Showing posts with label kuih kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih kuih. Show all posts

Tuesday, September 7, 2021

KUIH DANGAI LAGI


      Kjee buat first time dua minggu lepas. Ikut resipi sebijik sebab takut tak menjadi. Anyway setelah siap, walaupun sedap tetapi Kjee tak berani nak makan sebab too sweet! Even UnclePali kata manis melekit!
     So kerana itu Kjee buat lagi kelmarin. Hanya guna 4 bahan. Bahan penting iaitu kelapa parut putih memang sentiasa ada dalam freezer. Standby untuk buat kuih yang kita teringin.
      Resipi kali ini, Kjee adjust sikit. Kjee guna dua cawan kelapa parut, satu cawan setengah tepung pulut, setengah cawan gula pasir dan setengah sudu kecik garam. Gaul semua. Rasa. Sedap kalau ada rasa garam.

      Panaskan oven 180 C.
      Tuang semua bahan tadi dalam loyang 7x7". Tekan-tekan permukaan tetapi jangan terlalu padat. Tidak perlu tabur gula di permukaan loyang. Tetapi kalau nak boleh aje. 
       Bakar lebih kurang 50 minit ikut kepanasan oven memasing. Jika perlu, 10 minit terakhir guna api atas sahaja supaya permukaannya cantik golden brown gitu. 
      Toreh-toreh sebaik keluar oven
Sedap makan suam. Baki, simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, April 12, 2021

KUIH BAKAR BONDA


      Kuih ini betul-betul legend buat keluarga kami. Kalau buat, air mata bergenang. Teringat orang yang paling Kjee sayang dalam hidup ini. Pergi lebih 27 tahun. Al Fatihah buat bonda Hjh Bakyah Hj Abdul Majid. 
      Seronok sangat apabila Kjee share resipinya dulu, ramai yang buat. Moga ada pahala buat Bonda di sana. Insya Allah. 
      Kjee buat ini minggu lepas. Tetapi berat nak share sebab kejadiannya tidak seperti dirancang. Mungkin sebab buat letak inti ayam. Mungkin juga Kjee yang buat. Masa dulu-dulu UnclePali yang buat. Beratus-ratus keping orang order. Semua cantik
Well, that was history. Foto bawah ni yang UnclePali buat dulu-dulu. 👇

      Jiran belakang rumah serta my aunty yang sempat rasa kuih ni aritu, kata okay. Tapi Kjee tak happy sangat dengan kejadiannya. Next time buat Insya Allah guna daging. 
      My sis, Maryam Hj Ahmad Shah yang buat kelmarin happy sangat dengan hasilnya, ikut resipi dibawah ini. Cubalah
Insya Allah boleh panjangkan pahala buat bonda arwah Hajah Bakyah Majid
Aamiin. 
      Resipi penuh klik SINI. 




Friday, September 25, 2020

UBI GETUK


   Salam Jumaat. Good morning. 
    Pagi ini Kjee buat kuih Ubi Getuk untuk sarapan. Yes Ubi Getuk. Bukan Ubi Ketuk. 😁
     Semalam kan Kjee buat Ubi Rebus cicah sama kelapa parut dan sambal sotong kering. So ada baki dua potong, nak buang sayang so tercetus idea buat ubi Getuk. Selama ini Kjee beli aje. 
    Tak susah buat. Tumbuk ubi yang sudah direbus dalam lesung. Keluarkan, campur sedikit Kelapa parut putih, gula dan secoit garam. Then kepal2. Tepikan. 
    Buatlah pencelup tepung beras. Sama macam kita buat untuk buat goreng pisang. Letak secubit garam dan sedikit air kapur. Kacau mesra. 
    Letak minyak dalam kuali. Mesti agak banyak sebab kuih tu mesti terendam masa goreng. Dah panas minyak, celupkan ubi kepal tadi dan goreng lah. 
    Orang Johor selalu cicah sambal kicap. Tapi pepagi buta, kita malas nak buat. 😆