Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Sunday, March 22, 2026

kuih muih

DODOL KUKUS


         Sejak akhir2 ini, tekak Kjee asyik teringin nak makan dodol. Memilih pulak tekak tu. Nak dodol yang lembik. Macam dodol yang baru siap dikacau!
         Masa kecik2 dulu Kjee memang kena tolong arwah mak buat dodol menjelang Raya. Bab kisar beras pulut guna pengisar batu dan perah santan, memanglah tugas Kjee sebagai anak perempuan sulung. Masa tu baru tamat persekolahan. Bab ringan2 Kjee buatlah. Time dodol tu dah berat hendak dikacau, kerja arwah mak ler. Hehehe. 



         Foto pengisar diatas Kjee google aje. Entah mana pergi pengisar arwah mak dulu. 
         Puas UnclePali cari Dodol Lembik apabila Kjee kata teringin. Rupa2nya dia pun suka sebab tu giat mencari. Dan akhirnya jumpa di Restoran Suberi di Jalan AU3, Keramat. Tetapi esoknya nak ulang beli, dah habis. 
         Rezeki Kjee apabila tetiba muncul di newsfeed satu video Dodol Lembik. Dikongsi oleh blogger Butter Laici. Dibuat secara kukus. Apa lagi kan!! 😁
         Bahan2 semua ada di rumah. Cuma tenaga tiada. So UnclePali buat sama2. Dia macam tak konfiden. "Eh mana ada orang buat dodol tak perlu mengacau (dikacau)!" 
         Kata2 UP buat Kjee hampir lost confidence. Tetapi kami buatlah jugak ikut video Butter laici. 
         Tarrrra sejam kemudian siap. Tetapi kejadiannya tak lah licin macam dikacau. 


         Dan selepas sejuk lebih kurang sejam, guna pisau plastic untuk potong2. Namanya Dodol Lembik maka lembiklah. Susah nak potong2. Tetapi Kjee happy sangat sebab sedap! 


         Kjee makan guna chop stick sebab lembik sangat sampai melekat di jari. Hehehe. 
          Bahan2 tak cerewet. 2 cawan santan, 2 cawan gula merah dan 2 cawan tepung pulut! Kjee guna 1 kotak santan campur air jadi dua cawan santan. 
         Sila tonton video ini. Klik SINI. 
        Terailah buat. Senang sangat. Kukus jer. Ohh lupa nak bagitau gula merah yang digunakan memainkan peranan penting. Kjee guna gula merah timbang kati yang setakat ini hanya dijual di kedai runcit mamak. 


         

Monday, August 26, 2024

kuih muih

BERGEDIL POPIA




        Lain dirancang, kejadiannya lain pulak. Tiap minggu Kjee mesti buat Bergedil. Untuk stok hari tak sihat. So lepas sarapan tadi, Kjee slow2 ke dapur.
        UnclePali nampak Kjee buang kulit kentang. Kjee beritahu nak buat Bergedil. "Oh You nak buat Bergedil Popia Gulung?" Kjee pandang UnclePali. Baru teringat dua tiga hari lepas nampak foto Popia Bergedil di newsfeed FB. Hehehe mujur ada kulit popia dalam freezer.

        Ada dua saiz kulit popia tu. Kjee guna saiz yang kecik. Tak mahu kejadiannya nanti besar gedabak. UnclePali tolong defrost ayam. 
        Kjee hiris tebal-tebal dua biji kentang dan goreng. Kjee jugak hiris sebiji bawang besar dan tiga ulas bawang putih. Goreng. Kemudian campur dengan kentang dan tumbuk. 

        Kjee letak cili flakes supaya ada rasa pedas2 sikit. Gaul rata.  Kalau perlu, letak garam secukup rasa. Tepikan seketika.
         Sementara itu, UnclePali letak kunyit dan garam kepada ayam dan goreng. Dah siap, ayam dicarik-carik.



        Gaul ayam bersama kentang tadi. Kemudian sediakan popia. Sehelai diletak atas pinggan. Susun satu sudu bergedil tadi dan lipat. Sapu sedikit tepung jagung yang telah dicampur air sebagai pelekat. Buat sampai habis.

        Goreng cara deep frying (tenggelam minyak) guna api sederhana sahaja. Goreng sehingga warna keperang-perangan kira-kira 4-5 minit sahaja. Intinya dah masak jadi nak garingkan luaran sahaja.
        Siap. Selamat mencuba.