untuk kesihatan. 
      So sekarang Kjee hanya guna Halia Bentong untuk apa jua masakan. Harganya mahal sedikit. Sekilo lebih kurang rm25. UP selalu order kat Shopee sejak tak boleh pergi ke Bukit Tinggi, Bentong. 
      Aritu Kjee nampak tunas pada halia yang sampai. Apa lagi kan, terus suruh UP tanam. Ada orang kata tak akan menjadi sebab hanya tanah kat Bentong sesuai untuk tanam halia jenis itu. 
      Tarrraaa lebih kurang 6 bulan dicucuk di laman kami, UP pun cabut setelah pokok halia yang dia tanam dah mati. Lihatlah kawan-kawan, hasilnya. 👇👇


      Kjee agak skeptical. Maklum teringat orang kata tak menjadi. Kjee cium sedikit. Ewah sebijiklah bau Halia Bentong!!! 
      Oleh kerana halia tu agak muda, Kjee pun terus decide buat Ginger Chicken. Kebetulan ada daun bawang yang segar bugar. Beli kat Hero Market. Tanpa daun Bawang, Kjee tak akan buat Ginger Chicken. Macam tak cukup syarat. 
      Kali ini Kjee buat cara mudah aje. Ayam dibuang tulang (debone) dan potong bite size. Dapatlah dalam satu mangkuk kecik. Kemudian hiris halia. Ketuk tiga ulas bawang putih. 
      Untuk sosnya bubuh lebih kurang dua sudu makan sos tiram dalam mangkuk. Campur dengan tiga sudu air. Kalau ada minyak bijan, masukkan satu sudu kecik. Letak juga satu sudu kecik lada hitam kisar. Campur rata. Tepikan. 
      Bancuh satu sudu kecik tepung jagung bersama tiga sudu kecik air. Kacau sampai rata. Tepikan. Daun Bawang dipotong-potong, 1-2 inci. 
      Panas minyak. Goreng halia sehingga garing. Masukkan bawang putih. Dah garing bawang putih, masukkan ayam. Masak sehingga ayam kecut. Kemudian dituangkan sos tadi. Kacau sehingga semua ayam bersalut sos. 
      Apabila kuah sos tiram itu sudah sebati dengan ayam, tuang air tepung jagung tadi. Api dibesarkan. Biarkan pekat satu dua minit, campakkan daun bawang. Golek-golek. Oyster sauce yang Kjee guna dah cukup masin. If korang nak tambah lagi boleh letak kicap cair atau fish sauce. Kemudian padam api dan terus hidang. 
       Satu lagi resipi hampir sama klik SINI.